Showing posts with label Teknik penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Teknik penyusuan. Show all posts

Wednesday, 11 September 2013

Vitamin Penyusuan

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

PENTING...bayi perlu dapat susu ibu selama enam bulan.

Protein - diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik - pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

Kalsium - kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 - juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat



ESP - rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.


Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.

B-Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.



Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Sunday, 4 August 2013

Bayi Tidak Cukup Susu? Tanda-tanda Yang Perlu Anda Ketahui

Selalu saya mendengar rungutan ibu-ibu baru yang mengatakan bahawa bayi mereka tidak mendapat susu (badan) yang cukup dan membuat keputusan akhir untuk 'top-up' susu formula pada bayi yang baru lahir itu.
Ketahui tanda-tanda bayi tidak cukup susu
Adakah bayi anda mendapat susu badan yang cukup?


Bukanlah saya menidakkan keperluan 'makan minum' bayi namun sebelum anda membuat keputusan untuk 'top-up' susu formula kepada bayi, mari baca beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang maksud bayi tidak cukup susu.

Tanda- tanda Bayi Anda Memang Tidak Cukup Susu 


1. Pertambahan berat badan yang kurang memuaskan
Bagi bayi yang kekurangan susu biasanya pertambahan berat badannya kurang daripada 500 gram sebulan. Manakala bagi bayi yang baru lahir pula, jika berat badannya tidak bertambah selepas dua minggu kelahiran, maka itu menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

2. Bayi kerap menangis
Reaksi sebegini biasanya menunjukkan bayi anda lapar. Walaupun anda kerap menyusukannya, namun dia terus menangis. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia tidak memperolehi susu akhir (hind-milk) yang biasanya mengandungi segala khasiat penting. Susu akhir juga berperanan membuatkan bayi merasa kenyang. Apabila bayi anda puas menyusu, dia akan lebih tenteram.

3. Terlalu kerap menyusu
Masalah ini juga menunjukkan bayi tidak memperolehi susu akhir yang diperlukannya yang disebabkan oleh cara penyusuan dan pelekapan yang kurang berkesan. Oleh kerana itulah, bayi akan kerap menyusu kerana dia tidak merasa kenyang sewaktu menyusu sebelumnya.

4. Pembuangan air kecil yang pekat dan sedikit
Faktor ini juga perlu dititik beratkan. Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang cukup ialah dia membuang air kecil kurang daripada enam kali sehari. Selain daripada itu, air kencingnya berwarna kuning dan berbau kuat.

5. Najis bayi keras, kering dan kehijauan
Ini adalah salah satu lagi tanda yang perlu diambil perhatian. Biasanya bayi yang tidak memperolehi susu yang cukup akan mengeluarkan najis yang keras dan kering. Terdapat juga najis segelintir bayi yang berwarna kehijauan.


Faktor Penyebab Bayi Tidak Cukup Susu


Pasti anda ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan anak anda kelihatan seperti tidak kenyang walaupun kerap menyusu. Apabila anda mengetahui faktor-faktornya maka mudahlah bagi anda untuk membetulkan keadaan dan terus berjaya menyusu sekurang-kurangnya sehingga enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Faktor-faktor tersebut ialah:-

1. Lewat memulakan penyusuan
Ada segelintir ibu yang mengalami masalah selepas kelahiran. Ini mungkin kerana ibu tersebut sakit ataupun bayi sendiri mengalami masalah. Contohnya, bayi pramatang. Jadi,proses awal penyusuan tidak dapat dimulakan dan berkemungkinan menjejaskan penyusuan seterusnya.

2. Tempoh penyusuan yang pendek
Tempoh penyusuan yang pendek menyebabkan bayi tidak merasa kenyang. Ini disebabkan bayi hanya mendapat susu awal yang cair dan tidak dapat mengenyangkannya.Susu awal hanya mampu bertindak menghilangkan dahaga bayi anda. Oleh yang demikian, anda perlu membiarkannya bayi menyusu sehingga dia berhenti sendiri dan nampak selesa. Selalunya susu akhir nampak putih dan pekat selepas setiap penyusuan.

3. Cara melekap yang tidak betul
Apabila ibu tidak membantu bayi melekap dengan betul, maka bayi tidak dapat menghisap payu dara anda dengan baik. Oleh kerana itulah dia tidak puas menyusu. Sokongan anda amat diperlukan ketika bayi menyusu. Dengan membetulkan posisi dan pelekapan pada payu dara, pasti bayi anda dapat menyusu dengan lebih baik.

4. Botol dan puting kosong
Anda tidak digalakkan untuk memberi susu menggunakan botol dan puting kosongkepada bayi jika mahu memastikan penyusuan secara eksklusif berjaya. Ini kerana bayi mudah keliru antara puting ibu dan puting tiruan. Apabila dia sudah terbiasa dengan puting tiruan, maka bayi akan menolak payu dara ibu. Ini akan menyebabkan bayi tidak boleh meneruskan penyusuan susu ibu secukupnya.

5. Tidak menyusu di waktu malam
Hormon prolaktin yang diperlukan untuk menghasilkan susu dirembes oleh kalenjar pituitary dengan banyak di waktu malam. Jika ibu tidak menyusukan bayinya di waktu malam, ini akan menyebabkan payu dara bengkak dan menganggu pengaliran susu yang bakal diberikan kepada bayi.

6. Makanan tambahan
Makanan tambahan boleh dimulakan apabila bayi berumur enam bulan. Pastikan bayi disusukan sebelum diberi makanan tambahan bagi mengelakkan dirinya daripada terlalu kenyang. Sekiranya bayi terlalu kenyang, bayi akan kurang menyusu.

7. Kurang yakin
Ibu kurang berkeyakinan terhadap kemampuan dan kebolehannya untuk menyusu.Keadaan menjadi lebih rumit sekiranya dia kurang berpengetahuan dan tidak mendapat sokongan daripada orang di sekitarnya terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja. Dapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang banyak terdapat di hospital kerajaan dan swasta.


Kredit info Nur Salwa Ishak

Sekiranya anda adalah antara ibu yang menghadapi masalah di atas, sila rujuk kepada mana-mana Kaunselor Laktasi atau berjumpa dengan mana-mana doktor yang pro-breastfeed untuk mendapat maklumat lengkap dan tepat.

Monday, 29 July 2013

KES-KES BAYI TERSEDAK SUSU DI AKHBAR

DIANTARA BERITA-BERITA YANG SANGAT MENYEDIHKAN HATI IBUBAPA

(BAYI TERSEDAK SUSU)

********************************************************************************
********************************************************************************
*********************************************************************************
*********************************************************************************
*********************************************************************************
*****************************************************************************

**************************************************************************************
*********************************************************************************
*******************************************************************************






Bayi Tersedak Susu Ibu ? Please take note to all mommies !!!!

Saya tak tahu nak cakap apa lah bab ni , benda tak terjadi pada kita kan. Ramai ibu-ibu muda di luar sana yang masih tak faham kalau menyusukan bayi haruslah duduk atau jangan tidur , bayi memang boleh mengawal hisapan dia , kalau dia tak hisap susu tak keluar. Itu teori Doktor dan pakar perubatan yang biasa kita dengar , kalau pergi jumpa Doktor mana-mana pun sama je.
Tapi ada kes yang susu ibunya memang mengalir dengan banyak sekali,bayi tak hisap pun susu tetap akan mengalir , lapik dengan span untuk halang susu ibu tu mengalir pun masih akan mengalir , saya tahu sebab itu pengalaman saya. Bayi tak boleh minum terus dari badan saya kerana susu terlalu laju keluar , saya perlu perah dulu baru susukan bayi , untuk orang yang macam saya , jangan lah sesekali beri susu kepada bayi sambil baring atau pun tidur , memang bahaya.
fl22 footballhold Bayi Tersedak Susu Ibu ? Peringatan Untuk Kaum Ibu tips susu banyak Tips kesihatan kenapa bayi tersedak susu kebaikkan susu badan cara susukan bayi cara menyusukan bayi dengan betul banyakkan susu ibu anak anak
Kadang-kadang bila dah jadi ibu kita kena banyak berkorban , mengantuk macam mana pun .. semasa bayi nak susu berkorban , bangun dan susukan dia , sekejap je pun.. lepas bayi dah habis menyusu sambung lah tidur balik. Jangan leka , nanti akibatnya kita kena tanggung .. menyesal tak sudah lah jawabnya ..Mengandungkan bayi tu 9 bulan bukan senang .. hanya selepas kita lahirkan anak , besarkan dia didepan mata baru terbalas segala kesakitan semasa mengandung dan melahirkan anak tu.
Semoga dapat jadi panduan untuk ibu-ibu yang pertama kali melahirkan bayi , biasa orang yang anak dah 2 – 3 mesti dah faham segala teknik-teknik nak jadi ibu ni. Anak saya semua menyusu badan , bila dah besar baru sambung dengan botol. Allhamdulillah .. rezeki anak-anak melimpah ruah. Susu tak pernah berhenti mengalir.
Kebanyakkan tanya saya , macam mana susu saya boleh begitu banyak . Saya cuma amalkan susu , kurma dan air kosong dengan banyak , walaupun semasa berpantang. Ikut cara orang tua-tua berpantang .. jangan minum air banyak-banyak kan ? tapi bagi saya kalau tak minum air banyak macam mana badan kita nak beroperasi dengan baik ? nak hasilkan susu ? nak melawaskan apa yang kita makan semasa berpantang ? dan macam-macam lagi.
Saya tengok paper hari ni “anak tersedak susu ibu” alahai .. kang ibu-ibu muda takut nak menyusukan anak pulak. Ubah sikit tajuk tu .. tajuk sesuatu berita memainkan peranan.
properbreastfeeding Bayi Tersedak Susu Ibu ? Peringatan Untuk Kaum Ibu tips susu banyak Tips kesihatan kenapa bayi tersedak susu kebaikkan susu badan cara susukan bayi cara menyusukan bayi dengan betul banyakkan susu ibu anak anak
Teknik Penyusuan Ibu Yang Betul :
  1. Pastikan anda selesa (duduk/baring).
  2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
  3. Sentuh puting anda pada mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tompok hitam (aerola) ke mulut bayi.
  4. Dagu bayi menyentuh payudara.
  5. Kedengaran bunyi bayi menelan. (dengar cara bayi menelan , jangan tidur icon smile Bayi Tersedak Susu Ibu ? Peringatan Untuk Kaum Ibu tips susu banyak Tips kesihatan kenapa bayi tersedak susu kebaikkan susu badan cara susukan bayi cara menyusukan bayi dengan betul banyakkan susu ibu anak anak  )

Kenapa Bayi Tersedak Susu – Oleh Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Noor Eliza Hashim,Penulis : RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
 
DR. Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi.“Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus. Ia bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru,” katanya.
Beliau menjelaskan, jika trakea ini tersumbat, udara tidak akan dapat masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan organ-organ di dalam badan tidak mendapat bekalan oksigen.
Menurut Dr. Noor Eliza, organ seperti jantung dan otak jika tidak mendapat bekalan oksigen, tidak dapat berfungsi dan ini boleh menyebabkan kematian.
Dalam keadaan yang normal, makanan yang turun dari mulut tidak akan masuk ke dalam trakea.
“Ini kerana apabila kita menelan, struktur yang dinamakan epiglotis yang terdapat di bahagian pangkal salur trakea akan menutup salur trakea dan makanan itu hanya akan melalui saluran esofagus. Proses inilah yang dilalui bayi yang sedang minum susu,” katanya.
Selain itu, di dalam larinks juga terdapat kotak suara (vocal cord). Semasa bayi menangis, kotak suara ini bergetar dan larinks tidak ditutup oleh epiglotis.
Oleh itu, apabila bayi diberi minum susu ketika dia sedang menangis dengan kuat, risiko untuk susu termasuk ke dalam saluran pernafasan adalah lebih tinggi.
Posisi bayi “Faktor-faktor lain yang menyebabkan bayi tersedak susu adalah posisi bayi ketika menyusu. Susu lebih senang memasuki salur pernafasan jika bayi baring terlentang,” jelas beliau.
Dr. Noor Eliza menjelaskan, cara kedua yang boleh menyebabkan gejala tersedak susu adalah gastroesofagial reflux.
Dalam keadaan ini, susu di dalam perut akan keluar semula ke atas melalui esofagus dan kemudian memasuki saluran trakea.
Ini disebabkan oleh otot sfinkter antara esofagus dan perut yang masih lemah pada bayi.
Reflux ini lebih mudah berlaku jika bayi menyusu dalam keadaan terlentang. Jenis susu yang lebih pekat boleh digunakan untuk mengurangkan masalah reflux ini. Kebiasaannya masalah reflux akan pulih dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar,” tambahnya.
Terdapat juga kes-kes bayi lemas ketika menyusu disebabkan penyakit kongenital atau saraf yang boleh menjejaskan fungsi saluran makanan dan pernafasan.
“Contoh penyakit kongenital seperti trakeo-esofagial fistula iaitu terdapat komunikasi di antara trakea dan esofagus. Walaupun jarang terjadi, faktor penyakit ini meninggikan risiko seseorang bayi itu untuk mengalami masalah tersedak ini,” ujarnya.
Jika berhadapan dengan situasi mencemaskan ini, Dr. Noor Eliza menasihatkan berhenti menyusukan dengan segera dan tegakkan posisi bayi.
Sekiranya bayi kelihatan sukar bernafas segeralah ke hospital yang berdekatan.
Saya dah bold kan dan gariskan apa yang penting dalam petikan ulasan DR.Noor Eliza tu , baca betul-betul , lagi senang jika kita ikut cara menyusu yang bertul di atas , elok untuk diri sendiri dan juga bayi , jika boleh elakkan , kita elakkan , jika dah elak tapi jadi juga , kita kena terima Qada’ dan Qadar nya.