Monday 16 July 2018

PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU

INGIN DAPATKAN RANGKAIAN PRODUK SHAKLEE?

BOLEH HUBUNGI SAYA :

RABIHAH MUHAMAD
ID NO : 906559
PHONE NO : +60129495513
FB: Rabihah Muhamad

Tuesday 20 February 2018

PENTINGNYA HADIAH KEPADA DIRI-SENDIRI (SELF-REWARD)

SELF REWARD

Apa yang korang faham tentang self reward?

Hadiah atau penghargaan untuk diri-sendiri ni adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat dan motivasi seseorang. Jom share ngan Biha apa yang anda rewardkan untuk diri bila dah berjaya capai sesuatu yang diingini atau reward bila dah penat dan gigih bekerja?Mesti ada kan?

Bagi Biha yang anak-anak masih kecil ni, tak ada sangat kot reward yang paling best. Nak tahu apa?Haa,baca sampai habis ye kot la sama self reward kita.😆

Mak-mak anak kecik macam daku ni, rasanya kalau dapat 2-3jam ber "ME TIME" tu pun mesti senyum melebar kan? Tapi, kita ni bila dah namanya ibu memang susah sangat nak melupai/meninggalkan anak-anak seketika 😅. Niat di sini bukan untuk melapaskan lelah kepada encik husband ye.hehe.

Rewards ni tak semestinya dari segi material , rewards juga dari segi spiritual.  Yang material kita dah biasa dengar, beli benda xxxxx untuk rewards diri sendiri setelah berpenat-lelah menguruskan rumahtangga mahupun tugas-tugas lain.  Tapi jarang kot kita dengar orang reward diri dengan menghadiri kelas-kelas motivasi dan join apa-apa program untuk mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita.

Ini yang Biha cuba cari buat masa sekarang dan Alhamdulillah ,dah hampir 3 bulan Biha join program-program ilmiah untuk hadiahkan diri-sendiri.hehe.

Bagi korang pula apa yang korang hadiahkan bagi diri-sendiri?

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

OBSES BERMULA DARI KEYAKINAN

Obses ke tak obses terhadap sesuatu adalah hak individu, mereka yang suka dan mereka tak menyusahkan orang itu adalah yang terbaik. Ada juga jenjs yang obses terhadap sesuatu sampai menyusahkan orang sekeliling,  itu tak best la kan 😅

Bagi Biha la, nak obses sesuatu benda tu boleh dan biarlah bertempat dan tak menyusahkan orang kiri kanan depan belakang atas dan bawah.hehe.

Kalau Shaklee Independent Distributor (SID)  tu obses sangat dengan vitamin yang diorang jual ok ke tak ok? Obses benda berasas tak apa, jangan nak obses dengan benda yang tak ada hujung pangkal.

Kalau ada orang tanya pendapat korang macam ni : 👇
"Orang kata kalau SID mesti obses sangat dengan shaklee" , eh betul ke?

Tapi kan, kalau tak obses maknanya tak berapa cinta lagi la dengan apa yang dia buat. Betul tak? Sebenarnya kan, sid ni obses  nak semua orang sedar tentang kebaikan vitamin untuk memastikan badan kira dalam keadaan sihat,tapi bukan kata sihat sampai tak nak mati kan? 😢 Mereka bukan sahaja nak dapatkan sale tapi untuk menyebarkan benda baik. Tak salah kan?  Tapi as usual, lain orang lain pendapat. Raikan persamaan dan Hormati perbezaan.

Nak obses sangat pun tak boleh, kan ada yang "termakan" dengan status/testimoni yang overclaimed itu yang sangat tak bagus. Tapi kalau obses pun tak salah sebab baru nampak kesetiaan kita terhadap sesuatu. Dan lagipun shaklee ni dah memang terbukti dari segi scientific :

Ada 3 Sebab kenapa sid yang obses nak sebarkan kebaikan produk shaklee adalah kerana:

Shaklee – Always Safe

✅Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
✅Potensi yang dijamin -> pengesahan dari pihak ketiga
✅Keaslian dijamin -> 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani
✅100% kepuasan dijamin

Shaklee – Always Green

✅Tiada perisa tiruan
✅Tiada pemanis tiruan
✅Tiada pewarna atau lemak trans
✅Tiada suapan tersembunyi
✅Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
✅Tidak mengandungi bahan yang dilarang
✅Tidak mengandungi peluntur klorin

Shaklee – Always Work

✅USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
✅70 kajian klinikal telah diterbitkan
✅60 orang saintis Shaklee
✅50 patents

So, kalau SiD yang obses dengan Shaklee tu tak ada salahnya sebab masing-masing punya pendapat.Bila dilihat banyak yang dah shaklee lakukan ianya memang tugas sid untuk sebarkan kebaikan produk.

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

HERO BERMULA DARI ZERO TO HERO

Bila bercerita tentang sahabat seperjuangan dalam team shaklee ni Biha memang kagum dengan downline yang seorang ni. Memang dia seorang yang gigih.

Kenapa Biha cakap macam tu?  Walaupun Biha tak pernah pun bersua face to face (FTF)  dengannya, tapi disebabkan daya juangnya yang tinggi beliau tak pernah miss kelaa online/offline yang dianjurkan. Beliau tidak pernah berkata "tidak" tentang sesuatu perkara.

Alhamdulillah dipertemukan beliau yang kuat semangat itu. Kadang Biha malu gak dengan beliau, sebabnya dalam kesibukan menguruskan keluarga seorang diri beliau tetap mampu memberi komitmen pada bisnes sampingan. Calang-calang orang je yang boleh bahagikan antara waktu bekerja(hakiki),menguruskan anak-anak kecil keseorang & menguruskan bisnes.

Alhamdulillah moga Allah permudahkan urusan beliau dan melipat gandakan rezekinya itu .

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

RANCANG KEWANGAN KELUARGA

" Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.."

Betul, tepat , padu..... 👍 tapi sehabat mana perancangan kita, hebat lagi perancangan yang Maha ESA.

Alhamdulillah, semalam 14/2 maybank mengaum dan #shaklee tak pernah miss EFT bonus pada SID nya yang layak.Alhamdulillah. Banyak ke sikit lain kira, dalam bisnes ni sifir dia sama sahaja. Usaha lebih, dia dapat lebih . Tak ada yang dok goyang kaki duit berkepuk-kepuk.

Jadi, bagaimana kita uruskan kewangan kita?

Bagi Biha ni yang bekerja dari rumah memang WAJIB uruskan sebetulnya sebab banyak komitmen bulanan yang perlu disetelkan bila hujung bulan ,  Alhamdulillah kami manage semuanya dengan duit bisnes yang dapat..

Bila close akaun  setiap bulan, Biha sediakan sampul untuk setiap komitmen dan juga tabungan lain.

Antara tabungan yang kami buat ialah : pendidikan anak-anak (yang ni Biha direct debit je tiap bulan), travel , sedekah (kami panggil tabung subuh), hutang (misi setelkan
hutang pengajian) , tabung emergency.

Part hutang ni,Insyaallah akan cuba sedaya upaya setelkan secepat mungkin dan kami memang sediakan akaun khas.Doakan semoga kami cepat2 penuhkan tabungan ini. Hutang wajib dibayar walau tak dituntut.

Memang pengurusan kewangan amat penting, tambahan Biha ni kan kerja sendiri apa-apa kemungkinan berlaku banyak.Berwaspada sebelum berlaku benda yang tak diingini. Zaman sekarang segalanya memerlukan d.u.i.t tapi bila kita berbicara tentang duit je ,ada yang fikit bukan-bukan.. tapi itu hak masing-masing.😃Jadi korang yang nak tambah income lagi, boleh roger Biha ... kita sama-sama buat,sama-sama dapat. Better late than never 🙃

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

RUMAH IDAMANKU.. RUMAHKU SYURGAKU

🏡 IDAMAN

Apa kes ni pepagi lagi tunjuk landscape rumah orang? Alkisahnya, anak-anak ni kan dah pandai menilai dan memilih. Bila tengok rumah-rumah cantik, mula la diorang dok plan itu,plan ini..panjang nak type sini, InsyallaAllah ada masa lapang boleh recap balik apa yang dua beradik tu bualkan😅

Kalau ada yang tanya,  rumah idaman Biha macam mana?Haaa,memang complicated sikit nak describe tentang rumah idaman, sebab macam-macam ada kat dalam kepala ni😉

Actually, Biha ni simple je orangnya ,so takperlu nak bergaya bagai untuk tontonan ramai, cukup sekadar kebahagiaan hakiki alam rumahtangga yang didambakan. Doakan mahligai cinta kami hingga ke syurga ye 😘

Bagi Biha, tak perlu rumah yang sangat besar, sederhana dah cukup (sebab ai ni kurang rajin nak mengemas rumah bagai😌) senang nak uruskan.

Cukup kalau rumah tu ada bilik sorang satu untuk anak-anak. Bilik tetamu, surau mini, small office home office (SOHO) & mini library untuk keluarga kecil kami ni. Biasala kan, bila dah cakap "bekerja dari rumah" mestilah banyak masa dihabiskan depan laptop/pc , dan sekarang pun tengah bekerja tapi pakai phone jela.hehe.

Tapi kan, rumah yang menjadi idaman Biha ialah rumah yang ada landscape yang cantik, mendamaikan. Dapat bayangkan,  pokok-pokok menghijau di mini garden kami menenangkan fikiran dan merehatkan otak setelah seharian bekerja keras kan, kat situ boleh buat mini party buat kami anak-beranak .. Wah syoknya membayangkan 😃 Nak kena explain lagi ke? Takpe, memang topic rumah idaman tak pernah luput dari ingatan manusia sejagat.

Moga Allah mendengar doa Biha untuk memiliki sebuah rumah idaman demi anak-anak soleh kami.. Aminnn Aminnn Ya RobbalAlamin .

#bangkitG17 #tsunami2018 #tsunamishaklee

KELUARGA SUMBER KEKUATAN

K.A.G.U.M
R.E.S.P.E.C.T
W.O.W

Word biasa, tapi akan jadi luar biasa bila lihat orang-orang biasa pada awalnya bertukar menjadi luar biasa, bukan kerana sihir, jampi, bomoh tapi dengan usahanya sendiri. Bak kata pepatah,  Bersusah-susah dahulu bersenang kemudian!!  Ye, betul pepatah tu. Kita akan lebih menghargai kejayaan selepas kegagalan, betul tak?  Dan kita akan lebih menghargai KESENANGAN yang dikecapi hasil titik peluh sendiri, bukan dengan mendapat kesenangan dengan magic .

Walaupun masih banyak perlu diperbaiki, tapi sedaya-upaya Biha akan cuba lakukan yang terbaik, tambah ilmu & berharap sentiasa keluar dari kepompong COMFORT ZONE. Sebab itu bahaya,  nanti kita tiasa rasa nak berusaha ke arah kebaikan.

Apa yang Biha lakukan harini dan seterusnya, untuk memberi inspirasi kepada anak-anak terutamanya. Mahukan mereka menjadikan kita sebagai sumber inspirasi untuk berusaha gigih untuk mencapai sesuatu.  Selalu Biha nasihatkan anak-anak,  bila kita dah dapat semua yang kita nak jangan pula kita sombong. Rezeki dari Allag, bila-bila masa sahaja DIA boleh tarik.

Sambung part RESPECT di atas, tengok ibubapa yang gigih cari side income buat keluarga, hati ini selalu bertanya.  Masih tak cukup ke gaji yang diorang dapat tu?  Kan dah ada itu,dah ada ini... (persoalan yang tak pernah habis), kesimpulannya, mereka mahu yang terbaik buat family.

Begitula seharian kita,  setiap orang ada sebab tersendiri, kenapa lakukan itu dan kenapa lakukan ini. Bagi Biha, nak cuba jadi luar biasa pada family dan orang sekeliling. May Allah Ease 😍

Wednesday 14 February 2018

HADAPI TENTANGAN DENGAN KEMATANGAN

💕 PERUBAHAN,  TENTANGAN & HALANGAN MEMATANGKAN KITA 💕

Actually, bila berbuat sesuatu untuk kebaikan jarang sangat nak ada tentangan kan?  Begitu juga sebaliknya, jika nak lakukan kejahatan memang akan ada tentangan.

Tapi kan kalau nak lakukan kejahatan takkan kita nak war-war kan, betul tak? So, jika nak buat sesuatu perubahan pastikan ke arah kebaikan.  Sama juga dengan kehidupan kita.

Alhamdulillah, sejak menjadi usahawan shaklee bermula pertengahan 2013 bermula titik tolak sebagai Work at Home Mom (WaHM). Perubahan takda la ketara sangat bila berbisnes shaklee secara online  sebabnya sebelum kerja kat ofis pun dengan pc jugak bezanya nak sepanjang masa online tak boleh sebab ada tugas hakiki.

Dari segi penerimaan keluarga, as i said before  kan,  nak buat benda baik tak kan nak ada halangan. Cuma mungkin ada sedikit suggestion dari mereka untuk kita lebih matang.

Yang pasti, bagi mereka yang sangat skeptikal terhadap MLM akan berbunyi la jugak ,bila katanya #mlm kayakan orang atas. Nak cerita bab ni, panjang la pulok & mungkin ada rakan-rakan yang nak tolong ceritakan tentang salah faham tentang perkara itu. 🤓

Dalam post ni, Biha just nak share juga bagi yang tak tahu yang bisnes shaklee ni juga boleh diwarisi. Jadi tak rugi jika kita bertindak dari sekarang, demi kebahagian anak-cucu kita juga nanti kan. Ada orang ingat, bisnes shaklee ni takat makan untuk kita je. Padahal banyak sangat pekdahnya. (Insyaallah dalan post akan datang Biha share juga tentang bagaiman bisnes shaklee ni boleh diwarisi).

Nak tahu lagi tentang "kesedapan" dalam bisnes shaklee ni?  Join dulu nanti aku rasai. Bukan bulan bintang yang dijanjikan tapi bila berusaha gigih insyallah boleh gapai segala yang anda rasa impossible to achieve.

💕 HIDUP BIAR BERJASA 💕

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018 #gogobravo

Monday 12 February 2018

Hapuskan M besar tu sekarang juga jika anda nak berjaya!!

Bangun pepagi lagi jam 5 settlekan hal rumah yang tak pernah nak habis ni memerlukan kegigihan kan?  Biha respect pada mereka yang sentiasa cekal & konsisten membuat sesuatu untuk mencapai kejayaan.

Bagi yang beranak kecil, masih memerlukan penjagaan yang teliti dari semua aspek lagilah memerlukan tenaga yang lebih. Alhamdulillah amalkan pemakanan sihat & sesudu #vivix setiap lagi badan tak mudah penat nak uruskan anak-anak dan bisnes.

Macam Biha sendiri, anak-anak masih kecip masih memerlukan kita untuk buat apa-apa, nak kata penat tu semua orang pun macam kita kan cuma pandai-pandailah korang handle kan. Ada je yang cakap, "....ala dia surirumah je, bolehla nak fokus bisnes ke nak masak sedap-sedap ke..."  And so on lah yang dianggap positive bagi mereka. Tapi hakikatnya kita yang menelan.

Berbalik pada halangan nak berbisnes ni,  bagi Biha yang kadangkala cepat sangat nak DOWN ni, bila ada aura negative datang makan diriku juga terkena tempiasnya. Haissshh,  memang negative vibes ni mudah sangat nak masuk dalam diriku 😅 benda-benda gitu (negative people please go away from me)

M besar dalam diri pun rasanya semua orang ada kan, cumanya bila dah ada #bigwhy kena cepat-cepat rajinkan kembali big M (malas) yang senang sangat nak menghantui setiap orang tu. Berbisnes dengan anak-anak yang masih kecil, masih memerlukan perhatian dan sentuhan ni memang besar cabarannya.

Alhamdulillah, bab nak handle anak-anak ada suami yang memahami dan penyayang. Bila tengok Biha kepenatan seharian buat kerja, dia akan handle anak-anak. Thanks buat encik suami yang sentiasa memberi sokongan.

Eh terpanjang pulak,  setakat tu je dulu ye. Nak siapkan sarapan anak-anak soleh lak. 😘

Moga perasaan yang cepat DOWN & big M hilang dari radar dan tak kembali dah dalam diri ni. BISNES PERLUKAN KECEKALAN, PENGORBANAN & ISTIQAMAH.

Insyaallah dipermudahkan.

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

Sunday 11 February 2018

TARGET DALAM BISNES SHAKLEE & JUGA BAG IN PRODUK-PRODUK LAIN LSLAGI 😁

💕HARAPAN & TARGET DALAM BISNES SHAKLEE💕

Dalam bisnes mahupun kehidupan seharian kita WAJIB ada target kan?  Tak sah kalau tak ada target. Contoh target yang biasa "tahun xx,aku nak dapat income 7 angka, tahun xx nak ada rumah berharga 7 angka... Bla bla bla... " , diri kita sendiri je tahu target kita kan. So nak tak nak kena visualize kan target tersebut.

Maca Biha sendiri pun ada target, target utama Biha nak bantu lebih ramai orang selesaikan masalah dengan shaklee. Tapi kena perlu shaklee?

Tak kiralah masalah dari segi kesihatan mahupun kewangan sebab kita boleh dapat keduanya dalam shaklee. Tinggalkan kita nak atau tak nak je. Betul tak?

Mereka yang tak ada masalah kesihatan /masih sihat Biha nak bantu supaya lebih sihat dan dapat elakkan atau cegah dari sebarang penyakit dengan shaklee. Kita usaha jaga kesihatan, Insyaallah Allah perkenankan usaha kita. Yang ada masalah kesihatan pula, Biha nak bantu supaya dapat kembali sihat seperti sediakala dengan Izin Allah. Yang ada masalah tak ada bajet nak amalkan supplement Biha nak bantu juga korang dapat ambil supplement secara percuma. Ada caranya ye. Nak tahu cara bagaimana?  Boleh whatsapp je kat link ni www.wasap.my/60129495513/shakleepercuma.

Tak dinafikan, bagi sesetangah orang menganggap supplement adalah MAHAL. Tapi kan sebenarnya tak mahal jika tengok dari segi nilai kesihatan kita yang mahal itu.

Actually, pengambilan supplement juga dapat bantu kurangkan kos bayaran perubatan kat klinik juga tau. Dengan pemakanan sihat & pengambilan supplement secara konsisten Insyaallah membantu kita untuk lebih sihat. Lagipun kan, nikmat kesihatan tak dapat dibandingkan denga wang ringgit. Memang tiada galang gantinya.

Selain dari tu, target biha pada April-Mei 2018 ni, nak pastikan berjaya naik rank ketiga dalam Shaklee iaitu #COORDINATOR. Insyaallah bila dah berada di rank ni, potensi pendapatan yang makin meningkat dari 4 to 5 figures per month.Doakan Biha berjaya ye kawan-kawan.

Sebab apa? Sebab Biha target supaya dapat allocate at least 1/3 daripada bonus (incomr)  untuk parents & my big family.Dan lebih banyak portion boleh di allocate untuk zakat & sedekah. Doakan Biha semoga tertunai apa yang Biha impikan dengab shaklee ni ye.

Target kena ada, usaha pun kena ada selari dengab target. Doakan Biha istiqamah dalam setiap yang biha lakukan ye.

Nak gapai target korang juga?Jom kita sama-sama mendaki. Berjemaah itu lebih afdhal😁

#bagkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018 #gogobravo

MENGISI MASA TERLUANG

"...ummi nih, sokmo dok main chess,   x puah ko?... "

Well, anak-anakku. Memang kalu waktu free ni lah game yang ummi suko. Yak kecik lagi,bawa ko tuo.😀

Selain tu, waktu lapang Biha suka main chess ni, takda partner takpe sebab dah download siap-siap dalam phone,pc & laptop. Mula masuk tournament masa tahap 1 sekolah rendah terbawa-bawa sampai sekarang. Masa belajar kt UIA dulu selalu juga join tournament. Rindu saat itu 😘 Semoga boleh join lain.

Sekarang ajar anak-anak lak main chess. Tapi ajar yang basic je dulu.hihi.Karang dah pandai, win diorang malulah mak.haha.

Selain tu,masa lapang gak Biha suka belek-belek buku. Haha.. Belek je, bacanya entah la ambil masa lama mana. Waktu ber"me-time" je boleh fokus membaca. Bila dah berhero-hero ni, kurang sangat nak pegang buku.Tapi kalau e-book cepat je habis baca. Nak buat macam mana kan?  Buat bisnes online ni dah jadi 10 in 1 kot kalau pegang phone.haha.

Korang lak waktu lapang, buat apa ye? Jom la share juga, nanti Biha boleh tiru hobi korang..😂

Korang yang hobinya scrolling fb orang ke membaca di alam maya tu, jom jenguk-jenguk sini ye www.kamikamuvitamin.blogspot.com atau LIKE & SHARE Kami Kamu & Vitamin Our Health Solutions

#tsunamishaklee #tsunami2018 #bangkitG1 #playingchessinadayisamust

10 TAHUN AKAN DATANG, APA YANG ANDA KECAPI & MAHU MILIKI?

CUKUP SEKADAR ITU JE.. PASRAH !!

Ada orang dah rasa apa yang dia dah ada sekarang dah cukup,  ada orang masih struggle untuk kehidupan yang lebih baik, ada orang tak cukup-cukup dengan apa yang dia dah ada melimpah-limpah tu.Kufur nikmat lak jadinya. Allah tak suka kita pasrah tanpa berusaha.

Kita yang masih struggle ni, semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah bukan sahaja dari segi kewangan, malah dari segi kesihatan & ketenangan hidup. Yang paling penting sebelum nak capai apa-apa kebahagian ialah MEMILIKI KESIHATAN YANG BAIK. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, Insyaallah kesihatan kita bertambah baik.

Lagi yang nak dicapai dalam hidup?
Apa yang Biha & semestinya everyone nak FINANCIAL FREEDOM kan? Kenapa cakap macam tu? Aritu dah bagitau kenapa kenapa kan? I bukan mata duitan okay!! Hehe.. 10 tahun akan datang,  nak rileks kat rumah je sesambil kira duit berjuta2.hahhahaa..

Takda lah macam tu sekali 😅
Biha nak tengok anak-anak membesar dengan jayanya, dengan didikan agama yang menyeluruh. Anak-anak yang mampu menggegarkan dunia (mimpi,insyaallah menjadi kenyataan). Pendidikan anak-anak terjaga. 

Apa lagi? Kalau kaki jalan macam Biha ni ofkos la nak jenjalan ke mana saja bila dah cukup lengkap, bila dah tak perlu fikir soal kewangan (eh macam mata duitan lagi ni...) , Nak merasai ketenangan dengan menuntut ilmu agama (maksud di sini bukan masa muda tak boleh nak tuntut ilmu agama).

Ada lagi,tapi setakat ni jela dulu. Insyaallah bakal bersampung IMPIAN 10 TAHUN AKAN DATANG.. 😀

#FamilyFirst #bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

WEEKEND HARI UNTUK KELUARGA!

Biasanya kalau hujung minggu apa yang korang buat?

Kami kat kelantan hari ni dah mula kerja, anak-anak Biha pun dah kat sekolah, tinggal yang paling kecik tolong Biha kat rumah😅 Bila ada penolong kecik tu faham-faham jela kan.hehe.

Saja nak share dengan kawan-kawan, seperti biasa dan seperti orang lain biasanya hujung minggu bersama keluarga. Ya, sama la macam Biha!  Tapi, kalau orang berbisnes online rasanya tak ada cuti khas. Cuti sekolah pun dia tetap kerja tapi waktunya sahaja yang flexible. Lagi-lagi yang buat bisnes online, tempat kerja of course la flexible. Kat dapur pun boleh close sale.😁hehe. Best kan?

Hujung minggu juga hari untuk settlekan keje-keje hakiki kat rumah. Faham-faham la apa dia kan? Bila anak makin bertambah, komitmen makin banyak. Time kepenatan jadi hulk itu biasa ,tambahan semuanya hero. Tapi i like 😍

Selain setelkan keje-keje hakiki tu, ada la seketika minta husband layan anak-anak & Biha boleh ber"me time" ,tapi mostly ber'me time' untuk fikirkan tentang bisnes yang masih merangkak ni. Nak sales gempak, otak pun kena ligat. Apa Biha buat?  Banyakkan membaca untuk tambah ilmu pengetahuan. Setiap minggu, Biha akan repeat baca tentang produk-produk yang Biha ambil terutamanya produk shaklee. Apa yang Biha baca? Tentunya ingredient, kelebihan & apa yang akan membantu kita untuk lebih sihat. Weekend jugala,  waktu untuk plan /rangka draft untuk next-next entry. Bila dah dapat info, boleh la mengarang dengan tenang 😊 Kalau korang ada masa lebih, boleh lah ke blog biha ni www.kamikamuvitamin.blogspot.com , boleh juga LIKE & SHARE pages biha.

Apa lagi yang Biha akan lakukan pada hujung minggu? Lagi sekali, sebagai online seller Biha akan update atau sort stock pada hujung minggu juga. Kenapa macam tu? Tak ada orang lain nak handle ke? Bukan tak ada, tapi buat masa sekarang Biha yang akan uruskan dulu atas sebab-sebab tertentu.

Eh dah panjang lebar,  Ok la.. Insyaallah ada masa nanti Biha share lagi ye. Nak berperang kat dapur kejap. Korang yang masih berhujung minggu,  enjoy your Weekend 🤗

#tsunamishaklee #tsunami2018 #bangkitG17

KELEBIHAN & KEKURANGAN BISNES DARI RUMAH BERSAMA ANAK KECIL

BISNES DARI RUMAH BERSAMA ANAK KECIL
#KELEBIHAN VS #KEKURANGAN

sesiapa yang run bisnes dari rumah sahaja yang dapat rasai kelebihan & kekurangan berbisnes begini. Lagi-lagi kalau yang ada anak kecik macam Biha ni. Tapi, bila dah cinta dengan kerja kita, apapun berlaku tetap kita hadap kan?

Ada orang tak boleh nak fokus berbisnes dari rumah sebab nanti ada gangguan dari anak kecil. Tapi ada yang ok je dengan anak berebut phone.hehe. tapi Biha agaknya tak boleh fokus bila main berebut-rebut ni. Tengah menaip ni puan cepat je tangan si kecil memaut phone.
Itu salah satu part #kekurangan mungkin bagi sesetengah orang.

Lagi yang tak berapa best ,bagi Biha la..bila lihat rumah yang bersepah, timbunan gunung-ganang yang mencuri masa agak lama untuk mencantas menambahkan lagi kecelaruan.Fokus nak buat bisnes lari sedikit demi sedikit. Tu yang Biha sediakan SOHO untuk mengelakkan diri bercelaru seharian.hehe.

#Kelebihan pulak, anak kita boleh besarkan /jaga sendiri depan mata. Dari bangun tidur waktu pagi hinggalah tidur di malam hari. Dok depan mata kita je.Proses pembesaran jelas depan kita. Masa kita tetapkan sebab kitalah boss, kitalah kuli bukan 'kuali' ye. 😁 Income juga kita tetapkan nak berapa banyak, kalau lemau resultnya semua orang dah sedia maklum. Sebab tu orang cakap BISNES PERLU ENERGY & STRATEGY barulah kita tak kacau..

Begitulah seharian kita kan.

Saturday 10 February 2018

IMPIAN YANG BAKAL MENJADI KENYATAAN

Tak salah nak berimpian setinggi lagi,  tapi yang salahnya berimpian tanpa USAHA. Parah!!!!

VB dalam gambar kat bawah ni,  memang impian & harapan setiap orang. Banyak sangat yang nak dirancang & dikecapi tapi semuanya dengan izin Allah.

Semua orang yang hidup pasti mempunyai keinginan, impian dan juga harapan, dan salah satunya adalah bahagia di masa depan. Melalui impian dan harapan inilah kemudian mereka membangun tujuan hidup mereka, dari mulai bekerja keras, menuntut ilmu melalui pendidikan yang tinggi, mencari pekerjaan dengan penghasilan cukup serta melakoni berbagai jenis usaha dan kegiatan yang di anggap tepat untuk menjembatani impian mereka.

Memiliki impian adalah WAJIB, dah tak main harus-harus ni 😀, sebab impian merupakan jalan penentu kemana kita akan melangkah. Ibarat berjalan atau memandu kendaraan, maka terlebih dulu kita harus tahu kemana arah tujuan kita. Begitu pula dengan hidup, kita harus memiliki tujuan yang jelas agar semua upaya dan jerih payah kerja keras kita selama ini tidak sia-sia.

2018 yang penuh cabarah & rintangan yang bakal dilalui, oleh itu "kami" perlu bersiap-sedia dengan senjata menentang segala cabaran.  Semoga impian tercapai dengan jayanya.

Nak capai apa yang diimpikan, probably dengan FINANCIAL FREEDOM. Insyaallah dari situ banyak yang boleh dicapai. Tapi jangan pula cakap Biha "gila duit" okay!! Itu juga jalan ke akhirat jika dihabiskan pada Jalan-jalan keredhaan Allah.

Doakan Biha & suami termasuk dalam list pengeluar zakat terbesar. Abdul Rahman bin Aus, Insyaallah kami bakal menyusuri perjuanganmu dalam perniagaan. Idola kami untuk terus berjuang. Moga kekal selamanya.

Apa yang saya harapkan untuk tahun ni

Semoga saya terus istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab saya kepada yang Maha Pencipta.Juga menjaga adab keperibadian saya sebagai seorang muslimah dan impian untuk menjadi bidadari syurga buat sang suami & parents itulah impian dan harapan sehingga ke hujung nyawa saya.

Mengharapkan agar pengakhiran umur saya adalah sesuatu yang indah buat diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling saya dan itu adalah impian yang yang tidak pernah terputus dari memohon kepada Ar Rahman dan Ar Rahim....

Allahumma Aminnn.....

Apa pun impian dan harapan kita....pastikan adanya terselit untuk abadikan diri jiwa dan raga kita kepadaNya.... kerana tanpa keizinanNya.... semuanya PASTI tidak akan dapat kita kecapi....

Jika impian dan harapan tidak dapat dikecapi.... yakinilah..... bahawa takdir2 Ilahi itu adalah terbaik untuk kita....DIA lebih mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk diri kita sekarang dan akan datang....

✅Yang membuat kita kuat adalah DO'A
✅Yang membuat kita dewasa adalah MASALAH
✅Yang membuat kita maju adalah USAHA KERAS
✅Yang membuat kita hancur adalah PUTUS ASA

Sekian,
HumbleSlave
(VB:2018-2022)

#tsunamishaklee #tsunami2018 #bangkitG17

HATE TO LOVE!!

JANGAN ADA BENCI

Begitulah dalam hidup kita. Jangan sesekali membenci dengan sesuatu yang belum pasti, jangan membenci dengan sesuatu yang kita belum pernah mencuba.

Bila kau sangatlah prejudice terhadap sesuatu. Maka keburukan sekecil kuman nampak macam seluas lautan, itulah hakikatnya bila kita tidak setuju dengan sesuatu. Itulah biha yang dulu.Sekarang makin matured  dan tak cepat nak melatah.hehe.

Ok,berbalik pada KEBENCIAN terhadap Shaklee 😅 Actually parents biha dah lama consume shaklee,  botol-botol yang berzaman dulu pun masih ada kat rumah. Nampak tak keloyaltian parents i terhadap shaklee & sehingga sekarang mereka masih mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi shaklee.  Mak biha boleh dikatakan penggemar #vivix & Alhamdulillah mak dah rasa keberkesanannya dan itu semua pastinya dari Allah cuma kita perlu berikhtiar kan.

Okeyh berbalik pada biha yang sangat prejudice dengan shaklee. Seingat biha memang sangat banyak iklan mereka-mereka yang gilakan "shaklee" diantara 2011-2013 (ni yang biha nampak kat fb biha la, yang lalu kat wall korang i tak pasti ramai ke tak)  dan,  wordS yang terkeluar dari mulut biha.. "TIPU & HANYA NAK LARISKAN PRODUK". Masakan tidak, makan shaklee susu jadi banyak. Memancut-mancut pulak tu. Dalam fikiran,  eleh macam ubat ajaib pulak dah makan terus banyak susu..... Biasala typical malay 😂

Tapi kan, walau beratus kali lalu kat wall, biha still cakap ni overclaimed je semuanya sehinggalah satu waktu tu biha kebizian yang amat, badan penat, time management  lari, hidup macam tak betul..penat sangat dan effect pada mill production. Masa tu dah ikhtiar macam-macam & sehinggalah sewaktu sesambil tunggu wakti asar kat ofis scroll fb tengok sorang sister tu iklan trial set menyusu,  tak ingat dah fb apa sis tu masa tu. Then balik kerja i terus pergi kat kedai yang dinyatakan & beli yang set percubaan RM80 .

Esoknya Biha cuba ambil supplement penyusuan  tu & Alhamdulillah bukan kerana keajaiban pada pills tu tapi yang biha perasan badan rasa lebih sihat & bertenaga. Kan bila badan sihat automatically kita pun rasa happy, bila rasa happy susu badan pun dah tak segan nak keluar banyak-banyak. Alhamdulillah Alhamdulillah

Rupanya sebelum ni biha salah faham dengan konsep pengambilan supplements penyusuan. Biasalah manusia memang suka menuding jari dan menuduh bukan-bukan bila dia dah tak suka sesuatu.hehe. Because of that, i boleh reverse my past pemikiran terhadap shaklee almost 360 degrees.hehe.

Begitulah bila kita always fikir yang negative terhadap sesuatu. Padahal kita yang tak faham konsep. Pemakanan sihat mempengaruhi kesihatan jasmani kita. Boleh dikatakan asbab pengambilan supplement shaklee ni yang merubah hidup biha dari segi pemikiran kolot biha ni yang selalunya bila tengok orang iklan shaklee, di fikiranku TIPU & DUIT SEMATA-MATA.hehe. Maafkan daku ye SID semua.

Tapi kan, bila dah rasai keberkesanannya why not kita cuba kongsi dengan rakan-rakan & saudara-mara yang lain indirectly kita boleh bantu orang lain & diri kita juga kan.

Macam tulah sedikit sebanyak bila TERLALU PREJUDICE terhadap sesuatu.

Biha sangat suka dengan sentence ni 👇

YOU WILL NEVER KNOW THE REAL ANSWER UNTIL YOU TRY IT!!!

hapuskan kebencianmu itu🤗

#tsunamishaklee #tsunami2018 #bangkitG17

JAUH PERJALANAN, INDAH PERMANDANGAN

JAUH PERJALANAN, INDAH PERMANDANGAN CIPTAAN ILAHI

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.”(Surah al-Hajj, ayat 46)

sungguh,  setiap kali melihat sahabat-sahabat travel around the world hati ini berkobar-kobar nak menjelajah seperti mereka tapi rezeki buat kami belum mencukupi & Insyallah 2018 will fight for it. Actually Dec'17 we're planned untuk ke Timur Tengah, passport anak pun dah siap tapi rupanya perancangan Allah mengatasi perancangan hambanya. Some tickets kena penalty sbb cancel last minute :(

In 2016,sepatutnya ke Bandung bersama rakan-rakan sepengajian untuk subjek Global/International Business tapi Allah dah rancang juga buat kami, Biha mengalami alahan yang agak teruk,  hospital rumah kedua dah.huhu.dalam masa yg sama tiket semua dah bayar tapi empunya diri langsung tak boleh nak angkat badan pada hari kejadian. Lagi skali sekali tak berkesempatan. Moga Allah gantikan yang terbaik buat kami.

Travel ni bukan tertakluk pada overseas je, in our country pun belum habis jejak.hehe. Tapi yang penting bukan setakat nak enjoy je & the most crucial is nak kita bersyukur dengan setiap kejadian ilahi. Last bercuti ngan anak-anak ke Melaka kot, tak wei sebab lama sangat tak keluar tengok dunia.haha.

Sesiapa tidak dapat menghayati dan tiada minat terhadap sesuatu pemandangan atau keadaan sehingga terbuka minda dan merasai kehebatan ciptaan Allah, itulah tanda hatinya sudah mati dan minda menjadi tertutup.

Nak Travel perlukan "wang" , nak dapat wang perlu kerja lebih 😁 Nak kerja lebih siang malam tanpa henti kan lawan fitrah pulak.hihi. Komitmen berganda-ganda, Insyaallah semoga kami diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi lagi.

Semoga MISI 2018 tercapai dengan jayanya 😘

#mekah #timurtengah #bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

BERANI BERUBAH!

Dulu-dulu kan, masa saya kecik adik-beradik saya suka sangat panggil saya "boolat" , entahlah kenapa.  Rasanya daku kecik comel molek je kecik dulu.hehe.

Lagi satu, kakak-kakak & adik-adik saya termasuklah makayah panggil juga saya "internet bergerak" , ahakss dah macam makcik bawang kot bila jadi internet bergerak tu. Tapi i takda la as bad as makcik bawang tak berperikemanusiaan tu😆

Nak i kupaskan lagi kenapa family panggil i internet bergerak? Sebabnya kecik-kecik dulu saya memang kaki "dderak" , balik sekolah lempar beg terus g jalan-jalan.Bila dah suka ke mana saja, banyaklah info dapat. Dah dapat info balik cerita kat rumah.haha.So,mak saya nak info banyak dari saya. Maklumlah mak saya guru balik rumah tak sempat nak sembang kiri-kanan jiran, masa tu kitorang adik-beradik ramai. So, xda la masa nak borak-borak bagai. Tu yang Biha volunteer jadi internet bergerak tak bertauliah. Haha.. (cerita internet bergerak ni ada sambungan nanti ye)

Eh rupanya hobi waktu kecik suko dderak tu terbawa sampai sekarang.hehe.

Berbalik pada "boolat" tu. Saya ni boolat & rendang. Uolls boleh bayangkan macam mana kan?hehe..So, i masih struggle nak hapuskan dilema boolat dalam hidup..chewahh😅

Kalau korang rasa "boolat" juga jom sama-sama kita. Alhamdulillah, word boolat tu kian hapus dengan #setslim shaklee ni tau lebih-lebih lagi Biha sekarang kan masih breastfeed anak soleh raeef ni.  Sapa sini ibumenyusu  gak? Faham-faham la kan nafsu makan tu macam mana. Cepat je rasa lapar. Bila dah selalu makan, badan bagai dipam-pam dah. Ada orang waktu menyusu kurus tapi biha lain, makin lain adalah.

Mujur dengan bantuan #setmenyusushaklee yang dalamnya ada alfalfa & ESP membantu Biha maintain berat badan (tapi masih nk lagi  turunkan berat badan sbb baju2 saiz S & M dah lama tak berkhidmat).hihi.

Kalau korang ibu menyusu & nak slim jomla kita borak-borak, share pengalaman, share idea bagaimana nak kekal "kurus" tu. Kurus tak bermakna tak sihat & chubby tu tak bermakna sihat.

Kalau korang IBU MENYUSU & NAK TURUNKAN BERAT BADAN,  cari KakChik okayy 😘 Kita buat sampai jadi.hehe. Eh bukan ibu mengusu pun jangan dok segan silu nak sembang dengan KakChik ye.

" SIHAT DALAMAN,  CANTIK LUARAN "

Tunggu apa lagi korang?  Tekan je link ni kalau tengah bosan,  meh saya huru-harakan lagi keadaan.hehe.
http://rabihahpengedarshakleeanda.wasap.my/

#tsunami2018 #tsunamishaklee #bangkitG17 #setmenyusushaklee #setslimshaklee

TAK PERLU TUNGGU PERFECT BARU NAK MULA


Itulah cabaran & harapan untuk setiap orang kan?

Tipulah kalau korang tak da apa-apa impian.  Dari impian akan hadir kesungguhan.

2018 yang sangat mencabar,  debaran tiap masa terasa. Sahabat-sahabat berlumba-lumba untuk berjaya tapi KITA?  tanya diri sendiri..

Jatuh bangun benda biasa. Kalau tak pernah jatuh memang tak ada kemanisan hidup. Tak ada jalan cerita.

Bagaimana saya bermula?
Disebabkan satu kes yang nanti saya akan ceritakan semula sebab agaknya kalau nk cerita memerlukan tempoh pembacaan yang agak lama. Takpe, jangan risau nanti saya mengayat je. Tapi korang kenalah baca nanti 😁

Apabila korang pernah bekerja dan income Alhamdulillah cukup walau takla semewah "golongan" itu tapi janji Allah pasti. Siapa berusaha dia akan dapat!!  Mungkin tak berapa tepat, usaha banyak tu, takat tu jela dapat..  Apa yang kita dapat seiring dengan usaha kita & rezeki kita.

2013 cukup getir..Hanya kenalan rapat mengetahui. Tapi itula pemangkin semangat!!! bermula dengan modal RM69 je pun, berganda-ganda  sehingga sekarang tapi manusia tak pernah cukup. Dan sekarang,terbaca status pelik-pelik i akan senyum je. SENYUM MUHASABAH okeyy..

Dulu takut nak berniaga online,  MALU nanti orang cakap tak cukup duit,  takda kerja tetap dan macam-macam lagi. Tapi sekarang, rasa bangga bila dapat lihat anak membesar depan mata, di bawah jagaan kita. Alhamdulillah.

DOMESTIC ENGINEER tu, bukan tak percaya pada rezeki. Tapi disebabkan percaya pada rezeki kami menjadi ceo di rumah. Jangan merungut, rezeki Allah dah tetapkan, cuma usaha itu perlu & dengan ini saya berjanji dengan diri-sendiri akan WORK HARD & SMART demi masa depan anak-anak saya.

Kawan-kawan, Biha selalu minta doakan Biha berjaya dunia akhirat kan. Doakan Rabihah Muhamad tergolong dalam golongan PEMBAYAR ZAKAT TERBESAR juga. Aminnn

Mereka 👇 sumber inspirasi

#tsunamishaklee #tsunami2018 #bangkitG17

Friday 9 February 2018

T.A.K.U.T ? kenapa Nak Takut?

T. A.K.U.T

"....haa, gi la situ sore-sore, nati ado atu,ado bokbong. Dohla gelap nati nyo make ko atu bokbong... "
(haa, pergilah sorang-sorang nanti ada hantu, bokbong (sejenis binatang yang hodoh rupanya) . Dahla tempat gelap, nanti kena makan kat hantu)

Seringkali kita dengar ayat tu bila parents/orang-orang tu yang nak takutkan anak-anak/cucu-cucu terutamanya kan?

Actually, benda macam tu memang akan bawa negative effects sampai ke besar. Bukan nak cakap anak orang lain, anak sendiri pun dah jadi macam tu. Kena buang jauh-jauh perasaan takutnya itu.

Tu ketakutan yang biasa bagi anak-anak kan? Yang #dewasa mungkin ketakutan berlainan. Kalau tanya Biha, apa yang Biha paling takut?  Of course jawapan yang sama dengan orang lain, takut GAGAL,takut pada REJECTION!!

Ye, takut itu ada sesuatu yang #negatif dan sebolehnya perlu diatasi sepantans kilat. Bila dah beranak-pinak ketakutan dalam diri memang parah..

Ketakutan seseorang ada banyak jenis. Takut pada setiap orang berbeza,  ada yang
😧 takut terhadap gelap
😧 takut ketinggian
😧 takut hantu
😧 takut gagal
😧 takut berubah
😧 takut sakit
😧 takut nak berbicara
😧 takut penolakan dan lln.

Bagaimana nak atasi ketakutan yang Biha sering alami tu? Dan mungkin awak-awak pun boleh cuba sama #CARA_NAK_ATASI_KETAKUTAN
1⃣ Kena dulu diri kita dan apa yang korang takut sangat tu.
2⃣Tingkatkan rasa percaya diri
3⃣Selalulah bersikap positif dan berbuat baik
4⃣Bersantai dan tenangkan pikiran
5⃣Kurangkan pengambilan gula & kafein
6⃣Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan. Maksudnya sentiasa ingat Allah. Sentias berdoa diberi kekuatan dalan hidup.

Itulah antara yang boleh dilakukan untuk nak atasi fear yang berlebihan. Ketakutakab berlebiha boleh membawa kepada kemurungan dan akan menggangu aktiviti harian kita. Moga kita semua dijauhi dari perasaan takut yang melampau

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

SIHAT ITU MAHAL vs SAKIT ITU MAHAL 😁

SIHAT ITU MAHAL vs SAKIT ITU MAHAL

Mana yang tepat?  Takda yang tepat pun sebabnya setiap orang ada interpretasi masing-masing.

Bagi biha, #sihat_itu_mahal sebabnya bila dah sakit banyak aktiviti kita bakal tergendala.Boleh lihat kan kat situ, waktu sihat sangatlah berharga.Memang tak boleh diganti dengan wang ringgit.

Cegah lebih baik dari merawat..

Nak cegah macam mana? Sememangnya dengan menjaga kesihatan, nak jaga kesihatan perlu jaga pemakanan. Ada yang prefer makanan tambahan (supplement) bagi mereka yang limited time untuk cari makanan-makanan penuh khasiat, jadi mereka mostly prefer supplement untuk cukupkan zat mahupun nutirisi yang mungkin gelonggong tu. Ada juga yang sebaliknya,means mereka dengan sedaya upaya mengambil makanan fresh untuk penuhi nutirisi  mereka.

Terpulang pada individu ,mana yang mereka rasa selesa. Cuma bagi Biha yang mungkin kekangan masa, prefer supplement shaklee untuk keluarga. Bukan nak kenyangkan diri dengan telan vitamin-vitamin tu. Itu hanya tamabahan dan pelengkap .

Tapi jangan pula bila dah ambil supplements, korang rasa AKU DAH SIHAT, AKU KAN DAH MAKAN MAKANAN TAMBAHAN, SO TAK PERLU NAK WORKOUT BAGAI.. itu memang salah.

So, kami dalam shaklee perjuangkan kesihatan bukan hanya nak banyakkan sales semata-mata. (bila sebut pejuang kesihatan, macam d0c la pulak. Bukan maksud yang tu ye).  Maksud di sini,  pastikan anda ambil vitamin yang betul-betul terbaik, bukan yang bancuhan belakang rumah bagai😆

Nak ambil supplement bukan bila dah sakit baru nak cari, dan kalau orang yang dah disahkan ada sakit kronik ke, memang kita akan sarankan mereka jumpa dulu doktor untuk dapatkan rawatan etc.

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

Tuesday 6 February 2018

GREAT NEWS! 8 YEARS - Shaklee Introduce skincare YOUTH.

#YOUTH DIKAJI 8 TAHUN SEBELUM DI PASARKAN 😳

Ini bukan cobaan dah,  8 tahun okey,  8 tahun!  Bukan 8 bulan, bukan 8 hari nak hasilkan sesuatu yang betul-betul terbaik tambahan lagi untuk kulit muka yang sensitif ni.

Meremang wei masa pelancarannya. Tangan gatal tetiba nak letak cleansernya dan membelai lembut wajahku ini, nanti orang tengok kulit mukaku macam budak darjah 3 yang halus mulus lagi tu(ayat dah macam overclaimed  ni..hehe..betapa nak royak nya YOUTH shaklee memang terbaik untuk kulit muka kita) &  tak nampak dah macam anak 3😆 muda iols 👌

Kenapa ramai yang tertarik dengan #YOUTH_SHAKLEE_SKINCARA ni?

Set kecantikan kulit Shaklee YOUTH ini akan menjadikan kita muda lebih lama

100% bahan dari tumbuhan, bebas kekejaman terhadap haiwan, bebas gluten 

Dan selamat daripada lebih 2,500 bahan kimia berbahaya & ramuan yang dipersoalkan, yang telah ditunjukkan dari ujian Klinikal.

Tampil lebih muda luar & dalam dengan Set Skincare Anti-Penuaan keremajaan Shaklee.

Best kan gitu? Kita boleh rahsiakan umur sebenar 😍

YOUTH SHAKLEE SKINCARE

Set ini terdiri daripada 7 produk berikut

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)
6. Radiance C + E Capsules
7. BB Cream

Betul ke wanita yang memakai Shaklee YOUTH akan kelihatan lebih muda? 

Dibangunkan oleh ahli kulit kelas dunia, Skin Age Index digunakan untuk menentukan usia sebenar kulit kita

Semua produk Shaklee akan melalui kajian terperinci.

Bukan kajian biasa tau TAPI Pakar pakar kelas dunia yang Shaklee ambil untuk buat kajian ni.

Satu cara untuk pakar ini mengukur keremajaan kulit kita ialah dengan menggunakan #Skin_Age_Index @ #indek_usia_kulit.

Ini dilakukan dengan mengukur tanda-tanda penuaan utama termasuk :

✔kedutan
✔tona kulit
✔keteganganan 
✔dan tekstur. 

Ini memberikan maklumat klinikal untuk membuktikan Shaklee YOUTH mempunyai kesan keremajaan pada penampilan & umur kulit.

Wah,  baru sikit kelebihan yang akan dapat bila guna YOUTH shaklee ni pun dah meleleh. Kesian kat korabg. Nak tahu lebih lanjut lagi tentang YOUTH shaklee ni,  nantikan next post dari Biha ye. Memang best tu 😘

Nak cuba YOUTH?
Do PM/whatsapping me @ www.wasap.my/60129495513/YOUTH

Wednesday 31 January 2018

BAHAYA "JUNK FOOD" UNTUK KANAK-KANAK & DEWASA

Yang #tak_sihat itulah yang sangat BEST kan?

Bukan kanak-kanak je,  dewasa pun sangat suka dengan junk food ni. Dengan packaging yang lawa, colorful menarik perhatian setiap lapisan. Nak dinafikan, Biha sendiri pun agak gemar dengan bendalah tu. Kadang kalau teringin nak makan sangat, beli sorok-sorok dan bila anak ke sekolah i makan habiskan terus tapi ada juga terkantoi kalau tak sempat nak habiskan sebelum diorang balik, biha sorokkan kat mana-mana. . Tapi budak-budak ni instinct dia kuat kot, mesti geledah kat dapur terjumpa yang disorok.haha.Mungkin diorang dapat bau junkfood tu, contohnya jajan kan baunya sangat kuat.

Bagaimana Biha & suami elakkan anak-anak makan junkfood ni?  Tipulah kalau cakap, anak aku 100% tak pernah telan junkfood ni. Depan kita memang la kita larang tapi kat belakang? Contoh kat sekolah ke? Kawan-kawan, sedara-mara bagi ke, mestilah diorang tergedik-gedik nak makan. Bila sampai pada warm people, kita pun jadi kaku nak cakap ak boleh makan itu, tak boleh makan ini. Dan buat masa sekarang kami cuba dari rumah terlebih dahulu larang diorang ambil makanan cenggitu. Moga lepas ni diberi kekuatan pabila berada di luar dan di tempat dan dengan orang awam juga.

Kami sememangnya tak mengizinkan diorang makan junkfood. Kalau ke kedai, tanya dulu sebelum berhenti nak beli apa? Kalau nak beli benda merapu memang kami jalan terus je kete. Bila dah besar ni, macam-macamlah ragam rayyan rasyad, akal panjang.. Dia nak je mengamuk kat kedai. Tu satu hal, tapi Rayyan dah ok sekarang, bila cakap tak boleh ok dia faham. Kalau Rasyad, subhanallah memang menguji kesabaranku yang senipis kulit bawang ni.

Tu je setakat ni yang kami mampu, ke korang buat macam mana untuk elakkan anak-anak @ diri-sendiri dari obses sangat dengan pengambilan junkfood ni? Moh le share sini, nak tahu gak 😁

SID CLOSING DAY, JANUARY 2018

Bulan pertama bagi tahun 2018 akan melabuhkan tirai. Bagaimana pencapaian anda? KPI dah tercapai? Sepatutnya semuanya perlu mengikut perancangan, tapi kita manusia biasa hanya mampu merancang & perancanganNya adalah yang terbaik.

Tercapai atau belum tercapai, kita (diri kita)  sahaja yang akan tahu ye atau tidak, dan kenapa, kenapa & kenapa. Dan sebolehnya cuba perbaiki untuk hari mendatang.

31 Jan 2018 , closing day bagi #shaklee_independent_distributor later called as SID. Apa yang patut sid buat?  Ofkos la masih pulun untuk closing terbaik & follow-up customers kan. Consistent sharing kebaikan shaklee,sharing is caring kan 😘

Bagi yang tak tahu apa itu closing Shaklee, meh sini saya share sikit. Mungkin yang bukan SID rasa pelik setiap kali hujung bulan tengok status FB para SID asyik dok sebut 'closing, closing, closing'. Atau pun mungkin anda newbie dalam Shaklee, mesti blur juga kan.

Apa “Closing Day” tu?

Closing Day ni biasanya hari terakhir untuk bulan tu lah.Kalau bulan Januari ni ofkoslah pengakhiran hari di bulan Januari (31hb)  kan.

Dari 1hb, kami para SID akan set target berapa banyak SALES nak buat, berapa UV (point dari jualan produk) nak dapat dan yang penting berapa CASH $$$$ BONUS yang kami nak untuk bulan tu.

Dan hari terakhir untuk capai semua tu mestilah pada “CLOSING DAY” tersebut.

Sedikit tips untuk mengharungi sepanjang bulan nie,

1⃣#Keyakinan
Ya, keyakinan sangat penting. Buat sesuatu tapi tak rasa yakin boleh capai ker? Macammana kalau kita nak dapatkan sesuatu tapi kita sendiri tak yakin? So tetapkan KEYAKINAN. Kalau kurang yakin, berdoalah... minta diberi keyakinan dan dipermudahkan. Dan paling penting, YAKIN dengan keupayaan diri dan kehebatan diri.

2⃣#Kecekalan
Ya, kecekalan sangat perlu. Tingkatkan usaha dan juga amalan rohani kita. InsyaAllah MAGIK pasti datang.

So para SID,dah ready untuk closing bagi bulan January ni?Hehehe. Takpe2. Ada masa lagi. Good luck semua. In Sha Allah, apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat ^^

Masih belum terlambat bagi yang grab promo OmegaGuard, beli 3 botol dapat diskaun 5%. Elok sangatlah buat stok waktu promo ni. Nak beli tapi tak tahu nak beli dari siapa?  Meh wasap je Biha 👇
http://rabihahpengedarshakleeanda.wasap.my/