Thursday 30 January 2014

Become Shaklee Member

Terdapat 2 Cara Untuk Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee : 

1) Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee hanya RM65(self collect member kit) atau RM 75(include postage for member kit). 

2) Membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat KEAHLIAN PERCUMA. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 849728 sebagai sponsor/upline.

Prosedur-prosedur Pendaftaran :

1) Contact saya untuk dapatkan bank akaun dan
  • buat payment RM 65 / RM 75 (yuran keahlian) atau
  • memilih product Shaklee dalam lingkungan RM 650 untuk mendapat keahlian percuma
2) Sila Sms/WhataApp/Email info berikut kepada saya melalui     
012-9495513 atau
kamikamuvitamin@gmail.com 

Nama Penuh :
No I.C. :
Alamat :
Jantina :
Bangsa :
No Tel Bimbit :
Maybank Akaun : (jika ada) 

3) Member akan menerima :
Member kit dalam 3 working days
Member card dalam bulan depan (example bulan NOV daftar, bulan DEC akan dapat)


Shaklee Member Kit

Apa yang terdapat dalam member kits :
Product Guide - Panduan untuk semua jenis produk Shaklee
Business Manual - Panduan untuk pelan sale Shaklee
Magazine - Info terkini tentang Shaklee leader yang naik pangkat, dapat car bonus dan lain-lain
Code of Conduct - Tatacara kelakuan Direct Selling
Total Wellness Connection - Panduan untuk SET produk Shaklee 
Receipt - Buku resit untuk customer


Faedah Khas untuk Ahli Shaklee : 

1) Membeli produk pada harga Distributor Net(agak-agak 20%     diskaun)
2) Menerima penerbitan tertentu Shaklee
3) Latihan
4) Layak untuk perlantikan ke Supervisor
5) Bonus Peribadi bulanan yang dibayar oleh Shaklee, jika layak
6) Boleh menaja orang lain
7) Boleh menyertai Program Tajaan Antarabangsa
8) Menghadiri acara tajaan syarikat untuk para pengedar

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Tuesday 28 January 2014

Nutriferon – baik untuk sistem imun badan

Nutriferon Shaklee
Nutriferon Shaklee
Assalamualaikum…hari ni saya nak share dengan uools tentang kelebihan dan kebaikan Nuriferon Shaklee.
KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE TINGKATKAN IMUNITI
Kebaikan Nutriferon terbukti secara klinikal selamat, berkesan & semulajadi 100%. Bagi orang dewasa mahukan kanak-kanakyg kerap demam, selsema, sakit2 badan, sengal2, hidung tersumbat, bersin2, batuk2 , ……elok ambil Nutriferon ni…
Ia mengaktifkan sistem imun kita untuk menghalang & melawan jangkitan (tanpa bahan kimin tau)…jadi mudah mudahan tak perlulah ke klinik…
Nutriferon umpama First Aid Kit yang harus disimpan dalam rumah (satu rumah…satu Nutriferon ) !!
nutriferon
nutriferon
KEBAIKAN NUTRIFERON YANG TIADA TANDINGAN
* merupakan rumusan berpaten yg istimewa membantu meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh..
* membantu lawan kanser & tumur otak
* membantu kurangkan ketidakselesaan  waktu kemoterapi
* melindungi dari influenza, selsema..
* melambatkan proses penuaan
* meringankan stress dan kelesuan
* mengurangkan infersi & sakit kronik pesakit2 hepatatis B & C
* membantu kesihatan wanita monopous menjadi lebih baik
* mengurangkan simtom2 ketika pra haid & waktu haid
Nutriferon Shaklee
FAKTA MENGUASAI KELEBIHAN NUTRIFERON
* dicipta oleh pakar imun , DR Yasuhiko Kojima
* lebih daripada 40th penyelidikan
* Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia
* Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi.
* terbaik secara klinikal terhadap manusia
* Nutriferon banyak digunakan dalam bidang perubatan
Nutriferon Shaklee
Nutriferon Shaklee
testimoni nutriferon
Saya nak share pula tentang testimoni Nutriferon….

testimoni nutriferontestimoni nutriferon
testimoni nutriferon

Monday 27 January 2014

CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE DENGAN CEPAT SECARA ONLINE

Assalamualaikum & Selamat pagi 

Adakah anda berminat untuk mengetahui cara daftar ahli Shaklee secara mudah tanpa perlu ke mana-mana branch shaklee??

Dengan menjadi ahli shaklee,anda boleh membuat pembelian pada harga ahli dan dalam masa yang sama boleh menambah side income bagi menampung perbelanjaan harian,bulanan dan tahunan.


Untuk makluman,branch Shaklee hanya berada di beberapa lokasi sahaja seperti:

SUBANG JAYA

WANGSA MAJU 
PENANG
IPOH
JOHOR BHARU
KOTA BHARU
KOTA KINABALU

hah,sikitnya branch shaklee...mesti ramai yang tertanya-tanya,kt tempat saya xda ke?kenapa xda?bila nk bbuat branch baru kt tepat saya?haa....kalau soklan tu kena tny,"orang-orang besar shaklee"...tapi sebenarnya x jadi masalah pon,sebab sekarang semuanya mudah,semuanya dihujung jari...

TAPI sudah pasti ada nada pertanyaan dalam fikiran anda seperti di bawah kan???
_________________________________________________________________


" Alamak,perlu ke saya pergi ke sana untuk menjadi ahli dan bagaimana pula jika saya mahu buat pembelian produk Shaklee?"

_________________________________________________________________

Sesuai dengan peredaran zaman,anda boleh mendaftar sebagai ahli shaklee melalui online melalui saya.Segalanya dihujung jari,klik situ,klik sini...DONE, congrats anda berjaya didaftarkan sebagai ahli shaklee.Sangat mudah kan? Juga sangat sesuai bagi mereka yang xda masa luang untuk daftar di branch.. Alhamdulillah saya berada di Kota Bharu,boleh dikatakan 5 minit sahaja untuk ke branch Shaklee Kota Bharu, bagi menghantar borang permohonan anda. Apabila sudah selesai saya akan memberikan nombor ahli dan juga pihak shaklee akan menghantar SMS kepada anda untuk memberitahu ID & Password shaklee anda.


Sebagai upline anda,saya akan berusaha memberikan khidmat yang terbaik supaya anda boleh lakukan perkara yang sama juga nanti. Tidak timbul masalah perebutan ahli kerana saya percaya rezeki sudah ditentukan bahagian masing-masing olehNya.


Bagi yang hanya ingin menjadi pengguna produk Shaklee juga tidak ada masalah,saya akn turut menjemput anda ke dalam group2 jutawan shaklee bagi berkongsi info-info menarik berkaitan produk shaklee..Dapat juga kita jalinkan ukhwah sesama ahli kumpulan :)



CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE


Caranya cukup mudah & tidak memerlukan modal yang besar. Terdapat 2 cara daftar ahli Shaklee dan anda boleh memilih mengikut pilihan anda.

Cara Pertama: 
Anda boleh membuat pembayaran yuran keahlian Shaklee sebanyak RM75 bagi yang tinggal di Semenanjung dan RM85 bagi yang berada di Sabah & Sarawak. Anda akan mendapat kit yang mengandungi info berkaitan produk Shaklee. Dalam masa yang sama, saya akan membantu dalam menunjukkan cara membuat pembelian. Jika ada yang berminat untuk menjadi ahli di bawah saya adalah petanda yang baik dan kita akan berusaha tanpa melalui paksaan. Tidak da sesiapa pon yang akan berminat untuk sesuatu bisnes jika terdapat unsur paksaan kan??? Biarlah mereka menjadi ahli dengan kerelaan hati dan tidak akan menyebabkan kita berasa serba salah pula selepas tu kan...

Cara ke-2:
Membuat pembelian melebihi 200uv (bersamaan lebih kurang RM670++). Ini melayakkan anda untuk mendapat keahlian shaklee secara percuma. Anda bebas untuk memilih mana-mana cara sekali pon..

Sekali lagi,bagi mereka-mereka yang berminat,boleh hubungi saya di talian 0129495513 (Rabihah)..Insyaallah akan di reply dengan kadar segera.


Apakah Kelebihan lain Menjadi Ahli Shaklee?

1.Modal Kecil
Modal nak mulakan perniagaan Shaklee nie hanya RM65.00 sahaja. Lagi best untuk seumur hidup. Tak perlu 'renew' keahlian. Atau jika mahukan keahlian PERCUMA hanya beli barang RM680=200UV. Lagi best bila boleh dapat komisen pada bulan berikutnya. Silap-silap boleh makan 'vitamin' free setiap bulan.

2.Tak Perlu 'LOAN' Untuk Mulakan Perniaagaan
Shaklee memang MLM, tapi bukan MLM yang perlukan modal beribu untuk start berniaga. Tiada konsep head-hunting dalam Group Rahsia kami. Konsep yang kami guna 'siapa rajin, dialah yang berjaya'. Modal yang diperlukan hanya RM65. Dan selebihnya komitmen dan semangat kalian untuk berjaya. Jalan sudah diteroka oleh Master-Master yang dan berjaya. Hanya ikut langkah 1,2,3 pasti Jutawan Muslimah dalam tangan.

3.Tak Payah Tayang atau Jual Muka
90% hasil jualan Group Rahsia kami adalah dari sumber online. Gunakan medium blog dan Facebook untuk memasarkan produk-produk Shaklee. Tak perlu petah bercakap. Tahukah kalian? Yang kebanyakan dari SID (Shaklee Independent Distributor) yang berjaya adalah pemalu dan tak petah bercakap. Bukan juga ada latar belakang berniaga atau belajar 'Business Administration'. Paling penting 'determine' untuk berjaya. 

4.Tak Perlu Stok Bertimbun
Barang semuanya ada di HQ/Branches Shaklee. Tak perlu simpan stok beribu-ribu dirumah. Bila customer nak, SID hanya akan emel atau call HQ/Branches Shaklee. Barang yang customer pesan akan dihantar direct dari HQ/Branches Shaklee. Jimat tenaga nak bungkus dan poskan barang. Dan tak perlu risau, risiko stok lapuk sebab tak laku. Mudahnya berbisnes dengan Shaklee, Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.

5.MLM Shaklee Bukan Piramid
Tiada konsep tertindas. Hanya orang atas sahaja yang kaya. Dan orang bawah tak mendapat untung. Sesiapa sahaja ada peluang jadi Jutawan dengan RM65. Pernah menjadi sejarah dalam Group kami. Bila Nenek, Mak & Cucu menjadi Master secara serentak. Tiada apa yang mustahil. Tulislah seberapa banyak RM yang korang nak dengan Shaklee. And we work for it!

Tiada apa yang mustahil. Jangan jadikan angan untuk buat Umrah, pergi melihat negara asing, memandu kereta lebih selesa, rumah idaman, bantu ibu ayah, berikan segala yang terbaik untuk anak, dan simpanan jutaan RM terkubur begitu sahaja. Do not live with your dreams. Turn its into reality.

Tak kira siapa kita? Apa kerja kita sekarang? Tahap pendidikan? Status latar belakang keluarga? Itu semua tak penting. Yang penting adalah SEMANGAT, KEYAKINAN DIRI, KOMITMEN, USAHA dan PERCAYA PADA DIRI SENDIRI. Itu akan membuatkan kita berjaya capai cita-cita. Dengan kelebihan menjadi ahli Shaklee yang telah ditawarkan. Tiada lagi alasan untuk tidak berjaya dengan Shaklee.

Jadikanlah business Shaklee sebagai medium untuk tempah tiket ke SYURGA. Jadikan Shaklee sebagai 'motivasi' untuk jadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat. Ingat tiada apa yang mustahil. Setiap mimpi boleh menjadi realiti.

Tak perlu fikir panjang. JUST DO IT! Realisasikan mimpi.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 



Saturday 25 January 2014

ELAKKAN BERSARAPAN DENGAN MAKANAN SEGERA!!!

Asal pagi je lapar
Asal pagi je cari makanan
Asal pagi je ngantuk
Asal pagi je jadi malas
Asal pagi je cari makanan yang cepat siap :) >>fast food<<
Semua tu kenapa ye??lumrah kehidupan ke ape?? Ada sangkut-paut dengan pengambilan makanan harian kita tak? ofkosla kan ....haisshh,dengar pon dah seram bangun pagi ambil 'fast food'

Nape ye kena elakkan pengambilan makanan segera waktu pagi?





Masyarakat kita pada hari ini menganggap amalan makan makanan segera adalah satu perkara biasa dalam kehidupan. Walaubagaimanapun ia perlu dikawal bagi mengelakkan masalah kesihatan.

Pengambilan makanan segera waktu pagi mungkin boleh menyebabkan reaksi keradangan sementara tetapi serius dalam pembuluh darah. Para pengkaji yang diketuai oleh Dr Ahmad Aljada dari State University of New York di Buffalo,menyatakan bahawa pengambilan makanan tinggi lemak dan kaya karbohidrat sekali-sekala tak memudaratkan tetapi pengambilan kerap boleh membawa kepada komplikasi dan keradangan pembuluh darah yang kronik seperti serangan jantung dan strok.

Kajian yang dilakukan ke atas 9 orang dewasa yang sihat dengan hidangan sarapan makanan segera dengan 910 kalori,81gram karbohidrat, 51gram lemak dan 32gram protein. Menurut, Dr Ahmad ,bukanlah jumlah makanan tetapi jenis makanan yg diambil perlu dititikberatkan :)
=========================================================

Kenapa Makanan Segera Bahaya (Penting!) | Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:
Burger daging:

Mengandungi 4 gram lemak tulen. Makanan segera yang dipanggil burger ni membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak).Banyak garam. Ramai yang suka ayam goreng segera. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
French fries atau Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak (shake);

Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungiperisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam

Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula

Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat

Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Melayukini.net - Makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.
                                           

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 





Friday 24 January 2014

REMINDER DI PAGI JUMAAT


ASSALAMUALAIKUM,SELAMAT PAGI & SALAM JUMAAT

Alhamdulillah,Syukran Ya Allah
syukran atas nikmat usia & kesihatan yang baik,sesungguhnya semua ini adalah pinjaman semata-mata,semoga Istiqamahku dalam sesuatu perkara berterusan..
Jumaat ,sayyidul ayyam kembali lagi..mungkin ini jumaat terakhir bagiku
semoga Allah mengampunkan salah-silapku selama ini
taubat dan muhasabah penyuci jiwa
Jumaat yang berkat,
berazam dan terus berazam untuk jadi yang terbaik
Insyaallah..

===============================================

♥♥♥ TAZKIRAH DI PAGI JUMAAT ♥♥♥

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.
Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).
� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.
� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.


Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.
Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.
Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
+++++++++++++++++++++++++++
Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.

Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82)
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.

Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.