Friday 31 March 2017

SAKIT ITU MAHAL TAU !!!

SAKIT NI MAHAL TAU !!!

Nak tau kenapa saya cakap macam tu? Bagi yang tak pernah sakit , murah la kan sebabnya tak perlu berhabis duit berubat bagai. Tapi kan, ada ke orang yang tak pernah sakit? Semoga dengan ujian kesakitan yang Allah uji itu menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Yang MAHA ESA. Alhamdulillah ..jika kita tidak pernah diuji dengan ujian itu..sentiasa mengucapkan Alhamdulillah kepada pencipta kita.

Berbalik kepada "SAKIT ITU SANGAT MAHAL"

Mahal macam mana tu? Cuba korang fikir, bila dah sakit mestilah kita berikhtiar untuk berubat kan? Berubat kat Klinik Swasta mahupun government semua sama.Semuanya perlukan kos rawatan. Bila dah diuji dengan kesakitan, ubat juga yang kita cari. 

Kali ni Biha nak share , kenapa supplement diperlukan untuk badan kita ? Ada beza ke UBAT & SUPPLEMENT? memang, Biha dulu pun cakap benda tu sama je, walhal it's different..  Jom baca, what's the difference.

PERBEZAAN : 1
UBAT :
Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit. 

SUPPLEMENT :
Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit. 

PERBEZAAN : 2
UBAT :
Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdose juga boleh membawa MAUT!!

SUPPLEMENT :
Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita. 

TAPI AWAS!! Ada juga supplement di pasaran yang ditambah dengan bahan-bahan kimia seperti Steroid dan hormon perangsang. Jadi wajib berhati-hati dengan jenis supplement yang anda ambil. Pastikan supplement yang kita ambil dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

PERBEZAAN : 3
UBAT : Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit. 

SUPPLEMENT : Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari. 

Jadi secara ringkasnya,

Ubat diambil ketika sakit sahaja manakala vitamin boleh diambil bila-bila masa.. dan yang paling penting minum banyak air semasa mengambil supplement.

Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat.

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat digunakan untuk melawan segala penyakit.

Jadi anda pilih sama ada nak pilih mengambil UBAT apabila sudah sakit nanti ataupun nak ambil SUPPLEMENT mulai sekarang untuk menjaga kesihatan anda. Anda yang tentukan!

p.s : Jika anda ingin dapatkan supplement / vitamin semulajadi pertama anda pada harga istimewa, hubungi Biha segera :)


Monday 6 March 2017

Vitamin Shaklee Mahal, Tak Mampu Untuk Memilikinya ....

"......eh aku tak mampu nak beli vitamin shaklee...."

".......mahal sangat la shaklee tu...."

"......beli shaklee mahal, berkesan ke tak ?......"

".....alaaa, banyak lagi vitamin lain yang murah , tak semestinya makan shaklee boleh sihat, dahla mahal..."

Image result for vitamin shaklee mahal

Itula yang biasa saya dan kawan-kawan shaklee yang lain hadapi . Terfikir juga, betul ke mahal shaklee? Rasanya mahal lagi SAKIT kan? Faham ke faham? hehehe... leave it to you all guys nak "qoute" shaklee tu macam mana. hehehe...

Ni Biha nak kongsikan , 

Kenapa Shaklee Terbaik dan Mahal. Eh, Mahal Ke? hehehe....


Blog ini terlampau tight rasanya. Mungkin sebab Biha banyak berkongsi tentang fakta tu yang nampak serius je. Tapi saya rasa happy dapat berkongsi maklumat yang kadangkala ianya juga baru untuk saya.
Apabila menyiapkan artikel dalam blog ini Biha perlu banyak membaca dan mencari maklumat. Biasanya 5-6 artikel Biha akan baca untuk menghasilkan satu artikel di dalam blog ni. Tidak seperti blog peribadi saya yang segalanya datang dari hati. Tapi artikel blog ini adalah berdasarkan fakta. Jadi, kena study lebih sikit. :)
Biha takkan jemu bercerita tentang ciri-ciri kenapa Shaklee terbaik. Sebab Biha nak anda semua tahu tentang fakta ini dan anda boleh menilai sendiri tentang hakikatnya. Biha juga rasa anda perlu tahu ciri-ciri yang perlu anda lihat dalam memilih supplement terbaik untuk kesihatan sebelum membeli. Biha juga berharap apajua perkongsian memberi manfaat walaupun sedikit.
10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Kenapa Shaklee Terbaik
  1. Shaklee menjalankan lebih dari 100,000 ujian setiap tahun bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan produk yang dihasilkan. Penting tau benda ni sebab kita ambil supplement untuk kesihatan kan. Kalau tak selamat lain cerita pulak jadinya.
  2. Setiap produk yang dihasilkan diuji 100% bagi memastikan amaun kandungan bahan di dalamnya menepati amaun pada label produk tersebut. Jadi, apa yang tertulis pada label memang diyakini dan dipercayai sebab dah diuji tu.
  3. Shaklee menjalankan lebih dari 350 ujian pada bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk bagi mengesan bahan-bahan bahaya seperti pestisid (racun perosak), logam berat, bahan pelarut dan lain-lain lagi.
  4. Setiap produk yang dihasilkan dipastikan selamat dan berkesan.
  5. Penyerapan produk oleh badan adalah penting Sebab itulah Shaklee menggunakan formulasi yang advance bagi memastikan vitamin yang diambil itu diserap oleh badan sepenuhnya
  6. Shaklee tidak menggunakan perasa tiruan, pemanis dan pengawet di dalam produknya. Bahan yang digunakan adalah dari sumber yang berasaskan semulajadi.
  7. Shaklee menghasilkan produknya mengikut standard dan protokol GMP (Good Manufacturing Practice)
  8. Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang mendapat pensijilan Climate Neutral. Pensijilan ini mengiktiraf syarikat yang tidak menyumbang kepada kesan rumah hijau pada bumi.
  9. Pada tahun 1993, Shaklee telah membangunkan dan membekalkan NASA dengan minuman penghidratan semula mengikut keperluan angkasawan yang digelar AstroAde dan ianya masih digunakan sehingga ke hari ini.
  10. Produk Shaklee digunakan oleh ramai atlet Olimpik yang memengangi pingat. Pada tahun 1996, produk Shaklee membantu ahli-ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta.
Shaklee adalah syarikat yang menghasilkan produk supplement semulajadi yang sudah bertahan lebih kurang 100 tahun.

Mahal ke Shaklee?

Ramai yang menganggap Shaklee mahal. Mahal ke? Jangan tengok pada harga je tau. Tengok juga pada kuantiti yang terkandung di dalam satu botol. Kebanyakan vitamin paling asas Shaklee seperti Vitalea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C 500mg SR adalah untuk kegunaan untuk 3-4 bulan. Kita tengok harga pasaran Vitalea, B Complex dan Vitamin C 500mg SR.
Harga Vitalea RM 88.75 dan mempunyai 120 biji sebotol. Harga sebiji lebih kurang 74 sen. Dulu saya ambil Pharma***. Sebiji RM1.10. Vitalea biasanya sehari diambil 1-2 biji sahaja. Jadi tahan untuk 2-4 bulan.
Harga sebotol B Complex Shaklee adalah RM 53.75. Sebotol B Complex Shaklee mengandungi 120 biji. Setiap hari cuma perlu makan sebiji je B Complex sehari. Jadi sebotol B Complex Shaklee tahan untuk 4 bulan. Sebulan anda hanya membelanjakan lebih kurang RM13 je untuk B Complex yang mempunyai pelbagai khasiat dan faedah untuk fungsi badan.
Jom kita tengok harga vitamin C 500mg SR Shaklee pula. Sebotol vitamin C 500mg SR Shaklee berharga RM92.50. Sebotol Vitamin C 500mg SR Shaklee mengandungi 180 biji. Tahan untuk 3-6 bulan. Kalau makan sehari sebiji sahaja sebulan kita cuma membelanjakan lebih kurang RM 15 sahaja!
Vitalea, B Complex dan Vitamin C adalah vitamin yang paling asas yang boleh diamalkan untuk mendapatkan tahap keperluan optima badan supaya kita sentiasa segar dan bertenaga.
Image result for vitamin shaklee mahal
Jadi masih tak percaya produk Shaklee ni berbaloi harganya??? Dah, tak nak cakap banyak. Nak rasai kehebatan vitamin shaklee ni? Cepat hubungi Biha tau... Fast Action , Fast result !!!

Shaklee ID [No: 906559] 
Contact No: 012-9495513 
Email: kamikamuvitamin@gmail.com

Sunday 5 March 2017

Kenali Vitamin Anda : SINTETIK vs ORGANIK vs SEMULAJADI ?

KEPENTINGAN MENGENALI JENIS VITAMIN YANG DIAMBIL

Agak-agak , kenapa kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang vitamin? Mesti kita mempunyai alasan tersendiri kan? Anda punya pendapat bagaimana? Di bawah ni, Biha just nak review tentang perbezaan antara vitamin SINTETIK , ORGANIK & SEMULAJADI. Mana pun pilihan anda, mestila anda mempunyai alasan tersendiri kan.

Sebelum tu, mari kita lihat PERBEZAAN & PERBANDINGAN jenis vitamin tersebut :

Image may contain: text




Image result for vitamin sintetikVitamin Sintetik

Vitamin sintetik adalah vitamin buatan sahaja. Walaupun nampak sama, tapi isi kandungannya adalah komponen bahan kimia yang dihasilkan supaya menyerupai rasa dan bahan semulajadi. Ibaratnya macam makan buah-buahan tiruan.


Dari segi kandungan bahannya juga, kebanyakan vitamin sintetik menyenaraikan bahannya dengan akhiran xxxide atau xxxate yang menunjukkan nama-nama bahan kimia yang merupakan bahan tambahan dalam makanan (additif). Contohnya: Acetate dan Palmitate. Beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan ini perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil vitamin yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut kerana kita tidak tahu apakah sumber yang dijadikan bahan tambahan tersebut.


KESIMPULANNYA VITAMIN SINTETIK NI :

  • Nutrien vitamin ini dihasilkan dalam PERSEKITARAN MAKMAL.  Beerti bukan dari bahan semulajadi.
  • Bersumberkan dari TAR ARANG BATU.
  • Biasanya, ianya yang paling murah di pasaran kerana komponennya adalah BAHAN KIMIA.
  • Kebanyakan makanan tambahan adalah dari jenis ini.
  • Syarikat yang mementingkan keuntungan semata-mata akan menggunakan kaedah makmal ini.
  • Secara kimianya, vitamin ini tergolong dalam semulajadi tetapi dari segi STRUKTUR memang jauh berbeza dengan vitamin semulajadi.
  • Vitamin ini dilabelkan dengan "l".

Vitamin Organik


Dihasilkan daripada sumber organik, walaubagaimanapun, vitamin ini telah melalui proses pendedahan kepada haba yang tinggi untuk penghasilannya dan ini menyebabkan nutrien yang terkandung di dalamnya telah hilang sebahagiannya.


KESIMPULANNYA VITAMIN ORGANIK NI :
  • Nutrien yang khusus dipencilkan dari sumber semulajadi, biasanya menggunakan HABA, TEKANAN TINGGI ATAU PELARUT KIMIA YANG KUAT.
  • Ianya sama sekali TIDAK SAMA DENGAN VITAMIN SEMULAJADI disebabkan proses yang dilaluinya.
  • Semasa pemprosesannya, ia melibatkan haba yang berlebihan dan produk PETROLEUM biasanya digunakan menyebabkan ianya kehilangan nutrien.
  • Co-factor yang sepatutnya ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.

Vitamin Semulajadi


Diperolehi daripada sumber semulajadi dan penghasilannya memerlukan bekalan dari sumber semulajadi yang sangat berkualiti tanpa dimasukkan bahan tambahan makanan atau perisa tambahan. Sebab itulah, vitamin semulajadi kebanyakannya tidak mempunyai rasa yang terlalu 'enak' kerana sebolehnya ia diproses secara halus agar masih lagi mengekalkan kualiti kandungan dan rasa asalnya.


KESIMPULANNYA , VITAMIN SEMULAJADI :
  • Dihasilkan dengan pemprosesan yang SEMINIMA MUNGKIN & KEPEKATAN NUTRIEN ADALAH DALAM KESEIMBANGAN YANG MENGHAMPIRI KEPADA KEADAAN IA DITEMUI DALAM ALAM SEMULAJADI.
  • Kos menghasilkannya LEBIH TINGGI berbanding sintetik.
  • Perlukan pelaburan yang tinggi dalam SUMBER SEMULAJADI YANG BERKUALITI.
  • Kebanyakan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi kerana kos tinggi yang terpaksa ditanggung.
  • Enzim TIDAK ALAMI PERUBAHAN MELAMPAU DALAM PEMPROSESAN oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
  • TIDAK MENGGUNAKAN pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
  • Penyediaan BAHAN MENTAH DARI SUMBER SEMULAJADI YANG BERKUALITI.
  • IMBANGAN SEMULAJADI DIKEKALKA sebaik mungkin
  • Semulajadi adalah bio-kepadatan dan disimpan dalam tisu badan LEBIH LAMA berbanding sintetik.
  • Semulajadi LEBIH MUDAH ditukar oleh badan bagi menhalankan kepelbagaian fungsinya.

Haa.... itulah serba sedikit perbezaan antara ketiga-tiga jenis vitamin ini.  Jadi kesimpulannya, saya sarankan ELAKKAN vitamin sintetik demi kesejahteraan kita sendiri.... ada yang senyum simpul pulak tu, apa katanya?  "Alah.. tak perlu ambil vitamin lagi senang!!!!, tak perlu nak pilih-pilih, sintetik ke organik ke semulajadi ke?," Kalau ada yang fikir begitu??

Oppss, tapi sebelum tu, mengapa saya kata elakkan vitamin sintetik?  Sebab:

  1. Ianya tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh kita kerana sistem enzim kita adalah semulajadi bukan makmal kan?
  2. Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita yang semulajadi ini dengan vitamin sintetik, psst.. lebih kurang sama seperti memadankan sarung tangan kanan ke tangan kiri... Biar betul beb?   
  3. Vitamin semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik, malah 42% lebih berkesan dari sintetik.
... ada juga rakan-rakan saya yang ketakutan, bila tahu beza dan kesan vitamin-vitamin ini, 
"La, selama ini, iye la aku ingat aku dah jaga betul badan aku, sayang betul badan aku, makan vitamin tiap hari.. Rupanya, Vitamin Palsu yang aku makan", "Huh!  Ye ke?  Ceh, membazir je selama ini.."

(Sebenarnya, saya pun dulu tergolong dalam golongan ini, TAPI sekarang, TIDAK LAGI!!! Ya!!!)  Jadi, jangan berlengah lagi tukar lah dari Bukan Semulajadi kepada Semulajadi.  Boleh tanya dengan saya.  Boleh juga beli dengan saya.. Sharing is Caring kan?

Jadi, bagaimana dengan Vitamin SHAKLEE??? Semestinya ianya VITAMIN SEMULAJADI
Image result for vitamin semulajadi shaklee

Shaklee Vitamin Semulajadi

Ya, Shaklee adalah vitamin semulajadi. Ianya telah terbukti selamat dan berkesan dengan pengujian klinikal. Anda boleh memastikannya dengan melihat kandungan vitamin Shaklee yang disimpan tanpa perlukan silica gel untuk memelihara kualitinya. Sama sekali tidak perlu kerana Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi dan tidak mengandungi pewarna, pengawet atau perisa tiruan.


Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..


Shaklee ID [No: 906559] 
Contact No: 012-9495513 
Email: kamikamuvitamin@gmail.com

Saturday 4 March 2017

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG

Assalamualaikum sahabat semua. Insyaallah hari ini Biha akan kongsikan dengan anda semua , tentang tonik ajaib shaklee untuk pesakit buah pinggang.

Ada tak di antara Mak, Ayah ,adik-beradik ,sanak-saudara mahupun anda yang membaca ni mengalami masalah buah pinggang? Tak kirala sakit bagaimana sekalipun tapi yang melibatkan buah pinggang?

Biha nak ceritakan ,bagaimana keadaan buah pinggang yang masih baik & yang telah rosak.

Perbezaan antara kidney yang sihat & kidney yang mengalami masalah


Bila lihat perbezaan antara kidney yang normal dan abnormal (tak sihat) tu agak seram kan.Moga kita semua terpelihara dari sakit tersebut.

Bagaimana keadaan sedemikian (kidney rosak) terjadi?

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. 

BAGAIMANA NAK TAHU TANDA AWAL KEROSAKAN BUAH PINGGANG?

1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badanseperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

JADI BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG?

Berdasarkan kajian, Vivix mengandungi resveratrol. Resverastrol ini membantu pesakit buah pinggang melalui 6 kaedah iaitu : VIVIX SHAKLEE

  • Mengurangkan penggumpalan platlet dalam buah pinggang VIVIX SHAKLEE
  • Meningkatkan dan memelihara struktur dan bentuk buah pinggang normal VIVIX SHAKLEE
  • Tinggi antioksidan. Oleh itu anti oksidan ini akan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel-sel nephron buah pinggang sekaligus membantu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang VIVIX SHAKLEE
  • Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang pesakit VIVIX SHAKLEE
  • Mengurangkan proses lipid peroksida VIVIX SHAKLEE
  • Membantu mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang VIVIX SHAKLEE

Saya kongsikan beberapa testimoni pengguna vivix yang berjaya mendapat kesan positif selepas pengambilannya secara konsisten. Ada banyak lagi.. tapi  hari ni kita kongsikan 6 testimoni dahulu ya VIVIX ..

Image may contain: 1 person, text

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

No automatic alt text available.


Image result for testimoni vivix untuk pesakit buah pinggang

Bagi mereka yang menghadapi masalah buah pinggang seperti di atas , boleh la mencuba vivix ni.Insyaallah sangat membantu.  Doa ,Usaha (ikhtiar) , tawakkal.. Insyaallah semoga urusan kita semua dipermudahkan.

  
Shaklee ID [No: 906559] 
Contact No: 012-9495513 
Email: kamikamuvitamin@gmail.com