Friday 30 January 2015

Kenapa perlu memerah susu?

Seringkali ibu-ibu bertanya kepada saya, 

"Berapa kerap perlu saya perah susu di pejabat?"
"Boleh tak saya nak perah dua kali sahaja?"

Kadang-kala, ada pertanyaan yang membuatkan saya mengusik kepala atau mengerutkan dahi. Ada juga kadangkala membuatkan saya tergelak sendirian sehingga menampakkan barisan gigi saya yang cantik.

Persoalan utama ialah, adakah ibu-ibu tadi faham mengapa, kenapa mereka perlu memerah kilang membuat susu untuk si kecil mereka? Adakah mereka terikut-ikut dengan situasi semasa, atau faktor sekeliling? 

"Oh, teman sekerja saya memerah untuk bayinya, jadi saya juga mahu ikut memerah!"

Saya sebenarnya bukan jenis yang kompleks. Saya sendiri akan bermasalah untuk memahami perkara yang kompleks melainkan ia dapat diterangkan secara ringkas tapi dapat difahami. 


Baiklah, teruskan pembacaan kalian.


Situasi di rumah :
Bayi bersama anda. Hanya menyusu secara terus dengan anda. Anda bersama bayi selama 24 jam. Berapa kali si kecil menyusu dengan anda?

Sekiranya anda telah memahami rutin si kecil, ini sememangnya memudahkan kerja. Kita andaikan si kecil menyusu setiap 2 jam sepanjang hari. Oleh itu, si kecil telah menyusu sebanyak 12 kali apabila ibunya berada di rumah sepanjang hari.


Situasi di tempat kerja :
Anda kebiasaanya akan mengambil masa sehingga 10-12 jam untuk masa berkerjanya (ini sudah termasuk kiraan perjalanan pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja) Mungkin ada ibu yang bekerja lebih dari tempoh ini. Kalau mengikut rutin si kecil, berapa kali patut si kecil menyusu dalam tempoh ini? Ya, lebih kurang 5-6 kali, atau lebih (bergantung dengan tempoh anda bekerja)


Jadi, sudah nampak mengapa anda perlu memerah susu? Tidak lain tidak bukan, untuk memastikan proses penghasilan dan pengeluaran masih mengikut jadual aturan kilang (payudara)!

Sudah rutinnya produksi kilang untuk menghasilkan susu mengikut rentak si kecil. Sekiranya rutin itu diganggu, penghasilan dan pengeluaran akan turut terganggu!


Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di kamikamuvitamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 012-9495513.

No comments:

Post a Comment