Showing posts with label Bengkak susu. Show all posts
Showing posts with label Bengkak susu. Show all posts

Saturday, 6 September 2014

ATASI BENGKAK SUSU

Pagi tadi selepas solat subuh baring-baring manja sebelum masuknya waktu dhuha,buka radio dengar celoteh juruhebah  radio membincangkan pasal bengkak susu dikalangan ibu menyusu. So dari situ biha dapat idea untuk menulis entry pasal bengkak susu. Actually bengkak susu ni sudah 2 kali biha alami iaitu selepas melahirkan anak sulong & anak kedua..hehehe...2x bengkak sebab anak baru 2 orang.hihi..Alkisah bengkak susu yang merebahkan diriku sebabnya bila bengkak susu satu badan sakit,demam pun datang menyerang..Sakit yang amat okeyhh..

Alhamdulillah,rezeki untuk anak-anak murah sebab right after melahirkan diorang Allah anugerahkan susu walaupun hari pertama melahirkan baby.Ada setengah orang 3,4 hari selepas melahirkan baru ada susu kan tapi rezeki untuk anak-anak biha agak cepat.Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.Syukur dengan rezeki kurniaan ilahi. Orang cakap,bila dah ada anak rezeki makin murah. Susu pun rezeki tau.hihi..berbalik pada bengkak susu,Biha selalunya akan alami bengkak susu pada hari keempat/kelima kelahiran.Waktu tu sangat-sangat menyeksakan.Perah pun susu tak nak keluar,baby sucking pun still rasa sakit walaupun dah banyak diminum tapi still membengkak. Hanya ibu-ibu yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa sakitnya..hihi..terutama masa dalam pantang,memang susu asyik membengkak.hehehe..

Eh lupa lak,sebelum tu mesti korang dah tau kan apa itu bengkak susu?ke ada yang belum tahu?kalau belum tahu.,mai biha story sikit apa yang dimaksudkan dengan bengkak susu tu:


Bengkak susu tu bukan bermakna susu yang korang hasilkan tu berketul-ketul macam hujan batu tau,bengkak susu ni terjadi apabila susu yang korang hasilkan itu sangat banyak melimpah ruah sehingga tak dapat menampung keperluan perut baby untuk minum susu tersebut.So,biha susu dah banyak dalam breast tak dapat nak keluar,terjadilah bengkak susu tu. Tapi kan,jangan pula risau ye bagi ibu-ibu yang mengalami bengkak susu ni sebabnya ini merupakan satu petanda yang baik..kenapa biha cakap camtu??kerana dari situ bermakna anda berpotensi untuk menyusukan anak korang sehingga berumur 2 tahun seperti tuntutan islam supaya menyusukan anak kecil sehingga berumur 2 tahun.

Macam mana bengkak susu ni terjadi ye?
Ia terjadi apabila susu yang dihasilkan terlalu banyak dan tidak dikeluarkan. Dan disebabkan kedua bra yang korang pakai tu mungkin tidak sesuai dengan saiz breast korang  *jadi buat ibu-ibu sekalian, jika anda merasa susu anda masih banyak di dalam dan bayi anda telah selesai menyusu maka rajin-rajinkan lah diri untuk pam susu tu bagi keluar sampai habis dan simpan untuk kegunaan masa mendatang...heheh*

Bila susu yang banyak tidak dipam keluar,maka lama-kelamaan susu yang terhasil sikit-sikit akan terkumpul di dalam.Kesan tu akan dapat di rasa dengan jari,akan ada ketul-ketulan kecil di bahagian cik b korang tu. Bila dah jadi macam tu,korang akan rasa sangat-sangat sakit yang tidak tertanggung..hehehe..nak angkat tangan pun seksa beb sebab sakitnya menusuk-nusuk & pada masa tu korang pam la cik b korang tu sampai lebam pun confirm susu takkan keluar  :(
Bila salur susu korang tersumbatlah yang berlakunya keadaan sedemikian..Nak tahu bagaimana salur susu boleh tersumbat??

Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi

Antara sebab boleh berlakunya bengkak ni adalah seperti berikut;

1- Masa penyusuan yang tidak teratur. - Ni kes yang selalu jadi. Diawal kelahiran baby, susu dah mula banyak terhasil. So sangat penting untuk kita susukan anak setiap 2 atau 3 jam sekali. Satu lagi, jangan lupa untuk selang selikan antara breast kiri and kanan tau..kalau lupa ni yang boleh sebabkan bengkak..pasal susu terkumpul lama. Lagi satu, awal2 lahir, baby mmg kuat tidur..so kalau dia tidur, bangunkan tuk menyusu..Menyusu kerap ni bagus tau especially tuk elakkan kuning pada anak..sebab the best ubat hilangkan neonatal jaundice adalah susu ibu..Kalau susu banyak (alhamdulillah), seeloknya pam susu sikit dulu and kemudian baru susukan baby. Pam la agak2 sampai breast jd lembut..so xde la flow susu laju sangat n buatkan anak tersedak susu..Lepas bagi baby puas menyusu, mommy perlulah pam susu agar breast dikosongkan dan bolehlah produce susu baru and boleh disimpan sebagai stock EBM.

2- Jangan miss waktu mengepam. - Yang ni sangat penting tuk ibu yang dah start keje..time cuti bersalin mmg sedap la baby mengisap breast kt tuk menyusu kn?..tp bila dah start keje, atleast tuk 8 jam masa bekerja tuh, korang kena ingat, susu tetap dihasilkan oleh mamary gland kt..so seboleh mungkin, maintain untuk pam susu and simpan as stock EBM setiap 2 or 3 jam (bergantung pada badan masing2 la).. macam biha, kalau tak pam, gerenti sakit teramat kena bengkak susu. rasa macam breast ni ade batu seketul yang nak tersembul keluar..sakitnye masyaALLAH..mmg tak tertahan. Satu lagi, bila kita pam semasa kerja, aktiviti ni akan maintain otak kita untuk beritahu badan tuk continue hasilkan susu tuk anak..if korang determine nak bagi anak exclusive EBM, sila lah gigih tuk mengepam ek..buat stok byk2....hehehe

3-Baby tidak menyusu dengan betul. - Biasanya terjadi untuk baby baru lahir. Baby baru nak belajar latch atau pelekapan yang tidak betul. Mulut baby pun kecik sangat masa baru lahir. Nak dibandingkan dengan nipple mommy yang besar. Ini pun boleh jadi punca berlakunya bengkak susu.







4-
 Liang susu tersumbat - Ha, kes ni la yang jd kat Biha sebelum-sebelum ni..sakitnya nauzubillah sangat tak terkata.Kes ni jadi pasal lubang saluran susu tersumbat..macam kes biha ni, salah biha la jgak..sebab selalu je skip pumping,tu yang sakit sangat. Lagi pulak biha ni kekadang disebabkan sebelah je nyusukan baby yang lagi sebelah kadang lupa nak gilir..hihi//

So sedikit sebanyak korang dah tau la kenapa boleh jd bengkak susu ni so jom tgk pe yang boleh buat tuk kurangkan sakit bengkak susu ni..


Meh nak share sikit petua orang-orang dulukala untuk menghilangkan bengkak susu ni.Sebenarnya banyak je petuanya tapi biha ambil yang paling senang & dekat ngan diri sendiri nak buat..hehehehe

i) tuam dengan air panas. Tak kisah la korang nak pakai tungku ke tuala ke, janji istilah dia tuam. Cara paling mudah, masuk air panas tu dalam botol dan tuam...lagi mudah!

ii) urut
Tak payah la sampai korang pergi cari mak cik tukang urut tu datang semata-mata untuk urut breast korang...urut sendiri pun ok... guna jari korang tu, ambik minyak panas, cari tempat yang terasa berketul-ketul tu dan letak jari korang dan urut dengan buat teknik berpusar/membulat pada ketulan tu sampai ketulan tu hilang.

iii) mandi air suam.
Tak kisah la kalau korang rajin nak pergi mandi kt kolam air panas ke apa .Tapi kalau dalam pantang takkan korang nak buat camtu kan?Panaskan air kat dapur je..kalau ada heater lagi senang..guna yang tu je,tak payah nak susahkan diri nak ke kolam air panas..maunya melecur satu badan..hahahahaha

Selesai semua yang korang buat kat atas tu,cuba tengok esok ke lusa ke dapat tak hasilnya.Insyaallah bengkak susu tu akan hilang jua sikit demi sedikit.Masa tu,korang dah boleh pam susu okeyh...simpan buat stok la ye,bila dah masuk kerja nanti terpinga-pinga nak buat stok bila susu dah kurang..(ni suggestion bagi yang berniat nak susukan anak-anak sehingga berumur 2 tahun)

Selesai korang buat sume, korang tunggu je result dia pagi sok...confem susu asyik mengalir kuar...masa tu jangan ulang lagi kesilapan lalu, sila la rerajin pam susu korang tu...


Friday, 13 September 2013

Cara atasi masalah puting luka buat ibu-ibu menyusu

Ada pelbagai punca yang menyebabkan puting luka. Masalah ini boleh menjadi bertambah serius jika tidak dirawat. Bila masalah ini terjadi penyusuan ibu menjadi tidak lancar. Jangan risau kerana ada cara atasi masalah puting luka buat ibu-ibu menyusu.

Masalah puting luka menyukarkan penyusuan ibu.


Punca-punca puting luka

1)Kesukaran melekap
Masalah: Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jadi dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.
Penyelesaian: Pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut. 

2)Jangkitan fungus (thrush) 
Masalah: Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan. Bacalah artikel kami mengenai jangkitan fungus pada ibu-ibu menyusukan dan jangkitan fungus pada bayi.

Penyelesaian: Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.

Masalah "oral thrush" pada bayi.


3)Lidah terikat 
Masalah: Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat. Ini bermakna, lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah dia tidak boleh melekap dengan betul pada buah dada anda, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.
Penyelesaian: Mintalah doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna. 

4)Dermatitis 
Masalah: Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.
Penyelesaian: Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja. 

5)Menyusukan semasa hamil
Masalah: Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.
Penyelesaian: Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.

6) Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
Masalah: Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.
Penyelesaian: Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.

[sumber :babycenter.com.my]

Vitamin E turut membantu masalah puting luka

Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata-rata ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan vit E dengan konsisten sangat membantu si ibu "recover" dari kesakitan yang dilalui.


Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula


Vit E sangat membantu ibu menyusu yang ada masalah puting luka kerana Vit E melembapkan "nipple" dan elak kulit di bahagian tersebut terkopek atau luka lagi.

Berminat untuk mendapatkan Vita-E?? Hubungi saya

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya