Showing posts with label Masalah ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label Masalah ibu mengandung. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai gestational diabetes. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil. Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika tubuh badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ia akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan gestational diabetes. 

gestational diabetes selalunya akan pulih dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

 


TANDA-TANDA KENCING MANIS
Bagaimanapun, kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom. Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik. tanda-tanda yg mungkin adalah :
  •  keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur


    KESAN KENCING MANIS TERHADAP BAYI

    Ini bergantung kepada penjagaan diri. Jika dapat mengawal diabetis dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan kandungan. risiko yang mungkin terhadap kandungan adalah : 

    • bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan  membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
    • gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) selepas lahir.
    • jaundis
    • obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari.
    •  
    GOLONGAN YANG BERISIKO MEGHIDAP KENCING MANIS 
    • Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30 atau 80kg ke atas.
    • pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih.
    • ibu yang pernah melahirkan kembar
    • ibu yang pernah menghidapi diabetis gestasi sebelum ini.
    • mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kencing manis.
    Untuk yg menghadapi masalah ini anda hanya perlu mengambil supplemen kehamilan seperti yg dicadangkan kerana supplemen inu juga membantu dalam masalah kencing manis


    B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga
    VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh dan juga mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dgn membantu membentuk insulin
    VITA-C – sebagai antioksidan semulajadi
    OSTEMATRIX - sumber kalsium, mangnesium dan vitamin d yg dpt mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
    ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah.

    Adalah penting bagi pesakit diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan.

    Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebihbaik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit diabetes yang mengikuti diet yang lain. 

    Apabila kandungan anda telah memasuki trimester kedua, boleh mulakan pengambilan OMEGA. Khasiat OMEGA 3 sgt baik untuk menurunkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta dapat mengawal masalah kencing manis

    TESTIMONI PUAN IZANI


    "Shaklee mmg best la..Mkn rase energy byk..xde letih2..skt bdn pun x mcm 1st preggy dl..Dh msk 36 mggu tp masih blh lari2 lg..Mmg lain sgt”
    “Lg 1..Hb dgn urin smpi skrg cantik je..Nurse pun pelik…”
    1st bb mmg teruk sket..Just amik vit klinik je..Lum tau psl Shaklee ni..Hb down teruk..Urin pun sama..Dgn kencing manis la..Ank 1st kena czer 36 minggu”
       


    MENGHADAPI MASALAH YG SAMA

    PERLUKAN SUPPLEMEN YG SESUAI DGN KEHAMILAN ANDA

    JGN MALU LEH TERUS SMS OR WASSAP SAYA YE


    Rabihah Muhamad (ID 906559)
    No Tel: 012-9495513
    Email: kamikamuvitamin@gmail.com
    COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
    Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
    Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

    Monday, 2 September 2013

    Masalah Kulit Ketika Hamil Hilang Selepas Bersalin

    Ibu yang hamil mungkin rasa kehairanan melihat kulitnya yang berubah mendadak ketika mengandung. Ada bermacam-macam masalah kulit ketika hamil. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana masalah kulit ketika hamil akan hilang selepas bersalin. 

    Pelbagai masalah kulit ketika hamil.


    APAKAH MASALAH KULIT KETIKA HAMIL?
    • Topeng Kehamilan/ Chloasma
    Terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi. Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.

    • Kesan Regangan
    Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.

    • Linea Nigra
    Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.


    • Jerawat Dan Bintik-bintik
    Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.


    • Spider Naevi/Spider Veins

    Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan beransur-ansur pudar.
    • Kegatalan Kulit
    Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.

    • Pruritic Urticarial Papules and Plagues (PUPP)
    Bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang dialami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakinilah keadaan ini adalah biasa dalam kehamilan. Ia dikenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara spontan selepas anda bersalin nanti. Walau bagaimanapun, dapatkan pandangan doktor sekiranya kegatalan menjadi lebih teruk. Sesetengah jenis ubat boleh diambil untuk melegakan simptom yang dialami.
    • Obstetric Cholestasis 

    Berlaku apabila anda mengalami kegatalan kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Pada masa yang sama, anda akan mengalami loya, jaundis (kulit dan mata kekuningan), kehilangan selera makan dan mudah letih dan lesu. Jika hal ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.





    ESP DAN VITA-C BUAT WAJAH DAN TUBUH BERSERI SELEPAS BERSALIN


    Fungsi ESP :
    • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.
    • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
    • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


    Fungsi Vita-C
    • membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut.Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.




    Sharing dari Puan Salmeza Salih

    "..da lama nak share dengan kengkawan. waktu preggy muka sangat2 hodoh, berbau, leher dan ketiak hitam, selulit hitam2 di peha. alhamdulillah perut xda pecah2..konsisten makan suplemen shaklee ni, Alhamdulillah. keyakinan diri bertambah. muka jadi bersih dan glowing walaupun x pakai cuci muka. body jd mantop. memnag terbaik la shaklee..."


    Klik untuk besarkan imej.

    Rabihah Muhamad (ID 906559)
    No Tel: 012-9495513
    Email: kamikamuvitamin@gmail.com
    COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
    Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
    Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya