Showing posts with label ALFALFA. Show all posts
Showing posts with label ALFALFA. Show all posts

Saturday, 13 May 2017

Mudahnya Berpantang dengan Set berpantang Shaklee !!!

Dah ramai yang sedar tentang penjagaan kesihatan dalaman ibu selepas bersalin. Alhamdulillah Biha baru je lepas berpantang anak ke-3 yang lahir pada 27 Disember 2016 yang lepas. Semuanya dipermudahkan dengan bantuan SET BERSALIN SHAKLEE.

Ramai sedara-mara, sahabat-handai & jiran-tetangga yang datang melawat tak percaya Biha yang bersalin.Maklumla kan sihat macam orang bukan dalam pantang. Cuba korang bayangkan ,dengan 2 orang anak yang masih kecil (dua-dua hero), ketika berpantang rumah mak, takpe la kan sebab mak ayah & adik-beradik banyak membantu .Tapi bila pulang ke rumah sendiri memang semuanya kena buat sendiri (suami pun banyak juga menolong sebenarnya .hehehe )

Cuma nak cakap, sangat berbeza bersalin kali ni sebab Biha ambil FULL SET BERPANTANG. Memang berbaloi melaburkan some money untuk kesihatan. Lagipun tubuh badan kita bukan untuk digunakan sementara je,selagi hayat dikandung badan memang kita perlu bersiap-sedia. Kesihatan lebih utama,

Ni Biha nak share set berpantang shaklee yang Biha ambil ketika berpantang tempoh hari:

  1. Vitalea
  2. B-Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrik
  1. ESP
  2. Alfalfa
Biha sarankan pada mereka yang sedang berpantang & bakal  berpantang, cubalah set berpantang shaklee ni.Memang berbaloi tau bak kata Orang Putih, memang korang akan dapat ROI (Return On Investment) yang setimpal. Sebab ianya sangat 
  • membantu menyembuhkan luka dalam & luar dengan segera
  • membantu mengurangkan sembelit 
  • memulihkan urat-urat yang 'terputus' ketika bersalin
  • membantu memperbanyakkan susu ibu
  • membantu menurunkan berat badan

Bagi yang masih tercari-cari set selepas bersalin, boleh hubungi Biha untuk konsultasi percuma & cadangan set bersesuaian dengan bajet anda .




SMALL STEP, RIGHT DIRECTIONS
Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..


| YOUR TRUSTED SID |

Tuesday, 27 January 2015

Punca KEPUTIHAN dan penyelesaiannya!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


PST : Post di bawah adalah bahan bacaan untuk 18 tahun dan ke atas!
Jangan cakap saya tak pesan eeeek.

Wanita sinonim dengan masalah keputihan iaitu keluarnya cairan yang tidak normal dari vagina. Cairan ini nanti akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan hingga boleh menyebabkan orang yang mengalaminya akan berasa tidak selesa, gatal, panas bahkan rasa sakit di bahagian intim mereka.


Ada apa dengan keputihan ni?

Keputihan adalah gejala yang berlaku akibat infeksi yang berlaku pada vagina. Infeksi bermaksud berlakunya pembiakan mikro organisme seperti bakteria, parasit, kulat dan virus pada vagina yang menyebabkan perubahan pada cairan yang keluar dari vagina.

Berikut EMPAT sekawan mikro organisme yang menyebabkan berlakunya keputihan :


BAKTERIA

Jangkitan bakteria lebih mudah dijangkiti oleh wanita hamil dan yang menggunakan IUD, dan melakukan hubungan seksual dengan bertukar-tukar pasangan. Akibatnya menyebabkan bakteria jahat berkembang baik.

Keputihan yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai bacterial vaginosis. Lebih kurang 50% wanita yang dijangkiti keputihan jenis ini tidak menunjukkan sebarang gejala. Ciri-ciri yang boleh dikenalpasti : 
  • cairannya lebih hanyir, 
  • berwarna putih kelabu dan 
  • bau hanyir.  

Bau akan menjadi lebih kuat selepas berlaku hubungan intim dan menyebabkan darah haid juga berbau yang tidak menyenangkan. Jika ada alahan di bahagian vagina seperti rasa gatal, namun sifatnya ringan daripada keputihan yang disebabkan oleh candida albicans atau trichomonas vaginalis.


KULAT

Keputihan yang disebabkan oleh infeksi kulat dikenali sebagai candida albicans. Umumnya disebabkan oleh faktor luar dan dalam tubuh wanita itu sendiri seperti kehamilan, kegemukan, mengamalkan pil perancang, ubat tertentu (seperti steroid, antibiotik), penyakit diabetes, kurang antibodi dan cuaca yang panas dan lembap.

Ciri-ciri bagi jangkitan ini, biasanya :
  • cecair berwarna putih kekuningan seperti susu
  • berbau
  • gatal yang keterlaluan
  • ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan paras gula dalam darah naik

PARASIT

Jangkitan parasit trichomonas vaginalis termasuk dalam kumpulan penyakit jangkitan seksual (PMS) kerana cara jangkitannya adalah melalui hubungan seksual. Namun jangkitan juga boleh berlaku melalui perkongsian perlatan mandian seperti sabun.

Ciri-ciri jangkitan ini ialah :
  • cairan yang keluar berwarna kuning kehijauan
  • lebih pekat dan bergumpal
  • bau yang tidak menyenangkan
  • boleh menimbulkan rasa gatal dan alahan pada organ intim

VIRUS

Jangkitan virus sering berpunca daripada penyakit kelamin seperti condylima, herpes dan HIV/AIDS. Condylima boleh dikesan dengan tumbuhnya kutil yang banyak disertai cairan berbau. Jangkitan ini sering dialami oleh wanita hamil.


Bagaimana untuk mendiagnos penyakit ini?

Huhuhu... Dah nama pun mikro organisme. Jadi, untuk mengesan punca keputihan, perlu dilakukan anamnesa, pemeriksaan fizikal khususnya di bahagian dijangkiti dan pemeriksaan makmal terhadap contoh cairan yang diambil. Melalui pemeriksaan makmal, mikro organisme penyebab dapat dikenalpasti.


Cara rawatannya pula?

Antara cara yang akan diberitahu oleh doktor ialah :
  • Vagina perlu sentiasa dibersihkan menggunakan cairan antiseptik yang sesuai
  • Ubat oral akan diberikan, bersesuaian dengan penyebab jangkitan dan kepekaan mikro organisme
  • Amalkan kebersihan diri terutamanya di bahagian organ intim
  • Tidak mengamalkn seks bebas
  • Dapatkan segera pemeriksaan doktor sekiranya ada gejala yang meragukan.

Adakah Shaklee boleh membantu??

InsyaAllah. Ya, Ada.

Alfalfa Complex




Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Testimoni!!!


Macamane? 
Kita perlu bersih luar dan dalam!
Baru hasben kata 'MANTOOOOP'!
hihihi...

Ok.. jangan segan dan malu. Nampak details kat bawah? Ambil phone dan whatsapp segera ya!

***********************************

Rabihah Muhamad
Shaklee ID [ No : 906559]
Contact No : 012-9495513
Email : kamikamuvitamin@gmail.com
Like my Fanpage: 
https://www.facebook.com/ourhealthsolutions

Sunday, 18 January 2015

Kurus Tapi Menggeleber?

Kurus Tapi Menggeleber?


Saya selalu dapat banyak aduan dari ibu2 yang lepas bersalin terutamanya kerana ramai di antara mereka yang berusaha untuk kurus. Anda harus tahu, normal bagi seorang wanita kalau lepas bersalin nak kurus kan. 99% wanita saya rasa begitu.
Menggeleber iaitu yang di maksudkan ialah lebihan - lebihan lemak di bahagian tertentu seperti perut terutamanya..Memang jelas boleh nampak kebuncitan di situ.Juga pada bahagian peha dan lengan kita.Bagi ibu yang lepas bersalin,masalah perut menggeleber itu sangat normal.
Kenapa perut ibu2 lepas bersalin selalunya menggeleber?
Perut anda buncit dan menggeleber selepas bersalin adalah disebabkan oleh diastasis recti, iaitu pemisahan otot perut yang paling luar. Keadaan ini sememangnya normal bagi wanita selepas bersalin dan menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Akibatnya, tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut. Ini menyebabkan perut anda nampak buncit dan masalah lain timbul seperti postur badan yang salah.

Ada tak Vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah perut menggeleber ini?
Tentulah ada. Ini adalah set perut buncit untuk ibu menyusu anak. Selamat di ambil oleh ibu dan tidak mengganggu penyusuan anda. 
Ini yang saya cadangkan untuk anda ~~~




INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-25% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION
Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp/telegram ): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
(Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet)

Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Wednesday, 3 September 2014

Tingkatkan Peluang Kehamilan

Setiap pasangan pastinya menginginkan cahaya mata zuriat penyeri rumahtangga tetapi tidak semua orang yang bernasib baik dikurniakan zuriat sejurus selepas berkahwin kan? Alhamdulillah rezeki zuriat buat saya dan suami agak awal setelah 2 bulan berkahwin saya disahkan mengandung anak yang pertama. Alkisah sebelum mengetahui diriku pregnant..Sehari sebelum mengetahui biha pregnant biha dan kakak menghantar encik suami kat KLIA untuk ke Egypt.Esoknya biha demam agak teruk dan cepat-cepat pergi klinik sebab demam teruk , tak dapat makan & muntah-muntah.Yang peliknya,sebelum hubby berangkat,tak da pula nak demam dan muntah-muntah..hihihi.Masa disahkan hamil biha di sem akhir & tahun akhir belajar kat UIA.Memang sangat-sangat teruji ketika itu kerana  berjauhan dengan suami & morning sickness yang melampau sehingga janin berusia 7 bulan.huhu..Alhamdulillah selepas habis belajar,biha melahirkan anak sulung pada jam 8.59 pagi ,27 December 2010..hihi...Alhamdulillah..rezeki buat kami suami isteri.

huhu...berbicara tentang kehamilan ni,biha ada terbaca bagaiman cara untuk meningkatkan peluang kehamilan.Dalam hal ini, kita sebagai orang awam tidak boleh sama sekali menuding jari kepada pasangan yang belum dikurniakan rezeki kerana mungkin mereka telah sedaya-upaya berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Mungkin mereka telah berhabisan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan zuriat.Rezeki Allah yang tetapkan,Allah pasti mendengar segala rintihan hambanya.Buat teman-teman yang belum dikurniakan rezeki anak,usah bersedih ...Alllah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk anda berdua.Semangat,usaha,doa & tawakkal amat diperlukan.Jangan pula merasa rendah diri jika belum dikurniakan zuriat.

Biha pernah terbaca satu artikel mengenai Peluang untuk hamil,tapi dah lupa artikel tu biha baca kat mana,linknya lupa nk save..Yang biha simpannya potongan artikel tu je..Korang boleh baca kat bawah ni ye:

Menurut pembacaan dari kajian yang dijalankan, manusia adalah antara makhluk tuhan yang paling kurang subur jika dibuat perbandingan dengan mana-mana spesis di muka bumi ini. Kehamilan adalah satu proses yang terhasil daripada gabungan kompleks daripada pelbagai faktor-faktor yang perlu diambilkira.

Mengikut statistiknya, apabila satu pasangan suami dan isteri membuat percubaan untuk memperolehi zuriat, apabila berlakunya persetubuhan intim antara suami dan isteri tersebut tanpa sebarang perlindungan yang boleh menghindarkan kehamilan seperti kondom, hakikatnya hanya 20 peratus sahaja peluang untuk sang isteri mengandung. Manakala, bagi wanita yang berusia dalam linkungan 40-an, peratusan peluang untuk hamil tersebut berkurangan daripada 20 peratus kepada 5 peratus sahaja. 

Inilah yang kelaziman yan terjadi apabila setiap pasangan yang sudah berumahtangga mencuba dan terus mencuba dalam tempoh masa tertentu tapi masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk memperolehi cahayamata. Mula terdetik kebimbangan dalam diri masing-masing apakah diri sendiri atau pasangan mempunyai masalah kesuburan?
KESUBURAN Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

Meningkatkan peluang anda untuk kehamilan

Berikut adalah beberapa cadangan untuk memaksimumkan peluang anda untuk hamil :
  • Mengubah gaya hidup dengan mengkaji kecergasan dan diet anda.
  • Merancang masa terbaik untuk hamil.
  • Menyemak sejarah perubatan anda untuk memastikan ia tidak menjadi halangan.
Bagi sesetengah pasangan yang sudah menimang anak, kehamilan bukanlah sesuatu yang sukar kerana mereka dipermudahkan oleh Allah SWT untuk senang mendapat zuriat. Namun, bagi pasangan yang lain, mereka mungkin memerlukan satu tempoh tertentu dan juga beberapa langkah-langkah tambahan untuk mencapai matlamat akhir mereka iaitu mendapatkan zuriat. Jika anda masih tidak mengandung selepas 12 bulan mencuba segala tips yang dipraktikkan atau enam bulan mencuba jika anda usia anda 35 tahun atau lebih, disarankan agar cuba mendapatkan bantuan pakar kesuburan.

Walaupun begitu, mustahak bagi pasangan untuk terus optimis dan cuba untuk tidak berasa bimbang. Ramai yang tidak tahu bahawa kesukaran untuk mengandung sebenarnya adalah satu perkara biasa. Mengikut sumber, kira-kira satu dalam sepuluh pasangan akan mengalami kesukaran untuk hamil. Lazimnya, kebanyakan mereka yang berusaha dan mengikut saranan yang diberikan, inshaAllah akan hamil. Terdapat pelbagai rawatan yang berbeza. Ada yang mudah. Ada lebih kompleks. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk mendekatkan anda dengan matlamat dan meningkatkan peluang anda untuk berjaya hamil.

Penggunaan Suplemen Bagi Tingkatkan Kesuburan Untuk Hamil


Anda juga boleh mengambil suplemen tertentu bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:
1) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 
Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Apa yang penting adalah bahawa anda dan pasangan sentiasa optimis. Jika ada sebarang masalah, anda perlu berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Berterus-terang dan berbincang akan mengurangkan sebarang stress yang tidak diperlukan dalam situasi ini.

Ingat! Sentiasa berikhtiar. Panjatkanlah doa kepada Allah SWT tanpa putus asa. Jangan putus harapan!


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Monday, 4 August 2014

KISAH 'UDANG GIANT' & KEBEBASAN DARIPADA ALERGIK MAKANAN LAUT

Assalamualaikum ...selamat pagi semua,semoga hari ni baik-baik sahaja..Jom bermarathon siapkan entry & schedules apa-apa yang patut sebelum 'hero' kecilku masih lena dibuai mimpi.Tugas seorang ibu,isteri & anak tidak dapat dipisahkan.Penat ke susah ke,itulah pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T..Alhamdulillah pagi ni masih diberi nyawa,syukur syukur..semoga dengan nikmat kurniaanMu ini menjadikan aku seorang hamba yang bertaqwa dan istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan..Wallaweeehhh,panjangnya muqaddimah biha.Tazkirah la konon.hihihi..

Actually nak share sesuatu yang mungkin terlepas pandang oleh kebanyakan orang tp not for me.Sebenarnya dah lama merasainya tp tunggu tungguu dan tunggguuu,akhirnya harini akan ku bongkarkan.Haishh,suspen je kan?hehehe..Raya lepas kakak iparku yang mengajar di Sarawak bawa balik berkilo-kilo udang yang super besar,anakku panggil udang gergasi,tapi biha modernkan sikit kasi nama "udang giant"..2 ekor sekilo,fuhhh!!!!seram wei nak makan pon..

Nak tengok rupanya??of course la kan dalam gambar nampak kecil tp the real one,wowww amazing!!!!begitu hebat ciptaan Ilahi..Ni Biha uploadkan sikit gambar udang giant tu (ni kes tak tau apa specific name tuk udang ni).Wah daku teruja sudaaa,walaupun ada lagi udang yang super besar kan..hihi..so far,ni la udang yang paling besar yang pernah Biha tengok dan makan.hihi..

Malam tadi berkesempatan tuk masak 'udang besar' ni,tak tau weh nak masak apa.So,hubby Biha cakap masak je apa-apa,campak je apa-apa yang ada kt dapur..So,dengan tanpa ragu-ragu,biha campak apa-apa yang ada di dapur dan diberi nama "UDANG MASAK CAMPAK-CAMPAK"..memang udang adalah kegemaran my Rayyan.Ntahla,dia memang suka makanan laut..hehehe...tak kurang jugak mak bapaknya,kan mana tumpahnya kuah kalau tak kat nasi..hihihi..So,malam tadi dirembat 2 ekor oleh Rayyan dan tanya nak lagi?means tuk udang ke-3,digeleng-geleng kepalanya,dah surrender ..hahahaaha..Jadi,Rayyan kasi chance kat Ummi la melahap,tahap tak sedar diri ada resdung..hihihi...tapi xpe,udang besar punya pasal..Alhamdulillah,semenjak mengamalkan supplement shaklee ni,saya jarang demam,selsema,gatal-gatal dan etc. (sound like,eh banyaknya penyakit aku..hahaha)..Memang sesiapa yang ada penyakit resdung,saya sangat memahami..sangat sangat memahami..tp Alhamdulillah saya dah jumpe penyelesainnya dan saya harus cari penyelesaiannya kerana apa?Kerana saya merupakan salah seorang daripada PENCINTA SEAFOOD..hii...so,by hook or by crook perlu cari apa-apa ubat/supplement untuk mengatasi resdung saya ni..Alhamdulillah dah jumpe.


Ni rupa 'udang giant' sebelum & selepas dikerjakan dalam kuali..hihiihi..
"THE ORANGE GIANT"


eh korang nak tau apa yang Biha makan untuk hilangkan resdung ni??Ni lah jawapannya,hehehe..tak perlu risau lagi.Alhamdulillah ALFALFA Complex Shaklee sangat-sangat membantu Biha untuk mengatasi masalah resdung yang dah sekian lama menyelubungi diri..Nak tau apa lagi yang biha ambil?Pernah dengar habbatussauda'???Pastinya pernah kan?itu adalah salah satu dari pemakanan sunnah..Alhamdulillah,gabungan kedua-dua ni memang superrbbb,bukan setakat dapa hilangkan resdung malah lebih dari itu..Advantage bagi ibu-ibu menyusu yang mengamalkan Alfalfa & habbatussauda' ni..kerana ia akan memboostkan lagi milk production kita.


Ok la,setakat ni dulu ye..lain kali Biha citer panjang lagi.Nak siapkan kerja-kerja rumah dahulu..hihi...Jom sama-sama kita menentang RESDUNG yang boleh menghuru-harakan diri sendiri..hihihi...okeyyhh,see u in da next entry..STAY TUNED!!!


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'