Tuesday 22 April 2014

CUACA PANAS?? SEJUKKAN BADAN DENGAN AIR KELAPA MUDA

Sungguh panas cuaca di Kelantan sekarang ni..Alhamdulillah semalam dah start hujan tp masih tidak cukup untuk menyejukkan bumi Kota Bharu ni dan seluruh Kelantan. Kesian anak-anak,tido malam mesti terjaga dek panas n berpeluh.Anak-anakku ni pemanas orangnya,walaupun kipas  sememangnya di hala untuk mereka berdua..ehehe...Agak-agak kena beli kipas satu lagi ke camni???hehehehe..

Bercerita tentang kepanasan melampau di sini sekarang ( eh panas melampau ke?hihihi) ,pagi tadi ketika pulang dari JPJ Panji,Kota Bharu singgah beli 2 bungkus air kelapa tuk Abi & Ummi dan isi buah kelapa tu sememangnya dah ada penunggu iaitu Rayyan,ntah kenapa Rayyan sangat sangat sangat suka makan isi kelapa muda..hehehe...nak tau kenapa? sebab masa mengandungkan Rayyan, Biha mengidam nak buah kelapa, taknak yang dah di belah dan letak dalam plastik o what..Nak yang dalam bentuk asal n letak straw je kt atas..itula kot Rayyan pon Rayyan 'hantu' kelapa..hihi..bahaya jugak ye bila mengidam macam2 ni.Tapi kira ok la sebab mengidam benda yang senang nak cari..Lagi satu,masa pregnant kt Rayyan,hari-hari daku makan eskrem solero,so skarang dah jadi fav Rayyan.huuhu...rupanya kuat ye penangan orang mengidam ni.So,ibu-ibu yang tengah pregnant jangan mengidam pelik-pelik ye,nanti kesian kt anak dan paling kesian kt hubby la kan sebab kena ikut je semua ibu mengandung nak..hehehehe..

Rasanya arini dah bergelas-gelas minum air kelapa tu,best sangat dapat sejukkan badanku yang selalu kepanasan. Asyik dok reply sms dan whaatsapp customers curi-curi godek ape yang bestnya air kelapa muda ni?Banyak rupanya kelebihan minum air kelapa muda ni :)

kelapa muda..maunya habis setandan kalau aku reti nak belah :)

syoknya air kepala dan isinyayang masih muda


meh sini ,Biha nak share sikit pasal kelebihan minum & makan kelapa muda

1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambah lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi . Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam , badan mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air di dalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada di dalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet . Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman di dalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.

No comments:

Post a Comment