Showing posts with label Petua hilangkan selsema dan batuk. Show all posts
Showing posts with label Petua hilangkan selsema dan batuk. Show all posts

Friday, 6 December 2013

Batuk kahak berpanjangan..Adakah ianya penyakit kronik?

Assalamualaikum semua..
Kali ni saya nak share info mengenai batuk kahak yang berpanjangan. Sekarang ni cuaca tak menentu..sekejap panas sekejap hujan dan perubahan cuaca sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan kita. Saya dan keluarga pun tak terkecuali. Terkena lah jugak tempias batuk tapi takdelah teruk sangat..masih boleh dikawal.
Banyak punca batuk ni..ada yang disebabkan oleh asap rokok, asma, serangan bakteria atau virus dan tak kurang juga disebabkan oleh penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser. Kebiasaannya batuk ni akan hilang dalam 3-4 hari. Paling lama pun seminggu lah kot. Yang penting jangan tunggu sampai melarat baru nak cari penawar batuk ni sebab batuk kahak berpanjangan ni boleh mengundang kepada penyakit kronik!
Mengikut MayoClinic.combatuk yang dianggap teruk atau tahap kronik ni jika anda mengalaminya lebih dari 8 minggu dan cepat-cepatlah pergi jumpa  pakar yang berkenaan. Risau takut terkena jangkitan paru-paru atau organ lain lak nanti. Lebih-lebih lagi jika anda seorang PEROKOK! Baca untuk mengetahui penyakit COPD bagi perokok.
Saya dulu pernah mengalami batuk kahak berpanjangan selama berbulan-bulan (4-5 bulan)..Seksanya ya Allah..Allah je yang tau..dah la waktu tu mengandung.Setiap malam jadi fobia nak tido sebab tengah-tengah malam terjaga dan tak boleh nak bernafas selagi tak muntah. Bila muntah..dan kahak keluar..barulah boleh bernafas. Tarik nafas pun tak lepas..macam oksigen tersangkut. Yang paling tak suka..bila jumpa doktor..tarik nafas semuaaaaanya ok! Jadi doktor buat kesimpulan takde lung infection. Hurmmm..banyak kali gak la pergi dan sambung ubat batuk dan antibiotik. Waktu mengandung ni mana lah boleh makan sangat ubat batuk kan..kalau dia bagi pun dos yang paling minima. Saya pun dah cuba macam-macam petua yang orang cakap..makan kicap lah..air limaulah..madulah..semuanya tak menjadi..hanya dapat melegakan kejap je..Jadi saya control gitu jelah..Waktu tu saya tak tahu pun Omega ni boleh melegakan batuk dan mencairkan kahak. Kalau tak preggy..saya biasa makan Ubat Batuk cap kelapa laut tu je..hehe..atau pun ubat yang doktor bagi..tapi ngantuknyer..sabor je lah.
Bila dah tau..mula-mula saya buat eksperimen kat suami saya. Waktu tu dia sakit tekak..malam before tidur dia telan sebiji..dan Alhamdulillah esok dia cakap lega sangat tekak. Malam yang dia tidur tu memang dia batuk teruk..tapi dia cakap batuk tu terus keluar kahak. Dan sekarang..bila saya perit tekak dan batuk..saya sendiri berpeluang cuba Omega Guard sebagai penawar batuk kahak ni. Yes..amazing! It works on me..Memang kurang sangat rasa perit tekak..dan memang betul omega boleh mencairkan kahak. Lagi cepat kesannya dari saya makan ubat batuk dan yang penting tak ngantuk! Hehehhe.. ;p
Jadi, kalau anda pun mengalami masalah yang sama dengan saya..boleh cuba Omega Guard..lagi-lagi kalau yang pregnant tu kan..Bukan je dapat redakan batuk tapi dapat banyak khasiat Omega Guard yang lain. Mesti setiap ibu impikan anak yang genius kan? :)
Oh ya..macam mana Omega Guard membantu dalam mengatasi masalah batuk kahak berpanjangan ni? Bila batuk, tekak pun rasa perit dan kemerah-merahan sebab dah terkena jangkitan kuman.
Sebenarnya asid lemak Omega-3, DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard tu lah bertindak sebagai anti-keradangan.
Saya kongsikan satu artikel dari Livestrong 

Fish oil and Asthma

According to the National Institutes of Health, fish oil might be beneficial for asthma because it improves air exchange in the lungs. The effect is primarily seen in children, versus adults. Indiana University researchers found that 3.2 grams of eicosapentaenoic acid, or EPA, and 2 grams of docosahexaenoic acid, or DHA, a day was able to help patients with asthma reduce the need for medications post-exercise when asthma symptoms are more likely to occur.

Airway Inflammation

Researchers from Division of Epidemiology, School of Public Health, and Department of Laboratory Medicine and Pathology, University of Minnesota, Minneapolis, Minnesota; and H. Lee Moffitt Cancer Center and Research Institute, Tampa, Florida studied DHA in fish oil’s effect on chronic obstructive pulmonary disease. From the research, conducted in animals, the authors concluded that omega-3 fatty acids might treat inflammatory types of respiratory ailments. Viruses, environmental pollution and bacteria that can lead to cough all produce inflammation in the lungs.

Immune Function

In a study of trauma patients, researchers from China gave intravenous fish oil to trauma patients. They compared immune function biomarkers in the bloodstream to a group of patients given soybean oil. The patients given omega-3 fatty acids had a significant boost in immune response to help fight infection. The trial results showed fish oil enhanced immunity at a cellular level.
Yang preggy tu jangan batuk waktu meneran..hehe..saya dalam labour room pun masih batuk lagi..nasib baik Allah permudahkan waktu nak bersalin..tak terbatuk nak meneran..hehhe..
Harga runcit RM136 untuk Semenanjung dan RM140 untuk Sabah Sarawak. Jom dapatkan Shaklee Omega Guard anda hari ini dengan HARGA ISTIMEWA sempena PROMOSI BULAN DECEMBER 2013!!! Hubungi saya di 012 9495513 atau email jer kamikamuvitamin@gmail.com
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Thursday, 5 December 2013

Tips dan Petua untuk hilangkan Selsema dan Batuk




Assalamualaikum dan aaahhhaaaaiiii~~~~




*****************************************************************



Maaf ye sejak kebekangan ni entri ala-ala mak sanggaaattt.... Just nak sharing pada ibu-ibu baru di luar sana yang mungkin tidak tahu.


Alhamdulillah Bukhary telah pulih sepenuhnya dari selsema dengan izin Allah dan pelbagai ikhtiar.


Hampir 3 bulan (on and off) kalau 2 hari sembuh sambung balik dalam 2 minggu selsema keluar. Semakin hari semakin teruk dan tidur pun susah nak lena (T_T).

Ketahuilah wahai ibu-ibu, anak bawah 2 tahun tidak elok dan tidak ada ubat selsema dan juga ubat batuk. Sama sekali tidak membantu menyembuhkan penyakit dia. Hanya ubat kahak yang membantu dia untuk keluarkan kahak dan mengurangkan batuk.


Sebenarnya banyak sangat perubatan semulajadi yang kita boleh cuba dan cuba sehingga salah satunya membantu menyelesaikan masalah anak kita. Semua ni yang Dalee kongsikan ini telah dikumpul dari pelbagai blog dan kumpulan2 seperti Kumpulan Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak dan HSFFYB. Terima kasih semua (*__*)


Sepanjang Bukhary selsema dan kadang-kala batuk macam2 remedy yang Dalee cuba diantara seperti di bawah :


SEGI PERMAKANAN :


1. Elakkan makanan yang membina mucus dan banyakkan makanan yang boleh membuang mucus (kahak).

2. Berikan anak makan banyak protein especially bahagian tengah ayam.
3. Berikan anak makan sup kaki ayam dan sup tulang ayam/ayam yang telah direnih selama lebih 18 jam.  
Nota : Kumpulan permakanan adalah berdasarkan umur anak.

SEGI PETUA
 1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..info khasiat bawnag putih selebihnya boleh rujuk http://allmedmedia.com/garlic-health-benefits/
2. Petua Garlic socks : 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
 
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!
3. Petua bawang merah

Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 



Nota : Jangan sekali2 menggunakan bawang yang telah terdedah.  



4. Steaming and cupping






Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming. 


5. Sedut kahak dan nebulizer

Sila berjumpa dengan doktor Nadir Khan di alamat di bawah



Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tel : 03-41421614

(dekat dengan Menara kausar, belakang LHDN)

Doktor ini akan menerangkan seterang2nya masalah mukus ini. Sangat baik dan efisen. Caj dalam RM70 - RM100 setiap kali lawatan.



Segi kebersihan :

1. Pastikan ibu-ibu mop lantai rumah dengan Dettol. Lap dan bersihkan habuk2 di almari, kerusi dan bahagian lain dengan dettol. Pastikan juga ada ada penyegar Febreeze di udara. (serius ni tak tipu). InsyaAllah membantu mengurangkan kuman dan virus di rumah.



Segi kerohanian :

1. Jangan lupa dan terus berdoa dan bersedekah. InsyaAllah. Keyakinan kepada Allah perlu diletakkan di tempat yang tertinggi.


***************************************************************


Syukur internet dapat membantu Dalee mencari petua-petua dan maklumat2 tersebut. Terima kasih juga kepada mak-mak yang sudi berkongsi petua. Semoga anak2 kita sehat dan membesar sebagai Khalifah Allah yang berjaya. InsyaAllah.


 Lots of luv,
Biha

Credit to: Dalee


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya