Showing posts with label Mitos tentang kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Mitos tentang kehamilan. Show all posts

Monday, 15 September 2014

PCOS Penyebab Wanita Sukar Hamil




Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut. 


Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. 


Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. 


TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS 

1. Tidak Subur atau Mandul 
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak. 


2. Haid Tidak Teratur 
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 


3. Gemuk 
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 


4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan 
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. 


5. Tumbuh Rambut 
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini. 



PUNCA PENYAKIT PCOS 

Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. 

Penyakit PCOS juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCOS. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCOS. 


TUJUAN RAWATAN 

Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. 


ANTARA RAWATAN PCOS 

1. Mengawal Kegemukan (Obesity) 
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik. 

2. Meningkatkan Kesuburan Wanita 
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti: 


a. Ubat subur Clomiphene 
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda. 


b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin 
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda. 


c. Ubat Metformine 
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan. 


3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´ 
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. 

Friday, 27 June 2014

10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu

Dalam usaha anda untuk memahami tentang kesuburan wanita atau lelaki. Anda perlu bijak untuk memisahkan yang mana satu mitos dan yang makna pula fakta sebenarnya. Lazimnya, ramai yang tidak tahu tentang 10 Mitos Tentang Kesuburan ini. Informasi yang tepat tentang kesuburan akan membantu mempertingkat peluang bagi pasangan suami isteri yang berusaha untuk menimang cahayamata. Justeru, coretan kali ini memaparkan 10 perkara yang perlu lelaki dan wanita tahu tentang kesuburan.

Adakah ianya mitos atau fakta?
TripletsBlog 5 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu
1. Mitos: Jika lelaki berejakulasi itu petanda mereka subur.
Kebenaran: Lelaki mungkin mempunyai jumlah kuantiti sperma yang rendah, kadar motilitas (pergerakan) sperma yang rendah atau sperma yang berkualiti rendah TETAPI masih boleh berejakulasi . Dalam beberapa kes, air mani mungkin tidak mengandungi sperma sama sekali! Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam air mani lelaki adalah melalui analisis makmal.

2. Mitos: Isu tentang kesuburan lebih cenderung kepada wanita berbanding lelaki.
Fakta Kebenaran: Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina sama lelaki atau wanita. Statistik jelas menunjukkan, faktor lelaki dan perempuan menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama iaitu kira-kira satu pertiga. Baki satu pertiga lagi adalah sama ada gabungan kedua-duanya atau atas sebab-seban yang tidak dapat dijelaskan.

3. Mitos: Pasangan mempunyai masa untuk terus mencuba sehingga usia mencecah 40 tahun.
Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kadar kejayaan rawatan kemandulan serta kebolehan semulajadi anda untuk hamil. Kesuburan merosot secara drastik apabila usia anda melepasi 35 tahun. Pada usia 40 tahun, wanita yang sihat mempunyai peluang kira-kira 5 peratus untuk hamil dalam bulan berlakunya hubungan intim tersebut. Namun adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya selepas 12 bulan mencuba masih belum menampakkan hasil. Manakala bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas disyorkan berjumpa doktor selepas 6 bulan jika masih belum hamil.

4. Mitos: Kami tidak mempunyai sebarang masalah kerana kami kedua-dua muda dan sihat.
Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kesuburan tetapi ia bukanlah satu jaminan bahawa anda dan pasangan tidak mempunyai masalah kesuburan. Hanya kerana anda masih muda dan sihat tidak bermakna anda adalah sangat subur. Jika anda di bawah umur 35 dan telah cuba untuk hamil selama setahun tanpa masih gagal, eloklah anda mengatur temujanji berjumpa pakar.
fact or myth 300x246 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu
5. Mitos: Wanita akan melalui rawatan kesuburan berakhir dengan kembar atau kembar tiga.
Kebenaran: Majoriti wanita yang berjaya dengan rawatan kesuburan akan mempunyai seorang anak tunggal. Rawatan untuk ketidaksuburan akan meningkatkan risiko kehamilan berganda lebih tinggi daripada biasa namun ianya dapat dikurangkan. Statistik terkini menunjukkan, rata-rata 21 peratus daripada kehamilan melalui kaedah IVF dan ICSI adalah kembar dan hanya 1 peratus adalah triplets.Ini adalah disebabkan oleh amalan ini akan memindahkan beberapa embrio ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang untuk berjaya. Berbincang dengan doktor anda untuk cara-cara mengurangkan risiko kehamilan berganda.

6. Mitos: Mudah hamil bagi bayi pertama, justeru tidak mungkin bermasalah dengan yang kedua.
Kebenaran : Anda ada sebab untuk optimis . Namun mungkin juga banyak perkara yang telah berubah sejak dari kehamilan terakhir itu . Sesetengah pasangan didiagnosis dengan kemandulan sekunder (secondary infertility) , yang boleh berlaku walaupun berjaya hamil dan melahirkan anak sebelum ini.

7. Mitos: Rawatan kesuburan rawatan adalah bertentangan dengan lumrah alam.
Kebenaran: Perkara yang paling sempurna bagi seorang wanita adalah untuk hamil dan menimang cahayamata. Ini adalah perkara semulajadi dalam proses semulajadi kehidupan untuk manusia. Rawatan kesuburan adalah satu usaha untuk mengatasi segala halangan yang menyebabkan berlakunya masalah untuk hamil. Kemudiannya dapat hamil secara semulajadi seperti wanita lain mengikut lumrah semulajadi,

8. Mitos : Pasangan yang sering hamil apabila mereka mengambil anak angkat Kebenaran: Tidak ada bukti bahawa kehamilan dan pengambilan anak angkat mempunyai salingkaitan. Jarang kita mendengar tentang mereka pasangan yang mengambil anak angkat akan mudah untuk hamil.

9. Mitos: Kedua-dua pasangan lelaki dan wanita perlu orgasme untuk hamil.
Kebenaran : Sudah tentu untuk berejakulasi, lelaki mesti mencapai kemuncak syahwat. Tetapi, wanita tidak semestinya perlu mengalami kemuncak orgasme untuk hamil. Beberapa kajian menunjukkan orgasme wanita boleh membantu sperma di sepanjang saluran pembiakan. Namun, kaum wanita tidak semestinya perlu orgasme untuk hamil.
couple with pregnancy test 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu
10. Mitos: Kekerapan berhubungan seks akan mencerahkan peluang untuk hamil.
Kebenaran: Hubungan seks yang kerap (setiap 1 hingga 2 hari ) menghasilkan kadar kehamilan paling tinggi, tetapi keputusan yang dicapai dengan hubungan kurang kerap ( 2-3 kali seminggu) juga sebenarnya hampir sama. Sebenarnya, pasangan perlu mengetahui bila masa yang terbaik untuk hamil dengan memastikan tempoh “tetingkap subur” iaitu, dalam sela masa 6 hari yang berakhir pada hari ovulasi.Gunakan kalkulator ovulasi untuk membantu menentukan puncak kesuburan anda.

Kesimpulannya, anda perlu bijak membezakan yang mana satu mitos dan fakta untuk mempertingkatkan peluang bagi menimang cahayamata. Usahakanlah tanpa rasa jemu kerana setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan. Anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma.
Bacaan menarik untuk anda:
  • Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.
  • Merancang Masa Yang Terbaik Dan Tepat Untuk Hamil.
  • Set Kesuburan Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri.
  • Testimonial Set Kesuburan Shaklee
Hubungi saya untuk mendapat konsultasi secara percuma dan juga untuk sebarang pertanyaan tentang Set Kesuburan Shaklee sekarang!




 JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'