Monday, 5 May 2014

KALSIUM,MAGNASIUM PENTING DALAM TUBUH

KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. 

Bagaimana pula dengan magnesium?

Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain? 


Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 


Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot. 


Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis. 


Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. 


Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli. 
Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik. 


Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan. 


Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan. 


Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan. 


Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan. 


Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Sunday, 4 May 2014

Apa itu KALSIUM??

Assalamualaikum..entry kali ni nk share pasal kalsium..

Sebut je kalsium mesti ingat tulang kan?
sebut je kalsium mesti ingat susu kan?
sebut je kalsium mesti ingat gigi kan?

Apa sebenarnya kalsium ni?Penting sangat ke pada tubuh badan kita? Kenapa penting?
haaa...itu antara persoalan yang kita akan soalkan.Actually banyak lagi  dalam kepala kita pasal kalsium kan? Kalau 'orang-orang' shaklee, ingat kalsium mesti ingatkan OSTEMATIX.. Haishh,tak nak ulas panjang-panjang sebab belum tau lagi apa itu kalsium yang sebenarnya..

Jom kita tanya Encik Gugel "Apa itu kalsium?"

Ni jawapan encik gugel:
-----------------
Kalsium adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang bersimbolkan Ca dan mempunyai nombor atom 20. Kalsium logam alkali bumi kelabu yang lembut yang digunakan sebagai agenpenurun dalam penyarian toriumzirkonium dan uranium. Kalsium adalah unsur kelima paling berlimpah dalam kerak Bumi. Ia amatlah penting bagi organisma hidup, terutamanya dalamfisiologi sel, dan merupakan unsur paling biasa dalam kebanyakanhaiwan.

Sifat-sifat utama

Kalsium adalah unsur yang agak lembut, kelabu dan kelogamanan yang boleh disari melalui elektrolisis kalsium fluorida. Ia terbakar dengan nyalaan kuning-kemerahan dan membentuk salutannitrida putih apabila terdedah kepada udara. Ia bertindak balas dengan air, menyesarkan hidrogen dan membentuk kalsium hidroksida.
Kalsium adalah penting untuk pengecutan otot, pengaktifan oosit, membentuk tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung, dan keseimbangan bendalir dalam sel. Di Amerika Syarikat, antara 50% ke 75% orang dewasa tidak memperoleh kalsium yang mencukupi dalam diet mereka.[1] Orang dewasa memerlukan antara 1,000 hingga 1,300 mg kalsium dalam diet seharian mereka.[1]
Isotop paling berlimpah, 40Ca, mempunyai nukleus20 proton dan 20 neutron. Tatarajah elektronnya adalah: 2 elektron pada petala K (nombor kuantum utama 1), 8 pada petala L (nombor kuantum utama 2), 8 pada petala M (nombor kuantum utama 3), dan 2 pada petala N (nombor kuantum utama 4). Petala terluar adalah petala valens, dengan 2 elektron pada orbital 4s tunggal, manakala orbital 3p kosong.
**haa..tu antaranya la dalam wikipedia..senang-senang bila korang free p je SINI boleh dapat lagi info menarik dari makcik wikipedia ye.
------------------------
Apa sebenarnya kalsium ni ?
Kalsium sebenarnya adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ianya adalah lebih kurang 1.5 % daripada berat badan manusia.


Mana boleh kita dapatkan kalsium?
Kalsium ni..memang tak boleh didapati secara semulajadi daripada badan...kita boleh dapatkan daripada 2 cara:

1. Melalui pemakanan harian yang seimbang
2. daripada badan sendiri bila kita tidak mengambil makanan yang seimbang dan ada sumber kalsium

Kenapa badan kita perlukan kalsium ?
Mmmmm....kenapa ye dalam tv banyak betul iklan susu untuk ibu mengandung untuk kanak-kanak ...macam-macam jenis...daripada susu tepung sampaila susu kotak....ha....sebabnya kalsium ni penting untuk badan...apa pentingnya....moh la baca...

Kalsium penting untuk:
1. Pertumbuhan tulang dan gigi yang baik
2. Membantu mengelakkan daripada tulang rapuh (osteoporosis) - jika tulang rapuh mudah patah dan menyebabkan masalah
3. Menguatkan tulang dan gigi
4. Membantu dalam mengurangkan sakit-sakit sendi, lenguh2, kebas
5. Mengurangkan kekejangan otot
6Membantu dalam pembekuan darah 
7Membantu mengurangkan sengugut
8. Membantu pesakit insomnia - lena tidur

Siapa yang perlukan kalsium ni...
Ha...satu soalan yang bagus...Sebenarnya semua orang memerlukan kalsium..cuma dalam kuantiti yang banyak atau sedikit...tapi kalsium lebih diperlukan untuk golongan berikut:

a. Wanita yang berumur dan telah menopaus - kerana hormon estrogen telah berkurangan dan menyebabkan kalsium kurang diserap.
b. Pesakit yang menghidap tulang rapuh / osteoporosis
c. Wanita yang mengandung dan menyusukan bayi
d. Vegetarian - kerana tidak memakan makanan daripada sumber haiwan. Memang ada sumber makanan daripada sayu-sayuran tapi, kuantiti kalsiumnya agak sedikit.
e. Mereka yang mempunyai masalah lactose intolerant - tak boleh memakan makanan daripada sumber dairy product.
Apa yang perlu ada dengan kalsium?
Ha...nape pulak kena ada benda lain dengan kalsium nih...Kalsium saja tak cukup ke? Ok ni kena buka mata sikit ni....bukan nak kata kalsium saja tak cukup...ok sebenarnya...tapi menurut kajian...ni petikan daripada Medical New Today dan Harvard Health Publication ye....
Vitamin D helps our bodies absorb and retain calcium in the bones. "
Jadi maknanya ...Vitamin D diperlukan untuk membantu dalam penyerapan kalsium yang lebih baik dan membantu ianya disimpan di dalam tulang.... 



Ha...bukan Vitamin D saja...Magnesium pun diperlukan untuk membantu dalam penyerapan kalsium...ce tengok petikan daripada The Magnesium Website Online Library....
"Magnesium is needed for calcium absorption.... " 
"While magnesium helps our body absorb and retain calcium, too much calcium prevents magnesium from being absorbed"
"A magnesium-rich diet can be helpful both for arthritis and to help prevent osteoporosis"
Jadi, magnesium pun membantu dalam penyerapan kalsium dan menyimpan kalsium di dalam tulang...Ada lagi...kalau kekurangan magnesium pun boleh menyebabkan artritis dan osteoporosis...

Di dalam Medical News Today juga ada menyatakan kalsium dan magnesium di perlukan untuk membantu seseorang itu tidur dan mengelakkan daripada insomnia...Di dalam website Build Better Sleep... pun bersetuju yang kalsium dan magnesium membantu untuk pesakit yang mengalami insomnia....tapi ada lagi....magnesium juga baik untuk:
- it’s used in the proper formation of bone

- it helps regulate body temperature

- it’s part of maintaining normal muscle and nerve function

- used for releasing energy from muscles

- helps manufacturing proteins

- aids in the absorption of calcium
So....dah nampakkan kenapa kalsium, magnesium dan Vitamin D tu pentingkan....

Sudah panjang lebar dah penjelasan kalsium kan...jadi semuanya terpulang pada kita ye...kalsium,magnesium dan vitamin D semuanya diperlukan bersekali untuk tubuh badan...semuanya memang kita boleh dapat daripada pemakanan kita yang seimbang...tapi, bagi orang yang tak berapa rajin macam saya untuk mengira kalori dan juga agak sibuk serta agak kurang minum susu...jadi Ostematrix la jawapannya.... tak perlu susah2 nak kira berapa banyak yang kita perlu ada...

Shaklee OsteMatrix membekalkan:
- 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Cara memakannya:
Makan 4 biji setiap hari - 2 biji selepas makan malam dan 2 biji sebelum tidur...kalau terlupa makan selepas makan malam boleh makan terus 4 biji sebelum tidur....kenapa pulak makan sebelum tidur.Boleh refer SINI

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Saturday, 3 May 2014

Kaki SUSU?ketahui berapa pengambilan kalsium anda seharian & check tanda-tanda kekurangan KALSIUM anda

" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "
.Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.


Jom check jika anda ada tanda2 berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:


  • Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm
  • Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
  • Jantung
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
  • Kulit
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
  • Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets

Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.
Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?
... kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah.. 
Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??

... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.



JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'


Friday, 2 May 2014

10 Makanan Sumber Protein Tinggi

10 Makanan Sumber Protein Tinggi - Berdasarkan sumbernya, protein dibagi menjadi dua, yaitu protein hewani dan protein nabati. Oke, langsung saja ini dia 10 sumber makanan yang mengandung protein tinggi.
A.Makanan Sumber Protein Haiwan
Sumber Protein Tinggi
1. Red Meat (Daging Merah)
Konsumsi red meat seperti daging sapi, kambing dan domba baik untuk tubuh. Selain sebagai sumber protein, red meat juga penting sebagai sumber vitamin B12 and zat besi heme. Vitamin B12 merupakan vitamin yang sulit ditemui pada tumbuhan. Oleh sebab itu, orang yang hanya mengkonsumsi protein nabati memiliki resiko kekurangan vitamin B12. Zat besi terdapat dalam 2 bentuk; heme dan non-heme. Zat besi heme adalah tipe zat besi yang lebih mudah untuk diserap oleh tubuh dibandingkan dengan non-heme. Oleh sebab itu, konsumsi red meat baik untuk memastikan kecukupan zat besi pada tubuh.

2. White Meat (Daging Putih)
Ayam merupakan salah satu contoh sumber protein dari white meat. Sama halnya dengan red meat, ayam juga mengandung lemak dan kolesterol. Lemak ayam banyak terdapat pada kulit dan bagian paha ayam, oleh sebab itu pilihlah bagian dada ayam.
3. Fish (Ikan)
Tentunya kita semua sudah tahu kalau ikan merupakan makanan tinggi protein. Namun, berbeda dengan daging, kita tidak perlu kuatir akan kandungan lemak pada ikan. Beberapa jenis ikan, seperti gindara memiliki kadar lemak yang sangat rendah. Ikan lainnya seperti salmon dan tuna memiliki kandungan lemak yang cukup banyak, namun jangan kuatir karena lemak yang terkandung di dalamnya merupakan lemak baik Omega 3.
4. Susu dan produk olahannya
80% protein pada whole milk merupakan protein kasein, sedangkan 20% sisanya adalah protein whey. Kombinasi kedua jenis protein ini akan mengoptimalkan latihan sixpack Anda. Protein whey dapat diserap dengan cepat oleh tubuh sehingga cocok untuk dikonsumsi sebelum latihan. Sebaliknya, efek slow release dari protein kasein baik untuk mempertahankan kandungan protein selama Anda tidur. Susu tinggi protein kasein dapat ditemukan pada L-Men Regular Slow Release Formula.
5. Telur
Telur adalah salah satu makanan yang lazim untuk dikonsumsi oleh penggemar fitnes untuk memenuhi kebutuhan protein yang tinggi sejak dahulu kala. Why is that? Kualitas protein dinilai dengan beberapa parameter, salah satunya adalah biological value (BV). Semakin tinggi nilai BV artinya protein semakin mudah protein terserap dalam tubuh. Dibandingkan dengan sumber protein lainnya, nilai BV (whole eggs) adalah yang paling tinggi, yaitu 100.
6. Ikan Teri
Mungkin Anda akan terkejut dengan fakta ini. Yes, makanan yang sering kali disepelekan ini (sering mendapatkan predikat “makanan rakyat”) ternyata tinggi kandungan proteinnya. Walaupun ukurannya kecil, ternyata kandungan proteinnya mencapai 10%. Selain protein, Anda juga bisa mendapatkan kalsium dari konsumsi ikan teri. Kecil-kecil cabe rawit!

B. Makanan Sumber Protein Nabati
Sumber Protein Tinggi
7. Kedelai (Beans)
Kacang kedelai (soybean) merupakan protein nabati yang paling digemari. Hal ini disebabkan oleh kandungan proteinnya yang tinggi, namun harganya yang lebih terjangkau. Susu kedelai juga mempunyai manfaat bagi orang yang memiliki lactose intolerance atau alergi terhadap susu sapi. Selain itu, kacang kedelai juga mengandung antioksidan yang dapat menangkal radikal bebas. Masih dalam kategori beans, kacang hijau (mungbean) juga merupakan alternatif makanan tinggi protein. Selain protein, kacang hijau juga memberikan nutrisi lain, seperti: vitamin, mineral, dan serat.
8. Kacang-kacangan
Good news buat Anda yang suka makan kacang. Selain rasanya yang enak, ternyata kacang tinggi akan protein. Namun bagaimana dengan lemaknya? Anda tidak perlu kuatir karena lemak pada kacang merupakan lemak yang baik untuk kesehatan jantung. Namun dengan segala kebaikannya, bukan berarti Anda bisa mengkonsumsinya dalam jumlah yang terlalu banyak, bisa-bisa malah mengantarkan Anda ke perut one pack daripada sixpack.
9. Biji-bijian (Grains)
Biji-bijian atau grains, seperti misalnya gandum, memang lebih banyak dikenal sebagai sumber karbohidrat. Namun, tahukah Anda kalau biji-bijian juga mengandung protein? Pada gandum, kandungan protein bisa mencapai sekitar 9%. Surprising fact, yes? Namun demikian, konsumsi grains sebaiknya dibatasi, terutama bagi Anda yang sedang menjalani diet rendah karbo.
10. Polong-polongan (Peas)
Peas atau polong-polongan (misalnya seperti kacang polong) bukanlah sayuran yang biasa dikonsumsi oleh orang Indonesia. Namun, Anda mungkin saja tertarik untuk memvariasikan diet Anda dengan kacang polong setelah mengetahui bahwa kacang polong juga mengandung protein selain serat, vitamin, dan mineral. Lalu pertanyaannya "Mana yang terbaik diantara kedua sumber protein ini?". Jawabannya adalah balance. Harus seimbang antara konsumsi protein hewani dan protein nabati, (sumber : kesehatan.gen22.net).

Thursday, 1 May 2014

Panduan memilih Protein yang berkualiti

Joyah: Takkan hari ni ko berdiet dengan makan keropok lekor dan maggi lagi Senah?
Senah: Ye la, keropok lekor dan maggi kari pun dah cukup. Bak kata Kevin Zahri, kita boleh makan apa sahaja, asalkan kita tahu berapa kalori yang diambil, dan kena pastikan kalori yang diambil tu lebih rendah dari kalori keperluan harian, mesti turun berat punyalah.
Joyah: Tapi Kevin cakap, pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang seimbang nutrisinya. Habis tu, mana sumber protein ko pulak?
Senah: Keropok lekor dan maggi kan ada protein jugak.. tak percaya, tengok label ni, tengok, tengok! Haa.. ada sumber protein jugak.

Pernahkah anda melalui peristiwa di atas? Pasti agak menyedihkan sekiranya peristiwa di atas benar-benar berlaku di hadapan mata anda. Tetapi inilah senario yang bakal anda perhatikan sekiranya sesuatu perkara itu dipandang remeh.
Memahami “apa itu protein” adalah perlu dalam memastikan protein yang kita ambil itu adalah benar-benar berkualiti. Memang lah semua makanan itu mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yang sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Itu belum diceritakan lagi nisbah protein dalam makanan, kerana rata-ratanya makanan-makanan di Malaysia ini amat rendah kandungan proteinnya!
struktur protein
Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagaiEssential Amino Acids (EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.
Tanya diri anda kembali, adakah keropok lekor dan makanan mee segera itu mengandungi kesemua EAA yang diperlukan manusia? Jawapannya tentulah TIDAK. Perlu diingatkan bahawa EAA adalah sesuatu yang istimewa, atau bahasa mudahnya “high quality“. Benda yang “high quality” tidak akan wujud sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality“. Hanya sumber-sumber protein tertentu sahaja yang mengandungi kesemua (hampir semua) komposisi EAA di dalamnya. Antara yang paling mudah didapati di sekeliling kita adalah:
1. Telur
2. Susu
3. Produk berasaskan kacang soya (tempeh, tauhu/tofu)
4. Whey Protein

protein source
Seperkara lagi yang perlu anda ketahui ketika memilih protein, ialah indeks yang dikenali sebagai “Biological Value” of protein (BV). Ia adalah skala ukuran yang menentukan berapa banyak (peratus) protein yang betul-betul diguna pakai oleh tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsi fisio seperti pertumbuhan, memperbaiki otot, menggantikan sel-sel kulit mati, dan sebagainya. BV sesebuah protein ditentukan berdasarkan sejauh mana sesebuah protein itu berjaya dicernakan berbanding sebiji telur. Telur digunakan sebagai pengukur dalam skala ini memandangkan telur mempunyai kadar pencernaan protein yang terbaik secara semulajadi (telur diberikan nilai ’100?).
Secara asasnya, protein yang mempunyai tinggi nilai BV haruslah diambil ketika kita sedang aktif, atau ketika transisi daripada pasif kepada aktif (sebelah siang, sebelum bersenam, selepas bersenam, dan ketika berbuka puasa), manakala protein yang mempunyai rendah nilai BV nya haruslah diambil ketika kita kurang aktif, seperti pada sebelah malam, sebelum tidur, ataupun ketika sahur.
Sekiranya kita mengambil protein yang rendah nilai BV nya ketika sedang aktif, kita mungkin tidak akan mendapat bekalan asid amino yang secukupnya. Dan sekiranya kita mengambil protein yang tinggi nilai BV nya ketika tidak aktif, sel kita mungkin mendapat bekalan asid amino yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Protein yang diambil secara berlebihan, sama juga seperti karbohidrat, akan ditukarkan kepada lemak badan apabila terjadinya kalori surplus (kalori yang diambil adalah melebihi kalori yang diperlukan badan dalam sehari). Maka dengan itu, amatlah penting untuk kita mengetahui waktu yang sesuai untuk mengambil satu-satu sumber protein.
Berikut adalah contoh BV untuk protein-protein yang mudah didapati di sekeliling kita:
  • Whey Protein Isolate: 159
  • Whey Protein Concentrate: 104
  • Telur: 100
  • Putih Telur (Albumin): 88
  • Susu Lembu: 88
  • Ikan: 83
  • Daging Lembu: 80
  • Ayam: 79
  • Casein Protein: 77
  • Soy Protein: 74
  • Kacang Tanah: 55
  • Kacang Soya: 47
-----------------------------------------------------------------------------------------

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Protein..Kenapa Ia Penting

Protein merupakan makanan atau komponen terpenting dalam badan...Kenapa ia penting??
Protein sangat diperlukan oleh badan kita untuk membina dan memperbaiki tisu sel badan. Protein juga diperlukan untuk membantu perembesan hormon dan enzim dalam badan. Selain itu juga,protein dapat membantu oksigen mengalir melalui darah ke seluruh badan.

                Memang banyak sumber makanan yang dapat membekalkan protein terhadap badan kita,tp,adakah kita dapat membekalkan jumlah protein yang mencukupi untuk badan?? Ada cara yang senang untuk mendapatkan bekalan protein harian yang mencukupi...bukan saja sedap,tapi berkhasiat...

ESP (Energizing Soy Protein)

Kenapa ESP???
- ESP merupakn sumber protein yang terbaik,ia dihasilkan dari kacang soya yang dipantau dan dijaga dengan teliti dari saat ia ditanam hinggalah saat ia diproses.
-ESP juga menyediakan protein soya bukan GMO berkualiti tinggi,dengan semua asid amino yang diperlukan badan.
- bukan itu saja, ESP juga mengandungi 9 asid amino penting
- paling penting dan sebab saya gemarkan ESP ialah kerana ia rendah lemak serta bebas laktosa dan kolestrol
.
Kebaikan ESP
  • ia dapat menyediakan tenaga yang berkekalan
  • membantu tahan rasa lapar serta membekalakn sumber tenaga yang konsisten
  • membantu kurangkan kolestrol
  • mengandungi 5 vitamin penting,juga membekalkan separuh daripada keperluan kalsium harian
  • Protein soya bukan GMO

    Siapa yang perlukan ESP

    Jika anda :
    • pentingkan kesihatan
    • nak kurangkan berat badan
    • ibu-ibu hamil
    • ibu-ibu yang menyusukan anak
    • anda selalu rasa lapar
    • kurang bertenaga
    • aktif
    • sentiasa sibuk dgn tugas harian....
    • dan sesiapa saja...
    Apa kata anda cuba ESP...bukan saja dapat membekalkan protein yang diperlukan oleh badan..tetapi dengan pengambilan ESP yang berterusan kulit akan jadi lebih gebu dan cantik...

    Rabihah Muhamad (ID 906559)
    FB: Rabihah Muhamad
    Page: Kami Kamu & Vitamin
    No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513
    Email: kamikamuvitamin@gmail.com
    COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
    Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
    Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya