Showing posts with label GLA. Show all posts
Showing posts with label GLA. Show all posts

Tuesday, 9 September 2014

GLA COMPLEX BUAT KULITKU MAKIN CANTIK

Penangan Promo GLA Complex last month membuatkan Biha tertiba 'terambil' & 'termakan' GLA complex tu dan hasilnya jadilah 'TERCANTIK'..hehehe...betul ni korang,kalau tak percaya korang cubalah sendiri tapi kalau korang rasa takut dengan perubahan kulit korang better tak payah ambil.Kan tak pasal-pasal tetiba ramai yang tegur "eh eh cantiknya kulit muka awak sekarang", "berseri-seri la awak ni", "wowww,muka u glowing-glowing gitu..." hihihi...ahakksss,itu antara yang akan didengari selepas korang ambil GLA ni..so,kat sini tiada paksaan ye untuk korang nak cantikkan kulit..ini hanyalah suggestion je..

Meh nak share,Biha start ambil GLA ni masa awal Ogos kot,ni pun makan selang-selang sebab kadang terlupa.Tapi kan memang sangat terasa perubahannya. Alhamdulillah Biha suka ngan GLA ni sebabnya sangat banyak khasiat, bukan sahaja untuk mencantikkan kulit,ia bantu untuk betulkan hormon,tingkatkan kesuburan bagi wanita yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan zuriat & mengurang serta menghilangkan senggugut.hihi..itu antara yang best tentang GLA...Syok kan!!! Nak cerita pada awal-awal Biha consume GLA ni memang sangat teruk healing crisis,mana tak nya..GLA membantu menstabilkan hormon dalam badan. Korang tau tak,jerawat kat muka Biha memang naik bermaharajalela tau ,parking sesuka hati je,almaklumlah parking free..tapi 'jerawat' ni memang syok hinggap kat pipiku yang gebu ini..hahahaha...after 1 week ambil GLA ,jerawat yang parking kat pipi Biha mula melarikan dirinya & ada yang dah mula mengecut.Alhamdulillah ,sekarang macam dah ok walaupun tidak pulih-sepulihnya.hihi..

Perbincangan dari group kami & memang semuanya dah sedia maklum sebelum nak mencantikkan dirisegi  luaran,semestinya dalaman yang perlu dipulihkan terlebih dahulu.Dalam kes Biha ni,'jerawat batu' & 'kawah-kawah' bertaburan di medan pipi ni membuatkan Biha teringin nak seperti wanita cantik lain yang mempunyai kulit muka cantik,tiada jerawat & tidak kusam.So,Biha mengambil keputusan untuk mencuba SET KULIT SHAKLEE (SET D): B-COMPLEX,VITA-C,VITA-E & GLA..Alhamdulillah dah nampak perubahannya.Apabila Biha consult dengan yang lebih expert tentang kulit ni,katanya seseorang itu perlu ambik GLA terlebih dahulu untuk membetulkan hormon dalam badan kita.Apabila hormon dah stabil,boleh proceed dengan yang lain-lain tadi.

Bgai yang tak kenal lagi botol GLA,ni ye rupa tuannya..hihi...Kapsulnya kecik molek berwarna kuning :) Jangan skip lagi pembacaan korang tau,banyak lagi Biha nak share..dalam entry ni .Biha nak share Perbezaan GLA Shaklee, fungsi & manfaatnya compared to others.

GLA Complex Shaklee yg awesome! :)
Perbezaan Shaklee:

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang ada di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). mesti ramai wanita yang amalkan EPO kan? manakala, GLA Shaklee ni pula diekstrak daripadaborage yang mengandungi lebih daripada 2 kali ganda GLA dalam EPO! nampak kelebihan GLA Shaklee di situ?? Borage ni juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabilty dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. (3 kali lebih ok. hehe). Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Lagi pulak, GLA Shaklee ni digabungkan pula dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Nampak tak betapa specialnya GLA Shaklee ni? 

Sumber Asli GLA Shaklee:

 BORAGE SEED --> 17% - 25%
 BLACKCURRANT --> 15% - 20% 
 EPO --> 7% - 10% 

Apa dia fungsi dan manfaat utama GLA Shaklee ni ye?

  • Herba tradisi yang dipercayai - Borange adalah herba kegemaran orang Barat yang mampu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina;
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron -  GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki sistem PMS seperti senggugut, mood swing, water retention dan sakit pada payudara;
  • Melambatkan menopaus - mmeperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda;
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuk, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser;
  • Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan (jeragat), tinea dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma artritis. 
  • Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi. Sebab tu, GLA sangat sesuai untuk penghidap diabetes.
  • Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan - merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat), menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit (ada shaping) dan otot untuk mencapai bentuk badan cantik. 
  • Menghalang tekanan darah tinggi - GLA juga bagus untuk menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi dan mengelak masalah jantung. 
  • Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur. 

Kesimpulannya, suka Biha nak tekankan di sini bahawa GLA Complex Shaklee sangatlah bagus untuk mengatasi masalah seperti berikut iaitu:

  • JERAGAT. (bintik penuaan)
  • PARUT JERAWAT. (tona kulit lebih sekata)
  • KULIT KERING. (kulit akan lebih lembut, lembab, berseri-seri dan kemerahan secara semulajadi)
  • RAMBUT KERING. (rambut akan lebih lembab dan lembut)

Biha juga berazam untuk mengamalkannya setiap hari tanpa gagal! hehehe... selain daripada bagus untuk kulit, GLA Shaklee juga terkenal untuk meningkatkan kesuburan wanita (nnti Biha share di entry yang lain) dan pada masa yang sama juga bagus digunakan sebagai perancang keluarga. Eh? macam mana tu?? kena lah tanya Biha.. :)

Berminat nak cuba GLA yang terbaik kebabom ni?

 BUY IT NOW!!


INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-25% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'



Friday, 5 September 2014

Bahaya GLA penyebab Cysts & Fibroid???

Hari demi hari,pasti ada Shaklee's haters yang sememangnya nak pertikaikan 'kesucian' shaklee ..hihi..memang keybord worriors seringkali mengintai mana-mana runag untuk menuduh,menfitnah sesuatu yang tiada kesahihan. Mereka mengatakan produk yang mereka jenamakan "shakely" itu boleh membawa seribu masalah kepada penggunanya. Habis satu dunia meviralkan post nya & semua yang di atas pagar untuk terima kenyataan yang shaklee ni produk yang bagus adaklanya akan menjunam jatuh dan terpengaruh dengan segala aura negatif itu.JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN SESUATU!!!!

Bila baca tajuk di atas tu rasanya mesti ramai yang menyesal kan ambil Gla dari shaklee.Mana taknya, nantikan akan ada masalah cysts dan fibroid. Alhamdulillah diriku langsung tidak terasa tercabar dengan segala tuduhan itu.Semalam memang ramai yang call,sms,whatsapp semata-mata ingin mengetahui tentang perkara yang telah di viralkan oleh seorang Hamba Allah itu.

Bila bercakap berkaitan isu GLA penyebab Cyst dan Fibroid membesar, pertama sekali kita perlu mengetahui bagaimana Cyst dan Fibroid itu terjadi ,bagaimana & bilakah ianya dapat dikesan? Menurut pakar sakit puan, ketumbuhan fibroid ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon wanita. Perlu diberitahu di sini bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon iaitu ESTROGEN & PROGESTRON.

Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.  

Untuk mengetahui lanjut tentang Cyst dan Fibroid,saya telah merujuk kepada banyak blog dan web kesihatan berkaitan dengan masalah ini..Sebelum itu,haruslah kita kenali apa itu Fibroid,Punca berlakunya fibroid & mengapa fibroid ini tumbuh pada wanita.

Apa punca fibroid



Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.


Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul, pernah say buang 33 biji fibroid dari seorang wanita.


Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

        Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisanendometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.


Mengapa Tumbuh Fibroid?

        Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

        Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

        Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.


Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

 Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaituestrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan parasprogesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

        Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

        Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.


Menurut Dr Zubaidi, sebenarnya tiada tanda-tana awal bagi seorang wanita yang menunjukkan dia mengalami cyst atau fibroid.  Jika ianya membesar secara perlahan-lahan, pesakit merasai perutnya buncit atau berasa senak di bawah perut. Kebiasaannya ia dapat di kesan selepas melakukan ultrasound.

Berbalik kepada isu GLA Shaklee penyebab Fibroid membesar, berdasarkan fakta perubatan dan logik akal, fibroid bukan membesar dengan sekelip mata. Ianya mengambil masa yang lama dan kadang-kadang ianya dapat di kesan selepas hampir 2 tahun. Tidak logik dek akal yang waras hanya kerana makan GLA, fibroid membesar 9cm dan rahim terpaksa di buang kerana ada pesakit yang fibroidnya 17cm..19cm tidak perlu dibuang pon rahimnya.




Anda tahu tak setiap wanita sebenarnya mempunyai fibroid? Ya, kita semua ada fibroid. Yang bezanya adalah siapa yang mempunyai fibroid yang aktif, siapa yang tidak? Tahu ke kita? Kita tidak akan tahu yang fibroid kita aktif atau tak sehinggalah fibroid kita membesar dan membesar sehingga kita kelihatan seperti mengandung! Pernah dengar istilah 'busung'? Kadangkala wanita dikatakan mengalami busung disebabkan fibroidnya membesar dan membengkak. Jika anda kelihatan seperti mengandung, walhal anda tidak mengandung, maksudnya anda ada masalah besar. 

Bagaimana pula dgn cyst? Terukkah cyst ni? Cyst antara salah satu penyebab anda sukar mengandung kerana ada dalam setengah-setengah kes bila dibedah dan dikeluarkan cyst, ada janin yg terhimpit di dalam cyst. Walaupun cyst dibuang, ianya akan tumbuh kembali kerana cyst ini ada 'ibu'nya. Dalam pemeriksaan kesihatan yang dibuat, cyst banyak menyerang wanita yang berusia 23 tahun dan ke atas. Cyst mungkin ada pada wanita yang sudah berkahwin atau pun yang masih bujang. Oleh itu,jagalah kesihatan anda,buatlah pemeriksaan sekiranya anda merasa sesuatu yang kurang selesa. 

Untuk pengetahuan, Shaklee ni sudah lama bertapak dan jika benar produk Shaklee ini bahaya, kenapa ianya masih kekal sudah lebih 50 tahun?? Berjuta ringgit pihak Shaklee keluarkan belanja hanya semata-mata untuk membuat kajian terperinci pada setiap produk mereka. Jadi jika benar ianya beracun atau bahaya, kenapa produk Shaklee mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)??

Jangan terpengaruh dengan aura & auta negatif dari sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah.Memang ramai yang dah cuba GLA ni, Alhamdulillah setekat ini yang dah consume bertahun-tahun tidak pula timbul masalah ini. Kadang-kadang ada je customer yang nak condemn any produk,bila dia ambil supplement tiba-tiba jadi benda yang tidak diingini pada dirinya ,kebetulan dia makan supplement time tu dan disebabkan itulah dia terus menyalahkan supplement yang diambil sedangkan benda tu (penyakit) itu dah lama atau memang dah wujud dalam dirinya tapi tidak menyedari kewujudannya.Makanan tak dijaga dan tiada berpantang apa-apa ,tut tut bila dia rasa tak sedap tubuh dan sakit-sakit terus nak salahkan supplement.Jika betul lah doktor cakap GLA penyebabnya, korang boleh ambil tindakan seperti berikut:

1) Buat pemeriksaan doktor dengan lebih terperinci ,fabroid ni bukan boleh wujud dalam masa 2,3 hari tapi mungkin dah lama ,cumanya korang yang belum sedar.
2) Dapatkan pandangan dari doktor lain jugak sekiranya doktor yang pertama bias dan membuat keputusan tanda ada siasatan
3) Kalau rasa ragu-ragu lagi,boleh cek produk untuk mendapatkan pengesahan
4) Buat report polis atau aduan kepada pihak bertanggungjawab sekiranga produk shaklee hanya memberikan bukti secara bertulis sahaja.
5) Report/ buat aduan terus kepada pihak Shaklee dan minta diorang buat siasatan lebih terperinci lagi


Saya rasa,anda sepatutnya perlu berterima kasih kepada GLA Shaklee kerana disebabkan GLA ni la fibroid anda dapat dikesan. KAt bawah ni testimoni pengguna GLA sehingga dia dapat kesan cyst yang sebenarnya sudah 2 tahun menumpang di dalam rahimnya.










So kepada yang nak consume GLA, tak perlu takut-takut sebab Shaklee memang di jamin SELAMAT dan BERKESAN. Berminat untuk dapatkan GLA untuk masaalah KESUBURAN, PERIOD TIDAK TERATUR, KECUTKAN CYST DAN FIBROID, SENGGUGUT..boleh hubungi saya di talian 012-9495513 (sms/call/whatsApp/Telegram)

Meh dapatkan GLA ni dari biha..Insyaallah pastinya ada sesuatu yang menarik untuk anda

 GLA TEMAN BAIK WANITA SEDUNIA,JOM DAPATKAN DI SINI

INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'




Wednesday, 3 September 2014

Tingkatkan Peluang Kehamilan

Setiap pasangan pastinya menginginkan cahaya mata zuriat penyeri rumahtangga tetapi tidak semua orang yang bernasib baik dikurniakan zuriat sejurus selepas berkahwin kan? Alhamdulillah rezeki zuriat buat saya dan suami agak awal setelah 2 bulan berkahwin saya disahkan mengandung anak yang pertama. Alkisah sebelum mengetahui diriku pregnant..Sehari sebelum mengetahui biha pregnant biha dan kakak menghantar encik suami kat KLIA untuk ke Egypt.Esoknya biha demam agak teruk dan cepat-cepat pergi klinik sebab demam teruk , tak dapat makan & muntah-muntah.Yang peliknya,sebelum hubby berangkat,tak da pula nak demam dan muntah-muntah..hihihi.Masa disahkan hamil biha di sem akhir & tahun akhir belajar kat UIA.Memang sangat-sangat teruji ketika itu kerana  berjauhan dengan suami & morning sickness yang melampau sehingga janin berusia 7 bulan.huhu..Alhamdulillah selepas habis belajar,biha melahirkan anak sulung pada jam 8.59 pagi ,27 December 2010..hihi...Alhamdulillah..rezeki buat kami suami isteri.

huhu...berbicara tentang kehamilan ni,biha ada terbaca bagaiman cara untuk meningkatkan peluang kehamilan.Dalam hal ini, kita sebagai orang awam tidak boleh sama sekali menuding jari kepada pasangan yang belum dikurniakan rezeki kerana mungkin mereka telah sedaya-upaya berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Mungkin mereka telah berhabisan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan zuriat.Rezeki Allah yang tetapkan,Allah pasti mendengar segala rintihan hambanya.Buat teman-teman yang belum dikurniakan rezeki anak,usah bersedih ...Alllah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk anda berdua.Semangat,usaha,doa & tawakkal amat diperlukan.Jangan pula merasa rendah diri jika belum dikurniakan zuriat.

Biha pernah terbaca satu artikel mengenai Peluang untuk hamil,tapi dah lupa artikel tu biha baca kat mana,linknya lupa nk save..Yang biha simpannya potongan artikel tu je..Korang boleh baca kat bawah ni ye:

Menurut pembacaan dari kajian yang dijalankan, manusia adalah antara makhluk tuhan yang paling kurang subur jika dibuat perbandingan dengan mana-mana spesis di muka bumi ini. Kehamilan adalah satu proses yang terhasil daripada gabungan kompleks daripada pelbagai faktor-faktor yang perlu diambilkira.

Mengikut statistiknya, apabila satu pasangan suami dan isteri membuat percubaan untuk memperolehi zuriat, apabila berlakunya persetubuhan intim antara suami dan isteri tersebut tanpa sebarang perlindungan yang boleh menghindarkan kehamilan seperti kondom, hakikatnya hanya 20 peratus sahaja peluang untuk sang isteri mengandung. Manakala, bagi wanita yang berusia dalam linkungan 40-an, peratusan peluang untuk hamil tersebut berkurangan daripada 20 peratus kepada 5 peratus sahaja. 

Inilah yang kelaziman yan terjadi apabila setiap pasangan yang sudah berumahtangga mencuba dan terus mencuba dalam tempoh masa tertentu tapi masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk memperolehi cahayamata. Mula terdetik kebimbangan dalam diri masing-masing apakah diri sendiri atau pasangan mempunyai masalah kesuburan?
KESUBURAN Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

Meningkatkan peluang anda untuk kehamilan

Berikut adalah beberapa cadangan untuk memaksimumkan peluang anda untuk hamil :
  • Mengubah gaya hidup dengan mengkaji kecergasan dan diet anda.
  • Merancang masa terbaik untuk hamil.
  • Menyemak sejarah perubatan anda untuk memastikan ia tidak menjadi halangan.
Bagi sesetengah pasangan yang sudah menimang anak, kehamilan bukanlah sesuatu yang sukar kerana mereka dipermudahkan oleh Allah SWT untuk senang mendapat zuriat. Namun, bagi pasangan yang lain, mereka mungkin memerlukan satu tempoh tertentu dan juga beberapa langkah-langkah tambahan untuk mencapai matlamat akhir mereka iaitu mendapatkan zuriat. Jika anda masih tidak mengandung selepas 12 bulan mencuba segala tips yang dipraktikkan atau enam bulan mencuba jika anda usia anda 35 tahun atau lebih, disarankan agar cuba mendapatkan bantuan pakar kesuburan.

Walaupun begitu, mustahak bagi pasangan untuk terus optimis dan cuba untuk tidak berasa bimbang. Ramai yang tidak tahu bahawa kesukaran untuk mengandung sebenarnya adalah satu perkara biasa. Mengikut sumber, kira-kira satu dalam sepuluh pasangan akan mengalami kesukaran untuk hamil. Lazimnya, kebanyakan mereka yang berusaha dan mengikut saranan yang diberikan, inshaAllah akan hamil. Terdapat pelbagai rawatan yang berbeza. Ada yang mudah. Ada lebih kompleks. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk mendekatkan anda dengan matlamat dan meningkatkan peluang anda untuk berjaya hamil.

Penggunaan Suplemen Bagi Tingkatkan Kesuburan Untuk Hamil


Anda juga boleh mengambil suplemen tertentu bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:
1) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 
Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Apa yang penting adalah bahawa anda dan pasangan sentiasa optimis. Jika ada sebarang masalah, anda perlu berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Berterus-terang dan berbincang akan mengurangkan sebarang stress yang tidak diperlukan dalam situasi ini.

Ingat! Sentiasa berikhtiar. Panjatkanlah doa kepada Allah SWT tanpa putus asa. Jangan putus harapan!


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'