Showing posts with label Set milk booster shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set milk booster shaklee. Show all posts

Saturday, 13 May 2017

Mudahnya Berpantang dengan Set berpantang Shaklee !!!

Dah ramai yang sedar tentang penjagaan kesihatan dalaman ibu selepas bersalin. Alhamdulillah Biha baru je lepas berpantang anak ke-3 yang lahir pada 27 Disember 2016 yang lepas. Semuanya dipermudahkan dengan bantuan SET BERSALIN SHAKLEE.

Ramai sedara-mara, sahabat-handai & jiran-tetangga yang datang melawat tak percaya Biha yang bersalin.Maklumla kan sihat macam orang bukan dalam pantang. Cuba korang bayangkan ,dengan 2 orang anak yang masih kecil (dua-dua hero), ketika berpantang rumah mak, takpe la kan sebab mak ayah & adik-beradik banyak membantu .Tapi bila pulang ke rumah sendiri memang semuanya kena buat sendiri (suami pun banyak juga menolong sebenarnya .hehehe )

Cuma nak cakap, sangat berbeza bersalin kali ni sebab Biha ambil FULL SET BERPANTANG. Memang berbaloi melaburkan some money untuk kesihatan. Lagipun tubuh badan kita bukan untuk digunakan sementara je,selagi hayat dikandung badan memang kita perlu bersiap-sedia. Kesihatan lebih utama,

Ni Biha nak share set berpantang shaklee yang Biha ambil ketika berpantang tempoh hari:

  1. Vitalea
  2. B-Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrik
  1. ESP
  2. Alfalfa
Biha sarankan pada mereka yang sedang berpantang & bakal  berpantang, cubalah set berpantang shaklee ni.Memang berbaloi tau bak kata Orang Putih, memang korang akan dapat ROI (Return On Investment) yang setimpal. Sebab ianya sangat 
  • membantu menyembuhkan luka dalam & luar dengan segera
  • membantu mengurangkan sembelit 
  • memulihkan urat-urat yang 'terputus' ketika bersalin
  • membantu memperbanyakkan susu ibu
  • membantu menurunkan berat badan

Bagi yang masih tercari-cari set selepas bersalin, boleh hubungi Biha untuk konsultasi percuma & cadangan set bersesuaian dengan bajet anda .




SMALL STEP, RIGHT DIRECTIONS
Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..


| YOUR TRUSTED SID |

Thursday, 19 June 2014

Tips dan Panduan Berpuasa Bagi Ibu yang Menyusukan Bayi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tahun lepas Biha dah merasa bagaimana gagahnya Biha menyusukan Rasyad sepanjang bulan puasa. Tahun lepas juga adalah pengalaman kedua Biha susu kan bayi dan berpuasa. Walaupun dalam islam ada memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik, ibu yang menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh sebulan Ramadhan. 

Memandangkan kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan, Biha ingin berkongsi tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Selain itu, tips ini juga boleh diguna oleh ibu hamil dan semua yang berpuasa. Cuma perlu tolak mana yang tidak berkaitan =) 

Sebelum itu, kita kenal pasti dulu tanda-tanda badan kita kekurangan air atau dehidrasi;
  • Rasa nak pitam. Terutama selepas menyusukan bayi ataupun selepas mengepam.
  • pening kepala dan rasa nak demam ataupun nak pitam.
  • Rasa loya dan seakan nak muntah.
  • Rasa lemah dan sakit segala otot.
  • Aie kencing menjadi pekat dan berbau.
  • Rasa mengigil.
  • Mudah marah dan cepat naik angin serta mudah stress.
  • Bagi ibu hamil, pergerakkan bayi tidak normal. bayi kurang bergerak.
  • Berlaku kontraksi.


Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;

1- Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.

2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :) 

3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana,  ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita. 

Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.

6- Makan banyak kurma. Biha, akan bersahur 3biji kurma. Berbuka pun 3biji kurma.

7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh..pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye..

8- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.

9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudian, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.

10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Set Mighty Tripple Gem memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari =)

11- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Boleh juga cuba Milk Booster Budget.

12- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.

13- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat tarawih.

14- Jika perlu, ambil suppliment untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.

Testimoni ibu menyusu yang mengamalkan suppliment sepanjang berpuasa..





Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI BIHA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area KOTA BHARU,PASIR MAS,RANTAU PANJANG KELANTAN boleh hubungi Biha untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Biha akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'




Tuesday, 20 May 2014

KHASIAT SUSU IBU~SUSU TERBAIK DI DUNIA~

Assalamualaikum & Selamat malam...mesti ramai yg dah Lena ni. Biha terjaga bila anak sulungku kejut mintak buatkan susu untuk dia. So,skarang mata dah Segar..tak da lagi ngantuk-ngantuk,bagus gak Rayyan kejutkan ummi kan? Boleh ummi masuk SOHO mengupdate blog,page & apa-apa yang patut..biasala waktu siang banyak sangat yang perlu disettlekan dan siang hari hero kecilku jeles yang teramat bila tengok umminya kt depan PC,depan laptop.. Kalau pegang tab takpe lak.. He he he...anak-anak,banyak akalmu..he he he...bila umminya pegang tab,dia boleh dok ngempeng je :) sebelum ni tu rutin Rayyan,sekarang mengempeng tu dah jadi rutin Rasyad..of course la kan selagi tak sampai umur 2 tahun,selagi tula dok ngempeng. Tapi takpe sebab saya dah memang berazam untuk cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak tercinta. Tapi bagaimana???

Benda kecil yang mungkin tidak dipandang dan dipandang remeh oleh sesetengah orang ialah menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. Tapi bagi saya,itu sangat penting kerana APA? Jom baca apa khasiat dan kelebihan susu ibu pada anak-anak..stay tuned OK!!!

Alhamdulillah Biha berjaya menyusukan anak 1st ,Muhammad Rayyan Bin Muhammad selama 2 tahun 3 bulan then stop bila Biha bersalin anak ke-2, Muhammad Rasyad Bin Muhammad yang sekarang berumur 1 tahun 2 bulan.. Alhamdulillah sepanjang pregnant kedua tu, Biha tak stop pon bf Rayyan,walhal ramai yg cakap tak elok sebab dikatakan susu tu dah jadi milik adik dah. Dari segi kesihatan lak,dikatakan talk elok sebab akan mempercepatkan proses bersalin,zat until baby dalam kandungan berkurangan dan macam-macam lagi mitos yang tak masuk akal dan ada juga yang boleh diterima akal. Saya dah tanya pandangan beberapa orang pakar sakit puan dan pakar kanak-kanak mengenai hal ni,doktor tersebut bagitau takde masalah pun menyusu ketika mengandung as long as IBU tersebut makan makanan yang berkhasiat dan tidak meengalami simptom2 keletihan,kontraksi awal dan sebagainya. So,saya meneruskan penyusuan selama 2 tahun lebih tu..sang at mencabar sebab rayyan memang reject habis EBM dalam botol..huhuhu...
 2nd hero Muhammad Rasyad Muhammad

1st hero Muhammad Rayyan Muhammad

Dengan izin Allah,Biha berjaya susukan anak 1st Rayyan sehingga 2 tahun 3 bulan dan sekarang tengah berusaha menyusukan anak kedua Rasyad sehingga umur 2 tahun. Dengan bantuan set menyusu Shaklee (alfalfa,esp,b- complex,vita c,vitalea & ostematrix),Alhamdulillah susu sentiasa meriah. Selain tu,biha konsisten ambil habbatussauda' & madu untuk memboostkan lagi pengeluaran susu. Sangat happy bila anak kenyang dan tidak meragam.. Dengan bantuan supplement yang biha ambil tu, Alhamdulillah pengeluaran susu makin bertambah & susu semakin pekat. Walaupun sebanyak gunung ambil supplement tapi 'benda' sampingan korang tak lakukan,semuanya tak jalan. Nak tau apa benda sampingan yang Biha maksudkan?

Benda sampingan tu ialah:
√ Perlu banyakkan minun air masak at least 3 liter sehari untuk memastikan penyerapan vitamin yang  lebih optimum.
√ Keep consisting mengepam bagi ibu menyusu.. Every 3 hours perlu pum untuk stimulate pengeluaran susu yang lebih banyak.
√ Kurangkan pengambilan ais bagi ibu menyusu kerana ais akan mengurangkan susu ibu.

Mai tengok APA kelebihan dan keistimewaan Susu IBU terhadap bayi dalam Islam.
--------------------------------------

Keistimewaan Dan Kelebihan Susu Ibu Terhadap Bayi


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.

Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi 

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan


Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu 

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti.

Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.Menyusu lah demi masa depan bayi yang cemerlang]

Saturday, 12 October 2013

Set 3M Membantu Ibu Yang Menyusukan Anak - Testimoni


Suka untuk saya berkongsi kegembiraan seorang ibu yang juga pengguna Shaklee...Set 3M
  • Mengandungi Vitalea (Multivitamin) lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium Magnesium), Alfalfa dan Energizing Soy Protein (ESP).
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2-3 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhenti menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

Mungkin kesan untuk setiap ibu itu berbeza-beza..tapi apa juga bentuk milkbooster yang kita makan pastikan 3 langkah ini dipatuhi...


3 Langkah ini perlu di lakukan jika anda mengambil Set Breastfeeding Shaklee
  1. Minum 3 liter air masak sehari : air merupakan indicator yang sangat penting bagi mereka yang mengambil natural supplement kerana air membantu untuk mengatasi masalah healing crisis, sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan.
  1. Pam 3jam sekali : lagi kerap anda kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan (supply by demand). Power pumping juga sangat membantu buat jika perlu.
  1. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL : mintaklah dengan Allah S.W.T kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia, Ikhlaskan hati untuk menyusukan anak bukan sebab ikut-ikutan atau ingin bersaing dengan kawan-kawan, dan seterusnya Tawakal..banyakkan berzikir sewaktu menyusukan dan mengepam. Sabar dengan usaha yang telah dilakukan jangan cepat mengalah bila hasil tidak seperti yang diharapkan.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Sunday, 4 August 2013

Bayi Tidak Cukup Susu? Tanda-tanda Yang Perlu Anda Ketahui

Selalu saya mendengar rungutan ibu-ibu baru yang mengatakan bahawa bayi mereka tidak mendapat susu (badan) yang cukup dan membuat keputusan akhir untuk 'top-up' susu formula pada bayi yang baru lahir itu.
Ketahui tanda-tanda bayi tidak cukup susu
Adakah bayi anda mendapat susu badan yang cukup?


Bukanlah saya menidakkan keperluan 'makan minum' bayi namun sebelum anda membuat keputusan untuk 'top-up' susu formula kepada bayi, mari baca beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang maksud bayi tidak cukup susu.

Tanda- tanda Bayi Anda Memang Tidak Cukup Susu 


1. Pertambahan berat badan yang kurang memuaskan
Bagi bayi yang kekurangan susu biasanya pertambahan berat badannya kurang daripada 500 gram sebulan. Manakala bagi bayi yang baru lahir pula, jika berat badannya tidak bertambah selepas dua minggu kelahiran, maka itu menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

2. Bayi kerap menangis
Reaksi sebegini biasanya menunjukkan bayi anda lapar. Walaupun anda kerap menyusukannya, namun dia terus menangis. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia tidak memperolehi susu akhir (hind-milk) yang biasanya mengandungi segala khasiat penting. Susu akhir juga berperanan membuatkan bayi merasa kenyang. Apabila bayi anda puas menyusu, dia akan lebih tenteram.

3. Terlalu kerap menyusu
Masalah ini juga menunjukkan bayi tidak memperolehi susu akhir yang diperlukannya yang disebabkan oleh cara penyusuan dan pelekapan yang kurang berkesan. Oleh kerana itulah, bayi akan kerap menyusu kerana dia tidak merasa kenyang sewaktu menyusu sebelumnya.

4. Pembuangan air kecil yang pekat dan sedikit
Faktor ini juga perlu dititik beratkan. Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang cukup ialah dia membuang air kecil kurang daripada enam kali sehari. Selain daripada itu, air kencingnya berwarna kuning dan berbau kuat.

5. Najis bayi keras, kering dan kehijauan
Ini adalah salah satu lagi tanda yang perlu diambil perhatian. Biasanya bayi yang tidak memperolehi susu yang cukup akan mengeluarkan najis yang keras dan kering. Terdapat juga najis segelintir bayi yang berwarna kehijauan.


Faktor Penyebab Bayi Tidak Cukup Susu


Pasti anda ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan anak anda kelihatan seperti tidak kenyang walaupun kerap menyusu. Apabila anda mengetahui faktor-faktornya maka mudahlah bagi anda untuk membetulkan keadaan dan terus berjaya menyusu sekurang-kurangnya sehingga enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Faktor-faktor tersebut ialah:-

1. Lewat memulakan penyusuan
Ada segelintir ibu yang mengalami masalah selepas kelahiran. Ini mungkin kerana ibu tersebut sakit ataupun bayi sendiri mengalami masalah. Contohnya, bayi pramatang. Jadi,proses awal penyusuan tidak dapat dimulakan dan berkemungkinan menjejaskan penyusuan seterusnya.

2. Tempoh penyusuan yang pendek
Tempoh penyusuan yang pendek menyebabkan bayi tidak merasa kenyang. Ini disebabkan bayi hanya mendapat susu awal yang cair dan tidak dapat mengenyangkannya.Susu awal hanya mampu bertindak menghilangkan dahaga bayi anda. Oleh yang demikian, anda perlu membiarkannya bayi menyusu sehingga dia berhenti sendiri dan nampak selesa. Selalunya susu akhir nampak putih dan pekat selepas setiap penyusuan.

3. Cara melekap yang tidak betul
Apabila ibu tidak membantu bayi melekap dengan betul, maka bayi tidak dapat menghisap payu dara anda dengan baik. Oleh kerana itulah dia tidak puas menyusu. Sokongan anda amat diperlukan ketika bayi menyusu. Dengan membetulkan posisi dan pelekapan pada payu dara, pasti bayi anda dapat menyusu dengan lebih baik.

4. Botol dan puting kosong
Anda tidak digalakkan untuk memberi susu menggunakan botol dan puting kosongkepada bayi jika mahu memastikan penyusuan secara eksklusif berjaya. Ini kerana bayi mudah keliru antara puting ibu dan puting tiruan. Apabila dia sudah terbiasa dengan puting tiruan, maka bayi akan menolak payu dara ibu. Ini akan menyebabkan bayi tidak boleh meneruskan penyusuan susu ibu secukupnya.

5. Tidak menyusu di waktu malam
Hormon prolaktin yang diperlukan untuk menghasilkan susu dirembes oleh kalenjar pituitary dengan banyak di waktu malam. Jika ibu tidak menyusukan bayinya di waktu malam, ini akan menyebabkan payu dara bengkak dan menganggu pengaliran susu yang bakal diberikan kepada bayi.

6. Makanan tambahan
Makanan tambahan boleh dimulakan apabila bayi berumur enam bulan. Pastikan bayi disusukan sebelum diberi makanan tambahan bagi mengelakkan dirinya daripada terlalu kenyang. Sekiranya bayi terlalu kenyang, bayi akan kurang menyusu.

7. Kurang yakin
Ibu kurang berkeyakinan terhadap kemampuan dan kebolehannya untuk menyusu.Keadaan menjadi lebih rumit sekiranya dia kurang berpengetahuan dan tidak mendapat sokongan daripada orang di sekitarnya terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja. Dapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang banyak terdapat di hospital kerajaan dan swasta.


Kredit info Nur Salwa Ishak

Sekiranya anda adalah antara ibu yang menghadapi masalah di atas, sila rujuk kepada mana-mana Kaunselor Laktasi atau berjumpa dengan mana-mana doktor yang pro-breastfeed untuk mendapat maklumat lengkap dan tepat.

Monday, 29 July 2013

KES-KES BAYI TERSEDAK SUSU DI AKHBAR

DIANTARA BERITA-BERITA YANG SANGAT MENYEDIHKAN HATI IBUBAPA

(BAYI TERSEDAK SUSU)

********************************************************************************
********************************************************************************
*********************************************************************************
*********************************************************************************
*********************************************************************************
*****************************************************************************

**************************************************************************************
*********************************************************************************
*******************************************************************************






Thursday, 18 July 2013

Supplemen Untuk Banyakkan Susu Ibu

Supplemen dalam penyusuan..perlukah???

Fahami konsep asas penyusuan terlebih dahulu sebelum anda ingin mengambil supplemen..

Sumber : Vitaminsemulajadi.com

Benarkah vitamin ni berfungsi untuk membanyakkan susu ibu?

Mula-mula kita bercakap tentang “konsep asas penyusuan susu ibu” dulu. Pengeluaran susu ibu adalah dari keperluan yang ada untuk penyusuan tersebut. Oleh kerana itu ibu-ibu disarankan menyusukan bayi secepat mungkin, dalam masa 30 minit selepas kelahiran. Dan kerapkan menyusu.

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan.

Namun, keperluan zat makanan untuk ibu menyusu memang meningkat berbanding sebelum mengandung dan menyusu. Ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi setiap hari, banyak faktor yang memungkinkan susu ibu menjadi kurang walaupun ibu masih konsisten mengepam dan menyusu secara terus.

Pengambilan vitamin membantu ibu mengatasi masalah dalam dirinya seperti kurang nutrisi, stress, kurang rehat dan sebagainya, namun ibu harus terus mengepam dan sekiranya tidak pernah mengepam sebelum ini (jika anda bekerja) mulakannya sekarang! Pam secara konsisten mengikut teknik yang betul.

Set penyusuan shaklee membantu ibu-ibu menyusukan anak dengan lebih berkesan, menyihatkan tubuh badan dan memberi tenaga. Ramai ibu yang mulanya tak yakin dengan Shaklee, Alhamdulillah kini gembira menjadikan Shaklee sebahagian dalam gaya hidup sihat mereka.

Ingin mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee...

Anda boleh pilih 4 Set Breasfeeding Shaklee..baca info di sini :