Monday, 6 March 2017

Vitamin Shaklee Mahal, Tak Mampu Untuk Memilikinya ....

"......eh aku tak mampu nak beli vitamin shaklee...."

".......mahal sangat la shaklee tu...."

"......beli shaklee mahal, berkesan ke tak ?......"

".....alaaa, banyak lagi vitamin lain yang murah , tak semestinya makan shaklee boleh sihat, dahla mahal..."

Image result for vitamin shaklee mahal

Itula yang biasa saya dan kawan-kawan shaklee yang lain hadapi . Terfikir juga, betul ke mahal shaklee? Rasanya mahal lagi SAKIT kan? Faham ke faham? hehehe... leave it to you all guys nak "qoute" shaklee tu macam mana. hehehe...

Ni Biha nak kongsikan , 

Kenapa Shaklee Terbaik dan Mahal. Eh, Mahal Ke? hehehe....


Blog ini terlampau tight rasanya. Mungkin sebab Biha banyak berkongsi tentang fakta tu yang nampak serius je. Tapi saya rasa happy dapat berkongsi maklumat yang kadangkala ianya juga baru untuk saya.
Apabila menyiapkan artikel dalam blog ini Biha perlu banyak membaca dan mencari maklumat. Biasanya 5-6 artikel Biha akan baca untuk menghasilkan satu artikel di dalam blog ni. Tidak seperti blog peribadi saya yang segalanya datang dari hati. Tapi artikel blog ini adalah berdasarkan fakta. Jadi, kena study lebih sikit. :)
Biha takkan jemu bercerita tentang ciri-ciri kenapa Shaklee terbaik. Sebab Biha nak anda semua tahu tentang fakta ini dan anda boleh menilai sendiri tentang hakikatnya. Biha juga rasa anda perlu tahu ciri-ciri yang perlu anda lihat dalam memilih supplement terbaik untuk kesihatan sebelum membeli. Biha juga berharap apajua perkongsian memberi manfaat walaupun sedikit.
10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Kenapa Shaklee Terbaik
  1. Shaklee menjalankan lebih dari 100,000 ujian setiap tahun bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk yang dihasilkan. Penting tau benda ni sebab kita ambil supplement untuk kesihatan kan. Kalau tak selamat lain cerita pulak jadinya.
  2. Setiap produk yang dihasilkan diuji 100% bagi memastikan amaun kandungan bahan di dalamnya menepati amaun pada label produk tersebut. Jadi, apa yang tertulis pada label memang diyakini dan dipercayai sebab dah diuji tu.
  3. Shaklee menjalankan lebih dari 350 ujian pada bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk bagi mengesan bahan-bahan bahaya seperti pestisid (racun perosak), logam berat, bahan pelarut dan lain-lain lagi.
  4. Setiap produk yang dihasilkan dipastikan selamat dan berkesan.
  5. Penyerapan produk oleh badan adalah penting Sebab itulah Shaklee menggunakan formulasi yang advance bagi memastikan vitamin yang diambil itu diserap oleh badan sepenuhnya
  6. Shaklee tidak menggunakan perasa tiruan, pemanis dan pengawet di dalam produknya. Bahan yang digunakan adalah dari sumber yang berasaskan semulajadi.
  7. Shaklee menghasilkan produknya mengikut standard dan protokol GMP (Good Manufacturing Practice)
  8. Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang mendapat pensijilan Climate Neutral. Pensijilan ini mengiktiraf syarikat yang tidak menyumbang kepada kesan rumah hijau pada bumi.
  9. Pada tahun 1993, Shaklee telah membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidratan semula mengikut keperluan angkasawan yang digelar AstroAde dan ianya masih digunakan sehingga ke hari ini.
  10. Produk Shaklee digunakan oleh ramai atlet Olimpik yang memengangi pingat. Pada tahun 1996, produk Shaklee membantu ahli-ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta.
Shaklee adalah syarikat yang menghasilkan produk supplement semulajadi yang sudah bertahan lebih kurang 100 tahun.

Mahal ke Shaklee?

Ramai yang menganggap Shaklee mahal. Mahal ke? Jangan tengok pada harga je tau. Tengok juga pada kuantiti yang terkandung di dalam satu botol. Kebanyakan vitamin paling asas Shaklee seperti Vitalea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C 500mg SR adalah untuk kegunaan untuk 3-4 bulan. Kita tengok harga pasaran Vitalea, B Complex dan Vitamin C 500mg SR.
Harga Vitalea RM 88.75 dan mempunyai 120 biji sebotol. Harga sebiji lebih kurang 74 sen. Dulu saya ambil Pharma***. Sebiji RM1.10. Vitalea biasanya sehari diambil 1-2 biji sahaja. Jadi tahan untuk 2-4 bulan.
Harga sebotol B Complex Shaklee adalah RM 53.75. Sebotol B Complex Shaklee mengandungi 120 biji. Setiap hari cuma perlu makan sebiji je B Complex sehari. Jadi sebotol B Complex Shaklee tahan untuk 4 bulan. Sebulan anda hanya membelanjakan lebih kurang RM13 je untuk B Complex yang mempunyai pelbagai khasiat dan faedah untuk fungsi badan.
Jom kita tengok harga vitamin C 500mg SR Shaklee pula. Sebotol vitamin C 500mg SR Shaklee berharga RM92.50. Sebotol Vitamin C 500mg SR Shaklee mengandungi 180 biji. Tahan untuk 3-6 bulan. Kalau makan sehari sebiji sahaja sebulan kita cuma membelanjakan lebih kurang RM 15 sahaja!
Vitalea, B Complex dan Vitamin C adalah vitamin yang paling asas yang boleh diamalkan untuk mendapatkan tahap keperluan optima badan supaya kita sentiasa segar dan bertenaga.
Image result for vitamin shaklee mahal
Jadi masih tak percaya produk Shaklee ni berbaloi harganya??? Dah, tak nak cakap banyak. Nak rasai kehebatan vitamin shaklee ni? Cepat hubungi Biha tau... Fast Action , Fast result !!!

Shaklee ID [No: 906559] 
Contact No: 012-9495513 
Email: kamikamuvitamin@gmail.com

Sunday, 5 March 2017

Kenali Vitamin Anda : SINTETIK vs ORGANIK vs SEMULAJADI ?

KEPENTINGAN MENGENALI JENIS VITAMIN YANG DIAMBIL

Agak-agak , kenapa kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang vitamin? Mesti kita mempunyai alasan tersendiri kan? Anda punya pendapat bagaimana? Di bawah ni, Biha just nak review tentang perbezaan antara vitamin SINTETIK , ORGANIK & SEMULAJADI. Mana pun pilihan anda, mestila anda mempunyai alasan tersendiri kan.

Sebelum tu, mari kita lihat PERBEZAAN & PERBANDINGAN jenis vitamin tersebut :

Image may contain: text




Image result for vitamin sintetikVitamin Sintetik

Vitamin sintetik adalah vitamin buatan sahaja. Walaupun nampak sama, tapi isi kandungannya adalah komponen bahan kimia yang dihasilkan supaya menyerupai rasa dan bahan semulajadi. Ibaratnya macam makan buah-buahan tiruan.


Dari segi kandungan bahannya juga, kebanyakan vitamin sintetik menyenaraikan bahannya dengan akhiran xxxide atau xxxate yang menunjukkan nama-nama bahan kimia yang merupakan bahan tambahan dalam makanan (additif). Contohnya: Acetate dan Palmitate. Beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan ini perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil vitamin yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut kerana kita tidak tahu apakah sumber yang dijadikan bahan tambahan tersebut.


KESIMPULANNYA VITAMIN SINTETIK NI :

  • Nutrien vitamin ini dihasilkan dalam PERSEKITARAN MAKMAL.  Beerti bukan dari bahan semulajadi.
  • Bersumberkan dari TAR ARANG BATU.
  • Biasanya, ianya yang paling murah di pasaran kerana komponennya adalah BAHAN KIMIA.
  • Kebanyakan makanan tambahan adalah dari jenis ini.
  • Syarikat yang mementingkan keuntungan semata-mata akan menggunakan kaedah makmal ini.
  • Secara kimianya, vitamin ini tergolong dalam semulajadi tetapi dari segi STRUKTUR memang jauh berbeza dengan vitamin semulajadi.
  • Vitamin ini dilabelkan dengan "l".

Vitamin Organik


Dihasilkan daripada sumber organik, walaubagaimanapun, vitamin ini telah melalui proses pendedahan kepada haba yang tinggi untuk penghasilannya dan ini menyebabkan nutrien yang terkandung di dalamnya telah hilang sebahagiannya.


KESIMPULANNYA VITAMIN ORGANIK NI :
  • Nutrien yang khusus dipencilkan dari sumber semulajadi, biasanya menggunakan HABA, TEKANAN TINGGI ATAU PELARUT KIMIA YANG KUAT.
  • Ianya sama sekali TIDAK SAMA DENGAN VITAMIN SEMULAJADI disebabkan proses yang dilaluinya.
  • Semasa pemprosesannya, ia melibatkan haba yang berlebihan dan produk PETROLEUM biasanya digunakan menyebabkan ianya kehilangan nutrien.
  • Co-factor yang sepatutnya ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.

Vitamin Semulajadi


Diperolehi daripada sumber semulajadi dan penghasilannya memerlukan bekalan dari sumber semulajadi yang sangat berkualiti tanpa dimasukkan bahan tambahan makanan atau perisa tambahan. Sebab itulah, vitamin semulajadi kebanyakannya tidak mempunyai rasa yang terlalu 'enak' kerana sebolehnya ia diproses secara halus agar masih lagi mengekalkan kualiti kandungan dan rasa asalnya.


KESIMPULANNYA , VITAMIN SEMULAJADI :
  • Dihasilkan dengan pemprosesan yang SEMINIMA MUNGKIN & KEPEKATAN NUTRIEN ADALAH DALAM KESEIMBANGAN YANG MENGHAMPIRI KEPADA KEADAAN IA DITEMUI DALAM ALAM SEMULAJADI.
  • Kos menghasilkannya LEBIH TINGGI berbanding sintetik.
  • Perlukan pelaburan yang tinggi dalam SUMBER SEMULAJADI YANG BERKUALITI.
  • Kebanyakan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi kerana kos tinggi yang terpaksa ditanggung.
  • Enzim TIDAK ALAMI PERUBAHAN MELAMPAU DALAM PEMPROSESAN oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  • TIDAK MENGGUNAKAN pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  • Penyediaan BAHAN MENTAH DARI SUMBER SEMULAJADI YANG BERKUALITI.
  • IMBANGAN SEMULAJADI DIKEKALKA sebaik mungkin
  • Semulajadi adalah bio-kepadatan dan disimpan dalam tisu badan LEBIH LAMA berbanding sintetik.
  • Semulajadi LEBIH MUDAH ditukar oleh badan bagi menhalankan kepelbagaian fungsinya.

Haa.... itulah serba sedikit perbezaan antara ketiga-tiga jenis vitamin ini.  Jadi kesimpulannya, saya sarankan ELAKKAN vitamin sintetik demi kesejahteraan kita sendiri.... ada yang senyum simpul pulak tu, apa katanya?  "Alah.. tak perlu ambil vitamin lagi senang!!!!, tak perlu nak pilih-pilih, sintetik ke organik ke semulajadi ke?," Kalau ada yang fikir begitu??

Oppss, tapi sebelum tu, mengapa saya kata elakkan vitamin sintetik?  Sebab:

  1. Ianya tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh kita kerana sistem enzim kita adalah semulajadi bukan makmal kan?
  2. Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita yang semulajadi ini dengan vitamin sintetik, psst.. lebih kurang sama seperti memadankan sarung tangan kanan ke tangan kiri... Biar betul beb?   
  3. Vitamin semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik, malah 42% lebih berkesan dari sintetik.
... ada juga rakan-rakan saya yang ketakutan, bila tahu beza dan kesan vitamin-vitamin ini, 
"La, selama ini, iye la aku ingat aku dah jaga betul badan aku, sayang betul badan aku, makan vitamin tiap hari.. Rupanya, Vitamin Palsu yang aku makan", "Huh!  Ye ke?  Ceh, membazir je selama ini.."

(Sebenarnya, saya pun dulu tergolong dalam golongan ini, TAPI sekarang, TIDAK LAGI!!! Ya!!!)  Jadi, jangan berlengah lagi tukar lah dari Bukan Semulajadi kepada Semulajadi.  Boleh tanya dengan saya.  Boleh juga beli dengan saya.. Sharing is Caring kan?

Jadi, bagaimana dengan Vitamin SHAKLEE??? Semestinya ianya VITAMIN SEMULAJADI
Image result for vitamin semulajadi shaklee

Shaklee Vitamin Semulajadi

Ya, Shaklee adalah vitamin semulajadi. Ianya telah terbukti selamat dan berkesan dengan pengujian klinikal. Anda boleh memastikannya dengan melihat kandungan vitamin Shaklee yang disimpan tanpa perlukan silica gel untuk memelihara kualitinya. Sama sekali tidak perlu kerana Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi dan tidak mengandungi pewarna, pengawet atau perisa tiruan.


Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..


Shaklee ID [No: 906559] 
Contact No: 012-9495513 
Email: kamikamuvitamin@gmail.com

Saturday, 4 March 2017

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG

Assalamualaikum sahabat semua. Insyaallah hari ini Biha akan kongsikan dengan anda semua , tentang tonik ajaib shaklee untuk pesakit buah pinggang.

Ada tak di antara Mak, Ayah ,adik-beradik ,sanak-saudara mahupun anda yang membaca ni mengalami masalah buah pinggang? Tak kirala sakit bagaimana sekalipun tapi yang melibatkan buah pinggang?

Biha nak ceritakan ,bagaimana keadaan buah pinggang yang masih baik & yang telah rosak.

Perbezaan antara kidney yang sihat & kidney yang mengalami masalah


Bila lihat perbezaan antara kidney yang normal dan abnormal (tak sihat) tu agak seram kan.Moga kita semua terpelihara dari sakit tersebut.

Bagaimana keadaan sedemikian (kidney rosak) terjadi?

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. 

BAGAIMANA NAK TAHU TANDA AWAL KEROSAKAN BUAH PINGGANG?

1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badanseperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

JADI BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG?

Berdasarkan kajian, Vivix mengandungi resveratrol. Resverastrol ini membantu pesakit buah pinggang melalui 6 kaedah iaitu : VIVIX SHAKLEE

  • Mengurangkan penggumpalan platlet dalam buah pinggang VIVIX SHAKLEE
  • Meningkatkan dan memelihara struktur dan bentuk buah pinggang normal VIVIX SHAKLEE
  • Tinggi antioksidan. Oleh itu anti oksidan ini akan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel-sel nephron buah pinggang sekaligus membantu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang VIVIX SHAKLEE
  • Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang pesakit VIVIX SHAKLEE
  • Mengurangkan proses lipid peroksida VIVIX SHAKLEE
  • Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang VIVIX SHAKLEE

Saya kongsikan beberapa testimoni pengguna vivix yang berjaya mendapat kesan positif selepas pengambilannya secara konsisten. Ada banyak lagi.. tapi  hari ni kita kongsikan 6 testimoni dahulu ya VIVIX ..

Image may contain: 1 person, text

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Image result for testimoni vivix untuk pesakit buah pinggang

Bagi mereka yang menghadapi masalah buah pinggang seperti di atas , boleh la mencuba vivix ni.Insyaallah sangat membantu.  Doa ,Usaha (ikhtiar) , tawakkal.. Insyaallah semoga urusan kita semua dipermudahkan.

  
Shaklee ID [No: 906559] 
Contact No: 012-9495513 
Email: kamikamuvitamin@gmail.com


Monday, 20 February 2017

RESULT LANDMARK STUDY SHAKLEE

Graf apa banyak-banyak ni?
Ini adalah salah satu result yang ada dalam LANDMARK STUDY yang dilakukan oleh Dr Galdys Block bersama teamnya dari UC-Berkeley.

Nanti saya cerita lebih lanjut tentang Landmark Study Shaklee.. Harini nak cerita tentang result ni dulu.. Sabar ye....😊
Kajian ni dibuat atas 3 kumpulan sasaran :-
1- Kumpulan yang tak makan suplemen (graf warna biru)
2- Kumpulan yang makan suplemen bukan Shaklee (graf warna merah)
3- Kumpulan yang makan suplemen Shaklee (graf warna hijau)


Hasil daripada kajian ni menunjukkan, Shaklee is the best supplemen untuk diamalkan.
Meh saya nak explain secara ringkas mengenai hasil kajian ni.

No automatic alt text available.
1- Graf Pertama : 
Pengamal vitamin Shaklee, mempunyai peratusan yang rendah mengalami serangan diabetes. (Tapi perasan tak yang bar merah tu tinggi?)

2- Graf Kedua (sebelah kanan graf pertama) :
 Pengamal vitamin Shaklee mempunyai peratusan yang rendah diserang serangan jantung berbanding kumpulan yang lain. (bar yang merah tu pun tinggi)

3- Graf ketiga : 
Pengamal suplemen Shaklee mempunyai peratusan yang sangat rendah mengalami risiko kegagalan fungsi jantung.

4- Graf keempat : 
Pengamal suplemen Shaklee mempunyai peratusan yang rendah berisiko diserang stroke. (yang ni pun bar merah tu tinggi)

5- Graf kelima : 
Pengamal suplemen Shaklee mempunyai peratusan risiko yang rendah mengalami penyakit jantung koronari.

6- Graf keenam : 
Pengamal suplemen Shaklee mempunyai paras triglycerides yang rendah berbanding dengan 2 kumpulan lagi. Bacaan yang ideal ialah 150 dan ke bawah.

7- Graf ketujuh : 
Pengamal suplemen Shaklee mempunyai bacaan yang CRP yang rendah berbanding yang lain. Bacaan n0rmal untuk CPR ni adalah antara 1-3 yang baik untuk mengelakkan penyakit berkaitan jantung.

8- Graf kelapan : 
Pengamal suplemen Shaklee mempunyai bacaan homocysteine yang rendah berbanding yang lain. Bacaan homocysteine yang normal adalah di antara 5-9. Kandungan homocysteine yang tingga dalam darah boleh meningkatkan risiko serangan stroke dan juga penyakit seperti Alzheimer.

9- Graf kesembilan : 
Pengamal suplemen Shaklee mempunyai bacaan HDL yang baik dalam badan. Bacaan HDL yang baik adalah di atas 50. HDL ni adalah kolestrol baik yang membantu kita untuk mengelakkan penyakit jantung.

Secara keseluruhanya, hasil kajian yang dilakukan ni, memang berpihak kepada suplemen Shaklee.. Amazing kan? Dan yang paling penting, ianya dipersetujui oleh 3rd party ye.. Tak berat sebelah.. Dan dah tak boleh dipertikaikan lagi.

Haaaaa....dah tau result kan ? Nanti saya cerita pulak asal usul Landmark Study ni. Macam mana boleh terhasilnya study ni.

Sekarang ni, nampak tak, betapa berkesannya suplemen Shaklee terhadap kesihtan pengamalnya.
Tapi timbul tanya? Kenapa kumpulan yang makan suplemen bukan Shaklee, result kesihatannya tak begitu meyakinkan ye?

Hurrrrmmmmm... Something to ponder..😎😎😎

Nak dengar lagi cerita tentang Landmark Study Shaklee ni? Nanti saya sambung...

SID PRO: 
Shaklee ID [No: 906559] 
Contact No: 012-9495513 
Email: kamikamuvitamin@gmail.com

Sunday, 19 February 2017

SHAKLEE : A Landmark Study Roadshow

Selamat pagi ... apa yang korang lakukan bila bangun seawal pagi? hehehe.. okeyy sendiri jawab ya..akak just nak share , harini 19/2/2017 (Ahad), jam 10.30am-12.00pm berlangsungnya majlis ilmu yang menerangkan tentang kehebatan produk Shaklee .

Nah, tengok poster bawah ni :

DO YOU KNOW ABOUT THE LANDMARK SHAKLEE DIETARY SUPPLEMENT STUDY?

Kalau tak tau, meh akak share serba-sedikit tentang landmark study tu  

Apa benda LANDMARK STUDY tu? 🤔
"Saya terkejut jugak bila tau Shaklee satu2nya company yang membenarkan Landmark study ni dibuat keatas produknya"

Kali ni saya nak share kenapa saya setia dengan shaklee. Sebab shaklee ada LANDMARK STUDY. Landmark ni sesuatu benda atau tempat yang kita guna sebagai rujukan.


Contohnya landmark Mekah, Kaabah. Malaysia (atau Kuala Lumpur) ialah KLCC.
Kalau Burj Khaleefa, landmark bagi Dubai.
Di Paris pula landmarknya Eiffel Tower.


Landmark study Shaklee pula ialah rujukan kpd perbandingan kalau org tanya pasal suplemen.

SIAPA YANG BUAT LANDMARK STUDY?
Landmark study ni dibuat oleh pihak yang tiada kaitan langsung dengan shaklee tau. Bukan orang dalam ye. kajian yang dilakukan adalah ke atas individu yang telah mengamalkan pengambilan Shaklee lebih 20tahun. Ya..20 dan bukannya setahun dua.

Selalunya produk lain, buat kajian dlm jangka masa pendek contoh 5 tahun. Tapi kebanyakan penyakit kronik tak dapat dikenalpasti dalam tempoh tu selepas mereka ambik sesuatu supplemen.

Kenapa?

Biasanya penyakit menunjukkan simptom setelah 10-30 tahun untuk muncul. Betul tak? Cuba lihat sekeliling kita hari ini. Ada tak yg kena Diabetes lepas sarapan teh tarik pagi ni? Ada tak yang tiba2 Kolesterol dia tinggi lepas makan daging rendang semalam? Ada tak?

Disinilah pentingnya Landmark study. Dijalankan untuk jangkamasa panjang. Dan dari situ juga kita tahu samada ianya berkualiti atau tidak. Berkesannya sesuatu produk kepada pengguna sangat penting bagi Shaklee. Shaklee berani mempertaruhkan produknya untuk dibuat kajian dan tak ramai company lain yg berani ambil risiko utk buat Landmark Study.

Sebab tu saya percaya dengan produk shaklee dan akan setia sampai bila bila. Saya tak berani nak cuba supplemen yang berlambak dekat pasaran baru setahun dua. Saya pilih shaklee kerana shaklee memang terbaik...

Credit to : getmedean

SID Pro anda : 
Shaklee ID [No: 906559] 
Contact No: 012-9495513 
Email: kamikamuvitamin@gmail.com

Friday, 10 February 2017

CERITA DARI HATI ||| DARI MATA TURUN KE HATI |||

Assalamualaikum dan selamat pagi..apa sebenarnya "cerita dari hati | dari mata turun ke hati" ni?
Alkisah bagaimana saya terjebak dengan bisnes shaklee ni? Straight to the point, pada 9 March 2013 saya melahirkan seorang khalifah Allah yang diberi nama Muhammad Rasyad B.Muhammad. Ketika melahirkan anak soleh tu, saya belum beli apa-apa ubat/supplement untuk ibu berpantang. Google punya gugel , hati saya tergerak nak  usha set berpantang dari shaklee. Tambahan pula, kat facebook masa tu berlambak orang jual shaklee, iklan itu iklan ini...masakan saya tak teruja kan.Walhal pada masa tu dah ramai yang approach dan suggest set berpantang yang lain. Tapi saya masih berkeras hati sehinggalah sy baca tentang set berpantang shaklee.

Sebenarnya dah lama makayah saya mengamalkan supplement shaklee ni. Botol-botol shaklee yang lama masih lagi tersimpan rapi..hehe..koleksi la katakan.Sekarang mereka keep consisting minum supplement tersohor , VIVIX that is all in 1 supplement. Memang highly reccommended bagi semua lapisan umur . Okey, turn to the topic..

Lepas bersalin baru terhegeh-hegeh nk cari supplement..hehehe...bila dah rasa badan lemah lepas bersalin , saya minta husband belikan full set berpantang shaklee dengan kawan saya yang sekarang menjadi upline saya dalam shaklee ni (Alhamdulillah, beliau sekarang dah berpangkat master iaitu pangkat tertinggi dalam shaklee..tahniah Farhah a.k.a my upline). Masa tu hati masih berdegil tak nak join ahli shaklee sebab tak tau lagi samada berkesan ke tidak dengan saya. Amazingly, within 2 weeks lepas consume set berpantang dari shaklee ni..memang perubahan yang sangat ketara.Sakit-sakit badan lepas bersalin gone, susu badan makin meriah dan banyak lagi la.Tu yang selalu suggestkan pada kawan-kawan , cuba dulu shaklee ..hehehe...memang penerimaan sesuatu supplement berpantung pada badan seseorang.

Paling best masa tu, Ostematrik ..tahu tak kenapa? Ostematrik ni buatkan saya yakin nak membuang.Almaklumla seawal berpantang, yang paling digeruni untuk membuang air besar , dan saya rasa ramai yang berperasaan begitu kan? Melainkan mereka yang bersalin ikut "tingkap" atau tanpa sebarang jahitan. Ketiga-tiga anak saya bersalin dengan koyakan & jahitan. Waktu anak sulung banyak jahitan, yang kedua pun kena jahit dan nurse baiki jahitan masa bersalin anak sulong. You know la kan, bagaimana saya menahan kesakitan sewaktu proses jahitan yang agak lama tu & yang ketiga pun still ada sedikit koyakan.huh..seram wei, tambahan bila nk ke tandas. Cepat-cepat saya telan oste ni bagi elakkan sembelit yang teruk. Dari situla saya mula jatuh cinta dengan shaklee & end up register ahli shaklee on 17/4/2013 (dah nak masuk 4 tahun).

Masa tu join shaklee sebab nak beli dengan harga ahli. Bila join ahli ni dapat harga sehingga 21% jimat tau. Beli untuk makan famili sahaja, belum terfikir lagi nak buat bisnes shaklee ni.hehehe..Seingat saya, saya mula aktifkan diri bershaklee pada bulan keenam selepas sign up as a shaklee member. Waktu tu, saya share apa yang saya rasa bila consume shaklee.Dapatla juga customer dari kalangan kenalan & keluarga. Bonus pertama & kedua saya dengan shaklee ialah RMxx je. Then dari situ, saya terfikir....why not aku share lagi kebaikan shaklee dan bulan seterusnya sangkut la customer dari kalangan strangers. Memang happy tak terkata, bonus pun meningkat dari 2 angka ke RMxxx . Ok la kan, saya masih teruskan berusaha sehingga mencapai ranking first dalam shaklee iaitu SUPERVISOR dengan bonus bulan RMxxxx. Wow, sangat teruja tau..hehehe...so, saya teruskan usaha lagi dan Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berjaya ke next ranking iaitu SENIOR SUPERVISOR juga dengan bonus bulanan RMxxxx. Happy sangat-sangat tau sebab dari rumah boleh jana income  4 angka tu sesambil layan anak kat rumah. Sapa nak bagi kan banyak tu??? hehehe.. then, bila tengah bersemangat tu ... line internet kat rumah buat hal, memang sangat-sangat frust sehinggakan saya langsung tenggelam & hanyut dalam dunia sendiri. Langsung tak ada sharing tentang shaklee dan saya mula rasa tawar untuk nk share kebaikannya. Memang saya BEKU-SEBEKUNYA waktu tu..

Pada pertengahan 2014 saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian diperingkat master (PJJ) selama dua tahun. Pendaftaran tersebut pada September 2014 & Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian pada bulan Julai 2016 yang lepas with flying color. Alhamdulillah Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Throughout the years fokus saya dalam shaklee hilang, time management saya kelaut dengan nak uruskan rumahtangga & nk fokus as a student dengan task yang agak banyak dan mencabar. Sangat bersyukur dikurniakan suami & famili yang sangat memahami. Niat di hati, dah habis belajar nak fokus pada bisnes shaklee tapi Allah kurniakan kepada kami rezeki yang sangat besar. Saya disahkan mengandung anak ketiga dengan morning sickness yang sangat teruk sehingga kena admit ward. huh.. alahan anak ketiga ni juga sama seperti 2 anak sebelum ni, usia kandungan hampir memasuki 8 bulan barulah alahan tu beransur pulih. Masa alahan tu, saya memang tak boleh menatap lama skrin laptop & handphone ..itu yang menjadi kekangan untuk meneruskan sharing tentang kebaikan shaklee.

Hampir 2 tahun menyepi, memang agak kerugian...dalam tempoh berpantang pada awal Januari 2017 yang lepas, saya dah mula share tentang shaklee..Alhamdulillah dari situ memang agak seronok sharing ttg shaklee ni & customer pun makin ramai..berkat niat nak membantu orang lain & nak membantu diri sendiri juga.. hehe..zaman ekonomi yang sangat mencabar ni, dengan bisnes shaklee ni Alhamdulillah dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga. So, saya sarankan kepada surirumah terutamanya, sesambil korang main fb je..why not u share tentang kebaikan shaklee pada orang ramai .. Insyaallah akan dapat membantu diri anda juga. hehe..

Banyak lagi nak share ni, tapi saya simpan dulu ye..bagi yang berminat nak jana income dengan SHAKLEE, jom join us..Insyaallah guide A-Z dari saya dan team kami. Tak perlu risau,semua akan disediakan, korang hanya perlu share kebaikan shaklee pada orang ramai...Itu sahaja sharing dari saya untuk entry kali ni..