Showing posts with label Set Kesuburan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan Shaklee. Show all posts

Monday, 15 September 2014

PCOS Penyebab Wanita Sukar Hamil




Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut. 


Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. 


Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. 


TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS 

1. Tidak Subur atau Mandul 
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak. 


2. Haid Tidak Teratur 
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 


3. Gemuk 
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 


4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan 
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. 


5. Tumbuh Rambut 
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini. 



PUNCA PENYAKIT PCOS 

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. 

Penyakit PCOS juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCOS. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCOS. 


TUJUAN RAWATAN 

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. 


ANTARA RAWATAN PCOS 

1. Mengawal Kegemukan (Obesity) 
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik. 

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita 
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti: 


a. Ubat subur Clomiphene 
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. 


b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin 
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda. 


c. Ubat Metformine 
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan. 


3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´ 
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. 

Tuesday, 9 September 2014

GLA COMPLEX BUAT KULITKU MAKIN CANTIK

Penangan Promo GLA Complex last month membuatkan Biha tertiba 'terambil' & 'termakan' GLA complex tu dan hasilnya jadilah 'TERCANTIK'..hehehe...betul ni korang,kalau tak percaya korang cubalah sendiri tapi kalau korang rasa takut dengan perubahan kulit korang better tak payah ambil.Kan tak pasal-pasal tetiba ramai yang tegur "eh eh cantiknya kulit muka awak sekarang", "berseri-seri la awak ni", "wowww,muka u glowing-glowing gitu..." hihihi...ahakksss,itu antara yang akan didengari selepas korang ambil GLA ni..so,kat sini tiada paksaan ye untuk korang nak cantikkan kulit..ini hanyalah suggestion je..

Meh nak share,Biha start ambil GLA ni masa awal Ogos kot,ni pun makan selang-selang sebab kadang terlupa.Tapi kan memang sangat terasa perubahannya. Alhamdulillah Biha suka ngan GLA ni sebabnya sangat banyak khasiat, bukan sahaja untuk mencantikkan kulit,ia bantu untuk betulkan hormon,tingkatkan kesuburan bagi wanita yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan zuriat & mengurang serta menghilangkan senggugut.hihi..itu antara yang best tentang GLA...Syok kan!!! Nak cerita pada awal-awal Biha consume GLA ni memang sangat teruk healing crisis,mana tak nya..GLA membantu menstabilkan hormon dalam badan. Korang tau tak,jerawat kat muka Biha memang naik bermaharajalela tau ,parking sesuka hati je,almaklumlah parking free..tapi 'jerawat' ni memang syok hinggap kat pipiku yang gebu ini..hahahaha...after 1 week ambil GLA ,jerawat yang parking kat pipi Biha mula melarikan dirinya & ada yang dah mula mengecut.Alhamdulillah ,sekarang macam dah ok walaupun tidak pulih-sepulihnya.hihi..

Perbincangan dari group kami & memang semuanya dah sedia maklum sebelum nak mencantikkan dirisegi  luaran,semestinya dalaman yang perlu dipulihkan terlebih dahulu.Dalam kes Biha ni,'jerawat batu' & 'kawah-kawah' bertaburan di medan pipi ni membuatkan Biha teringin nak seperti wanita cantik lain yang mempunyai kulit muka cantik,tiada jerawat & tidak kusam.So,Biha mengambil keputusan untuk mencuba SET KULIT SHAKLEE (SET D): B-COMPLEX,VITA-C,VITA-E & GLA..Alhamdulillah dah nampak perubahannya.Apabila Biha consult dengan yang lebih expert tentang kulit ni,katanya seseorang itu perlu ambik GLA terlebih dahulu untuk membetulkan hormon dalam badan kita.Apabila hormon dah stabil,boleh proceed dengan yang lain-lain tadi.

Bgai yang tak kenal lagi botol GLA,ni ye rupa tuannya..hihi...Kapsulnya kecik molek berwarna kuning :) Jangan skip lagi pembacaan korang tau,banyak lagi Biha nak share..dalam entry ni .Biha nak share Perbezaan GLA Shaklee, fungsi & manfaatnya compared to others.

GLA Complex Shaklee yg awesome! :)
Perbezaan Shaklee:

Kebanyakan GLA (gamma-linolenic acid) yang ada di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). mesti ramai wanita yang amalkan EPO kan? manakala, GLA Shaklee ni pula diekstrak daripadaborage yang mengandungi lebih daripada 2 kali ganda GLA dalam EPO! nampak kelebihan GLA Shaklee di situ?? Borage ni juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabilty dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. (3 kali lebih ok. hehe). Shaklee mengekstrak GLA daripada borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Lagi pulak, GLA Shaklee ni digabungkan pula dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Nampak tak betapa specialnya GLA Shaklee ni? 

Sumber Asli GLA Shaklee:

 BORAGE SEED --> 17% - 25%
 BLACKCURRANT --> 15% - 20% 
 EPO --> 7% - 10% 

Apa dia fungsi dan manfaat utama GLA Shaklee ni ye?

  • Herba tradisi yang dipercayai - Borange adalah herba kegemaran orang Barat yang mampu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina;
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron -  GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki sistem PMS seperti senggugut, mood swing, water retention dan sakit pada payudara;
  • Melambatkan menopaus - mmeperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda;
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuk, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser;
  • Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan (jeragat), tinea dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma artritis. 
  • Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi. Sebab tu, GLA sangat sesuai untuk penghidap diabetes.
  • Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan - merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat), menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit (ada shaping) dan otot untuk mencapai bentuk badan cantik. 
  • Menghalang tekanan darah tinggi - GLA juga bagus untuk menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi dan mengelak masalah jantung. 
  • Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur. 

Kesimpulannya, suka Biha nak tekankan di sini bahawa GLA Complex Shaklee sangatlah bagus untuk mengatasi masalah seperti berikut iaitu:

  • JERAGAT. (bintik penuaan)
  • PARUT JERAWAT. (tona kulit lebih sekata)
  • KULIT KERING. (kulit akan lebih lembut, lembab, berseri-seri dan kemerahan secara semulajadi)
  • RAMBUT KERING. (rambut akan lebih lembab dan lembut)

Biha juga berazam untuk mengamalkannya setiap hari tanpa gagal! hehehe... selain daripada bagus untuk kulit, GLA Shaklee juga terkenal untuk meningkatkan kesuburan wanita (nnti Biha share di entry yang lain) dan pada masa yang sama juga bagus digunakan sebagai perancang keluarga. Eh? macam mana tu?? kena lah tanya Biha.. :)

Berminat nak cuba GLA yang terbaik kebabom ni?

 BUY IT NOW!!


INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-25% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'



Wednesday, 6 August 2014

FAKTOR KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN WANITA

Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri yang bernasib baik dan begitu mudah untuk mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata. Tahap kesabaran yang tinggi diperlukan bagi mereka yang diuji sedemikian. 

Biarpun seringkali orang mengatakan,tak apa belum ada rezeki lagi..rezeki masing-masing,Allah dah tentukan.Ye betul tapi dalam hati setiap pasangan yang sudah bertahun-tahun menunggu kehadiran zuriat penyeri rumahtangga sangat sedih mengenangkan nasib mereka sedemikian.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Cuba bayangkan ,bila ada sesuatu majlis keraian mahupun kesyukuran dengan berkumpulnya sanak-saudara,semestinya ada diantara mereka yang akan menanyakan soalan sensitif seperti "eh bila nak dapat anak?", "belum ada anak lagi?", "cepat-cepatla mengandung"..begitu mudah untuk orang mengeluarkan perkataan begitu tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Pujian harus diberikan kepada pasangan yang tidak pernah kenal erti putus asa dan doa berterusan kepada Allah untuk dikurniakan zuriat kepada mereka. Mari kita lihat antara FAKTOR & MASALAH KETIDAKSUBURAN DIKALANGAN WANITA

Sebelum tu,mai kita fahamkan apa yang dimaksudkan dengan ketidaksuburan :

Definisi Ketidaksuburan:
Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran. 

Ini pula,faktor-faktor ketidaksuburan dikalangan wanita.Saya bukan doktor,jadi apa saya kongsikan ni saya petik daripada bacaan saya sendiri dari website Metro IVF Malaysia.


Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :

Masalah ketidaksuburan wanita adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir satu dalam 10 pasangan yang cuba untuk hamil. Untuk perempuan, isu kesuburan yang paling biasa adalah keseimbangan hormon yang mempengaruhi ovulasi. Berikut adalah beberapa masalah umum yang mungkin memperlahankan dan mengganggu wanita yang cuba untuk hamil:

♥Gangguan Ovulasi
Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes, masalah yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon termasuk badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga boleh tidak berlaku oleh perubahan ketara dalam berat badan.

♥Gangguan Tiub Fallopio
Kerosakan pada tiub fallopio boleh menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Sebab-sebab yang mungkin termasuk
• Keradangan tiub fallopio
• Sebelumnya pernah mengalami kehamilan ektopik/ kehamilan luar rahim.
• Kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan.
• Pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.

♥Endometriosis
Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasanya bertumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan-kawasan di luar rahim, contohnya dalam tiub fallopio, ovari, atau walaupun pundi kencing atau usus mewujudkan persekitaran yang buruk dalam organ-organ ini tidak sesuai untuk hamil. Puncanya sebenar adalah tidak diketahui.


♥Perubahan Kepada Uterus atau Serviks
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. Satu myoma atau fibroid (pertumbuhan dalam rahim) boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau keguguran.


♥Kecacatan Sistem Pembiakan:
Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, kesukaran kehamilan adalah disebabkan oleh pelbagai masalah kongenital dengan sistem pembiakan yang boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina atau gabungan ini.


♥Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS):
Cyst yang berganda terbentuk di dalam ovari. Dalam kebanyakan kes, gangguan ini dikaitkan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh mengganggu ovulasi.


Untuk memastikan kesuburan tiap pasangan suami isteri perlu buat pemeriksaan di hospital utk menentukan samada ada masalah ataupun tidak ye. Biasanya dalam tempoh 6bulan pertama berkahwin tu ok lagila kalau still belum pregnant. Tapi bila dah setahun tu memang risau dan orang duk sibuk tanya2 pulak. 

haa,itu antara punca-punca ketidaksuburan dikalangan wanita ye..Meh,saya nak kongsikan lagi 11 TIPS UNTUK HAMIL DENGAN CEPAT:

11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa Doktor Anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan Berat Badan yang Ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan Seks Yang Lebih Kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan Kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil Multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam Secara Rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.


  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) 
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. 
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats. 
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 


10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

----------------------------------------------------------------------------------
Setelah mengetahui punca ketidaksuburan dan langkah untuk hamil, kita marilah kita berkenalan dengan supplement Shaklee… suka sy ingatkan supplement ini bukan jaminan untuk hamil, namun sebagai usaha untuk menstabilkan hormon, membaiki sel-sel badan agar berfungsi sepenuhnya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Set Kesuburan Shaklee mengandungi vitamin/supplement seperti di bawah:
Untuk Suami dan Isteri
B-Complex
Vitalea
Vitamin C


Untuk Isteri
GLA


Untuk Suami
Zinc


Penerangan setiap supplement:-

B-Complex
Untuk sistem reproduktif yang sihat, penting dalam pembentukan janin, melawan tekanan, mengandungi asid folik, meredakan senggugut.

Vitalea
 Pelengkap nutrisi, tingkatkan metobolisma, redakan senggugut, elak anemia.

Vitamin C
Mengekalkan kolestrol sihat, meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, meningkatkan motiliti sperma, elak sperma membentuk gumpalan

GLA 
Penghasilan estrogen, menyeimbangkan hormon.

Zink
Meningkatkan penghasilan testosterone, meninggikan kiraan sperma, untuk pertumbuhan

PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Okeyyhhh.dah panjang menconteng-conteng kat wall ni,setakat ni ye yang Biha kongsikan untuk entry kali ni..Insyaallah next entry kita review pula FAKTOR & PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI..barulah adil kan?takkan nak review tentang ketidaksuburan wanita je,lelaki pun perlu jugak..hihi..ok,jumpe di next entry.Stay Tuned!!!!

Wassalam