Showing posts with label Work At Home Mom (WAHM ). Show all posts
Showing posts with label Work At Home Mom (WAHM ). Show all posts

Wednesday, 16 April 2014

ILUVSHAKLEE: Kenapa saya jatuh cinta dengan Bisnes ni?

Selamat malam semua..huhu...Alhamdulillah selamat tidurkan kedua-dua hero tercinta dan ummi pon dah boleh masuk SOHO dengan tenangnya.tiada sebarang gangguan dari anak kecilku,kalau tau,mau nya tarik baju ajak main ngan dia je...itulah hakikat seorang ibu..Alhamdulillah saya menjaga my hero 24/7 okeyyy...so kalau diorang asyik nak melekat no wonder la kan ???tapi takpe,saya yang memilih jalan ini.Semoga pengorbanan untuk membesarkan anak-anak di depan mata dibalas diakhirat nanti dan dimurahkan rezeki dalam segala urusan duniawi & ukhrawi.INSYAALLAH..Saya mempunyai sebab tersendiri memilih untuk membesarkan anak-anak sendiri tanpa harapkan bantuan 'babysitter' ..Tapi,saya bukan bersahaja kat rumah ye,saya juga bekerja..kerja macam mana tu???SAYA IBU YANGBEKERJA DARI RUMAH.

Indahnya bila bergelar WAHM kan? 
pastinya ada yang tau dan ada yang blur-blur apa itu WAHM..
WAHM??short form tuk Work At Home Mom..
sapa yang nak jadi wahm?
sememnagnya semua ibu nak kan? tipula kalau kata x nak jadi WAHM...yang nak jadi WAHD pun apa kurangnya..hihihihi..

Harini nak kongsikan kenapa saya jatuh cinta dengan bisness shaklee ni? semua orang tahu ,berlambak-lambak orang yang 'jual' produk shaklee ni..Tapi jangan dilupa,ada juga orang yg tak tau,apa itu SHAKLEE? Donut kan? Ikan pekasam kah?bisnes apakah Shaklee tu?

Ramai orang jatuh cinta. Tapi dengan apa? Ada yang suka buat kek, suka pastri dan seangkatan dengannya maka dia pasti jatuh cinta dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan itu. Ada yang suka menjahit, jatuh cinta dengan merekacipta design terkini, ada yang jatuh cinta dengan design lanskap maka sudah tentu dia akan terarah untuk buat semua itu.



Bila dah jatuh cinta terhadap sesuatu,pastinya segalan cabaran & halangan akan ditempuhi dengan penuh ketabahan. Sesungguhnya saya sudah jatuh cinta dengan bisnes shaklee ni kerana apa???

  • saya boleh membuatnya hanya secara online sahaja. Pendek kata tidak perlu ke luar rumah. Anak-anak juga depan mata sentiasa. Mahu buat aktiviti semua dalam rumah tanpa risau keadaan anak. Boleh atur masa sendiri. Ada jadual sendiri walau berada di rumah. Sangat fleksibel. Sambil baring pun boleh update blog seperti ini. Heaven kan?
  • Tidak perlulah 24 jam berkepit dengan laptop. Semuanya hanya di hujung jari. Ada waktu tertentu kita buka laptop, kebanyakan masanya hanya gunakan handphone sahaja. Sangat mudah.
  • Rumah pun tak kotor sebab bukan kena kemas selepas buat kerja:) Berkemas yang rutin tu wajiblah lepas tu enjoiyyyyyyy..
  • Duit masuk setiap bulan hanya dari rumah sahaja. Cukup bulan setiap bulan maka shaklee akan bagi bonus terus masuk dalam akaun bank kita. Mudah sangat, tidak perlu keluar kerja pergi pagi balik malam pun. Dari pagi sampai ke malam membawa ke pagi semuanya hanya dari rumah. Ada yang lagi best dari ni tak agaknya?
Kalau bisnes lain agaknya apa kekangan yang mungkin ada?


  • Kalau ada kedai mungkin kena bukak kedai, tutup kedai.
  • Mungkin juga kena bawak anak ke mana-mana berpanas berhujan mungkin untuk menjual.
  • Tidak perlu persiapan sebelum menjual contohnya jual goreng pisang kena sediakan pisang, kena pergi cari kat kedai atau mungkin kalau dari tanaman sendiri kena pergi petik sendiri.


  • Sebab itu saya merasakan buat shaklee secara online ini sangat membantu dan berikan pengalaman berbeza pada saya. Ini pun tengah update blog sambil tunggu anak-anak mandi. Hati tak risau lagi bukan? Bisnes yang sangat mudah pada saya dan sangat memberikan hasil yang begitu memuaskan hati. Kalau kita tidak memilih, sampai bila kita terpaksa melalui perkara yang sama kan? Kalau di hati mahu jaga anak sendiri maka kita sudah tentu kena mencari peluang-peluang yang ada.

    Kecintaanku Muhammad Rayyan

    kecintaanku Muhammad Rasyad

    anak-anak penyejuk hati ummi abi la yang menjadikan ummi tak mampu menahan keresahan jika ditinggalkan pada orang lain.Susah senang kita sentiasa bersama ,janji setiap bulan income dari shaklee semakin bertambah & Alhamdulillah perkaran yang tidak pernah disangkan-sangka..Perjuangan memerlukan pengorbanan.



    JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
    SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

    Rabihah Muhamad (ID 906559)
    No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
    Email: kamikamuvitamin@gmail.com
    COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
    Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
    Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

    Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

    Sunday, 30 March 2014

    INDAHNYA BERSHAKLEE ~catatan seorang WAHM~

    Assalamualaikum pembuka bicara,semoga kita semua di bawah lindungan yang Maha ESA..Alhamdulillah hampir sebulan tidak mencoret mewarna di blog kesayangan ni.. He he..akhirnya arini diizinkan Allah untuk mengupdate blog ini..

    Arini dah buka sekolah bagi negeri-negeri Pantai Timur ie:Kelantan,Kedah,Terengganu Dan Johor (selatan) yg juga weekendnya juga ditukar sama seperti negeri Kelantan Kedah Dan terengganu..Alkisah sewaktu cuti sekolah yg bermula 22/3/2014-29/3/2014 ,kami satu famili Turin KL disebabkan ada urusan 'seri paduka baginda' disamping tu dah alang-alang ke sana,p jenjalan bawa anak-anak yg kecil ni..Haaa,jangan tak tau,walaupun bercuti bisnes tetap jalan..pegi COD vitamin shaklee dan kelambu khemah 'kami pembekal & pemborong kelambu khemah' jugak ye.. kt area putrajaya,serdang,Puchong ...hihihi..

    Hari ketiga kt sana,my abang ipar belanja makan kt restoran ape tah namanya,dah lupa...high.mmg best,anak-anakku happy semacam jeje...bukannya diorang mkn pon..he he..sebetulnya malam tu kami bercadang nk p makan kt restoran Saba' kt Cyberjaya tu..sampai sana ramai sangat manusia 'berthobur' tunggu tempat makan,kami susah dengan anak-anak kecil dan berpaling tadah cari makan kt Dengkil. Mmg tak sah kalau ke kl x pergi pekena masakan Arab..favourite my hubby tu..

    Lepas makan kt dengkil,kakak saya ajak p putrajaya,huh...apa lagi,terus kami melepak kt sana lak..sapa yang paling hepi p sana?semestinya my son..macam dunia malam tu dia yg punya..huhu..naik motor mainan tu cam dah expert..hihi...kawasan jajahan dia sangat luas,sampaikan 'mat-mat' saleh  kt tepi tu bercakap2 ngan rayyan,tp ofkos la anakku x paham...hahaha...

    Sangat sangat happy bila tengok anak-anak hepi...huhu...Alhamdulillah anak-anak anugerah terindah buat kami.Pengikat & pengerat kasih sayang antara kami..saya amat bersyukur dapat besarkan anak-anak depan mata.Tumpuan hanya untuk mereka berdua.Sebelum ni,bangun pagi anak tido dah kuar p keje,balik umah petang sat je dapat main ngan diorang..tp sekarang Alhamdulillah sepenuh masa saya bersama anak-anak dan hubby tersayang. Walaupun sy 'housewife' sepenuh masa tp saya 'bergaji' seperti orang2 yang bekerja jugak..Alhamdulillah income bersama Shaklee Kali ni..

    Saya buat biz ni sebab saya nk jadi bos...he he he...sebab semua saya yang tentukan dan yg paling printing masa bersama keluarga..kt sini,sapa2 yang terasa nk merasa income 3,4,5 angka bulanan.jom join saya..Alhamdulillah sekarang saya sangat hepi sebabnya hanya rm75 je saya bermula...tp skarang beranak-pinak saya pon tak sangka tp semuanya bukan mudah ye...kecekalan dan semangat untuk berjaya membuatkan saya sebegini sekarang..

    Saya buat biz ni secara online je..saya follow apa yang sifu saya ajar,support group saya sangat-sangat saya sayang..he he...sebelum ni says diguide oleh diorang dan sekarang saya men guide ank-anak buah saya..Tanya mereka jika tidak percaya.Ada antara mereka yg juga dah mendapat 4 angka...he he...
    ------------------------
    Sekadar coretan di waktu anak-anak tido.he he he..nnti saya kongsikan lagi di episod akan datang.he he..