Showing posts with label Tingkatkan Peluang Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Tingkatkan Peluang Kehamilan. Show all posts

Monday, 15 September 2014

PCOS Penyebab Wanita Sukar Hamil




Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut. 


Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. 


Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. 


TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS 

1. Tidak Subur atau Mandul 
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak. 


2. Haid Tidak Teratur 
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 


3. Gemuk 
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 


4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan 
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. 


5. Tumbuh Rambut 
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini. 



PUNCA PENYAKIT PCOS 

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. 

Penyakit PCOS juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCOS. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCOS. 


TUJUAN RAWATAN 

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. 


ANTARA RAWATAN PCOS 

1. Mengawal Kegemukan (Obesity) 
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik. 

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita 
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti: 


a. Ubat subur Clomiphene 
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. 


b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin 
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda. 


c. Ubat Metformine 
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan. 


3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´ 
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. 

Wednesday, 3 September 2014

Tingkatkan Peluang Kehamilan

Setiap pasangan pastinya menginginkan cahaya mata zuriat penyeri rumahtangga tetapi tidak semua orang yang bernasib baik dikurniakan zuriat sejurus selepas berkahwin kan? Alhamdulillah rezeki zuriat buat saya dan suami agak awal setelah 2 bulan berkahwin saya disahkan mengandung anak yang pertama. Alkisah sebelum mengetahui diriku pregnant..Sehari sebelum mengetahui biha pregnant biha dan kakak menghantar encik suami kat KLIA untuk ke Egypt.Esoknya biha demam agak teruk dan cepat-cepat pergi klinik sebab demam teruk , tak dapat makan & muntah-muntah.Yang peliknya,sebelum hubby berangkat,tak da pula nak demam dan muntah-muntah..hihihi.Masa disahkan hamil biha di sem akhir & tahun akhir belajar kat UIA.Memang sangat-sangat teruji ketika itu kerana  berjauhan dengan suami & morning sickness yang melampau sehingga janin berusia 7 bulan.huhu..Alhamdulillah selepas habis belajar,biha melahirkan anak sulung pada jam 8.59 pagi ,27 December 2010..hihi...Alhamdulillah..rezeki buat kami suami isteri.

huhu...berbicara tentang kehamilan ni,biha ada terbaca bagaiman cara untuk meningkatkan peluang kehamilan.Dalam hal ini, kita sebagai orang awam tidak boleh sama sekali menuding jari kepada pasangan yang belum dikurniakan rezeki kerana mungkin mereka telah sedaya-upaya berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Mungkin mereka telah berhabisan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan zuriat.Rezeki Allah yang tetapkan,Allah pasti mendengar segala rintihan hambanya.Buat teman-teman yang belum dikurniakan rezeki anak,usah bersedih ...Alllah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk anda berdua.Semangat,usaha,doa & tawakkal amat diperlukan.Jangan pula merasa rendah diri jika belum dikurniakan zuriat.

Biha pernah terbaca satu artikel mengenai Peluang untuk hamil,tapi dah lupa artikel tu biha baca kat mana,linknya lupa nk save..Yang biha simpannya potongan artikel tu je..Korang boleh baca kat bawah ni ye:

Menurut pembacaan dari kajian yang dijalankan, manusia adalah antara makhluk tuhan yang paling kurang subur jika dibuat perbandingan dengan mana-mana spesis di muka bumi ini. Kehamilan adalah satu proses yang terhasil daripada gabungan kompleks daripada pelbagai faktor-faktor yang perlu diambilkira.

Mengikut statistiknya, apabila satu pasangan suami dan isteri membuat percubaan untuk memperolehi zuriat, apabila berlakunya persetubuhan intim antara suami dan isteri tersebut tanpa sebarang perlindungan yang boleh menghindarkan kehamilan seperti kondom, hakikatnya hanya 20 peratus sahaja peluang untuk sang isteri mengandung. Manakala, bagi wanita yang berusia dalam linkungan 40-an, peratusan peluang untuk hamil tersebut berkurangan daripada 20 peratus kepada 5 peratus sahaja. 

Inilah yang kelaziman yan terjadi apabila setiap pasangan yang sudah berumahtangga mencuba dan terus mencuba dalam tempoh masa tertentu tapi masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk memperolehi cahayamata. Mula terdetik kebimbangan dalam diri masing-masing apakah diri sendiri atau pasangan mempunyai masalah kesuburan?
KESUBURAN Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

Meningkatkan peluang anda untuk kehamilan

Berikut adalah beberapa cadangan untuk memaksimumkan peluang anda untuk hamil :
  • Mengubah gaya hidup dengan mengkaji kecergasan dan diet anda.
  • Merancang masa terbaik untuk hamil.
  • Menyemak sejarah perubatan anda untuk memastikan ia tidak menjadi halangan.
Bagi sesetengah pasangan yang sudah menimang anak, kehamilan bukanlah sesuatu yang sukar kerana mereka dipermudahkan oleh Allah SWT untuk senang mendapat zuriat. Namun, bagi pasangan yang lain, mereka mungkin memerlukan satu tempoh tertentu dan juga beberapa langkah-langkah tambahan untuk mencapai matlamat akhir mereka iaitu mendapatkan zuriat. Jika anda masih tidak mengandung selepas 12 bulan mencuba segala tips yang dipraktikkan atau enam bulan mencuba jika anda usia anda 35 tahun atau lebih, disarankan agar cuba mendapatkan bantuan pakar kesuburan.

Walaupun begitu, mustahak bagi pasangan untuk terus optimis dan cuba untuk tidak berasa bimbang. Ramai yang tidak tahu bahawa kesukaran untuk mengandung sebenarnya adalah satu perkara biasa. Mengikut sumber, kira-kira satu dalam sepuluh pasangan akan mengalami kesukaran untuk hamil. Lazimnya, kebanyakan mereka yang berusaha dan mengikut saranan yang diberikan, inshaAllah akan hamil. Terdapat pelbagai rawatan yang berbeza. Ada yang mudah. Ada lebih kompleks. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk mendekatkan anda dengan matlamat dan meningkatkan peluang anda untuk berjaya hamil.

Penggunaan Suplemen Bagi Tingkatkan Kesuburan Untuk Hamil


Anda juga boleh mengambil suplemen tertentu bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:
1) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 
Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Apa yang penting adalah bahawa anda dan pasangan sentiasa optimis. Jika ada sebarang masalah, anda perlu berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Berterus-terang dan berbincang akan mengurangkan sebarang stress yang tidak diperlukan dalam situasi ini.

Ingat! Sentiasa berikhtiar. Panjatkanlah doa kepada Allah SWT tanpa putus asa. Jangan putus harapan!


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'