Showing posts with label Makanan banyakkan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Makanan banyakkan susu ibu. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

Makanan Tambah Susu Badan?

Jika diikutkan petua orang tua-tua dahulu, pelbagai cara boleh dibuat untuk menambahkan susu badan. Ini khas untuk ibu menyusu ye. Bila susu badan mula merudum, siapa yang tidak risau kan? Hanya ibu-ibu yang mengalaminya sahaja akan memahami.

Ok kita selidiki apa yang orang-orang tua dulu amalkan. Kita tengok tips-tips yang mungkin boleh diikuti:

Kacang Tanah

Kacang tanah ini kaya dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.
menambah susu badan

Longan

Longan ini agak popular juga semasa saya dalam pantang anak kedua. Sebelum ini saya memang tidak kenal langsung "milkbooster" apa yang boleh diambil. Biasanya longan ini boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh kata orang. Ianya dalam bentuk kering dan bolehlah direbus dengan gula batu sedikit untuk memberikan rasa manis. Tapi longan ini tidak serasi dengan saya, pernah amalkan tetapi mungkin juga sebab longan ini agak panas, saya mengalami demam yang tinggi lepas mengambilnya. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, ada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.
penggalak susu

Halba\Fenugreek

Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ianya dikatakan boleh menambahkan susu badan juga. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.
penggalak susu badan

Lobak Putih

Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Saya dulu semasa dalam tempoh berpantang, ada amalkan sup lobak putih, ringkas dan berkhasiat. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.
milk booster

Jantung Pisang

Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah:)
milk booster

Pucuk Betik Muda

Rebuskan daun pucuk betik muda, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu. Boleh diminum 2,3 kali sehari.
meningkatkan susu badan

Kurma

Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu "milk booster" yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam respi boleh dibuat, makan begitu sahaja paling mudah. Jika mahu buat jus pun boleh. Kebiasaannya saya buat resepi kurma bersama susu. Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!
meningkatkan penghasilan susu badan

Habbatussauda/Jintan Hitam

Dikatakan juga sebagai penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
tambah susu ibu

Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.
milk booster


Ada cara lain yang agak popular di kalangan ibu sekarang iaitu dengan pengambilan vitamin-vitamin untuk membantu penghasilan susu yang lebih baik. Antaranya adalah:



Kebaikan dari pengambilan vitamin-vitamin ini adalah:

ESP - membekalkan tenaga, menyuburkan kesihatan kulit,kuku, rambut dan otot.
Penting utk kanak2, ibu menyusu dan individu yg sedang pulih dari sakit. (boleh membantu memekatkan lagi penghasilan susu)
Osteomatrix - mengekalkan tekanan darah normal, menolong pengecutan otot dan saraf.

alfalfa - milk booster
b complex: antistress
Vitalea:utk ibu sentiasa cergas
Vitamin C:mengekalkan kecantikan kulit ibu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 


Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Sunday, 4 August 2013

Bayi Tidak Cukup Susu? Tanda-tanda Yang Perlu Anda Ketahui

Selalu saya mendengar rungutan ibu-ibu baru yang mengatakan bahawa bayi mereka tidak mendapat susu (badan) yang cukup dan membuat keputusan akhir untuk 'top-up' susu formula pada bayi yang baru lahir itu.
Ketahui tanda-tanda bayi tidak cukup susu
Adakah bayi anda mendapat susu badan yang cukup?


Bukanlah saya menidakkan keperluan 'makan minum' bayi namun sebelum anda membuat keputusan untuk 'top-up' susu formula kepada bayi, mari baca beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang maksud bayi tidak cukup susu.

Tanda- tanda Bayi Anda Memang Tidak Cukup Susu 


1. Pertambahan berat badan yang kurang memuaskan
Bagi bayi yang kekurangan susu biasanya pertambahan berat badannya kurang daripada 500 gram sebulan. Manakala bagi bayi yang baru lahir pula, jika berat badannya tidak bertambah selepas dua minggu kelahiran, maka itu menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

2. Bayi kerap menangis
Reaksi sebegini biasanya menunjukkan bayi anda lapar. Walaupun anda kerap menyusukannya, namun dia terus menangis. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia tidak memperolehi susu akhir (hind-milk) yang biasanya mengandungi segala khasiat penting. Susu akhir juga berperanan membuatkan bayi merasa kenyang. Apabila bayi anda puas menyusu, dia akan lebih tenteram.

3. Terlalu kerap menyusu
Masalah ini juga menunjukkan bayi tidak memperolehi susu akhir yang diperlukannya yang disebabkan oleh cara penyusuan dan pelekapan yang kurang berkesan. Oleh kerana itulah, bayi akan kerap menyusu kerana dia tidak merasa kenyang sewaktu menyusu sebelumnya.

4. Pembuangan air kecil yang pekat dan sedikit
Faktor ini juga perlu dititik beratkan. Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang cukup ialah dia membuang air kecil kurang daripada enam kali sehari. Selain daripada itu, air kencingnya berwarna kuning dan berbau kuat.

5. Najis bayi keras, kering dan kehijauan
Ini adalah salah satu lagi tanda yang perlu diambil perhatian. Biasanya bayi yang tidak memperolehi susu yang cukup akan mengeluarkan najis yang keras dan kering. Terdapat juga najis segelintir bayi yang berwarna kehijauan.


Faktor Penyebab Bayi Tidak Cukup Susu


Pasti anda ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan anak anda kelihatan seperti tidak kenyang walaupun kerap menyusu. Apabila anda mengetahui faktor-faktornya maka mudahlah bagi anda untuk membetulkan keadaan dan terus berjaya menyusu sekurang-kurangnya sehingga enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Faktor-faktor tersebut ialah:-

1. Lewat memulakan penyusuan
Ada segelintir ibu yang mengalami masalah selepas kelahiran. Ini mungkin kerana ibu tersebut sakit ataupun bayi sendiri mengalami masalah. Contohnya, bayi pramatang. Jadi,proses awal penyusuan tidak dapat dimulakan dan berkemungkinan menjejaskan penyusuan seterusnya.

2. Tempoh penyusuan yang pendek
Tempoh penyusuan yang pendek menyebabkan bayi tidak merasa kenyang. Ini disebabkan bayi hanya mendapat susu awal yang cair dan tidak dapat mengenyangkannya.Susu awal hanya mampu bertindak menghilangkan dahaga bayi anda. Oleh yang demikian, anda perlu membiarkannya bayi menyusu sehingga dia berhenti sendiri dan nampak selesa. Selalunya susu akhir nampak putih dan pekat selepas setiap penyusuan.

3. Cara melekap yang tidak betul
Apabila ibu tidak membantu bayi melekap dengan betul, maka bayi tidak dapat menghisap payu dara anda dengan baik. Oleh kerana itulah dia tidak puas menyusu. Sokongan anda amat diperlukan ketika bayi menyusu. Dengan membetulkan posisi dan pelekapan pada payu dara, pasti bayi anda dapat menyusu dengan lebih baik.

4. Botol dan puting kosong
Anda tidak digalakkan untuk memberi susu menggunakan botol dan puting kosongkepada bayi jika mahu memastikan penyusuan secara eksklusif berjaya. Ini kerana bayi mudah keliru antara puting ibu dan puting tiruan. Apabila dia sudah terbiasa dengan puting tiruan, maka bayi akan menolak payu dara ibu. Ini akan menyebabkan bayi tidak boleh meneruskan penyusuan susu ibu secukupnya.

5. Tidak menyusu di waktu malam
Hormon prolaktin yang diperlukan untuk menghasilkan susu dirembes oleh kalenjar pituitary dengan banyak di waktu malam. Jika ibu tidak menyusukan bayinya di waktu malam, ini akan menyebabkan payu dara bengkak dan menganggu pengaliran susu yang bakal diberikan kepada bayi.

6. Makanan tambahan
Makanan tambahan boleh dimulakan apabila bayi berumur enam bulan. Pastikan bayi disusukan sebelum diberi makanan tambahan bagi mengelakkan dirinya daripada terlalu kenyang. Sekiranya bayi terlalu kenyang, bayi akan kurang menyusu.

7. Kurang yakin
Ibu kurang berkeyakinan terhadap kemampuan dan kebolehannya untuk menyusu.Keadaan menjadi lebih rumit sekiranya dia kurang berpengetahuan dan tidak mendapat sokongan daripada orang di sekitarnya terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja. Dapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang banyak terdapat di hospital kerajaan dan swasta.


Kredit info Nur Salwa Ishak

Sekiranya anda adalah antara ibu yang menghadapi masalah di atas, sila rujuk kepada mana-mana Kaunselor Laktasi atau berjumpa dengan mana-mana doktor yang pro-breastfeed untuk mendapat maklumat lengkap dan tepat.

Thursday, 18 July 2013

Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul



Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul

1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi
  • Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk
2. Mulut bayi dan areola melekap kuat
  • Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi
3. Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi
  • Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola
  • Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi
4. Lidah bayi berada antara gusi bawahnya dan payudara
  • Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya
5. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan
  • Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum, pekat dan sedikit. 
  • Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi setiap payudara mengambil masa 5 hingga 10 minit.
6. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi
  • Bayi menelan susu
7. Tiada bunyi klik atau Chupp kedengaran
  • Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara bayi menyusu tidak betul
8. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menyusu
  • Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan gusi dan lidahnya. 
  • Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi.
Happy Breastfeeding !!

ESP dan Kalsium boleh membantu untuk BANYAKKAN SUSU ?

Ibu-ibu yang menyusukan anak sudah tentu kadang-kala mengalami masalah susu kurang..salah satu faktor yang menyebabkan susu kurang adalah masalah hormon..hormon apakah itu? Jom kita baca perkongsian hebat dari CikMah Shoppe.

Oksitosin..Tahukah anda oksitosin merupakan satu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak..Hormon ini penting untuk pancutan susu..

Secara ringkas apa itu oksitosin?
  • Penting untuk pancutan susu.
  • Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.
  • Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui puting.
  • Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.
  • Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.
  • Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)
  • Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran susu.
  • Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.
  • Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.
 ESP (Energizing Soy Protein)

Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Kenapa ibu menyusu perlu mengambil ESP dan Ostematrix?

Semasa ibu menyusukan anak, keperluan protein meningkat. Sekiranya ibu kurang mengambil makanan daripada protein ia akan menjejaskan penghasilan susu dan sebab itu juga kenapa protein amat penting. Protein berupaya meningkatkan hormon oksitosin dimana hormon ini yang ditugaskan untuk pancutan susu ibu. Begitu juga dengan pengambilan kalsium yang mencukupi kerana ia sangat diperlukan ketika menyusukan anak. Pada 3 bulan pertama, bayi amat bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Sehubungan itu, kalsium diperlukan utnuk menghasilkan susu. Biasanya ibu yang menyusukan anakatau memerah di pejabat akan mengalami kekurangan protein dan kalsium dalam badan..Bagi mengantikan dengan cepat kalsium tersebut, ESP dan Ostematrix diperlukan untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu dan juga meningkatkan hormon oksitosin bagi memancutkan susu.

Kepada ibu yang menyusukan anak, jangan ragu-ragu untuk mencuba ESP dan Ostematrix kerana ia membantu ibu semua mempercepatkan penghasilan susu ibu. 



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
012-9495513
kamikamuvitamin@gmail.com
FB: Rabihah Muhamad
Fan Page: Kami Kamu & Vitamin

Pantang Larang Semasa Tempoh Penyusuan


Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak sudah tentulah menginginkan bekalan susu sentiasa cukup untuk anak mereka. Bagi memastikan susu sentiasa cukup ibu boleh kenal pasti beberapa perkara ini untuk membantu.
  1. Tidak mengepam atas alasan breast tidak bengkak : TOLONGLAH JANGAN!!! ingat konsep penyusuan "SUPPLY VS DEMAND" Seboleh-bolehnya ibu mesti ada jadual mengosongkan breast secara konsisten sekurang-kurangnya 2 hingga 3jam sekali. Tidak kiralah sama ada mengepam atau secara direct (bagi pada baby).
  2. Pengambilan minumam bergas dan berais : minuman ini tinggi kandungan gula dan kalori, jangka masa panjang boleh memudaratkan tubuh badan dan kesihatan ibu. Apabila ibu sakit, mampukah untuk menghasilkan susu ibu yang berkualiti ? dan minuman berais pula boleh menyebabkan urat kecut ini boleh mengganggu penghasilan susu ibu juga.
  3. Pengambilan minuman berkafein : kafein mampu memusnahkan vitamin b dan vitamin c dalam badan ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak mereka memerlukan kedua-dua vitamin ini bagi memastikan emosi dan mood sentiasa dalam keaadaan positif. Percaya atau tidak emosi yang stabil juga adalah faktor yang menyumbang kepada penghasilan susu ibu.
  4. Pengambilan supplemen khas untuk diet : bagi ibu-ibu yang menyusukan anak yang ingin menurunkan berat badan biarlah secara sihat..jangan mengambil supplemen yang menyekat selera makan dan mempunyai pantang larang memakan makanan-makanan tertentu..jika ibu-ibu diet dan kurang makan dalam masa yang sama menyusukan anak, mana datangnya khasiat dan nutrisi yang perlu disalurkan ke dalama susu ibu ? (jika ingin berdiet pilihlah diet secara sihat dan supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu menyusu)
  5. Banyak merungut : penyusuan susu ibu memerlukan pengorbanan..bersyukurlah kerana ibu mampu untuk menyusukan anak dengan susu ibu..jangan merungut dan mengeluh susu sikit, susu kurang, susu tak pekat dan macam-macam lagi..BERSYUKUR disini membawa maksud kita REDHA dengan apa yang ALLAH bagi..dalam masa yang sama kita cuba memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan.
Mudah-mudahan info ini membantu.. In Shaa Allah..

Happy Breastfeeding !!!


You interested?   
Contact me Rabihah Mohammed Shaklee Independent Distributor [ID No: 906 559] :012-9495513 Mobile    
Fb: Rabihah Muhamad
Fb Fanpage: Kami Kamu & Vitamin

Supplemen Untuk Banyakkan Susu Ibu

Supplemen dalam penyusuan..perlukah???

Fahami konsep asas penyusuan terlebih dahulu sebelum anda ingin mengambil supplemen..

Sumber : Vitaminsemulajadi.com

Benarkah vitamin ni berfungsi untuk membanyakkan susu ibu?

Mula-mula kita bercakap tentang “konsep asas penyusuan susu ibu” dulu. Pengeluaran susu ibu adalah dari keperluan yang ada untuk penyusuan tersebut. Oleh kerana itu ibu-ibu disarankan menyusukan bayi secepat mungkin, dalam masa 30 minit selepas kelahiran. Dan kerapkan menyusu.

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan.

Namun, keperluan zat makanan untuk ibu menyusu memang meningkat berbanding sebelum mengandung dan menyusu. Ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi setiap hari, banyak faktor yang memungkinkan susu ibu menjadi kurang walaupun ibu masih konsisten mengepam dan menyusu secara terus.

Pengambilan vitamin membantu ibu mengatasi masalah dalam dirinya seperti kurang nutrisi, stress, kurang rehat dan sebagainya, namun ibu harus terus mengepam dan sekiranya tidak pernah mengepam sebelum ini (jika anda bekerja) mulakannya sekarang! Pam secara konsisten mengikut teknik yang betul.

Set penyusuan shaklee membantu ibu-ibu menyusukan anak dengan lebih berkesan, menyihatkan tubuh badan dan memberi tenaga. Ramai ibu yang mulanya tak yakin dengan Shaklee, Alhamdulillah kini gembira menjadikan Shaklee sebahagian dalam gaya hidup sihat mereka.

Ingin mendapatkan Set Breastfeeding Shaklee...

Anda boleh pilih 4 Set Breasfeeding Shaklee..baca info di sini :