Saturday 31 January 2015

Keperluan atau kehendak?

Setiap ibu bercita-cita untuk menyusukan bayi mereka. Kalau boleh, kalau dapat sehingga si kecil berusia dua tahun. Malah ada yang bercita-cia untuk menyusukan si kecil selama mana yang si kecil mahu. Tahniah ibu-ibu! Saya berbangga kalian telah membuat keputusan itu. Membuat keputusan untuk menyusukan si kecil adalah langkah pertama yang diambil oleh setiap ibu. Bagaimana untuk menjayakannya merekupakan langkah seterusnya.

Gambar dari arkib Cik Yut!

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan langkah pertama si ibu berjaya diteruskan atau tidak. Disebabkan kebanyakan ibu sekarang adalah ibu-ibu yang bekerjaya, masalah utama mereka ialah mampukah mereka meneruskan penyusuan apabila mereka  kembali bekerja. Rata-rata ibu memilih penggunaan pam. Sama ada pam manual atau pun pam automatik.

Gambar contoh - diambil dari PakCik Google

Adakah penggunaan pam ini wajib? Adakah ia sesuatu yang sangat diperlukan atau sesuatu yang mengikut kehendak semasa? Adakah ibu-ibu memahami mengapa perlunya pam? Atau ikutan dari teman-teman sekeliling?

Pam ibarat alat bantuan sokongan. Ia bukanlah barang wajib/mesti ada untuk setiap ibu. Sebelum mendapatkan pam, ibu-ibu perlu tahu mengapa mahu menggunakan pam. Acapkali saya berpesan kepada ibu-ibu untuk benar-benar mengosongkan payudara.

Dan ibu-ibu pula akan bertanya, "Bagaimana hendak mengosongkan payudara? Perlukah saya membeli pam?".

Jawapan saya kepada ibu-ibu, " Ibu tidak perlu membeli pam. Memadai dengan menggunakan tangan sahaja!".


Pastinya ramai ibu yang memilih tidak mahu menggunakan tangan atas pelbagai alasan. Ya, saya hormati keputusan ibu. Ibu lebih tahu bagaimana rutin seharian. Sibukkah, sempatkah, hanya ibu yang tahu. Tidak saya. Ada ibu yang mampu untuk melakukan perahan menggunakan tangan, ada ibu yang kurang yakin, merasakan mereka kurang mampu untuk melakukannya. Apabila terdapat ibu yang kurang yakin, saya tidak mahu memaksa, tetapi saya akan ajar sekiranya ibu mahu tahu mengenainya. 

Sekiranya ibu lebih yakin dengan menggunakan pam, sudah faham keperluan penggunaannya, saya hormati pendirian ibu. Saya tidak mahu memaksa sehingga boleh membantutkan usaha penyusuan kepada si kecil. Apa yang penting bagi saya ialah si ibu dan si kecil masing-masing gembira. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila melihat si ibu berjaya menyusukan si kecil!

Baik, adakah ibu-ibu sudah nampak sama ada pam itu perlu atau kehendak nafsu? :) Kejayaan penyusuan tidak datang dari pam yang canggih, atau pam yang mahal. Tetapi datang dari usaha dan kerajinan ibu-ibu. Sekalipun ibu hanya memerah menggunakan tangan, jika ibu rajin InsyaAllah ia tetap berjaya. Begitu juga sekiranya telah menggunakan pam paling mahal atau berjenama, sekiranya ibu kurang rajin dan berusaha, keputusannya pasti mengecewakan. 

Selamat meneruskan penyusuan bersama si kecil!


Apa? Mahukan kelas Marmet?? Oh... saya akan fikirkan tarikhnya. Boleh cadangkan kepada saya ya! 

Friday 30 January 2015

Kenapa perlu memerah susu?

Seringkali ibu-ibu bertanya kepada saya, 

"Berapa kerap perlu saya perah susu di pejabat?"
"Boleh tak saya nak perah dua kali sahaja?"

Kadang-kala, ada pertanyaan yang membuatkan saya mengusik kepala atau mengerutkan dahi. Ada juga kadangkala membuatkan saya tergelak sendirian sehingga menampakkan barisan gigi saya yang cantik.

Persoalan utama ialah, adakah ibu-ibu tadi faham mengapa, kenapa mereka perlu memerah kilang membuat susu untuk si kecil mereka? Adakah mereka terikut-ikut dengan situasi semasa, atau faktor sekeliling? 

"Oh, teman sekerja saya memerah untuk bayinya, jadi saya juga mahu ikut memerah!"

Saya sebenarnya bukan jenis yang kompleks. Saya sendiri akan bermasalah untuk memahami perkara yang kompleks melainkan ia dapat diterangkan secara ringkas tapi dapat difahami. 


Baiklah, teruskan pembacaan kalian.


Situasi di rumah :
Bayi bersama anda. Hanya menyusu secara terus dengan anda. Anda bersama bayi selama 24 jam. Berapa kali si kecil menyusu dengan anda?

Sekiranya anda telah memahami rutin si kecil, ini sememangnya memudahkan kerja. Kita andaikan si kecil menyusu setiap 2 jam sepanjang hari. Oleh itu, si kecil telah menyusu sebanyak 12 kali apabila ibunya berada di rumah sepanjang hari.


Situasi di tempat kerja :
Anda kebiasaanya akan mengambil masa sehingga 10-12 jam untuk masa berkerjanya (ini sudah termasuk kiraan perjalanan pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja) Mungkin ada ibu yang bekerja lebih dari tempoh ini. Kalau mengikut rutin si kecil, berapa kali patut si kecil menyusu dalam tempoh ini? Ya, lebih kurang 5-6 kali, atau lebih (bergantung dengan tempoh anda bekerja)


Jadi, sudah nampak mengapa anda perlu memerah susu? Tidak lain tidak bukan, untuk memastikan proses penghasilan dan pengeluaran masih mengikut jadual aturan kilang (payudara)!

Sudah rutinnya produksi kilang untuk menghasilkan susu mengikut rentak si kecil. Sekiranya rutin itu diganggu, penghasilan dan pengeluaran akan turut terganggu!


Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di kamikamuvitamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 012-9495513.

Thursday 29 January 2015

Saiz payudara dan penyusuan

Saiz payudara dan penyusuan, adakah ia faktor utama dalam menjayakan penyusuan? Adakah saiz besar mempunyai susu yang banyak dan saiz yang kecil tidak mempunyai susu?


Tidak, saiz payudara bukan faktor utama dalam kejayaan penyusuan. Ya, seringkali kita dimomokkan dengan ayat berikut "Oh, tetek kau kecil, sebab itu tak banyak susu!" atau dengan ayat ini "Patutla susu kau banyak, tetek kau besar!". Secara fisiologi, saiz payudara yang besar disebabkan oleh lemak yang banyak yang mengelilingi duktus dan kilang susu. Payudara yang kecil ialah disebabkan lemak yang sedikit.

Jadi, apakah faktor yang kejayaan penyusuan?

1. Keinginan dan kesungguhan
Tanpa ada rasa ingin, ia pasti tidak akan berlaku. Tanpa ada rasa sungguh, pastinya kecundung di tengah jalan. Sekalipun kita sudah nekad mahu menyusukan si kecil selama 2 tahun, namun pelbagai rintangan dan cabaran akan dihadapi. Sekiranya si ibu tidak sabar, maka impian itu akan terkubur.

2. Belajar teknik penyusuan yang betul
Ada yang kata, menyusukan si kecil ini senang. Ya, senang apabila kita sudah mengetahui tekniknya. Disebabkan tidak mahu tahu bagaimana cara menyusu yang betul, ramai ibu mengalami kesakitan semasa menyusukan. 

3. Sentiasa POSITIF
Ya, si ibu perlu sentiasa positif. Buat-buat positif pun takpe. Yang penting tiada getaran negatif dalam diri si ibu. 

4. Support dari sekeliling
Si ibu tadi perlu mendapatkan bantuan dari orang sekeliling. Terutamanya suami. Kalau dapat bantuan dari jiran tetangga pun lebih baik. Jangan segan untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda mengalami masalah. 

5. Sentiasa berdoa
Mohon dari Pencipta supaya dipermudahkan proses penyusuan ini. Supaya dapat si ibu menyusukan si kecil selama mana yang si ibu dan bayi mahukan.


Setiap kali pergi melakukan home visit, saya selalu berkata kepada si ibu, hanya satu perkara yang saya susah nak pastikan ada atau tidak, banyak atau sedikit, iaitu Kilang susu! Ya la kan... Mana ada alat nak X-ray dan-dan kat payudara kan.. So, kalau saya picit, ada terbit susu, maka adalah susunya itu. Kemudian kita akan terangkan konsep 'demand & suppley' kepada ibu tadi.

Wednesday 28 January 2015

Memahami kepentingan untuk mengepam

Alhamdulillah. Syukur. Semakin ramai ibu-ibu sudah menyedari kepentingan penyusuan. Ya, ramai yang sudah mengetahui khasiat dan kebaikannya penyusan ibu terhadap ibu, terhadap si anak dan juga terhadap keluarga. Namun disebalik ramai ibu yang sudah menyusukan, berapa ramai pula ibu yang benar-benar mahu menyusukan kerana memahami kepentingan ini? Berapa ramai pula yang menyusukan kerana terikut-ikut dek kerana ramai rakan di tempat kerja mereka menyusukan anak mereka dan mereka takut dikatakan ibu yang jahat?

Disebabkan itu, ramai juga ibu yang tidak memahami sepenuhnya mengapa perlu untuk memerah susu di tempat kerja atau pun apabila mereka berada jauh dari si kecil. Walaupun saya sering menekankan untuk menyusukan secara terus untuk mengekalkan ikatan (bonding) di antara si ibu dan si anak, namun apabila si ibu berjauhan dari si kecil, proses penghasilan dan pengeluaran susu harus tetap berlaku bagi memastikan ia tidak terhenti dan seterusnya menyebabkan gangguan terhadap penghasilan dan pengeluaran susu.


Kenapa perlu memerah?
Bayangkan anda berada 24jam dengan si kecil dan si kecil menyusu setiap 2 jam. Jadi berapa kali penyusuan berlaku dalam sehari? Ya,ia berlaku sebanyak 12 kali. Dan proses ini telah berlaku selama 1 bulan. Dan otak manusia yang pintar itu telah merakam keadaan ini dan menjalankan proses secara automatik. Setiap 2 jam susu telah tersedia untuk diminum oleh si kecil.


Dan kemudian, si ibu kembali bekerja. Dari jam 7 hingga 6 petang, waktu si ibu bergerak keluar dan kembali semula ke rumah. Berapa jam sudah berlalu? Hampir 12 jam. Dan si kecil sudah kehilangan 6 kali waktu menyusunya. Proses yang berlaku sebelum ini terganggu. Dan si ibu pula hanya memerah sebanyak 3 kali sepanjang tempoh itu. Dan apa yang berlaku selepas itu?! Si ibu mula mengalami enggorgement. Dan apabila keadaan ini berulang ulang sepanjang minggu, FIL. Berlaku dan menyebabkan penghasilan susu tidak lagi berlaku setiap 2 jam. Ia akan mengikut tempoh baru yang dibuat oleh si ibu tadi.

Langsung, apa yang akan berlaku lagi? Ya, si ibu mendapati penghasilan susunya terganggu dan ia semakin berkurangan. Ia sebenarnya kurang disebabkan otak mendapat signal bahawa si kecil tidak lagi menyusu setiap 2 jam, tetapi si kecil hanya menyusu setiap 4 jam. Jadi perubahan ini yang menyebabkan penghasilan tidak sekerapa sebelum ini.

Ya, tidak semua ibu mampu untuk memerah setiap 2 jam. Namun, sekiranya si ibu berkesempatan untuk melakukan sekerapnya, lakukanlah. Proses memerah itu ibarat waktu si kecil menyusu, dan bayangkan juga si kecil ada bersama anda ketika sesi memerah itu supaya si ibu lebih tenang dan ia dapat membantu melancarkan pengeluaran susu.

Sampai di sini dahulu! Salam sayang buat semua ibu!

Tuesday 27 January 2015

Punca KEPUTIHAN dan penyelesaiannya!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


PST : Post di bawah adalah bahan bacaan untuk 18 tahun dan ke atas!
Jangan cakap saya tak pesan eeeek.

Wanita sinonim dengan masalah keputihan iaitu keluarnya cairan yang tidak normal dari vagina. Cairan ini nanti akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan hingga boleh menyebabkan orang yang mengalaminya akan berasa tidak selesa, gatal, panas bahkan rasa sakit di bahagian intim mereka.


Ada apa dengan keputihan ni?

Keputihan adalah gejala yang berlaku akibat infeksi yang berlaku pada vagina. Infeksi bermaksud berlakunya pembiakan mikro organisme seperti bakteria, parasit, kulat dan virus pada vagina yang menyebabkan perubahan pada cairan yang keluar dari vagina.

Berikut EMPAT sekawan mikro organisme yang menyebabkan berlakunya keputihan :


BAKTERIA

Jangkitan bakteria lebih mudah dijangkiti oleh wanita hamil dan yang menggunakan IUD, dan melakukan hubungan seksual dengan bertukar-tukar pasangan. Akibatnya menyebabkan bakteria jahat berkembang baik.

Keputihan yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai bacterial vaginosis. Lebih kurang 50% wanita yang dijangkiti keputihan jenis ini tidak menunjukkan sebarang gejala. Ciri-ciri yang boleh dikenalpasti : 
  • cairannya lebih hanyir, 
  • berwarna putih kelabu dan 
  • bau hanyir.  

Bau akan menjadi lebih kuat selepas berlaku hubungan intim dan menyebabkan darah haid juga berbau yang tidak menyenangkan. Jika ada alahan di bahagian vagina seperti rasa gatal, namun sifatnya ringan daripada keputihan yang disebabkan oleh candida albicans atau trichomonas vaginalis.


KULAT

Keputihan yang disebabkan oleh infeksi kulat dikenali sebagai candida albicans. Umumnya disebabkan oleh faktor luar dan dalam tubuh wanita itu sendiri seperti kehamilan, kegemukan, mengamalkan pil perancang, ubat tertentu (seperti steroid, antibiotik), penyakit diabetes, kurang antibodi dan cuaca yang panas dan lembap.

Ciri-ciri bagi jangkitan ini, biasanya :
  • cecair berwarna putih kekuningan seperti susu
  • berbau
  • gatal yang keterlaluan
  • ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan paras gula dalam darah naik

PARASIT

Jangkitan parasit trichomonas vaginalis termasuk dalam kumpulan penyakit jangkitan seksual (PMS) kerana cara jangkitannya adalah melalui hubungan seksual. Namun jangkitan juga boleh berlaku melalui perkongsian perlatan mandian seperti sabun.

Ciri-ciri jangkitan ini ialah :
  • cairan yang keluar berwarna kuning kehijauan
  • lebih pekat dan bergumpal
  • bau yang tidak menyenangkan
  • boleh menimbulkan rasa gatal dan alahan pada organ intim

VIRUS

Jangkitan virus sering berpunca daripada penyakit kelamin seperti condylima, herpes dan HIV/AIDS. Condylima boleh dikesan dengan tumbuhnya kutil yang banyak disertai cairan berbau. Jangkitan ini sering dialami oleh wanita hamil.


Bagaimana untuk mendiagnos penyakit ini?

Huhuhu... Dah nama pun mikro organisme. Jadi, untuk mengesan punca keputihan, perlu dilakukan anamnesa, pemeriksaan fizikal khususnya di bahagian dijangkiti dan pemeriksaan makmal terhadap contoh cairan yang diambil. Melalui pemeriksaan makmal, mikro organisme penyebab dapat dikenalpasti.


Cara rawatannya pula?

Antara cara yang akan diberitahu oleh doktor ialah :
  • Vagina perlu sentiasa dibersihkan menggunakan cairan antiseptik yang sesuai
  • Ubat oral akan diberikan, bersesuaian dengan penyebab jangkitan dan kepekaan mikro organisme
  • Amalkan kebersihan diri terutamanya di bahagian organ intim
  • Tidak mengamalkn seks bebas
  • Dapatkan segera pemeriksaan doktor sekiranya ada gejala yang meragukan.

Adakah Shaklee boleh membantu??

InsyaAllah. Ya, Ada.

Alfalfa Complex




Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Testimoni!!!


Macamane? 
Kita perlu bersih luar dan dalam!
Baru hasben kata 'MANTOOOOP'!
hihihi...

Ok.. jangan segan dan malu. Nampak details kat bawah? Ambil phone dan whatsapp segera ya!

***********************************

Rabihah Muhamad
Shaklee ID [ No : 906559]
Contact No : 012-9495513
Email : kamikamuvitamin@gmail.com
Like my Fanpage: 
https://www.facebook.com/ourhealthsolutions

Monday 26 January 2015

Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee

Kredit utk Sis Cery


"..i nak tanya..bile sepatutnya makan supplemen set B dan ESP tu..."

jadi..persoalan sebenar kat sini ialah.... bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan kat kadar penyerapan.. kebiasaannya saya akan memberikan jadual makan kepada customer2 saya


The basic rule are:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu
*APA YANG TAK DIGALAKKAN : Elakkan pengambila alfafa bersama vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas yang saya berikan kepada yang baru nak start mkn supplemen

Selepas breakfast : B Complex, Vita C, Vitalea
Morning tea break: Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)
Selepas Lunch : Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...
Afternoon teabreak : Minum segelas ESP
Selepas Dinner : Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)
Sebelum tidur :Ostematrix


* Jadual ni flexible yer.. bergantung kat individu masing2. ..cuma nasihat saya..... jangan mkn semua sekaligus...dan pastikan sehari pengambilan air putih adalah sebanyak 2liter sehari.. sebab tu saya pecah2kan ikut timenyer..
* utk pengambilan vitamin selain dari di atas.. insyaAllah saya akan berikan jadualnya

Macam saya...walaupun dah lama dah stop bfeeding..anak dah besar..tapi vitamin seperti B Complex,Vita C, GLA Complex @ Vita E ,ESP (soy protin) mmg tak boleh skip..wajib hari2..... Ostematrix (cal/mag) pula saya hanya makan pada weekdays je .. Vitalea,Zinc,Omega, saya mkn seminggu 2-3x je..tidak hari2....lecitin pun kadang2 bila rasa perut mcm boroi ..hehe....yerlah..dah namapun makanan tambahan..ianya menampung mana2 kekurangan yang diperlukan badan.. ianya bukan makanan asas. tak perlu makan sehari sampai berpuluh biji......kita tetap harus mendapatkan makanan sebenar...

Terima kasih Sis. Ini contoh jadual untuk makan vitamin Shaklee. Ada org susah nak telan semuanya sekaligus. Ada org pulak jenis susah nak ingat mcm saya ni, telan aje semuanya. Tapi mana yg takleh join sekali tu, kena elakkan lah. Satu belah pagi, satu belah malam. Macam biasa, jgn lupa minum air kosong sebanyaknya, tapi jgn pula terlalu banyak. Lebih kurang 3L tu sedang cukup dah tu. Ok, salam ceria!

Ibu baru bersalin, Set yang mana satu yang terbaik?

Set B (sama ada trial pack atau fullpack) merupakan best seller dalam jaringan Euphoria. Rata-rata ibu yang menyusukan si kecil akan mencari yang terbaik untuk memberikan yang terbaik buat si kecil mereka. Set B sememangnya popular di kalangan ibu menyusu. Bukan sahaja popular, ia turut dikecam hebat oleh ibu-ibu lain yang tidak menyokong supplement untuk penyusuan. Ibu-ibu itu tidak salah. Bahkan ibu-ibu yang menggunakan Set B juga tidak salah. Ini kerana ibu-ibu yang tidak menyokong tadi mungkin tidak mendapat fakta yang tepat mengenai keperluan supplemen dalam penyusuan. Ya, supplemen tidak wajib, tetapi ia perlu mengikut situasi individu.

Baiklah, Set B atau Set C, yang mana lebih baik?

Ibu yang baru bersalin - saya sarankan Set C. Kenapa set C? Di dalam set C, ia mengandungi VitaLea, Bcomplex, Vitamin C dan Zinc. Ya, pasti ada yang kata, saya nak menyusukan bayi saya. Saya nak banyakkan susu.

Itu sudah pasti. Ramai ibu-ibu mahukan keadaan begitu.

Sebelum saya cerita lebih panjang, kita lihat dahulu setiap satu produk yang ada di dalam Set C :
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu, multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan
 

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam
 

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Zinc

Zinc pula berperanan membina jalinan antara sel ibarat benang untuk menyambungkan luka yang koyak tadi atau kulit yang melecet. Kepentingan zink antara lainnya :
1. penting untuk sistem pertahanan badan- immune system
2. bertindak sebagai anti oksidan
3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain
4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
5. membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu
6. membantu pertumbuhan tulang yang sihat
7. mengawal rasa,bau dan selera
8. terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan

 


Jadi, yang mana lebih penting buat masa ini, iaitu selepas ibu itu melahirkan? Sudah tentu fokus utama pada ketika itu ialah memastikan tubuh ibu itu sihat. Sekiranya ibu masih lagi mengalami sakit selepas bersalin (stress/trauma) ini sedikit sebanyak boleh merencatkan penghasilan susu seterusnya mengganggu penyusuan si kecil. Dan kemudian, ibu akan bertambah-tambah stressnya sebab dia merasakan dia tidak dapat menyusukan bayi.


Sudah nampak ke mana arah tuju kita? Mahu Set B atau Set C? Teruskan pembacaan kalian!


STRESS - adalah musuh utama. Bila si ibu sudah masuk mode ini, tubuhnya akan fokus kepada stress itu dan merencat segala hormon terutamanya hormon oxytocin. Dan apabila hormon oxytocin terencat, walaupun ada penghisapan bayi, produksi susu akan sedikit terganggu.

Bcomplex membantu menenangkan emosi si ibu, manakala Zink membantu memulihkan luka pada si ibu. Bila kedua-duanya bertindak, maka si ibu akan lebih cepat bersedia (badan dah sihat!) untuk menyusukan si kecil. Selain dari Set C, kalsium (Ostematrix) amat diperlukan dalam badan. Ini untuk menggantikan kalsium yang hilang semasa proses kelahiran. Kalsium sepatutnya mula diambil semasa kehamilan lagi. Ini boleh mengelakkan berlakunya pertumpahan darah. Kalsium diperlukan dalam proses pembekuan darah selepas kelahiran.


Bagaimana pula dengan penyusuan? Adakah susu saya cukup? Adakah bayi saya kenyang?


heee.. ini ialah soalan lazim. Pada awal-awal kelahiran, perkara utama yang perlu diberi perhatian ketika penyusuan ialah posisi penyusuan dan pelekapan bayi semasa menyusu. Ada posisi yang selesa buat ibu A tetapi tidak buat ibu B. Manakala pelekapan yang betul perlu supaya ia tidak meudaratkan si kecil dan si ibu. Sekiranya dua perkara ini diberi perhatian, InsyaAllah penyusuan pasti berjaya! Jangan susah hati, anda pasti mendapat konsultansi penuh dari saya.


Oh ye, ibu-ibu boleh dapatkan Set C dan Ostematrix pada harga istimewa dan juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah! Emel atau SMS saya segera! Nanti kita sambung, siapa pula yang perlu Set B. 

Sunday 25 January 2015

Fakta-Fakta Penyakit Denggi

APA ITU PENYAKIT DENGGI?

      Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
      Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
      Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
      Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

    JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI

          Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:
            a. Demam denggi klasikal.
            Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
            b. Demam denggi berdarah.
            Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.


      AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI

            Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.
            Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.


        PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI

              Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:

          1. Aedes aegypti

                  Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.
                  2. Aedes albopictus
                  Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.
              Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
              Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.
              Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

           


           

          CARA JANGKITAN


              Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betinamenggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
              Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
              Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.
              Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

           

          TEMPAT PEMBIAKAN


              Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
              Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.

          A. Di dalam rumah

              1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
              2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
              3. Perangkap semut.

          B. Di luar rumah

              1. Di dalam tayar buruk.
              2. Saluran air hujan.
              3. Tin-tin kosong atau botol.
              4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan
              5. Cawan getah
              6. Lubang pokok
              7. Tunggul buluh
              8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas

          AWAS!!!! ANDA AKAN DIDENDA JIKA DIDAPATIMEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.




          TANDA-TANDA ATAU GEJALA

          1. Demam Denggi Klasikal

              Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.
              Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

          2. Demam Denggi Berdarah

              Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
              Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
              Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.
              Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).
              Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.



          DIAGNOSIS PENYAKIT DENGGI


              Diagnosis demam denggi secara klinikal kadangkala menyebabkan kekeliruan . Oleh itu diagnosis makmal adalah sangat penting. Terdapat 3 teknik untuk mendiagnosis denggi di makmal iaitu secara isolasi virus, serologi dan mengenalpasti DNA virus denggi. Kini terdapat satu peralatan komersial yang dipanggil 'Dengue Blot' yang digunakan untuk tujuan yang sama.

          1. Isolasi virus denggi

              Isolasi virus denggi dari darah atau spesimen tisu adalah cara yang paling konklusif untuk diagnosis denggi. Walaubagaimanapun tatacara ini bukanlah mudah kerana virus ini tidak hidup dengan baik di dalam binatang dan kultur sel. Satu cara yang telah dimodifikasikan supaya keputusan didapati dengan mudah dan lebih cepat adalah dengan mengisolasikan virus melalui inokulasi larva 'Toxorhynchites splendens' (Lam 1993). Pusat Demam Denggi dan Demam Denggi berdarah di Universiti Malaya dengan kerjasama WHO telah menggunakan teknik kombinasi inokulasi nyamuk dan kultur sel nyamuk

          2. Serologi

              Kebanyakan makmal menggunakan teknik serologi bagi mengenalpasti penyakit denggi. Ujian piawaian bagi penyakit denggi adalah 'Haemagglutination Inhibition Test'(HI). Ujian ini berdasarkan kepada keupayaan antibodi seseorang menghalang virus denggi dari mengaglutinasikan sel-sel darah merah yang tertentu. Selain dari memastikan jangkitan denggi ujian HI ini juga berupaya memastikan samada jangkitan adalah primer atau sekunder berdasar kepada tahap antibodi. WHO telah menetapkan titer bagi jangkitan sekunder sebagai 1:2560, manakala Malaysia pula menggunakan titer1:1280.
              Ujian yang lebih cepat ialah pengesanan denggi IgM melalui 'Enzyme-Linked Immunoabsorbent Assay'(ELISA). IgM ini didapati hanya seketika pada jagkitan primer dan sekunder dan pengesanan IgM di dalam serum menunjukkan kepada jangkitan aktif atau jangkitan yang baru. Lebih dari 6,000 sampel serum telah diuji dengan ujian HI dan ELISA dan didapati kedua-dua ujian adalah sama dari segi spesifisiti dan sensitiviti. Namun begitu ELISA lebih cepat, hanya memakan masa beberapa jam bagi jangkitan sekunder dan 7 hari untuk jangkitan primer.

          3. Dengue Blot

              Dengue Blot adalah satu peralatan komersial yang telah dimodifiaksikan dari ujian ELISA. Kajian yang telah dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Dengue Blot mendapati ia mempunyai sensitiviti 100% bagi jangkitan sekunder dan hanya 28.6% bagi jangkitan primer. Oleh itu ujian ini berguna sebagai ujian saringan terutama sekali di negeri-negeri yang endemik dimana sebilangan besar penduduk telah dijangkiti virus denggi. Sampel-sampel yang negatif perlu dibuat ujian serologi yang lain (Lam 1993).

          4. Pengesanan asid nuklik virus

              Ini merupakan satu teknik yang baru dengan menggunakan teknik 'Polymerase Chain reaction'(PCR). PCR telah dapat memastikan beberapa kematian akibat denggi apabila teknik-teknik lain gagal berbuat demikian.

           


           

          RAWATAN


              Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

          1. Rawatan Demam Denggi Klasikal

              Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:
                a. mengurangkan demam(suhu badan)
                b. mengelakkan dari perdarahan berlaku

          2. Rawatan Demam Denggi Berdarah

            a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.

            b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.

            c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.

            d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.