Wednesday 17 September 2014

8 KUNCI USAHAWAN INTERNE

1. Menetapkan matlamat bisnes internet anda
Perkara utama yang anda perlu berpegang teguh kepadanya adalah matlamat perniagaan anda. Bagi sesebuah model bisnes internet yang anda ceburi, anda haruslah fokus dalam mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, anda menetapkan matlamat untuk mencapai pendapatan RM20 ribu daripada bisnes melalui eBay dalam tempoh 6 bulan. Matlamat sebegini akan mendorong anda untuk berusaha lebih gigih untuk memastikan anda mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Fokus dalam menjalankan bisnes anda
Seterusnya, anda haruslah terus fokus dalam menjalankan bisnes anda sehingga anda dapat menjana keuntungan yang anda impikan. Anda mungkin mengalami kegagalan, namun anda tidak harus berputus asa. Dengan meneruskan bisnes anda secara konsisten, nescaya anda akan mengecapi kejayaan pada suatu hari nanti.

3. Senarai sebanyak mungkin model, bermula dengan satu dahulu
Sesungguhnya terdapat banyak model bisnes internet di dalam dunia bisnes internet. Perniagaan produk digital, produk fizikal, eBay, Lelong, penyediaan perkhidmatan dan sebagainya. Adalah sebaiknya anda menyenaraikan sebanyak mungkin model yang anda ingin jalankan dan yang anda mampu laksanakan. Daripada senarai model tersebut, anda disarankan untuk bermula dengan satu sahaja model terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh memberikan tumpuan khusus kepada satu bisnes ini, dan menyalurkan melaburkan kos dan masa untuk bisnes ini sahaja. Potensi untuk berjaya adalah lebih tinggi sekiranya anda fokus kepada satu projek dalam satu-satu masa.

4. Berpindah kepada model berikutnya apabila model pertama telah kukuh
Setelah anda melihat pencapaian memberangsangkan untuk model bisnes pertama itu tadi, dengan kaedah promosi berkesan serta penjanaan wang yang konsisten daripada model tersebut, bolehlah anda berpindah kepada model bisnes berikutnya di dalam senarai anda untuk dimulakan. Dengan cara ini, anda mempelbagaikan sumber pendapatan anda tanpa merugikan sumber pendapatan bisnes pertama anda sebentar tadi.

5. Fokus dan kemaskini bahan serta keperluan bisnes
Anda juga perlu bijak untuk menilai bahan, alat serta keperluan lain untuk bisnes anda. Sebagai contoh, sesebuah bisnes internet memerlukan laman web, blog, borang opt-in untuk membina senarai subscriber, borang maklum balas pelanggan dan sebagainya. Dari semasa ke semasa, anda juga mungkin perlu mengemaskini keperluan bisnes itu tadi mengikut peredaran masa dan perkembangan bisnes anda. Sebagai contoh, sekiranya laman web anda 

Credit to:En Eruwan Gerry (usahawan makan gaji)

No comments:

Post a Comment