Showing posts with label Asthma/lelah. Show all posts
Showing posts with label Asthma/lelah. Show all posts

Wednesday, 4 December 2013

Omega Guard Shaklee Membantu Menangani Penyakit Asthma

Anak anda asma?

Asma selalunya sinonim dengan nama seorang perempuan. Entri kali ini bukan nak bercerita tentang perempuan bernama Asma tapi nak sharing bahayanya penyakit asma. Apa itu penyakit asma?

minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempitMeskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.
Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan. Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
minyak ikan shaklee mencegah penyakit asma
Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' sebanyak 31%Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.
Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.
.
Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. 

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA)Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia
Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa Hexaenoic Acid), EDA  menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkam melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.

Saya menyeru kepada ibu bapa di dalam dunia ini untuk memberikan Omega Guard Shaklee kepada anak mereka yang menghidap asma. Ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan penggunaan inhaler sekaligus dapat hidup tanpanya suatu hari nanti. Tiada inhaler tiadalah steroid. Insyallah Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma anak anda.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Saturday, 2 November 2013

Anak ada ASTHMA atau LELAH

Assalamualaikum...

Hari ini nak share tentang masalah asthma..walaupun anak2 saya tidak ada yang mengalami asthma tapi ramai juga anak rakan2 saya yg ada masalah ini. Jom baca seketika tentang penyakit ini...

Gambar sekadar hiasan
Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.

Asthma tidak boleh disembuhkan, tetapi simptom-simptomnya boleh dikawal. pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan anda diserang asthma.anda mungkin memerlukan pengambilan rawatan jangka masa panjang untuk mencegah radang menjadi lebih teruk. Dan juga rawatan jangka masa pendek(kecemasan) untuk mengawal simptomnya apabila diserang asthma.

Asthma adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal yang boleh membantutkan urusan seharian pesakit, contohnya terpaksa meninggalkan kelas,kerja dan lain-lain kerana simptom-simptom itu. Pesakit asthma perlu untuk sentiasa mendapatkan nasihat doktor yang merawat dan diberitahu rawatan yang dperlukan.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  • pernafasan yang pendek
  • sakit-sakit dada
  • sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
  • bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
  • batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam

Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti : 
  • serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
  • kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)

PUNCA-PUNCA 
Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik(inherited)serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab.Antaranya :
  • alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
  • jangkitan pernafasan sperti selsema
  • aktiviti fizikal
  • pencemaran udara seperti asap rokok
  • sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)
  • cuaca yang sejuk
  • gangguan emosi dan stress
  • bahan ber'sulfite', bahan pengawet
  • GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
  • putaran haid bagi sesetengah perempuan
  • alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.

INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA

Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
  • latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
  • jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak
  • terdedah kepada asap rokok
  • persekitaran udara yang tercemar
  • pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia
  • kurang berat badan ketika lahir
  • berat badan yang berlebihan 

PENCEGAHAN 
  • buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma
  • kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma
  • pengawasan terhadap pernafasan anda
  • kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu
  • jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal 
sumber: http://klinikmansurah.blogspot.com/2009/02/asthma.html

Jom lihat juga testimoni seorang pengguna produk Shaklee yang berusaha untuk merawat anaknya yg ada asthma selain daripada rawatan hospital.. Berkat USAHA, DOA dan TAWAKKAL.. anaknya menunjukkan POSITIVE IMPROVEMENT.



Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya