Saturday 31 January 2015

Keperluan atau kehendak?

Setiap ibu bercita-cita untuk menyusukan bayi mereka. Kalau boleh, kalau dapat sehingga si kecil berusia dua tahun. Malah ada yang bercita-cia untuk menyusukan si kecil selama mana yang si kecil mahu. Tahniah ibu-ibu! Saya berbangga kalian telah membuat keputusan itu. Membuat keputusan untuk menyusukan si kecil adalah langkah pertama yang diambil oleh setiap ibu. Bagaimana untuk menjayakannya merekupakan langkah seterusnya.

Gambar dari arkib Cik Yut!

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan langkah pertama si ibu berjaya diteruskan atau tidak. Disebabkan kebanyakan ibu sekarang adalah ibu-ibu yang bekerjaya, masalah utama mereka ialah mampukah mereka meneruskan penyusuan apabila mereka  kembali bekerja. Rata-rata ibu memilih penggunaan pam. Sama ada pam manual atau pun pam automatik.

Gambar contoh - diambil dari PakCik Google

Adakah penggunaan pam ini wajib? Adakah ia sesuatu yang sangat diperlukan atau sesuatu yang mengikut kehendak semasa? Adakah ibu-ibu memahami mengapa perlunya pam? Atau ikutan dari teman-teman sekeliling?

Pam ibarat alat bantuan sokongan. Ia bukanlah barang wajib/mesti ada untuk setiap ibu. Sebelum mendapatkan pam, ibu-ibu perlu tahu mengapa mahu menggunakan pam. Acapkali saya berpesan kepada ibu-ibu untuk benar-benar mengosongkan payudara.

Dan ibu-ibu pula akan bertanya, "Bagaimana hendak mengosongkan payudara? Perlukah saya membeli pam?".

Jawapan saya kepada ibu-ibu, " Ibu tidak perlu membeli pam. Memadai dengan menggunakan tangan sahaja!".


Pastinya ramai ibu yang memilih tidak mahu menggunakan tangan atas pelbagai alasan. Ya, saya hormati keputusan ibu. Ibu lebih tahu bagaimana rutin seharian. Sibukkah, sempatkah, hanya ibu yang tahu. Tidak saya. Ada ibu yang mampu untuk melakukan perahan menggunakan tangan, ada ibu yang kurang yakin, merasakan mereka kurang mampu untuk melakukannya. Apabila terdapat ibu yang kurang yakin, saya tidak mahu memaksa, tetapi saya akan ajar sekiranya ibu mahu tahu mengenainya. 

Sekiranya ibu lebih yakin dengan menggunakan pam, sudah faham keperluan penggunaannya, saya hormati pendirian ibu. Saya tidak mahu memaksa sehingga boleh membantutkan usaha penyusuan kepada si kecil. Apa yang penting bagi saya ialah si ibu dan si kecil masing-masing gembira. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila melihat si ibu berjaya menyusukan si kecil!

Baik, adakah ibu-ibu sudah nampak sama ada pam itu perlu atau kehendak nafsu? :) Kejayaan penyusuan tidak datang dari pam yang canggih, atau pam yang mahal. Tetapi datang dari usaha dan kerajinan ibu-ibu. Sekalipun ibu hanya memerah menggunakan tangan, jika ibu rajin InsyaAllah ia tetap berjaya. Begitu juga sekiranya telah menggunakan pam paling mahal atau berjenama, sekiranya ibu kurang rajin dan berusaha, keputusannya pasti mengecewakan. 

Selamat meneruskan penyusuan bersama si kecil!


Apa? Mahukan kelas Marmet?? Oh... saya akan fikirkan tarikhnya. Boleh cadangkan kepada saya ya! 

No comments:

Post a Comment