Showing posts with label Kalsium VS Magnesium. Show all posts
Showing posts with label Kalsium VS Magnesium. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil & Menyusu

Bertemu lagi kita kali ni...lagi tentang kalsium,tapi kali ni Biha nak share tentang kepentingan kalsium kepada ibu yang sedang hamil & juga kepada ibu2 yang fully breastfeeding...Ini antara info yang sangat bermanfaat terutamanya kepada ibu2 di luar sana...

Berapa ramai ibu2 diluar sana yang konsisten mengambil 2 gelas susu sehari...jarang sekali kan? Tapi biha memang penggemar susu , so Alhamdulillah takda masalah tuk minumnya tapi bermasalah bagi mereka-mereka yang tidak menggemari susu sebab susu adalah salah satu sumber kalsium yang sangat penting untuk pembentukan tulang  :)


Ok,kembali kepada tajuk kita pada hari ini, kenapa kalsium sangat penting bagi ibu2 hamil n juga yang menyusukan bayi?Agak2 kenapa ye?Meh,sini jawapannya...Sebenarnya seorang ibu yang sedang hamil (mengandung) perlu mengambil kalsium yang mencukupi untuk membantu perkembangan janin di dalam rahim dan juga kepada ibu sendiri. Selain menyokong perkembangan tunas gigi , tulang janin, jantung yang sihat, saraf dan juga otot,kalsium juga diperlukan ibu bagi memastikan kesihatannya tidak terjejas.

Seorang ibu yang sedang hamil (mengandung) perlu mempunyai kandungan kalsium yang mencukupi untuk membantu perkembangan janin di dalam rahim dan juga kepada ibu sendiri. Selain menyokong perkembangan tunas gigi dan tulang janin, kalsium juga diperlukan ibu bagi memastikan kesihatannya tidak terjejas.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/12/kepentingan-kalsium-untuk-ibu-yang.html#sthash.rPBVpa1o.dpuf
Seorang ibu yang sedang hamil (mengandung) perlu mempunyai kandungan kalsium yang mencukupi untuk membantu perkembangan janin di dalam rahim dan juga kepada ibu sendiri. Selain menyokong perkembangan tunas gigi dan tulang janin, kalsium juga diperlukan ibu bagi memastikan kesihatannya tidak terjejas.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/12/kepentingan-kalsium-untuk-ibu-yang.html#sthash.rPBVpa1o.dpufBerapa Banyakkah Kalsium yang Diperlukan?
Jumlah kalsium yang diperlukan wanita adalah berbeza mengikut umur.

Wanita yang berumur 13 tahun dan ke bawah misalnya memerlukan 1300mg Kalsium sehari. Manakala wanita yang berumur 18 tahun dan ke atas pula memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg Kalsium sehari  samada sebelum, semasa dan selepas proses kehamilan.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai wanita ialah mereka menghentikan pengambilan Kalsium sebaik sahaja selepas bersalin ataupun menyusu. Sebenarnya pengambilan kalsium yang konsisten perlu diteruskan walaupun anda tidak lagi mengandung dan menyusu bagi mengurangkan risiko pereputan tulang atau Osteoporosis daripada berlaku.

Pengambilan kalsium secukupnya juga dapat membantu mengurangkan gejala tegang betis (cramp) dikalangan ibu mengandung.



Masalah Akibat Kekurangan Kalsium
  • Ibu Mengandung  yang kekurangan Kalsium lebih berisiko untuk mengalami komplikasi semasa proses meneran kelak. Selain anda juga berisiko menghidap praeklamspia iaitu gejala tekanan darah tinggi yang sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi.
  • Ibu Mengandung juga lebih berisiko tinggi untuk kehilangan gigi dan menghidap Osteoporosis lebih awal.
  • Kalsium boleh didapati daripada produk tenusu seperti susu, keju, yogurt, ikan sardin, ikan bilis, brokoli dan lain-lain lagi.
  • Kalsium  juga amat penting kepada ibu yang menyusu dalam meyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.
  • Salah satu tips bagi membanyakkan susu juga adalah mengambil makanan yang kaya dengan kalsium dan juga supplement kalsium sebagai pelengkap keperluan kalsium bagi ibu menyusu iaitu 1,200gm setiap hari.

Ostematrix Shaklee menyediakan 1000mg kalsium bersamaan 250mg kalsium dalam setiap kapsul.


Sebahagian ibu menyusu mengalami masalah "susu berkurang" ketika waktu haid. Sebagai contoh hari-hari biasa Ibu dapat mengumpul stok susu ibu sebanyak 30oz sehari tetapi semasa waktu haid Ibu hanya dapat stok susu ibu sebanyak 15-20oz sahaja sehari.

Bagi ibu menyusu juga kalsium sangat membantu dalam mengurangkan masalah "susu berkurang" yang begitu ketara ketika haid. Kerana sewaktu haid, paras kalsium menurun dan turut menggangu bekalan susu anda. dan di waktu-waktu kecemasan begini stok-stok susu ibu sedia ada dapat menampung keperluan bayi anda.

Kesimpulannya,ini kebaikkannya OSTEMATRIX SHAKLEE untuk ibu2 yang menyusu:
- Bayi anda mudah lawas
- Anda juga mudah lawas
- Gigi semakin kuat dan tidak berdarah
- Tiada masalah sakit tulang belakang
- Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan)
- Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat
   kekurangan glikogen)
- Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak
- Tiada lagi masalah kaki kejang
- Bantu perbanyakkan susu ibu
- Seimbangkan paras kalsium semasa haid
- Mencegah osteoporosis
- Mengurangkan PMS
- Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa
- Mengawal tekanan darah
- Menguatkan daya ingatan
- Meningkatkan kesihatan tubuh

 Ok,itu saja yang sempat Biha share pagi ni...dua hari siapkan entry ni tau...hikhik (>‿◠)✌ 
Jika anda pentingkan kesihatan sendiri n juga bayi anda...jom order Ostematrix sekarang!
---------------------------------------------------------------------------------------------

 BUY IT NOW!!


INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-25% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'





Monday, 5 May 2014

KALSIUM,MAGNASIUM PENTING DALAM TUBUH

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. 

Bagaimana pula dengan magnesium?

Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain? 


Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 


Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 


Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. 


Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. 


Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. 
Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik. 


Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. 


Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan. 


Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan. 


Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan. 


Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'