Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Saturday, 30 December 2017

Cara Nak Hilangkan Bintik Kolestrol Bawah Mata

Cuba cek kat bawah mata awak, ada biji-biji / bintik-bintik putih tak? Ini bukan jerawat tapi bintik ni susah sangat nak hilang.

Image result for bintik kolesterol


Inilah dia bintik kolesterol yang mula menjelmakan dirinya.

Wednesday, 17 May 2017

BAGUSNYA SI LABU PUTIH ... JADIKAN IANYA AMALAN HARIAN

Image result for bawang putih

Si labu putih memang dah terkenal seluruh dunia. Mana kan tak kenal kan , sebab iana digunakan dalam masakan harian. Setiap ulasnya memberi khasiat yang cukup banyak buat sesiapa yang mengambilnya.

Si labu putih a.k.a bawang putih or dalam bahasa englishnya garlic sudahpun diketahui umum sebagai antibiotik semulajadi. Ianya digunakan turun-temurun sebagai bahan masakan seluruh dunia. Memakan awang putih segar dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit seperti selsema.

Baunya menusuk kalbu, yang membuatkan setiap orang mengenali si labu putih. Siapa kat sini yang suka dengan bau bawang putih tu? huh, baunya yang kuat boleh sakitkan hidung, tapi ketahuilah walau baunya yang begitu, khasiatnya cukup banyak kepada kita


ASAL BAU BAWANG PUTIH?
Bawang putih/garlic mengandungi pelbagai komposit fisiologi yang terdiri daripada bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Dari sinilah asal bau garlic.

Agak-agak korang, mampu tak korang kunyah galic yang mentah gitu? Kalau Biha memang mengaku, tak mampu dengan baunya yang super kuat tu. Melainkan waktu masak atau menumis letak banyak bawang putih. Bawang putih tu natural remedy untuk selsema dan kahak bagi bayi dan kanak-kanak. Alhamdulillah ini yang Biha amalkan bila anak-anak selsema dan berkahak;

Ambil 3,4 ulas bawang putih, bakar dan tumbuk , lepas tu campurkan dalam minyak habbatussauda'. Kemudian sapu pada tumit kaki anak-anak dan pakaikan mereka stokin. Buat beberapa malam, Insyaallah sangat berkesan.

Selain tu, Biha akan tumbuk bawang putih dan letak dalam air didih, kemudian bagi baby hidu wap yang keluar tu, Insyaallah cepat je baik dari berkahak. Yela kan, bila anak-anak kecik berkahak,selsema dan susah bernafas , diorang akan susah nak lelap Kesian tau. 

Lagi satu, bagi yang menyusu badan seperti Biha, setiap kali memasak akan letak banyak-banyak garlic tu dengan harapan anak cepat baik bila garlic yang dimakan sampai kepada baby Raeef melalui susu ibu. Pelbagai cara Biha lakukan bagi memastikan anak kecil seusia bayi tak diberikan ubat untuk pemulihan penyakit seperti selsema dan sebagainya.

Bagi mereka yang masih tak boleh nak telan si labu putih tu walau dah di masak, jangan risau. GARLIC SHAKLEE kan ada. Yang ni lagi senang dah tak payah nak kupas bawang bagi, cuma buka tudung botol 'GARLIC' dan telan.hehehe..


APA PERBEZAAN GARLIC SHAKLEE?
  • Dibuat daripada bawang putih premium, BEBAS racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA di waktu musim panas.
  • Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif.
  • Perisa herbanya terhasil dari 2 ekstrak herba rosmary dan spearmint. Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita..
2 TABLETS GARLIC SHAKLEE MEMBEKALKAN 1000mg EKSTRAK GARLIC TULEN = 2 ULAS GARLIC SEGAR.
Image result for garlic shaklee

MANFAAT UTAMA SI LABU PUTIH 
  • Mengandungi spearmint - meningkatkan fungsi jantung dan sistem penghadaman.
  • Antibiotik yang selamat dan semuajadi - selamat untuk penggunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem imun,menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat,kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif,sinus,alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman - formula uniknya mampu mengatasi masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut,gastrik, ketidakhadaman dan juga membantu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastric.
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadium adalah logam toksik yang menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Menurunkan kolestrol - garlic membantu menurunkan paras kolestrol,LDL,trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan kebekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dagn menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah kanser - membantu mengelakkan dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.
  • Menstablikan glukos - membantu menstabilkan glukos dalam badan kita.

CADANGAN PENGAMBILAN 
Kesihatan biasa = 2 tablet sehari selepas makan
Untuk radang dan alergi = 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali
Untuk kanser, darah tinggi dan hyperlipidemia = 2-3 kali sehari, 2 tablet setiap kali.



SMALL STEP, RIGHT DIRECTIONS
Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..


| YOUR TRUSTED SID |

Wednesday, 13 November 2013

Say No to Blackheads and Whiteheads

Assalamualaikum and Selamat Pagi semua! Ada yg tengah bersiap-siap nak ke tempat kerja? Ada yg dah sampai office? Saya nak curi masa anda sebentar. Saya nak share pengalaman saya sendiri. 

Last night before tido, time tengah mamai-mamai tu, saya ada baca article pasal cara natural nak hilangkan whiteheads n blackheads. So berangan-rangan lah bila bangun nanti nak try salah satu petua tu. 

Then pagi ni belek-belek muka kat cermin, saya tak jumpa pun blackheads! Eh betul ke ni?? Bisik hati kecilku. Hehe macam novel plak kan. But seriously, memang betul tak jumpa. Kalau ada pun, very small. Kena tenung lama-lama dan besarkan mata baru nampak. 

Saya try recall balik when was the last time saya korek blackheads, tapi memang tak ingat. Maknanya dah lama la dah tak korek. Kalau tak dulu, pantang jumpa cahaya matahari or lighting yg terang sikit, mesti cepat-cepat ambil cermin dan start korek keluar pakai besi yg biasa kita beli kat kedai/farmasi tu. Bila dah berjaya korek keluar tu, rasa macam puas hati sangat-sangat. Itupun actually tak 100% yg dapat dikeluarkan. 

Selain daripada tu, saya ni 1-2 minggu sekali memang akan scrub muka.. Konon nak buang blackheads and whiteheads tu. Tapi tak berjaya gak. Biore pore pack memang rajin beli, pun tak berkesan. Kadang-kadang kalau terlebih rajin, saya sapu putih telur + tisu. It did't work. Tak jalan gak. (But I like the feeling though- especially bila putih telur tu dah keras and muka kita sakit-sakit sikit bila peel it off). 

Sekarang memang tak nampak blackheads nya! Saya suspect ini Shaklee punya 'kerja'. Either pencuci mukanya, or the vitamins, or combination of both.

Ni macam saya time dulu-dulu. Suka korek pakai besi tu
Yes, Biore Pore Pack yg lelaki punya pun saya pernah guna. Did not work
The easiest way to remove my blackheads. Pantang jumpa cahaya matahari or lighting terang sikit
Alamak, extreme sangat ni!
 
So I've decided to find out who is the 'culprit'. Here are my findings :


Pn Anniz Mohtam:
"1. Hubby tegur saya muka makin cerah, bekas + parut jerawat plak makin pudar! ;)
2. Saya dah lost 2kg (hanya ambil Lecithin je, ni baru nak start ambil Cinch! heheheh) after 2 weeks consume Lecithin. Makan saya rasa sama je, cuma tak ambil nasi untuk dinner. Lunch saya lebihkan sikit sebab saya breastfeed! ;)
3. Muka hubby pernuh dengan jerawat, tapi notice jerawat-jerawat dia makin kecut, hidung dia pun dah tak kasar dengan blackhead.. Kalau tak, penat dulu menyental hidung dia seminggu sekali.. ;)
4. My mom ada darah tinggi, after less than 1 week consume (oste+garlic+B comp), BP dari 155/87, sekarang 147/82 and since consume Shaklee, tak ambil lagi dah ubat hospital.. Paling penting, takde sakit-sakit kepala dah macam dulu.. Happy sangat-sangat!"

Ini pula adalah testimonial daripada pengguna Shaklee yg lain ;) 
*click on the pictures to get a better view



Jom try produk Shaklee, insyaAllah 'musuh-musuh' anda akan dapat 'ditewaskan'. Say NO to blackheads and whiteheads! 

berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Monday, 4 November 2013

Atasi Mulut Bebau Dengan Suplemen Shaklee

Ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang. Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?


Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut.  ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds-VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
 
 
Mulut Kering Kerana Kekurangan Air Liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi.  Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara     tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.
Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.
 
Punca Kekurangan Air Liur

  • Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
  • Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
  • Berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
  • Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
  • Pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
  • Kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
  • Stress : mengurangkan pengaliran air liur

Bagaimana Nak Tahu Yang Anda Mempunyai Masalah Mulut Berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut.
Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri,  kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini.
Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Rawatan Masalah Mulut Berbau  
  • Herblax - Untuk pembersihan usus
  • Chewable Vitamin C - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
  • Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria
  • Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau
  • Peppermint Ginger Plus - Berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut 
 Untuk konsultasi, pertanyaan dan pesanan produk, hubungi :

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Friday, 19 July 2013

Darah Tinggi Pembunuh Senyap (hypertension)

Salah satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan' ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan' yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya. 

Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat' untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan. 

Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap' inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi. 

``Secara tidak langsung, ia juga mempunyai impak yang besar pada ekonomi kerana kos penjagaan pesakit meningkat dan kehilangan produktiviti akibat pesakit tidak dapat bekerja,'' demikian menurut Ketua Jabatan Nefrologi, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaki Murad. 

Kurangnya kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil tahu berhubung hipertensi ini menyebabkan kadar peratusannya cukup membimbangkan. Di negara ini sahaja, tinjauan Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 1996 mendapati, 30 peratus penduduk yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi. 

Hipertensi 

Hipertensi merupakan satu keadaan di mana bacaan tekanan darah melebihi 140/90 meningkat secara berterusan. Seseorang itu diklasifikasikan sebagai penghidap hipertensi setelah ujian ulangan dilakukan beberapa kali. Bagaimanapun, seseorang tidak dikategorikan sebagai penghidap hipertensi jika bacaan tekanan darah yang melebihi paras biasa hanya sekali. 

Hipertensi berlaku apabila arteri-arteri atau dinding cabang pembuluh darah halus menjadi keras dan menyukarkan darah melaluinya. Kesannya, tekanan darah meningkat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat. Sekiranya bacaan tekanan darah kekal pada kadar 140/90 atau lebih, ini bermakna anda menghidap hipertensi. 

Setiap hari jantung akan berdenyut lebih daripada 100,000 kali. Darah akan dipam dari jantung ke seluruh pembuluh darah setiap kali jantung berdenyut. Di antara degupan jantung, tekanan dalam dalam pembuluh akan menurun. Bacaan tekanan darah direkodkan dalam dua nombor, contohnya 120/80. 

Nombor yang pertama, 120, adalah tekanan darah pada dinding pembuluh darah apabila proses degupan jantung berlaku. Ia juga dikenali sebagai sistolik. Manakala, nombor kedua, 80, merupakan tekanan pada pembuluh darah ketika jantung berehat antara degupan jantung. Ia dikenali sebagai diastolik. 


Hipertensi Tidak Memilih Jantina di Kalangan Penghidapnya. 

Secara purata, dianggarkan satu per tiga penduduk di seluruh dunia menghidap hipertensi. Kajian di Amerika Syarikat (AS), mendapati kekerapan menghidap hipertensi lebih tinggi di kalangan penduduk negara itu, terutama mereka yang berketurunan Afrika dan Caribbean. 

Menurut Dr. Zaki, sebagai langkah mencegah dan menangani hipertensi lebih berkesan, garis panduan rawatan hipertensi diperkenalkan khusus untuk pengamal perubatan. 

Garis panduan praktik klinikal (CGPs) edisi ke-2 ini adalah hasil usaha panel Garis Panduan Rawatan Hipertensi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Hipertensi Malaysia. 

``Garis panduan ini diterbitkan untuk menyelaraskan amalan pengamal perubatan di seluruh negara apabila merawat pesakit hipertensi,'' katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan mengambil peluang menjalani pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor. 

Menurut Dr. Zaki, oleh kerana hipertensi adalah pembunuh senyap, pesakit dinasihatkan supaya mematuhi jadual ubat-ubatan yang ditetapkan. ``Kegagalan pesakit mematuhi jadual rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan menyebabkan masalah ini sukar dikawal. 

``Malah, risiko menghidap penyakit kronik seperti serangan jantung, angin ahmar dan kegagalan buah pinggang berfungsi juga tinggi,'' katanya. Beliau tidak menafikan, ubat-ubatan antihipertensi yang perlu diambil seumur hidup ini mempunyai kesan sampingan tersendiri. 

Namun, katanya orang ramai tidak perlu bimbang dengan generasi baru ubat-ubatan antihipertensi kerana sebahagian besarnya mempunyai kesan sampingan yang terlalu sedikit. Menangani hipertensi tanpa ubat-ubatan (non pharmacological management) melalui perubahan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menangani hipertensi. 

Ini termasuklah: 
  • Mengawal berat badan
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Tidak mengambil minuman keras
  • Melakukan senaman secara kerap
  • Pemakanan sihat
  • Berhenti dari merokok.



Jenis Hipertensi 


Hipertensi essential (HE) 

Ia diwarisi secara keturunan dan faktor persekitaran. Dianggarkan 90 peratus mereka yang menghidap hipertensi terdiri daripada jenis ini. HE ini tidak boleh dicegah, tetapi kesannya dicegah. 

Seseorang lebih cenderung mendapat hipertensi ini sekiranya mereka mengambil makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Tekanan juga, dikenal pasti sebagai faktor penyumbang hipertensi jenis ini. 

Hipertensi sekunder 

Ia disebabkan oleh penyakit-penyakit hormon, jantung, ubat-ubatan, kegagalan buah pinggang dan sebagainya. 

Gejala 

Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala kepada penghidapnya. Bagaimanapun, jika hipertensi terbabit agak serius, individu terbabit biasanya mengalami sakit kepala. 

Apakah Yang Meningkatkan Tekanan Darah? 

Tekanan darah meningkat sekiranya ada tindak balas pada aktiviti lasak seperti senaman dan terkejut. Keadaan seperti ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen bertambah dan tekanan darah meningkat. 

Dalam keadaan sejuk secara tiba-tiba, kapilari darah bawah kulit akan mengecut untuk menyimpan haba tubuh. Keadaan ini juga, meningkatkan tekanan darah. Kesemua tindak balas ini dikawal oleh sistem saraf pusat. 

Peningkatan dan penurunan tekanan darah bergantung pada perubahan aktiviti. Ia juga cenderung untuk meningkat seiring dengan peningkatan usia. Sekiranya, bacaan tekanan darah meningkat setelah beberapa kali ujian dilakukan, ia dikenali sebagai hipertensi. Bagaimanapun, jika bacaan ini menurun pada tahap tertentu, ia dikenali sebagai hipotensi. 

Klasifikasi ini berdasarkan bacaan purata yang diambil dua kali atau lebih setiap kali berjumpa doktor, selepas lawatan imbasan peringkat permulaan. 

Apabila tekanan darah sistolik dan diastolik termasuk dalam pelbagai kategori, kategori tertinggi akan dipilih untuk mengklasifikasikan tekanan darah individu terbabit. 

Sumber Maklumat: Utusan Malaysia