Showing posts with label Tips puasa ibu menyusu. Show all posts
Showing posts with label Tips puasa ibu menyusu. Show all posts

Monday, 23 June 2014

Persediaan Awal Berpuasa Untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu

Anda seorang Ibu yg sedang HAMIL? Anda seorang Ibu yg sedang MENYUSUKAN? Apakah persediaan awal anda untuk menempuhi bulan puasa Ramadhan? Mari kita baca persoalan-persoalan yang sering timbul di kalangan ibu hamil dan ibu menyusu mengenai puasa. Semoga ianya bermanfaat buat anda ibu-ibu di luar sana. InshaAllah.

Ibu menyusu & Ibu Hamil


Q: Adakah Ibu Hamil boleh berpuasa?
A: Kehamilan merupakan satu perubahan fisiologi yg normal. Oleh itu, ibu yg hamil bukanlah seorang pesakit dan seharusnya menjalani kehidupan spt biasa. Jadi, ibu hamil BOLEH BERPUASA (kecuali utk kes2 spt ibu hamil yg mengalami alahan yg teruk, yg berpenyakit kronik spt diabetes, darah tinggi, penyakit buah pinggang, pesakit jantung dsb, yg mempunyai masalah anemia/kurg darah dan mengalami pendarahan semasa hamil).

Apabila ibu hamil berpuasa, bayi di dalam kandungan tidak turut sama berpuasa. Bayi dalam kandungan akan mengambil terus makanan yg diperlukan melalui uri. Oleh itu, ibu hamil yg tak mengamalkan pemakanan yg seimbang boleh menyebabkan kesihatannya terjejas. Namun, ini tak bermakna si ibu perlu makan dua kali ganda kerana pemakanan yg berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan.


Q: Adakah Ibu boleh meneruskan Penyusuan di bulan Ramadhan atau semasa berpuasa?
A: Ibu menyusu BOLEH BERPUASA walaupun menyusukan bayi mereka tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan. Isipadu susu yg dihasilkan tidak bergantung sepenuhnya kpd berapa banyak air yg ibu minum di siang hari tetapi bergantung kpd berapa kerap payudara dikosongkan sama ada dengan cara hisapan bayi atau mengepam.



Q: Bagaimanakah utk memastikan ibu hamil kekal cergas semasa berpuasa dan susu ibu mencukupi walaupun si ibu berpuasa?
A:

Pertama: Ibu hendaklah YAKIN bahawa penghasilan susu tidak akan terjejas walaupun berpuasa. Dalam penyusuan, keyakinan ibu AMAT PENTING kerana ia mempengaruhi emosi dan minda si ibu. Emosi dan minda yg positif akan merangsang hormon oksitosin dan seterusnya memastikan penghasilan susu yg berterusan..InshaAllah
Kedua:  Ibu hendaklah memastikan kandungan nutrien yang SEIMBANG dijaga sepanjang bulan Ramadhan. Jgn lupa pengambilan air yg mencukupi juga merupakan sebahagian drpd nutrien yg seimbang. Tubuh manusia mengandungi 70% air, maka ibu hendaklah minum air sekurang-kurangnya 3 Liter air sehari. Di bulan Ramadhan, ibu boleh mengambil air sedikit demi sedikit sepanjang waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur.
Ketiga: Pemakanan yg SIHAT dan SEIMBANG hendaklah diambil semasa berbuka dan bersahur. Mulakan berbuka puasa dgn air dan kurma. Kemudian tunaikan solat dan berehat seketika sebelum makan makanan yg berat. Makanlah dgn perlahan dan jgn terlalu kenyang utk mengelakkan ketidakhadaman makanan.


Q: Apakah makanan tambahan yang SESUAI semasa berpuasa, SELAMAT & TERBUKTI SECARA KLINIKAL?
A: Anda boleh mencuba Set Mighty 3 Gem. Ianya terdiri drpd 3 jenis produk iaitu Energizing Soy Protein, Meal Shake & Performance Drink.

Mighty 3 Gem Persediaan Awal Berpuasa Untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu
ESP (perisa natural vanilla) : 
– Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yg berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yg konsisten.

MEALSHAKE (perisa french vanilla) :
 ‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.

PERFORMANCE DRINK (perisa natural orange): 
– Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.


Set Mighty 3 Gem juga SESUAI UTK SESIAPA SAHAJA yg ingin mengekalkan tahap kecergasan semasa sedang berpuasa.

Menurut Mazhab Syafie, ibu yg sedang hamil dan menyusui bayi diberikan kelonggaran utk tidak berpuasa jika mereka khuatir dgn kesihatan diri mahupun bayi mereka. Namun adalah sebaiknya kita mula berlatih berpuasa sebelum Ramadhan dgn melaksanakan puasa-puasa sunat serta berusaha mencukupkan nutrisi dalam pemakanan seharian semasa bersahur dan berbuka..InshaAllah.
Puasa1 Persediaan Awal Berpuasa Untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'


Sunday, 22 June 2014

Menyusu badan dalam bulan Ramadan

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?


Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 


Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan. 

Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?


Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. 


Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu. 

Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?


Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah. 


Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda. 

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?


Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 


Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:

  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.

Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda. 


Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. 

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa. 

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?

Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
  • Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
  • Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
  • Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.

Bilakah saya harus meminta bantuan?

Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
  • kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
  • najis berwarna kehijauan;
  • tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
  • turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.





JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION



Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Thursday, 19 June 2014

Tips dan Panduan Berpuasa Bagi Ibu yang Menyusukan Bayi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tahun lepas Biha dah merasa bagaimana gagahnya Biha menyusukan Rasyad sepanjang bulan puasa. Tahun lepas juga adalah pengalaman kedua Biha susu kan bayi dan berpuasa. Walaupun dalam islam ada memberi kelonggaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak iaitu rukhsah untuk berbuka (mengikut syarat tertentu) tetapi adalah lebih baik, ibu yang menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh sebulan Ramadhan. 

Memandangkan kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan, Biha ingin berkongsi tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi. Selain itu, tips ini juga boleh diguna oleh ibu hamil dan semua yang berpuasa. Cuma perlu tolak mana yang tidak berkaitan =) 

Sebelum itu, kita kenal pasti dulu tanda-tanda badan kita kekurangan air atau dehidrasi;
  • Rasa nak pitam. Terutama selepas menyusukan bayi ataupun selepas mengepam.
  • pening kepala dan rasa nak demam ataupun nak pitam.
  • Rasa loya dan seakan nak muntah.
  • Rasa lemah dan sakit segala otot.
  • Aie kencing menjadi pekat dan berbau.
  • Rasa mengigil.
  • Mudah marah dan cepat naik angin serta mudah stress.
  • Bagi ibu hamil, pergerakkan bayi tidak normal. bayi kurang bergerak.
  • Berlaku kontraksi.


Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;

1- Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.

2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :) 

3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana,  ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita. 

Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.

6- Makan banyak kurma. Biha, akan bersahur 3biji kurma. Berbuka pun 3biji kurma.

7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh..pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye..

8- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.

9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudian, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.

10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Set Mighty Tripple Gem memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari =)

11- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Boleh juga cuba Milk Booster Budget.

12- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.

13- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat tarawih.

14- Jika perlu, ambil suppliment untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.

Testimoni ibu menyusu yang mengamalkan suppliment sepanjang berpuasa..





Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

KEISTIMEWAAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI BIHA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area KOTA BHARU,PASIR MAS,RANTAU PANJANG KELANTAN boleh hubungi Biha untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Biha akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'