Thursday 18 September 2014

PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI

Salamualaik..owh cepatnya masa berlalu.Cuti sekolah pun dah nak sampai penghujungnya kan? Cuit sekolah ni rasa lega sikit sebab ada hubby boleh bantu-bantu jaga kan anak-anak time ibunya masuk kelas hari jumaat & sabtu.Memang betul belajar bila dah beranak-pinak ni banyak cabarannya.So,ibu-ibu macam saya ni perlu kuat..Alhamdulillah la,anak-anak sihat dan tak meragam sangat sewaktu ditinggalkan seharian pada jumaat & sabtu.Mereka berdua ni mungkin akan meragam bila tubuh tak sihat,selsema ataupun batuk-batuk.Alhamdulillah,moga anak-anakku Rayyan & Rasyad sihat sokmo..

Hari ini Biha just nak share PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BATUK PADA BAYI.hehe...nak share apa yang patut ibu-ibu lakukan jika anak-anak yang berusia bawah 2 tahun alami batuk.Ni pun hasil dari encik 'google' dan sedikit pembacaan.

Cara pertama : Madu asli.
Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

Cara kedua : Kunyit hidup atau bawang putih.
Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.
Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
Cara ketiga : Daun Kaduk.
Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.
Cara keempat : Kismis.
Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
Cara kelima : Daun Bunga Tahi Ayam.
Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi..
Cara keenam: Gula melaka 
Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula.
Ha itu antara petua orang-orang lama menangani batuk pda bayi/kanak..tapi yang Biha selalu amalkan cara pertama,kedua & keempat je..Nanti bila-bila nal try yang petua-petua lain lak..hihi

No comments:

Post a Comment