Sunday 9 April 2017

Indahnya bersama yang tersayang , Alhamdulillah Weekend Well Spent !!

Alhamdulilallah.. Ahad, hari persekolah buat negeri Kelantan. Jadinya weekend yang lepas semalam (Jumaat & Sabtu), kami fully utilize the time together. Jumaat , pagi-pagi lagi tinggalkan anak-anak yang masih nyenyak ke kelas dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi. Lepas jumaat kami nak g “meminang” bakal adik ipar kat Kubang Kerian & malamnya janji ngan anak-anak nak bawa diorang pergi “GIANT” kat  Tunjong yang depan RTC tu. Alhamdulillah lepas maghrib je kitorang solat dan terus ke giant. Dari rumah ke Giant tak sampai 10 minit pun. Dekat je pun. Mertua & Kakak ipar pun ikut sama. Kami spent about one and half hour there sebabnya, nak balik rumah tengok pertandingan tilawah al-quran .

Masa kat giant tu,biasala kan untuk menarik makbapak dan anak-anak ke sana, diorang bawa masuk mascot kat kedai DIY & Dinasour yang besar gedabak tu pusing-pusing mall. Seperti biasa,anak-anak biha memang super excited. Excitednya kejap je sebab bila dah berhadapan dengan mascot & binatang terus Rasyad meraung. Kalau bab bergambar and setuh-sentuh mascot ke ape bagi kat Rayyan la. Mesti minta umi abi snap pic dia dengan mascot tu..heheheh.. Suka sangat tengok bila anak-anak happy.

**Makbapak yang tak pernah or tak suka or cakap tak ada masa sebab banyak kerja ke meniaga ke ,please luangkan masa seketika, bawa anak-anak keluar, bawa mereka tengok dunia luar. Tak rugi dan tak lari customer bila kita berbuat baik pada anak-anak. Ada yang cakap, eh saya tak ada masa nak bawa diorang (anak-anak) jalan-jalan ,sebab saya sibuk yang amat. Saya berniaga online, walaupun tak sempat nak update apa-apa kat blog or fb, Alhamdulillah sales tetap jalan, order customer non-stop & saya percaya, itulah keberkatan & itulah yang tuhan gantikan dengan masa yang dirasakan “terbuang” bagi sesetengah orang, tapi bagi saya itula waktu bermakna dengan anak-anak. Sesibuk mana pun kita, luangkanlah seketika untuk anak-anak syurga kita.- self reminder **

Okay, berbalik pada aktiviti weekend kami. Sabtu (semalam , 8 April 2017) merupakan hari lahir my beloved husband . Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia awak ye bang.Semoga berjaya di dunia akhirat , sakinah & mawaddah buat keluarga kecil kita ni. Pepagi lagi, anak-anak bangun tidur dan pergi wish “happy birthday” kat abi diorang.hehehe.. senyum-senyum je bapaknya bila anak-anak peluk-cium.hehe. Husband saya ni, tak berapa suka celebrate birthday..so, sebagai isteri yang tahu husbandnya suka makan kek coklat, sesambil tunggu waktu maghrib pergi dapur terus buatkan kek coklat. Bila dah masak kek tu,cepat je diorang makan..tak paling kiri-kanan oooiiittt…hehehe…mesti best kan?

Hah, lupa…semalam juga kami bawa anak-anak ke Pesta Buku kat Padang Perdana, mabuk wei…banyak buku..husband saya memang sukakan buku-buku termasuklah saya dan anak-anak.Ambil buku letak dalam bakul, beratus juga habis beli buku semalam..hehe..tak pe, Ilmu kan.hehe..Insyaallah Allah akan gantikan berganda-ganda lagi .

Ha, itu je aktiviti kami bersama family untuk minggu ni. Selalunya, saya dan suami akan adakan 1 minggu, 1 resepi/masakan seperti ajar anak-anak buat donut ke,buat mee ke buat apa-apa yang berpadanan dengan anak-anak. Syok kan gitu..Insyaallah moga diizinkan masa lagi untuk biha share tentang aktiviti weekend kami sekeluarga. Insyaallah ,hujung minggu ni akan ke KL sebab Biha kena attend konvokesyen master di UiTM , Shah Alam.



No comments:

Post a Comment