Showing posts with label Chewable Vita-C 500mg. Show all posts
Showing posts with label Chewable Vita-C 500mg. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

Panduan Set Kulit Cantik Shaklee


Ramai orang keliru tentang Set Kulit Cantik Shaklee... Ada yang cadangkan Vitamin C dan Vitamin E sahaja.... Ada yang cadanglan ESP dan Vitamin C ,ada juga yang cadangkan ESP dan GLA Complex untuk dapatkan Kulit yang cantik lagi Glowing.... Suka saya nak tekankan disini, SEMUA YANG DICADANGKAN ADALAH BETUL.....Asas yg sebenarnya untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik adalah 3 Vitamin sahaja...  B-complex,Vitamin C dan Vitamin E , Walaubagaimanapun VIVIX,COLLAGEN,ESP,GLA Complex,Lecithin  dan juga Skincare shaklee untuk penjagaan luaran juga tergolong dalam Vitamin yg dapat membantu mencantikkan Kulit..Masing-masing ada tugasnya tersendiri untuk menyihatkan badan....Bila sistem badan berjalan lancar dan sihat maka secara tak langsung semuanya akan terserlah diwajah dan Kulit....

Bila timbul persoalan mana 1 betul kak?? Semua betul dikkk... Semua utk dapatkan kulit yang sihat dan Cantik.... Bergantung pula kepada budget Customer... Dalam semua vitamin ni pula,bukan setakat anda mendapat Bonus Kulit yg Cantik, Malahan 1001 kebaikan yang lain... Antara Kebaikan setiap produk yang saya sebut diatas anda boleh klik di sini...VIVIX,COLLAGEN,ESP,GLA Complex,Lecithin,Vitamin E ,Vitamin C , B-Complex,SKINCARE SHAKLEE

SET KULIT ASAS


 Oleh itu…bermula dari hari ini bekalkanlah badan kita dengan vitamin B-complex yang secukupnya….


 BUY IT NOW!!


INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-25% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION
Hubungi saya sekarang,Your Trusted,Your Shaklee Independent DistributorRABIHAH MUHAMADPM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086--------------------------------------------------------------------------------------------
Rabihah Muhamad (ID 906559)FB: Rabihah MuhamadPage: Kami Kamu & Vitamin & Our Health SolutionsNo Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086Email: kamikamuvitamin@gmail.comCOD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau PanjangPenghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'


Sunday, 6 April 2014

Ibu Mengandung :AWAS!!! Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan

Assalamualaikum....sedikit coretan 'ketika' mengandung 3 & 1 tahun lepas..hihihi...3 tahun lepas time mengandungkan my 1st son Muhammad Rayyan dan 1tahun lepas ketika mengadungkan Muhammad Rasyad..Alhamdulillah dikurnikan dua orang hero anugerah terindah dari ALLAH..

Alhamdulillah ketika mengandungkan mereka berdua,tiada masalah besar yg dihadapi sehinggalah melahirkan mereka...Cumanya my 'morning sickness' yg agak teruk tapi takde lah sampai masuk kuar wad..alahan biasa yg di alami oleh ibu mengandung kn??? tp setiap anak alahannya lain-lain tau..lebih parah lagi ketika mengandungkan anak 1st dulu,dengan berada keseorangan di 'asrama' (Mahallah Safiyyah) yang tercinta.Masa preggy anak first,di tahun akhir belajar kt UIA & suamiku ketika tu kat oversea..sabar jela...hanya sahabat dan keluarga yang memahami..selama almost 6 bulan xleh jamah nasi...hihihi...berat turun dengan mendadaknya...huhu...
**ni sedikit cerita alahanku untuk anak pertama...nnti next entry Biha sambungkan ye...

Nak gak share,morning sickness tuk anak kedua yang diberi nama Muhammad Rasyad Ibn.Muhamad. Alahan kali ni tak dala seteruk yang 1st,maklumla dah bersama hubby..hihi..cumanya di awal trisemester pertama,xleh sentuh makanan gak...Makan buah je tiap hari...masa anak 1st pon tak leh makan nasi gak,yang kedua pon sama,nasi mmg xda liur langsung,buah-buahan je boleh telan...yang bezanya ,masa 1st boleh telan susu anmum tu,tp yang anak 2nd tu,susu mmg termuntah kalau minum...actually saya ni suka sangat ngan susu anmum,sampaila sekarang minum anmum lacta..mmg saya agak kekurangan KALSIUM dalam badan .Dahla ketika mengandungkan anak 2nd..owh,apakah anakku jugak x cukup kalsium?hahahaha...tp xpe,saya ada pengganti susu yg jugak sumber kalsium iaitu 'OSTEMATRIX'..hihih...mmg sangat-sanagt penting sebabnya nk tambah kalsium dalam badan,cramp kaki tu mmg perkara biasa bg pregnant mom..tu yang kalo p klinik mesti doctor kasi kalsium kan???
**ni pon sikit je pasal alahan anak 2nd..insyaallah nnti i update lain k.

Nak tau nape?
Meh baca sini!!!
Bacaan ini khas untuk ibu mengandung atau bakal-bakal ibu. Anda perlu memastikan keperluan kalsium anda mencukupi sepanjang tempoh kehamilan anda. Tahukah mengapa?
Pengambilan kalsium cukup penting untuk wanita hamil. Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.
Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kalsium ini.

Kesan kekurangan Kalsium
Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita
Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg  sehari.

Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.
kalsiumkilde 300x203 Ibu Mengandung : Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan

Pil Kalsium: OSTEMATRIX.
Selain itu, ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari. Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari? Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.
Ostematrix01 Ibu Mengandung : Pastikan Keperluan Kalsium Anda Cukup Sepanjang Kehamilan

Mengapa Ostematrix Shaklee?
Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?
1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.
4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.

Yang penting, apabila kita pasti dan tahu berapa ukuran atau sukatan bagi setiap apa yang dimakan oleh kita, maka tubuh badan kita akan mampu menyerap dan menerima segala vitamin dengan lebih baik. Walau apa pun yg kita makan, makanlah dengan berilmu!
Atau anda juga boleh mencuba Set Pregnancy Shaklee. Di dalam set ini terdiri daripada:

Trimester 1:
Vitalea (Multivitamin)
B Complex
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium-Magnesium)

Trimester 2 & 3:
Vitalea (Multivitamin)
B-Complex
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium-Magnesium)
Omegaguard (Fish oil)

Supplement NATURAL adalah pilihan saya!
Tidak kepada sintetik!
Tidak kepada yang ada pewarna!
Tidak kepada perisa tambahan!
Apakah perbezaan vitamin SEMULAJADI, vitamin ORGANIK & vitamin SINTETIK? Klik SINI.


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Saturday, 2 November 2013

Anak ada ASTHMA atau LELAH

Assalamualaikum...

Hari ini nak share tentang masalah asthma..walaupun anak2 saya tidak ada yang mengalami asthma tapi ramai juga anak rakan2 saya yg ada masalah ini. Jom baca seketika tentang penyakit ini...

Gambar sekadar hiasan
Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.

Asthma tidak boleh disembuhkan, tetapi simptom-simptomnya boleh dikawal. pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan anda diserang asthma.anda mungkin memerlukan pengambilan rawatan jangka masa panjang untuk mencegah radang menjadi lebih teruk. Dan juga rawatan jangka masa pendek(kecemasan) untuk mengawal simptomnya apabila diserang asthma.

Asthma adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal yang boleh membantutkan urusan seharian pesakit, contohnya terpaksa meninggalkan kelas,kerja dan lain-lain kerana simptom-simptom itu. Pesakit asthma perlu untuk sentiasa mendapatkan nasihat doktor yang merawat dan diberitahu rawatan yang dperlukan.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  • pernafasan yang pendek
  • sakit-sakit dada
  • sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
  • bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
  • batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam

Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti : 
  • serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
  • kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)

PUNCA-PUNCA 
Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik(inherited)serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab.Antaranya :
  • alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
  • jangkitan pernafasan sperti selsema
  • aktiviti fizikal
  • pencemaran udara seperti asap rokok
  • sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)
  • cuaca yang sejuk
  • gangguan emosi dan stress
  • bahan ber'sulfite', bahan pengawet
  • GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
  • putaran haid bagi sesetengah perempuan
  • alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.

INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA

Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
  • latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
  • jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak
  • terdedah kepada asap rokok
  • persekitaran udara yang tercemar
  • pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia
  • kurang berat badan ketika lahir
  • berat badan yang berlebihan 

PENCEGAHAN 
  • buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma
  • kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma
  • pengawasan terhadap pernafasan anda
  • kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu
  • jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal 
sumber: http://klinikmansurah.blogspot.com/2009/02/asthma.html

Jom lihat juga testimoni seorang pengguna produk Shaklee yang berusaha untuk merawat anaknya yg ada asthma selain daripada rawatan hospital.. Berkat USAHA, DOA dan TAWAKKAL.. anaknya menunjukkan POSITIVE IMPROVEMENT.



Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya