Showing posts with label Tips & Cara Makan Vitamin Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Tips & Cara Makan Vitamin Shaklee. Show all posts

Thursday, 6 April 2017

Cara Makan & Pengambilan Vitamin Shaklee Paling Berkesan

Selalu dapat pertanyaan, macam mana nak makan vitamin Shaklee supaya dapat kesan yang optimum. Insyaallah hari ni Biha share bagaimana caranya untuk consume ye.

Image result for gambar orang tengah berfikir

Permulaan Pengambilan Vitamin Shaklee
Sebelum nak cerita cara makan Vitamin Shaklee, perlu di ketahui susunan Produk Shaklee mengikut kepentingannya.

1Esp - sekiranya anda hanya ada satu pilihan suplemen untuk consume sahaja, bermulalah dengan Shaklee ESP. Kenapa perlu ESP terlebih dahulu? ESP ni kan, berperanan membaik pulih sel-sel secara keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata maka kukuhlah bangunan itu. Sebab tu kita digalakkan untuk membaik pulih sel-sel dalam badan kita terlebih dahulu untuk kesan yang lebih optimum.
2. Vitalea (Multivitamin tertua di dunia) – vitalea ni , diibarat seperti kita makan makanan seimbang dan ia membantu badan kita untuk memenuhi keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.
(Nota: Dengan mengamalkan & pengambilan secara konsisten 2 produk di atas, lnsyallah akan dapat membantu anda yang mahukan kesan yang optimum untuk kesihatan anda)

ESP
Mulakan hari kita dengan segelas ESP (Protein).
Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau air suam, kacau rata dan diminum segera. Juga boleh di mix kan dengan susu atau apa-apa jus kegemaran anda, ikut citarasa masing-masing. Sekiranya mengambil collagen boleh dicampurkan bersama esp, rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.

Cara Makan Vitamin Shaklee
Lecithin & Omega, Alfalfa & Zinc – vitamin SEBELUM MAKAN
Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.
Alfalfa disamping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, ia merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dan sebagainya
 Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat meminum air yang mencukupi. Alfalfa juga adalah pilihan terbaik untuk masalah angin dalam badan dan gastrik dan alergik.

* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin + 1 capsul omega + 5 tabs alfalfa.
Tapi kalau kawan-kawan terlupa dan sebagainya, boleh diambil sahaja selepas makan bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma ianya antara baik dan lebih baik.
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30 minit sebelum makan),  kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Sebagai contoh, roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan.
Cara Makan Vitamin Shaklee Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc, semua vitamin di cadangkan diambil SELEPAS MAKAN.

Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin serentak tetapi kawan-kawan boleh agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang hari.
Contoh pengambilan:
Image result for vitamin-vitamin shaklee
* BEFORE Breakfast – 1 Vita C & 1 B- Complex, dll.
* AFTER Lunch  – 1 vita lea,  1 Vita C, dll
* AFTRE Dinner -1 vitalea, 1 B complex , 1 vita E dll
* BEFORE Sleep – 4 Ostematrix, Dtx complex , 4 herblax  (2-3 kali seminggu sekali) .
 Vitamin Shaklee yang PERLU DIELAKKAN pengambilan bersama atau serentak.
1 Elakkan mengambil Vitalea dan Ostematrix serentak. kerana iron di dalam Vitalea boleh mengganggu penyerapan kalsium di dalam Ostematrix.
2 Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab ia akan merosakkan kandungan protien.
3 Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, kerana minuman tersebut mengandungi kafien yang boleh mengganggu penyerapan vitamin.Sebolehnya jarakkan pengambilan vitamin Shaklee dengan nesface/tea (atau apa-apa minuman yang mengandungi kafien) selama 30 minit.
 Cara Makan Vitamin Shaklee dengan ubatan lain. (Shaklee VS Ubatan Lain)
Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh setengah jan (30 minit).
Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplemen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan yang kesihatan anda semakin pulih dan dos pengambilan ubat dikurangkan.

SMALL STEP, RIGHT DIRECTIONS
Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..


| YOUR TRUSTED SID |



Sunday, 18 May 2014

TIPS & CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Assalammualaikum  & Salam Hormat.


Saya nak berkongsi beberapa Tips & Panduan makan vitamin Shaklee. Juga Tips & Panduan ini boleh dimanfaatkan oleh pengamal supplement lain juga, bukan fokus kepada vitamin Shaklee sahaja. 

Mengapa cara mengambil ini penting? 

Ada segelintir pengamal vitamin merasakan yang mereka tidak mendapat apa-apa manfaat dalam mengambil supplement. Dalam erti kata lain, mereka tidak mendapat kesan yang baik dari pengambilan vitamin atau supplement yang mereka makan. Jadi, mari kita kenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan vitamin yang diambil tidak meninggalkan apa-apa kesan baik kepada pengguna. Antaranya ialah:

1. Banyakkan pengambilan air kosong (air mineral)

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak ataupun air kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan (obesiti). Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Cadangan Biha, anda perlu sukat jumlah air yang anda minum. Sediakan botol air yang ada sukatan. Supaya senang nak kenal pasti berapa banyak air telah kita minum. Sebab ramai yang rasa dah minum air banyak. Tetapi sebenarnya tak pasti berapa jumlah air yang diminum. Jumlah air yang di perlukan tubuh juga bergantung pada aktiviti harian serta persekitaran anda. Juga anda boleh cuba untuk minum air siap-siap isi air dalam botol besar (contohnya 1.5L seperti botol coke, 100 plus dll) dan cuba untuk habiskan dalam masa 24 jam. Mudah bukan?

2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa perlu dielakkan.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Kepekatan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kita rasa pening dan seakan nak pitam. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja!

3. Pengambilan vitamin bersama ubat lain perlu dielakkan.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Pengambilan kafien dalam diet harian perlu dikurangkan.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'