Showing posts with label Kaedah Rancang Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Kaedah Rancang Keluarga. Show all posts

Tuesday, 9 September 2014

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

Assalamualaikum & Selamat pagi semua..Alhamdulillah hari ni dapat siapkan entry di awal pagi disebabkan anak syurga aku tidur dengan nyenyaknya setelah kepenatan seharian bermain di Taman Rekreasi kt Cyrberjaya.Percutian WAHM pun bakal berakhir esok disebabkan hari jumaat ni dah start kelas untuk MBA.Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk menjadi seorang pelajar.

Okey.Insyaallah hari ni Biha nak share pasal "PERANCANG KELUARGA"..
Pernah dengar tak perancang keluarga??Bagi yang sudah berumahtangga memang biasa dengar pasal ni kan?Pengalaman Biha bila setiap kali selepas melahirkan anak (bajet macam dah berkali-kali bersalin ,padahal baru 2x bersalin..ahakkss) bila bawa baby check up kat klinik ,mesti ada satu sesi kaunseling untuk para ibu supaya menggunakan mana-mana kaedah perancang keluarga untuk menjarakkan kehamilan. Biha sudah pun review beberapa buah web & blog tentang kaedah & kesan penggunaan pil perancang kepada kesihatan.Insyaallah di sini Biha ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian tentang tajuk di atas ye :) Jika terdapat kekurangan dan tersilap info boleh terus inform Biha ye.

Sebelum tu,mari kita lihat APAKAH ITU PIL PERANCANG KELUARGA?

Pil perancang keluarga merupakan salah satu kaedah alternatif untuk mengelakkan dan menjarakkan tempoh kehamilan.

Ada dua cara yg kita boleh pilih samada KEKAL atau TIDAK KEKAL...yg tidak kekal pula boleh dibahagikan kepad dua iaitu HORMON dan BUKAN HORMON...kaedah bukan hormon sgt sesuai utk ibu yg menyusu baby...meh Biha cerita serba sedikit apa yang masih lagi melekat kat kepala ni sewaktu dibrainwash oleh officer kat Klinik dulu-dulu..hihihi

HORMON
  1. Pil Perancangrasanya ramai kot yang ambil pil perancang ni...tapi bagi yang pelupa tu, sila fikir banyak kali yer samada nak guna kaedah ni atau tak...kang terskip makan, habislaaaa!! utk ibu yg fully breastfeed baby, doktor suggest ambil jenama noriday...range harga RM20-RM60 sekotak...kesan sampingan seperti naik berat badan, mual, kurang nafsu sex, moody, semua tu bergantung pada individu...
  2. Suntikan: siapa yang pelupa boleh la ambil suntikan...suntikan ni kena buat 3 bulan sekali...effect untuk org yg amek injection ni dia akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur...kadang-kadang berbulan tak datang haid...sekali cucuk RM30-RM80 depends pada hospital yang korang pergi
  3. Implan: kaedah ni siapa yang nak jarakkn anak 3 tahun ke atas boleh la *rasa mcm lama sangat la pulak* implan ni besar dia macam batang mancis, perlu ditanam & dikeluarkan...keburukan dia, kalau tiba2 kita rasa tak serasi atau nak singkatkn jarak anak, terpaksa keluarkn & burn la duit beratus2...range harga rm300-rm500...

BUKAN HORMON
  1. Kondombenda ni senang sangat nak dapat kat kedai...bagi yang selesa, boleh la pakai kondom...kemungkinan mengandung hanya 2%...
  2. IUCD: alat yang ditanam dalam rahim...sesuai untuk sesiapa yang nak jarakkan anak 3 tahun...alat ni tak ganggu hubungan sex & tak ganggu kitaran haid...
  3. Diafragma: sejenis alat yang dimasukkn dlm faraj untuk tutup serviks...kalau pakai kaedah ni, kena masukkn sendiri...huhu...chances nk pregnant dlm 5%...
  4. Tradisionalmenggunakan ubat tradisional, herba atau jamu..
  5. Semulajadi:
  • Menyusukan Anak Sepenuhnya: ibu yang menyusukan akan lambat datang haid...(Tapi Biha masa Rayyan & Rasyad umur 8 bulan dah datang haid) ada yg sampai setahun lebih baru keluar haid...walaupon Biha fully breastfeed, tapi "miss P" datang setelah anakku berumur 8 bulan.
  • Kira Kitaran Haid: melakukan hubungan di waktu selamat/kurang subur...tapi kaedah ni kita kena ada kitaran haid yang teratur baru boleh buat anggaran yang tepat...kalau kitaran haid tunggang-langgang jangan main-main ..hihi
  • Kaedah Azal: air mani dipancutkn ke luar...tapi kaedah ni banyak yang gagal sebab chances nak mengandung tu tinggi


KEKAL
  1. Sterilisasi/Pemandulanuntuk perempuan, tiub fallopio diikat atau dipotong melalui pembedahan...bagi lelaki pulak dipanggil vasektomi iaitu vas defence lelaki dipotong dan diikat...
 *****************************************

"Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus."


Thursday, 19 June 2014

Kaedah-Kaedah Perancangan Keluarga

Perancangan Keluarga
Perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai. Perancangan keluarga perlu untuk menjarakkan anak, supaya ibu dapat pulih sepenuhnya. Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga.Sekiranya ujian air kencing menunjukkan hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga. 

Berikut, merupakan antara kaedah yang kerap digunakan.Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.


IMPLAN (IMPLANON)

kaedah rancang keluarga


Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.
Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.
Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.


Bagaimana implan dipasang?
Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan. Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Anda boleh membuka balutan selepas 24 jam. Kebiasaannya, implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.

Kesan sampingan implan
Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. Implan akanmempengaruhi kitaran haid; kitaran haid tidak menentu atau tiada haid.

Pengeluaran implan
Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.
Sekiranya anda ingin hamil semula, implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas satu bulan.
Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.
Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.


IUCD Multiload Cu250 atau Cu375

kaedah rancang keluarga

IUCD atau "intrauterine contraceptive device" ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.
Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid.Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.

Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala

Prosedur memasukkan IUCD
Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akanmengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akan memotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.

Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal
Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)


Prosedur mengeluarkan IUCD
Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor.Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.
Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akan dikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.
Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.

IUCD Mirena
IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.

PIL PERANCANG NORIDAY

kaedah rancang keluarga

Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.

Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.

Cara pengambilan pil Noriday
Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.

Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang samasetiap hari. Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.
Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan caraalternatif selama 14 hari.

Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.

Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.

Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikancara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu darasetiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.

SUNTIKAN DEPO

cara rancang keluarga

Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo.Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya.Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.
Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.

Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.
Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid.Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:
o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.

PIL PERANCANG KOMBINASI

kaedah rancang keluarga

Ini merupakan cara yang efektif dan 'reversible', boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Namun, pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.
Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.
Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin.

Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:
1) merokok
2)penyakit kencing manis
3)penyakit darah tinggi
4)pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya
5)penyakit hati
6)migraine
7)pernah mengalami darah beku dalam salur darah
8)pernah mengalami kanser payudara
9)mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut
Sekiranya anda menggunakan pil perancang, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda. Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor.Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.

Cara-cara lain yang tidak kekal:
1)Kondom lelaki atau wanita
2)Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma
3)Vaginal ring mengandungi hormon
4)Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu

Cara-cara lain yang kekal:
1)"Bilateral tubal ligation" iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong
2)"Vasectomy" bagi kaum lelaki

*Perbezaan harga:
Kondom: Rm1-2 x 12 = Rm12-Rm24 sebulan
Pil perancang: Rm10-Rm60 sebulan bergantung pada jenis pil
Suntikan depo: Rm45 setiap 3 bulan iaitu Rm15 sebulan
IUCD Cu250: Rm130 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm3.60 sebulan
(IUCD Mirena lebih mahal)
Implanon: Rm535 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm14 sebulan

*Harga hanya anggaran sahaja, bergantung pada ketetapan klinik masing-masing.
Pilihan bergantung pada anda. Marilah kita sama-sama membendung pembuangan bayi yang tidak bersalah. Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab dan rancanglah keluarga anda mengikut kemampuan anda. Jadikanlah setiap anak itu anak yang diingini.

credit to blog Dr Lina

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'