Showing posts with label Vita-C. Show all posts
Showing posts with label Vita-C. Show all posts

Monday, 14 October 2013

KONTROVERSI VITAMIN C : Macam mana nak pilih?

Tablet/ Pil vitamin C direkomen oleh 'Pakar Kulit'

Saya sedikit keliru bila tengok lambakan vitamin c (kapsul) yang dijual secara online di laman sosial. Itu belum cerita tentang suntikan vitamin c yang dikatakan sangat berkesan untuk tegang-tegang dan gebu-gebukan kulit. Yang anehnya, walaupun vitamin c ini didakwa disyorkan oleh pakar kecantikan dan pakar kulit, vitamin asli 100%, mempunyai pengesahan HALAL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .... bila saya tanya jenama apa, penjual tak nak beritahu. Macamana jika saya nak sahkan status Halal atau kelulusan KKM atau bagaimana jika saya nak tengok jurnal online berkenaan Clinical Test yang menunjukkan vitamin C ni memang terbukti berkesan seperti didakwa 'pakar kulit' tersebut. Setahu saya, pembeli ada hak nak tahu maklumat barang yang dibeli sebelum buat keputusan untuk beli. dah tentu tiada orang yang nak bahayakan diri dengan produk yang tidak diketahui latar belakangnya, semata-mata kerana nak gebu dan anjal sana sini. Tapi kesan jangka masa panjang mungkin membahayakan kesihatan.  


Suntikan vitamin C
@@@@@@@@@@

Sekarang ni ada juga yang lebih berminat dengan suntikan vitamin c. Bab ni lagi saya lemah. nak cucuk-cucuk macam tak berapa minat. Survey punya survey, harga memang boleh tahan. Ada yang murah RM100 hingga yang mahal RM1000 sekali suntik. Kemudian bagi sesetengah rawatan tu perlu disuntik setiap minggu selama dua bulan, ada yang kena suntik 2-3 hari sekali. Kesannya dikatakan cepat bagi hilangkan garis-garis halus di muka. Kulit lembap, tegang dan gebu dalam beberapa minggu sahaja. Tapi sayang, kebanyakannya belum lagi diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Dan lebih menyedihkan, ada suntikan vitamin C digabung dengan porcine (lemak khinzir) untuk lebih berkesan. Status HALAL memang agak sukar disahkan.



Pilihan saya

Saya memilih vitamin C yang diambil melalui oral (makan).  Ringkas, mudah dan lebih selesa bagi saya. Berikut adalah panduan memilih suplemen vitamin c di pasaran oleh Dr. Bruce Miller :
  1. Amaun vitamin C adalah mencukupi dan tidak berlebihan - USFDA mencadangkan pengambilah harian vitamin C adalah 90 mg sehari dan tidak lebih dari 2,000 mg sehari.
  2. Bersifat pelepasan masa (sustainable release) - lebih mudah digunakan tubuh
  3. Membekalkan bioflavanoid - membantu keberkesanan vitamin c
  4. Semulajadi - tanpa penggunaan pewarna/ perasa tiruan, bahan pengawet, diekstrak dari tumbuhan, bukan sintetik
  5. Telah diuji secara klinikal - dibuktikan keberkesanannya secara klinikal

Keistimewaan Vitamin C SHAKLEE?

  • Diproses dengan pemanasan minimum, tanpa bahan kimia bagi kekalkan keaslian
  • Sustained Release - dilepaskan 100mg setiap jam dalam tempoh 5 jam, berkuasa selama 24 jam
  • Mengandungi Bioflavonoid - co factor vitamin C bagi membantu tindakbalas secara semulajadi. 
  • Clinically tested - boleh dapat maklumat di sini
  • Tiada pewarna/ perasa tiruan, pengawet atau bahan kimia
  • HALAL dari Islamic Services of America (ISA) dah diiktiraf JAKIM - semakdi sini
  • Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • khasiat bersamaan 7 biji oren 


Jom borong vita-C Shaklee... contact me for details...


Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Sunday, 13 October 2013

Vitamin C Terbaik, Sustained Release Vita C 500mg Shaklee!

Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee

'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Sustained Release Vita-C


Manfaat Utama

1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Keperluan Pengambilan Vitamin C

Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.

Vitamin C Yang Memadai Dari Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.

Jadi, sesiapa yang selalu kena selsema, demam dan batuk tu eloklah amalkan ambil Vitamin C setiap hari! :)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut pengambilan vitamin semulajadi:

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Monday, 30 September 2013

SET RESDUNG SHAKLEE

BERITA BAIK BAGI PESAKIT :

RESDUNG
ALAHAN
EKZEMA
ASMA

Bagi yang mempunyai masalah jerawat, alahan dan resdung yang kronik dan telah mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah ini namun tidak berkesan..
Apa kata Anda menggunakan Set Resdung dari Shaklee
jom baca apa keistimewaan Set Resdung Shaklee nie...



Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN 

- Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.


- Apabila kawan-kawan mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.. Kawan-kawan yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.


- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..


PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)


Jika Anda ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Thursday, 12 September 2013

Makanan yang Ibu Hamil Perlu Elakkan dan Set Kehamilan Terbaik

Tak semua makanan bagus untuk ibu-ibu hamil, ada yang boleh memudaratkan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Di sini saya kongsikan makanan yang ibu hamil perlu elakkan agar tiada perkara buruk terjadi pada ibu dan bayi dan set kehamilan terbaik buat ibu-ibu hamil.

Ibu Hamil perlu lebih berhati-hati ketika memilih makanan.


Apakah Makanan yang Boleh Membahayakan Ibu Hamil dan Perlu Dielakkan?
1-Daging mentah : Makanan laut yang tidak dimasak atau daging lembu/ayam yang tidak dimasak sepenuhnya perlu dielak bagi mengelakkan risiko pencemaran seperti bakteria Coliform, toxoplasmosis dan Salmonella. Tambahan pula, ibu mengandung berisiko tinggi mendapat keracunan makanan akibat penurunan daya tahan imun semasa hamil. Mungkin tidak menjadi kebiasaan rakyat Malaysia untuk mengambil makanan mentah tetapi risiko tetap ada memandangkan asimilasi budaya pemakanan seperti makanan barat atau mungkin Sushi dari Jepun.



2-Daging Deli : Daging Deli seperti ham, ayam turki, salami dan bologna atau hotdog juga perlu dielakkan kecuali jika daging ini di masak sepenuhnya. Daging seperti ini mampu menyebabkan keracunan makanan dinamakan listeriosis. Listeriosis berpunca dari sejenis bakteria dipanggil Listeria monocytogenes. Pemanasan sewaktu memasak boleh membunuh bakteria ini. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko dan membawa kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian.

3-Ikan bermerkuri tinggi : Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi berkait rapat dengan kelewatan perkembangan dan kerosakan otak. Contoh ikan bermerkuri tinggi ialah ikan yu, ikan todak, ikan kembung raja. Semakin tinggi kedudukan ikan dalam rantai makanan semakin banyak kandungan merkuri yang terdapat dalam ikan tersebut. 

4-Ikan yang terdedah dengan pencemaran industri : Elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. 

5-Kerang-kerangan mentah : Majoriti kes bawaan makanan laut adalah berpunca dari kerang-kerangan mentah seperti kerang, tiram, dan kepah. Proses memasak mungkin membantu dalam nyah-bakteria tetapi bukan jangkitan berkaitan alga.

6-Telur Mentah : Telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk. 

7-Keju Lembut : Keju lembut yang diimport mungkin mengandungi Listeria. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut.Elakkan pengambilan keju seperti Brie, Camembert, Roquefort, Feta, Gorgonzola dan sebagainya.

8-Susu yang tidak dipasteur : Susu sebegini juga mungkin mempunyai Listeria. Pastikan susu yang diminum ialah susu yang dipasteur.

9-Kafein : Elakkan kafein terutamanya di awal trimester untuk mengelakkan kebarangkalian keguguran. Secara amnya, pengambilan kafein dihadkan ke 200mg sehari semasa mengandung. Terdapat kajian mengatakan pengambilan kafein berlebihan mampu menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir yang rendah dan sebagainya. Langkah terbaik ialah mengelakkan pengambilan kafein semasa mengandung.

10-Alkohol : Tiada amaun alkohol yang selamat semasa mengandung, jadi pengambilannya seharusnya dielakkan semasa mengandung. Pendedahan alkohol prenatal boleh mengganggu perkembangan sihat bayi. Fetal Alcohol Syndrom atau gangguan tumbesaran yang lain boleh berlaku bergantung kepada amaun, masa dan cara pengambilan. 

11-Sayur yang tidak dibasuh : Pastikan ibu membasuh sayur yang hendak dimakan dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis. Toxoplasmosis mungkin mencemarkan tanah dimana sayur ditanam.

Memandangkan tiada lagi kajian yang membuktikan nenas dan daging kambing menyebabkan keguguran, ibu-ibu berhak untuk memilih samada untuk mengambil makanan yang dikhuatiri atau pun tidak. Daging kambing boleh membahayakan ibu mengandung jika tercemar dengan bakteria seperti Listeria ataupun Salmonella. Daging kambing seperti daging lain (ayam, lembu, kerbau dan sebagainya) akan mengalami proses pencernaan yang sama melibatkan penguraian protein, lemak dan lain-lain. Bagi nenas pula, buah-buahan disarankan untuk ibu mengandung kerana kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Jika ibu-ibu was-was untuk makan nenas, pilihlah buah-buahan yang lain. Tuhan menciptakan kita pelbagai jenis haiwan dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, jadi jangan risau!. Jika takut untuk makan daging kambing dan nenas, makan daging ayam dan tembikai!.


Set Kehamilan Untuk Meningkatkan Kecergasan dan Kesihatan Ibu Hamil juga Bayi

Set ini mengandungi 4 vitamin asas iaitu :
[1] VitaLea : Bekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi membantu proses pembentukan sel darah merah yang sangat diperlukan ketika mengandung. Zat besi juga berperanan untuk memastikan bayi mendapat semua zat dari makanan ibu, jadi ini akan mengurangkan risiko bayi pra matang dan masalah bayi kurang berat badan.


[2] Vita-C : Meningkatkan imun tubuh ibu yang lemah ketika mengandung.

[3] B-Complex : Menenangkan dan mengelakkan stress serta keletihan yang dihadapi ketika mengandung. Kandungan asid folik di dalam B-Complex melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang.

[4] Ostematrix : Membantu mengurangkan masalah ibu mengandung seperti sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf , buasir dan sembelit, tidur tidak lena.

** Sangat digalakkan mengambil Omegaguard pada 2nd dan 3rd Trimester

[5] Omega Guard : Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega Guard penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Thursday, 5 September 2013

Lokasi Jerawat Petunjuk Penyakit ??

Mungkin ramai yang beranggapan masalah jerawat sekadar masalah ketidakseimbangan hormon atau masalah pori-pori tersumbat akibat tisu-tisu sel yang lama bersama minyak dan bakteria. Sebenarnya kedudukan lokasi jerawat petunjuk bagi masalah-masalah yang berkaitan di dalam badan.



Lokasi jerawat disebabkan faktor-faktor tertentu.

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • 1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
  • 3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 
  • 4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam
  • 6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3
  • 8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
  • 9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
  • 11&12: Hormon – Stres dan hormon punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran. (boleh ambil B-complex kerana ia anti-stress)
  • 13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba. (boleh ambil Alfalfa kerana ia bagus untuk usus)
  • 14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif. (boleh ambil vitamin C untuk tingkatkan ketahanan badan anda)
Jadi sekiranya ada jerawat tumbuh di wajah anda, perhatikan lokasinya kerana ia dapat membantu anda mengatasi masalah dalaman di dalam tubuh anda. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Monday, 2 September 2013

Masalah Kulit Ketika Hamil Hilang Selepas Bersalin

Ibu yang hamil mungkin rasa kehairanan melihat kulitnya yang berubah mendadak ketika mengandung. Ada bermacam-macam masalah kulit ketika hamil. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana masalah kulit ketika hamil akan hilang selepas bersalin

Pelbagai masalah kulit ketika hamil.


APAKAH MASALAH KULIT KETIKA HAMIL?
  • Topeng Kehamilan/ Chloasma
Terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi. Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.

  • Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.

  • Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.


  • Jerawat Dan Bintik-bintik
Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.


  • Spider Naevi/Spider Veins

Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan beransur-ansur pudar.
  • Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.

  • Pruritic Urticarial Papules and Plagues (PUPP)
Bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang dialami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakinilah keadaan ini adalah biasa dalam kehamilan. Ia dikenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara spontan selepas anda bersalin nanti. Walau bagaimanapun, dapatkan pandangan doktor sekiranya kegatalan menjadi lebih teruk. Sesetengah jenis ubat boleh diambil untuk melegakan simptom yang dialami.
  • Obstetric Cholestasis 

Berlaku apabila anda mengalami kegatalan kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Pada masa yang sama, anda akan mengalami loya, jaundis (kulit dan mata kekuningan), kehilangan selera makan dan mudah letih dan lesu. Jika hal ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.





ESP DAN VITA-C BUAT WAJAH DAN TUBUH BERSERI SELEPAS BERSALIN


Fungsi ESP :
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


Fungsi Vita-C
  • membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut.Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.




Sharing dari Puan Salmeza Salih

"..da lama nak share dengan kengkawan. waktu preggy muka sangat2 hodoh, berbau, leher dan ketiak hitam, selulit hitam2 di peha. alhamdulillah perut xda pecah2..konsisten makan suplemen shaklee ni, Alhamdulillah. keyakinan diri bertambah. muka jadi bersih dan glowing walaupun x pakai cuci muka. body jd mantop. memnag terbaik la shaklee..."


Klik untuk besarkan imej.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya