Showing posts with label SET KESUBURAN SUAMI & ISTERI. Show all posts
Showing posts with label SET KESUBURAN SUAMI & ISTERI. Show all posts

Monday, 15 September 2014

PCOS Penyebab Wanita Sukar Hamil




Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut. 


Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. 


Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. 


TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS 

1. Tidak Subur atau Mandul 
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak. 


2. Haid Tidak Teratur 
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 


3. Gemuk 
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 


4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan 
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. 


5. Tumbuh Rambut 
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini. 



PUNCA PENYAKIT PCOS 

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. 

Penyakit PCOS juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCOS. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCOS. 


TUJUAN RAWATAN 

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. 


ANTARA RAWATAN PCOS 

1. Mengawal Kegemukan (Obesity) 
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik. 

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita 
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti: 


a. Ubat subur Clomiphene 
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. 


b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin 
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda. 


c. Ubat Metformine 
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan. 


3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´ 
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. 

Wednesday, 6 August 2014

FAKTOR KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN WANITA

Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri yang bernasib baik dan begitu mudah untuk mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata. Tahap kesabaran yang tinggi diperlukan bagi mereka yang diuji sedemikian. 

Biarpun seringkali orang mengatakan,tak apa belum ada rezeki lagi..rezeki masing-masing,Allah dah tentukan.Ye betul tapi dalam hati setiap pasangan yang sudah bertahun-tahun menunggu kehadiran zuriat penyeri rumahtangga sangat sedih mengenangkan nasib mereka sedemikian.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Cuba bayangkan ,bila ada sesuatu majlis keraian mahupun kesyukuran dengan berkumpulnya sanak-saudara,semestinya ada diantara mereka yang akan menanyakan soalan sensitif seperti "eh bila nak dapat anak?", "belum ada anak lagi?", "cepat-cepatla mengandung"..begitu mudah untuk orang mengeluarkan perkataan begitu tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Pujian harus diberikan kepada pasangan yang tidak pernah kenal erti putus asa dan doa berterusan kepada Allah untuk dikurniakan zuriat kepada mereka. Mari kita lihat antara FAKTOR & MASALAH KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN WANITA

Sebelum tu,mai kita fahamkan apa yang dimaksudkan dengan ketidaksuburan :

Definisi Ketidaksuburan:
Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran. 

Ini pula,faktor-faktor ketidaksuburan dikalangan wanita.Saya bukan doktor,jadi apa saya kongsikan ni saya petik daripada bacaan saya sendiri dari website Metro IVF Malaysia.


Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :

Masalah ketidaksuburan wanita adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir satu dalam 10 pasangan yang cuba untuk hamil. Untuk perempuan, isu kesuburan yang paling biasa adalah keseimbangan hormon yang mempengaruhi ovulasi. Berikut adalah beberapa masalah umum yang mungkin memperlahankan dan mengganggu wanita yang cuba untuk hamil:

♥Gangguan Ovulasi
Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes, masalah yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon termasuk badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga boleh tidak berlaku oleh perubahan ketara dalam berat badan.

♥Gangguan Tiub Fallopio
Kerosakan pada tiub fallopio boleh menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Sebab-sebab yang mungkin termasuk
• Keradangan tiub fallopio
• Sebelumnya pernah mengalami kehamilan ektopik/ kehamilan luar rahim.
• Kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan.
• Pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

♥Endometriosis
Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasanya bertumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan-kawasan di luar rahim, contohnya dalam tiub fallopio, ovari, atau walaupun pundi kencing atau usus mewujudkan persekitaran yang buruk dalam organ-organ ini tidak sesuai untuk hamil. Puncanya sebenar adalah tidak diketahui.


♥Perubahan Kepada Uterus atau Serviks
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. Satu myoma atau fibroid (pertumbuhan dalam rahim) boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau keguguran.


♥Kecacatan Sistem Pembiakan:
Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, kesukaran kehamilan adalah disebabkan oleh pelbagai masalah kongenital dengan sistem pembiakan yang boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina atau gabungan ini.


♥Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS):
Cyst yang berganda terbentuk di dalam ovari. Dalam kebanyakan kes, gangguan ini dikaitkan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh mengganggu ovulasi.


Untuk memastikan kesuburan tiap pasangan suami isteri perlu buat pemeriksaan di hospital utk menentukan samada ada masalah ataupun tidak ye. Biasanya dalam tempoh 6bulan pertama berkahwin tu ok lagila kalau still belum pregnant. Tapi bila dah setahun tu memang risau dan orang duk sibuk tanya2 pulak. 

haa,itu antara punca-punca ketidaksuburan dikalangan wanita ye..Meh,saya nak kongsikan lagi 11 TIPS UNTUK HAMIL DENGAN CEPAT:

11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa Doktor Anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan Berat Badan yang Ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan Seks Yang Lebih Kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan Kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil Multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam Secara Rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.


  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) 
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. 
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats. 
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 


10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

----------------------------------------------------------------------------------
Setelah mengetahui punca ketidaksuburan dan langkah untuk hamil, kita marilah kita berkenalan dengan supplement Shaklee… suka sy ingatkan supplement ini bukan jaminan untuk hamil, namun sebagai usaha untuk menstabilkan hormon, membaiki sel-sel badan agar berfungsi sepenuhnya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Set Kesuburan Shaklee mengandungi vitamin/supplement seperti di bawah:
Untuk Suami dan Isteri
B-Complex
Vitalea
Vitamin C


Untuk Isteri
GLA


Untuk Suami
Zinc


Penerangan setiap supplement:-

B-Complex
Untuk sistem reproduktif yang sihat, penting dalam pembentukan janin, melawan tekanan, mengandungi asid folik, meredakan senggugut.

Vitalea
 Pelengkap nutrisi, tingkatkan metobolisma, redakan senggugut, elak anemia.

Vitamin C
Mengekalkan kolestrol sihat, meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, meningkatkan motiliti sperma, elak sperma membentuk gumpalan

GLA 
Penghasilan estrogen, menyeimbangkan hormon.

Zink
Meningkatkan penghasilan testosterone, meninggikan kiraan sperma, untuk pertumbuhan

PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Okeyyhhh.dah panjang menconteng-conteng kat wall ni,setakat ni ye yang Biha kongsikan untuk entry kali ni..Insyaallah next entry kita review pula FAKTOR & PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI..barulah adil kan?takkan nak review tentang ketidaksuburan wanita je,lelaki pun perlu jugak..hihi..ok,jumpe di next entry.Stay Tuned!!!!

Wassalam

Tuesday, 5 August 2014

SET KESUBURAN SUAMI & ISTERI

Bila dengar je perkataan "SUBUR" mesti terlintas tanaman subur kan? Bukan setakat tumbuhan & haiwan yang perlu subur.Human beings juga perlu subur sebabnya bila manusia subur akan melahirkan generasi-generasi penyambung warisan negara untuk terus maju ..Chewaahhh,ayat skema lak.Takpe,apa-apa pun kesuburan lelaki & wanita really really crucial.Sebagai contoh,jika si suami mahupun isteri tidak subur akan terjadi masalah sukar untuk mendapatkan zuriat.Sedangkan zuriat adalah harta dan pengikat kasih sayang bagi sesebuah keluarga.Lebih tepat lagi,bagi pasangan yang telahpun berkahwin,anak merupakan satu anugerah yang sememangnya ditunggu-tunggu untuk setiap pasangan.Namun begitu,tidak semua pasangan yang bernasib baik mendapat cahaya mata sejurus selepas berkahwin.Ada yang terpaksa menunggu beberapa bulan,malah ada juga yang bertahun-tahun menunggu untuk mendapatkan cahaya mata.

Kita seringkali juga mendengar kononnya,bila berlaku masalah kelewatan mendapat zuriat bagi pasangan yang baru dan juga yang dah lama berkahwin berpunca daripada pihak wanita sepenuhnya.Apa yang perlu kita ketahui ,masalah juga mungkin berpunca dari pihak lelaki.Saya sangat tidak setuju dengan sebarang claim yang menyatakan wanita yang bersalah dalam hal ini.Seperti juga jika kes keruntuhan rumahtangga,wanita juga akan dipersalahkan.Bagi saya,dalam soal ini kedua-dua pihak harus bertanggungjawab dan berikhtiar bukan hanya menuding jari sesama sendiri.

Walaupun sudah lama menunggu cahayamata dan dah macam2 usaha buat..tp belum berhasil ,Coppp!!! Jgn putus asa dahulu..Ikhtiar dahulu,ikhtiar bukan sahaja dalam bentuk mengurut tapi pemakanan yang diambil juga perlu dititikberatkan untuk memastikan segala zat-zat yang diperlukan oleh badan mengcukupi. Tak semua orang yang sempat untuk menyediakan segala makanan yang dikatakn boleh meningkatkan tahap kesuburan seseorang tambahan kesibukan dan kesuntukan masa. Oleh itu,Shaklee menyediakan Vitamin untuk kesuburan suami & isteri dan Insyaallah mungkin boleh membantu anda yang belum memiliki zuriat,


Set kesuburan Shaklee menganndungi supplement yag dapat meningkatkan kesuburan dan menghasuilkan sperma yang berkualiti serta bergerak pantas menuju ke ovum..Jom kita lihat bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki & wanita.


SET KESUBURAN BASIC SUAMI & ISTERI



Isteri : GLA 
Suami: Zinc

SET KESUBURAN SHAKLEE 

GLA Complex 
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Zinc Complex 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


Pasangan yang sihat pastinya akan meningkatkan lagi peluang isteri untuk hamil.

Akhir kata,semoga anda semua beroleh kebaikan daripada pemakanan vitamin ini untuk meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.Insyaallah dengan doa berterusan dan ikhtiar tanpa jemu,Allah swt pasti akan menurunkan rezeki untuk anda dan pasangan.


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'