Sunday 9 April 2017

Indahnya bersama yang tersayang , Alhamdulillah Weekend Well Spent !!

Alhamdulilallah.. Ahad, hari persekolah buat negeri Kelantan. Jadinya weekend yang lepas semalam (Jumaat & Sabtu), kami fully utilize the time together. Jumaat , pagi-pagi lagi tinggalkan anak-anak yang masih nyenyak ke kelas dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi. Lepas jumaat kami nak g “meminang” bakal adik ipar kat Kubang Kerian & malamnya janji ngan anak-anak nak bawa diorang pergi “GIANT” kat  Tunjong yang depan RTC tu. Alhamdulillah lepas maghrib je kitorang solat dan terus ke giant. Dari rumah ke Giant tak sampai 10 minit pun. Dekat je pun. Mertua & Kakak ipar pun ikut sama. Kami spent about one and half hour there sebabnya, nak balik rumah tengok pertandingan tilawah al-quran .

Masa kat giant tu,biasala kan untuk menarik makbapak dan anak-anak ke sana, diorang bawa masuk mascot kat kedai DIY & Dinasour yang besar gedabak tu pusing-pusing mall. Seperti biasa,anak-anak biha memang super excited. Excitednya kejap je sebab bila dah berhadapan dengan mascot & binatang terus Rasyad meraung. Kalau bab bergambar and setuh-sentuh mascot ke ape bagi kat Rayyan la. Mesti minta umi abi snap pic dia dengan mascot tu..heheheh.. Suka sangat tengok bila anak-anak happy.

**Makbapak yang tak pernah or tak suka or cakap tak ada masa sebab banyak kerja ke meniaga ke ,please luangkan masa seketika, bawa anak-anak keluar, bawa mereka tengok dunia luar. Tak rugi dan tak lari customer bila kita berbuat baik pada anak-anak. Ada yang cakap, eh saya tak ada masa nak bawa diorang (anak-anak) jalan-jalan ,sebab saya sibuk yang amat. Saya berniaga online, walaupun tak sempat nak update apa-apa kat blog or fb, Alhamdulillah sales tetap jalan, order customer non-stop & saya percaya, itulah keberkatan & itulah yang tuhan gantikan dengan masa yang dirasakan “terbuang” bagi sesetengah orang, tapi bagi saya itula waktu bermakna dengan anak-anak. Sesibuk mana pun kita, luangkanlah seketika untuk anak-anak syurga kita.- self reminder **

Okay, berbalik pada aktiviti weekend kami. Sabtu (semalam , 8 April 2017) merupakan hari lahir my beloved husband . Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia awak ye bang.Semoga berjaya di dunia akhirat , sakinah & mawaddah buat keluarga kecil kita ni. Pepagi lagi, anak-anak bangun tidur dan pergi wish “happy birthday” kat abi diorang.hehehe.. senyum-senyum je bapaknya bila anak-anak peluk-cium.hehe. Husband saya ni, tak berapa suka celebrate birthday..so, sebagai isteri yang tahu husbandnya suka makan kek coklat, sesambil tunggu waktu maghrib pergi dapur terus buatkan kek coklat. Bila dah masak kek tu,cepat je diorang makan..tak paling kiri-kanan oooiiittt…hehehe…mesti best kan?

Hah, lupa…semalam juga kami bawa anak-anak ke Pesta Buku kat Padang Perdana, mabuk wei…banyak buku..husband saya memang sukakan buku-buku termasuklah saya dan anak-anak.Ambil buku letak dalam bakul, beratus juga habis beli buku semalam..hehe..tak pe, Ilmu kan.hehe..Insyaallah Allah akan gantikan berganda-ganda lagi .

Ha, itu je aktiviti kami bersama family untuk minggu ni. Selalunya, saya dan suami akan adakan 1 minggu, 1 resepi/masakan seperti ajar anak-anak buat donut ke,buat mee ke buat apa-apa yang berpadanan dengan anak-anak. Syok kan gitu..Insyaallah moga diizinkan masa lagi untuk biha share tentang aktiviti weekend kami sekeluarga. Insyaallah ,hujung minggu ni akan ke KL sebab Biha kena attend konvokesyen master di UiTM , Shah Alam.



Thursday 6 April 2017

Cara Makan & Pengambilan Vitamin Shaklee Paling Berkesan

Selalu dapat pertanyaan, macam mana nak makan vitamin Shaklee supaya dapat kesan yang optimum. Insyaallah hari ni Biha share bagaimana caranya untuk consume ye.

Image result for gambar orang tengah berfikir

Permulaan Pengambilan Vitamin Shaklee
Sebelum nak cerita cara makan Vitamin Shaklee, perlu di ketahui susunan Produk Shaklee mengikut kepentingannya.

1Esp - sekiranya anda hanya ada satu pilihan suplemen untuk consume sahaja, bermulalah dengan Shaklee ESP. Kenapa perlu ESP terlebih dahulu? ESP ni kan, berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu. Sebab tu kita digalakkan untuk membaik pulih sel-sel dalam badan kita terlebih dahulu untuk kesan yang lebih optimum.
2. Vitalea (Multivitamin tertua di dunia) – vitalea ni , diibarat seperti kita makan makanan seimbang dan ia membantu badan kita untuk memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.
(Nota: Dengan mengamalkan & pengambilan secara konsisten 2 produk di atas, lnsyallah akan dapat membantu anda yang mahukan kesan yang optimum untuk kesihatan anda)

ESP
Mulakan hari kita dengan segelas ESP (Protein).
Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, kacau rata dan diminum segera. Juga boleh di mix kan dengan susu atau apa-apa jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masing. Sekiranya mengambil collagen boleh dicampurkan bersama esp, rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.

Cara Makan Vitamin Shaklee
Lecithin & Omega, Alfalfa & Zinc – vitamin SEBELUM MAKAN
Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.
Alfalfa disamping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, ia merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dan sebagainya
 Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat meminum air yang mencukupi. Alfalfa juga adalah pilihan terbaik untuk masalah angin dalam badan dan gastrik dan alergik.

* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 5 tabs alfalfa.
Tapi kalau kawan-kawan terlupa dan sebagainya, boleh diambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma ianya antara baik dan lebih baik.
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30 minit sebelum makan),  kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Sebagai contoh, roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan.
Cara Makan Vitamin Shaklee Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil SELEPAS MAKAN.

Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi kawan-kawan boleh agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.
Contoh pengambilan:
Image result for vitamin-vitamin shaklee
* BEFORE Breakfast – 1 Vita C & 1 B- Complex, dll.
* AFTER Lunch  – 1 vita lea,  1 Vita C, dll
* AFTRE Dinner -1 vitalea, 1 B complex , 1 vita E dll
* BEFORE Sleep – 4 Ostematrix, Dtx complex , 4 herblax  (2-3 kali seminggu sekali) .
 Vitamin Shaklee yang PERLU DIELAKKAN pengambilan bersama atau serentak.
1 Elakkan mengambil Vitalea dan Ostematrix serentak. kerana iron di dalam Vitalea boleh mengganggu penyerapan kalsium di dalam Ostematrix.
2 Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab ia akan merosakkan kandungan protien.
3 Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, kerana minuman tersebut mengandungi kafien yang boleh mengganggu penyerapan vitamin.Sebolehnya jarakkan pengambilan vitamin Shaklee dengan nesface/tea (atau apa-apa minuman yang mengandungi kafien) selama 30 minit.
 Cara Makan Vitamin Shaklee dengan ubatan lain. (Shaklee VS Ubatan Lain)
Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh setengah jan (30 minit).
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplemen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan yang kesihatan anda semakin pulih dan dos pengambilan ubat dikurangkan.

SMALL STEP, RIGHT DIRECTIONS
Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..


| YOUR TRUSTED SID |



Tuesday 4 April 2017

BUAH PINGGANG ROSAK AKIBAT AMBIL SUPLEMEN SHAKLEE?

"Eh engkau, hati-hati tau..makan suplemen bukannya elok sangat tu kang lelama nanti kena sakit buah pinggang...masa tu takda sapa dah nak nolong ko.."

Biasa dengar tak sindiran sini macam tu? Tak kisah la sesape pun yang cakap. Nampak sangat jakun.hehe..

Meh,mamabee nak story sikit ni.. mamabee sendiri pernah disinis macam ni.Kononya tak mengamalkan pemakanan sunnah. Pelik bin ajaib la kan, bukan ke menjaga kesihatan juga dituntut dalam islam.Bila badan sihat, Insyaallah takda penyebab untuk tidak beribadat kepada yang MAHA ESA kan?Melainkan diri-sendiri yang sengaja menjauhkan diri dariNya.Nauzubillah.

Ok, berbalik pada pengambilan suplemen boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang untuk long term.Apa yang korang rasa? Ada yang cakap,kalau makan suplemen dan kurang minum air masak/air putih mudah dapat masalah kidney.

Saya rasa,mesti ramai yang agak risau dan takut untuk mengambil supplement disebabkan persepsi yang kurang jelas sebegitu. Faktanya ialah, mengambil supplement tidak akan menyebabkan buah pinggang rosak JIKA diambil dengan ilmu & cara pengambilan yang betul.


Yang paling penting, PASTIKAN SUPLEMEN YANG DIAMBIL ITU MERUPAKAN PRODUK YANG BAIK,BERKUALITI SERTA DIYAKINI TAHAP KESELAMATANNYA. Lebih baik lagi jika suplemen itu adalah SUPLEMEN SEMULAJADI dan bukannya sintetik.

Cek diri anda atau orang terdekat atau orang sekeliling yang anda kenali samada mereka mempunyai simptom-simptom kidney problem.


PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG
(Sumber: FreeVitamin)

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi) : situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.


Image result for say no to supplements
BETUL KE SUPLEMEN PENYEBAB SAKIT BUAH PINGGANG?

Sebenarnya kan, ianya bergantung kepada
·        Tahap kesihatan buah pinggang setiap individu
·        Jenis suplemen yang diambil
·        Dan juga jika pengguna mempunyai sebarang penyakit yang lain.

Walaubagaimanapun, memang ada hasil kajian yang melaporkan beberapa jenis suplemen dan herba tertentu yang menyebabkan masalah buah pinggang, namun ia tetap berbalik kepada 3 aspek di atas.

Secara peribadinya, saya merasakan bahawa kualiti suplemen yang diambil juga sangat mempengaruhi tahap kesihatan si pengambilnya. Sudah tentulah suplemen semulajadi lebih mudah diserap dan digunakan oleh tubuh kita berbanding suplemen sintetik kan? Insyaallah supplemen semulajadi tidak membebankan tubuh kita untuk menghadamnya selagi ianya diambil dengan cara yang betul.

National Kidney Foundation (US) menasihatkan orang ramai yang mempunyai penyakit buah pinggang , yang sedang menjalani rawatan dialysis dan juga telah menerima buah pinggang baru supaya mengelakkan KESEMUA suplemen HERBA. Beberapa mineral tertentu seperti kalium, magnesium, kalsium, fosforus dll juga berisiko memburukkan lagi keadaan pesakit.

Kita sebagai pengguna yang bijak perlu berhati-hati dalam memilih suplemen . masalah buah pinggang mungkin terjadi jika suplemen yg diambil tercemar dengan kandungan logam berat. Contoh logam berat yang mungkin terdapat dalam suplemen dan makanan adalah cadmium. Jika diambil dalam masa panjnag, ia akan berkumpul di kidney dan merosakkan fungsinya dan juga boleh melemahkan tulang.

Penting untuk kita mencri suplemen yang benar-benar terbukti selamat. Kalau tengok kat Malaysia ni pun, sudah banyak produk yang diiklan sana sini dan buruan ramai, namun akhirnya berapa banyak yang ditarik atau diharamkan penggunaannya kerana isu keslematan kerana mempunyai bahan berbahaya. Kesian kan bila kita tertipu? Jom semua,jadilah pengguna yang bijak !!!



Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..







Monday 3 April 2017

PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU , COD & POS | HUBUNGI SEGERA 0129495513

Assalamualaikum .. Pengedar Shaklee Kota Bharu , MAMABEE sebagai wakilnya.

Saya taa'ruf sikit siapa "Mamabee" ni. Nama diberi oleh makayah saya ialah Rabihah Muhamad. Anak, Isteri & Ibu kepada 3 orang hero soleh. 

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mana-mana produk shaklee yang berada disekitar Jajahan Kota Bharu, Mamabee boleh buat penghantaran COD ataupun pos bagi yang berada diluar jajahan mahupun diluar negeri Kelantan. Jadinya, Tuan/Puan boleh pilih samada nak cod or nak mamabee poskan.

Kat mana area Kota Bharu yang boleh cod? Cakap je kat mana, Mamabee usahakan . Kalau bukan Mamabee pun ada agen-agen Mamabee kawasan terdekat, jangan risau ya.

Kat bawah ni, cik puan/tuan boleh tengok ye kat mana kawasan korang berada. Yang dekat kita boleh atur untuk cod, yang jauh-jauh di luar kawasan boleh pos.

Tumpat : Pengkalan Kubur | Kelaboran |Pasir Pekan | Wakaf Bharu 
Pengkalan Chepa :  Kijang | Chempaka | Panchor
Kota Bharu : Tanjong Mas | Kota Lama | Bunut Payong
Pasir Mas Tendong | Pengkalan Pasir | Chetok
 Rantau Panjang : Meranti | Gual Periok | Bukit Tuku
Kubang Kerian : Salor | Pasir Tumboh | Demit
 Bachok : Tawang | Perupuk |Jelawat
 Ketereh : Melor | Kadok | Kok Lanas
Tanah Merah : Bukit Panau | Gual Ipoh | Kemahang
Pasir Puteh : Selising | Limbongan | Semerak | Gaal
Machang : Pulai Chondong | Temangan | Kemuning
Jeli : Bukit Bunga | Air Lanas | Kuala Balah
Kuala Krai : Mengkebang | Guchil | Manek Urai | Dabong
 Gua MusangNenggiri | Paloh | Galas

Yang kaler
merah
tu, Insyallah kita boleh COD
Yang kaler
biru
tu, Insyaallah kita minta abang posmen hantarkan :)

Jangan pula yang tinggal di luar negeri Kelantan rasa kecik hati.. Penghantaran SELURUH MALAYSIA. Atas tu mamabee just highlightkan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan mamabee je. Yang jauh takpe, agen-agen mamabee yang lain ada untuk korang. hehe..

Cakap je kat mana nak cod, mana-mana mamabee boleh jer..Jangan lak tempat yang "seram".hehe.. eh mana-mana jelah. Nanti "bodyguard" mamabee ada sekali. Cakap je nanti kita roger-roger je jangan risau.
Nak set apa? untuk masalah apa? dapatkan konsultasi dari Mamabee ye. Jangan ragu nak tanya, kalau beli kat kiosk haram alamatnya salah cara makan kesian  je.
SID sah berdaftar ni boleh dihubungi seperti berikut:

p.s : Jika anda ingin dapatkan supplement / vitamin semulajadi pertama anda pada harga istimewa, hubungi Biha segera :)