Showing posts with label PANDUAN ASAS PEMILIHAN VITAMIN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN ASAS PEMILIHAN VITAMIN. Show all posts

Tuesday, 16 May 2017

Panduan untuk Memilih Set Berpantang Terbaik, Jimat & Berkesan


Tips memilih set bersalin / set pantang yang terbaik

Memilih set bersalin semasa berpantang agak memeningkan terutamanya untuk ibu muda yang mengandungkan anak sulung. Saya juga pernah melalui fasa yang sama sehingga tidak tahu mana yang terbaik dan berkesan untuk diri. Adakala kita sudah memutuskan set bersalin yang mana mahu dibeli setelah membuat kajian sendiri. Namun, feedback atau testimoni daripada pengguna lain membuatkan kita menjadi tidak pasti.


Hari ini saya ingin kongsikan beberapa tips memilih set bersalin yang terbaik dan berkesan untuk anda.

(1) Kenali keperluan diri anda
Anda perlu tahu samada mahu berpantang secara moden atau tradisional atau kombinasi kedua-duanya. Kebanyakan set bersalin di pasaran lengkap dengan pakej untuk kegunaan luaran dan dalaman. Namun begitu, tidak semua produk di dalam set bersalin itu akan digunakan.Jadi nasihat saya adalah untuk memilih produk yang perlu sahaja terutamanya untuk kegunaan luaran. Bagi anda yang ingin berpantang secara tradisional, pastikan badan anda sesuai untuk menggunakan jamu atau tidak.
 
(2) Mesra poket dan jimat
Harga set bersalin juga memainkan peranan dalam memilih set bersalin yang terbaik dan berkesan. Pasti anda mahukan set bersalin yang jimat. Pilih set bersalin yang boleh anda gunakan lagi selepas tempoh berpantang untuk mengelakkan pembaziran.Selain itu, pastikan set bersalin yang dipilih boleh digunakan untuk keadaan ibu bersalin secara normal mahupun pembedahan ( czer). Paling bagus boleh digunakan sebaik sahaja ibu bersalin.
 
(3) Mudah digunakan
Pilih set bersalin yang mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Maksudnya, mudah diuruskan oleh anda sendiri, suami mahupun mereka yang akan menjaga anda semasa berpantang. Proses penyediaan yang rumit dan mengambil masa akan membuatkan ibu berpantang menjadi stress dan berasa rimas. Untuk produk kegunaan dalaman, pilih produk yang ready made supaya anda boleh telan sahaja untuk jimatkan masa kerana anda berpantang dengan bayi kecil yang sentiasa mahukan perhatian.
 
(4) Selamat untuk bayi
Untuk ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi anda semasa berpantang, pastikan produk dalaman yang bakal digunakan selamat untuk bayi anda. Boleh buat survey berdasarkan testimoni pengguna samada produk tersebut menyebabkan bayi mengalami masalah cirit birit, ruam atau permasalahan. INGAT! Apa yang diambil oleh ibu menyusu akan disalurkan kepada bayi melalui penyusuan.
 
(5) Tidak mengganggu susu badan
Susu badan bagi ibu yang baru bersalin secara alami adalah sangat meriah. Pastikan produk yang bakal diambil tidak mengganggu pengeluaran susu badan anda.Rujuk kepada testimoni pengguna jika anda merupakan ibu baru. Sesetengah produk berasaskan jamu boleh mengganggu susu badan
 
(6) Produk kegunaan dalaman mendapat kelulusan daripada KKM
Penting untuk menggunakan produk dalaman yang mempunyai kelulusan KKM bagi memastikan ianya selamat untuk ibu dan juga bayi. 
 
(7) Dapatkan testimoni
Anda boleh mencari testimoni set bersalin pilihan anda dengan carian google. Selain itu, boleh juga bertanya dengan rakan-rakan mahupun saudara mara kerana mereka mungkin telah menggunakan sendiri set bersalin yang terbaik dan berkesan.
Diharapkan tips-tips yang diberikan dapat membantu anda untuk memilih set bersalin yang terbaik dan berkesan.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Image result for Panduan memilih set berpantang shaklee terbaik

DAPATKAN SET BERPANTANG ANDA SEKARANG !!!!



SMALL STEP, RIGHT DIRECTIONS
Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..


| YOUR TRUSTED SID |

Tuesday, 4 April 2017

BUAH PINGGANG ROSAK AKIBAT AMBIL SUPLEMEN SHAKLEE?

"Eh engkau, hati-hati tau..makan suplemen bukannya elok sangat tu kang lelama nanti kena sakit buah pinggang...masa tu takda sapa dah nak nolong ko.."

Biasa dengar tak sindiran sini macam tu? Tak kisah la sesape pun yang cakap. Nampak sangat jakun.hehe..

Meh,mamabee nak story sikit ni.. mamabee sendiri pernah disinis macam ni.Kononya tak mengamalkan pemakanan sunnah. Pelik bin ajaib la kan, bukan ke menjaga kesihatan juga dituntut dalam islam.Bila badan sihat, Insyaallah takda penyebab untuk tidak beribadat kepada yang MAHA ESA kan?Melainkan diri-sendiri yang sengaja menjauhkan diri dariNya.Nauzubillah.

Ok, berbalik pada pengambilan suplemen boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang untuk long term.Apa yang korang rasa? Ada yang cakap,kalau makan suplemen dan kurang minum air masak/air putih mudah dapat masalah kidney.

Saya rasa,mesti ramai yang agak risau dan takut untuk mengambil supplement disebabkan persepsi yang kurang jelas sebegitu. Faktanya ialah, mengambil supplement tidak akan menyebabkan buah pinggang rosak JIKA diambil dengan ilmu & cara pengambilan yang betul.


Yang paling penting, PASTIKAN SUPLEMEN YANG DIAMBIL ITU MERUPAKAN PRODUK YANG BAIK,BERKUALITI SERTA DIYAKINI TAHAP KESELAMATANNYA. Lebih baik lagi jika suplemen itu adalah SUPLEMEN SEMULAJADI dan bukannya sintetik.

Cek diri anda atau orang terdekat atau orang sekeliling yang anda kenali samada mereka mempunyai simptom-simptom kidney problem.


PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG
(Sumber: FreeVitamin)

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi) : situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.


Image result for say no to supplements
BETUL KE SUPLEMEN PENYEBAB SAKIT BUAH PINGGANG?

Sebenarnya kan, ianya bergantung kepada
·        Tahap kesihatan buah pinggang setiap individu
·        Jenis suplemen yang diambil
·        Dan juga jika pengguna mempunyai sebarang penyakit yang lain.

Walaubagaimanapun, memang ada hasil kajian yang melaporkan beberapa jenis suplemen dan herba tertentu yang menyebabkan masalah buah pinggang, namun ia tetap berbalik kepada 3 aspek di atas.

Secara peribadinya, saya merasakan bahawa kualiti suplemen yang diambil juga sangat mempengaruhi tahap kesihatan si pengambilnya. Sudah tentulah suplemen semulajadi lebih mudah diserap dan digunakan oleh tubuh kita berbanding suplemen sintetik kan? Insyaallah supplemen semulajadi tidak membebankan tubuh kita untuk menghadamnya selagi ianya diambil dengan cara yang betul.

National Kidney Foundation (US) menasihatkan orang ramai yang mempunyai penyakit buah pinggang , yang sedang menjalani rawatan dialysis dan juga telah menerima buah pinggang baru supaya mengelakkan KESEMUA suplemen HERBA. Beberapa mineral tertentu seperti kalium, magnesium, kalsium, fosforus dll juga berisiko memburukkan lagi keadaan pesakit.

Kita sebagai pengguna yang bijak perlu berhati-hati dalam memilih suplemen . masalah buah pinggang mungkin terjadi jika suplemen yg diambil tercemar dengan kandungan logam berat. Contoh logam berat yang mungkin terdapat dalam suplemen dan makanan adalah cadmium. Jika diambil dalam masa panjnag, ia akan berkumpul di kidney dan merosakkan fungsinya dan juga boleh melemahkan tulang.

Penting untuk kita mencri suplemen yang benar-benar terbukti selamat. Kalau tengok kat Malaysia ni pun, sudah banyak produk yang diiklan sana sini dan buruan ramai, namun akhirnya berapa banyak yang ditarik atau diharamkan penggunaannya kerana isu keslematan kerana mempunyai bahan berbahaya. Kesian kan bila kita tertipu? Jom semua,jadilah pengguna yang bijak !!!



Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..







Saturday, 21 March 2015

PANDUAN ASAS PEMILIHAN VITAMIN

Bila badan rasa sakit baru terhegeh-hegeh nak dapatkan vitamin kan?Itula kita,lebih mementingkan yang lain dari kesihatan.Hari ni Biha nak share,cara/panduan untuk memilih vitamin untuk kesihatan.

Soalan lazim:"“Apa makanan tambahan yang harus saya ambil ..dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? .. ..Sila rujuk jadual di bawah ini.untuk panduan anda..tidak memihak kepada mana2 brand ..ini hanyalah panduan asas...... info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers..


*tak dpt tunjuk dlm table.. tp bleh refer link ni ===> http://www.mamafaiz.com/2011/02/fungsi-dan-panduan-asas-dalam-memilih.html

PROTIEN
Fungsi
Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protinberkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.

Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.

la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.

Panduan memilih
Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.

Multivitamin
Fungsi
Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
Menampung kekurangan diet yang kecilan.
Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.

Panduan memilih
Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.

VITAMIN C
Fungsi
Meningkatkan . respons imun. .
Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
Membantu penyerapan besi.
Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . .
Membantu memulihkan luka.
Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).

Panduan memilih
Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.


ALFALFA
Fungsi
Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.

Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.

la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.

la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Panduan memilih
Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai

VITAMIN E
Fungsi

" Mungkin melengahkan penuaan sel.
Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.

Panduan memilih
Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.


BComplex
Fungsi
Membantu memerangi kelesuan. .
Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. .
Perlu bagi saraf sihat. .
Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.

Panduan memilih
Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkapini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut

LECITHIN
Fungsi
Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
* Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
Boleh menurunkan kolesterol.
Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.

Panduan memilih
Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.


Kalsium
Fungsi

. Membina tulang dan gigi yang kuat.
Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. .
Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.

Panduan memilih
carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.


BESI
Fungsi
Membina sel-sel darah sihat.
Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
Membantu mencegah anemia.
Penting bagi sistem imun anda.
la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.

Panduan Memilih
Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.

ZINK
Perlu bagi memulihkan luka.
Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
Amat penting dalam sistem imun.
Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
Memainkan peranan dalam respons stres.

Panduan memilih
Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

GENTIAN/ FIBER
Fungsi
Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,
penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut
terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
Panduan memilih
Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus
mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi
pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus
mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi
setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau
banyak kalori bagi kandungan gentian.

JULAP / LAKSATIF HERBA
Fungsi
Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.

Panduan memilih
 Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.

EPA/OMEGA
Fungsi
.Boleh - menurunkan trigliserida. -
Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. .
Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih
Carikan keluaran yang berlabelkan ,,tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

Rabihah Muhamad
Shaklee ID [ No : 906559]
Contact No : 012-9495513
Email : kamikamuvitamin@gmail.com
Like my Fanpage: 
https://www.facebook.com/ourhealthsolutions