Monday 14 January 2019

BISNES MODAL CIPUT ....

"SUSAH LA NAK BUAT BISNES NI, SAYA TAKDE MODAL ... "

Biasa dengar tak keluhan macam ni?
Bukan 'dia' je, saya pun macam tu juga sebelum ni.

Sebab apa macam tu?
Sebab kita dimomokkan dengan nak join atau nak mulakan bisnes perlukan modal yang ribu-riban.

Ye betul, ada benarnya!
Sebagai contoh,awak nak mulakan perniagaan menjual air depan sekolah kan. Cuba list kan sini,apa yang diperlukan untuk mulakan bisnes tu?
*Khemah (melainkan awak tumpang mana-mana tempat berteduh,tu pun silap-silap kena bayar sewa jugak kan?)
*Meja untuk letakkan tong air
*Kerusi untuk duduk sesambil menunggu pelanggan datang, takkan nak berdiri je sampai habis jualan.
*Tong air (kalau sejenis je nak jual air,ok la kan sebab tak payah nak keluarkan banyak modal untuk beli tong-tong,mestilah nak menarik customer dengan pelbagai warna air)
* Cawan
* ETC... (list sendiri la ye...hehehehe) ðŸ˜…

Berbalik pada bisnes Shaklee ni,ofkos perlukan "modal" juga tapi tak adalah sampai ribu-riban, hanya perlukan modal modal serendah RM78 unuk daftar jadi ahli dan lepas tu anda boleh terus promote pada geng-geng korang. Lagi satu,kalau nak buat bisnes shaklee @mana-mana bisnes online pun mestilah kena bayar plan internet yang kita guna tu.Macam saya guna Digi 100gb hanya RM75 (ni nasib baik beli masa promotion) , dan bill digi ni juga dikira tau, masukkan dalam monthly expenses. Nak tak nak SEKARANG memang WAJIB ada internet kat tangan..Betul tak?

Okay,berbalik pada bisnes shaklee hanya perlukan modal ciput je. Bisnes paling mudah saya kira shaklee ni,cumanya kita perlukan komitmen untuk share kebaikan shaklee ni kan. Bila dah ada order,kita terima bayaran dari customer then boleh terus order online je kat shaklee2u.my tu.Senang citer,kita ni dropshipper kepada shaklee.hehe.

Nampak tak situ,kita tak perlu nak keluarkan satu sen pun untuk belikan produk (supplement).Hanya promote pada orang ramai je kan. Tiada nilai kerugian di situ sebab kita tak simpan stok.
Senang je kan bisnes shaklee ni?

Lagi satu,bisnes shaklee ni boleh diwarisi oleh anak cucu cicit kita nanti .. Alhamdulillah.

Best ke best?

Monday 16 July 2018

PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU

INGIN DAPATKAN RANGKAIAN PRODUK SHAKLEE?

BOLEH HUBUNGI SAYA :

RABIHAH MUHAMAD
ID NO : 906559
PHONE NO : +60129495513
FB: Rabihah Muhamad

Tuesday 20 February 2018

PENTINGNYA HADIAH KEPADA DIRI-SENDIRI (SELF-REWARD)

SELF REWARD

Apa yang korang faham tentang self reward?

Hadiah atau penghargaan untuk diri-sendiri ni adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat dan motivasi seseorang. Jom share ngan Biha apa yang anda rewardkan untuk diri bila dah berjaya capai sesuatu yang diingini atau reward bila dah penat dan gigih bekerja?Mesti ada kan?

Bagi Biha yang anak-anak masih kecil ni, tak ada sangat kot reward yang paling best. Nak tahu apa?Haa,baca sampai habis ye kot la sama self reward kita.😆

Mak-mak anak kecik macam daku ni, rasanya kalau dapat 2-3jam ber "ME TIME" tu pun mesti senyum melebar kan? Tapi, kita ni bila dah namanya ibu memang susah sangat nak melupai/meninggalkan anak-anak seketika 😅. Niat di sini bukan untuk melapaskan lelah kepada encik husband ye.hehe.

Rewards ni tak semestinya dari segi material , rewards juga dari segi spiritual.  Yang material kita dah biasa dengar, beli benda xxxxx untuk rewards diri sendiri setelah berpenat-lelah menguruskan rumahtangga mahupun tugas-tugas lain.  Tapi jarang kot kita dengar orang reward diri dengan menghadiri kelas-kelas motivasi dan join apa-apa program untuk mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita.

Ini yang Biha cuba cari buat masa sekarang dan Alhamdulillah ,dah hampir 3 bulan Biha join program-program ilmiah untuk hadiahkan diri-sendiri.hehe.

Bagi korang pula apa yang korang hadiahkan bagi diri-sendiri?

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

OBSES BERMULA DARI KEYAKINAN

Obses ke tak obses terhadap sesuatu adalah hak individu, mereka yang suka dan mereka tak menyusahkan orang itu adalah yang terbaik. Ada juga jenjs yang obses terhadap sesuatu sampai menyusahkan orang sekeliling,  itu tak best la kan 😅

Bagi Biha la, nak obses sesuatu benda tu boleh dan biarlah bertempat dan tak menyusahkan orang kiri kanan depan belakang atas dan bawah.hehe.

Kalau Shaklee Independent Distributor (SID)  tu obses sangat dengan vitamin yang diorang jual ok ke tak ok? Obses benda berasas tak apa, jangan nak obses dengan benda yang tak ada hujung pangkal.

Kalau ada orang tanya pendapat korang macam ni : 👇
"Orang kata kalau SID mesti obses sangat dengan shaklee" , eh betul ke?

Tapi kan, kalau tak obses maknanya tak berapa cinta lagi la dengan apa yang dia buat. Betul tak? Sebenarnya kan, sid ni obses  nak semua orang sedar tentang kebaikan vitamin untuk memastikan badan kira dalam keadaan sihat,tapi bukan kata sihat sampai tak nak mati kan? 😢 Mereka bukan sahaja nak dapatkan sale tapi untuk menyebarkan benda baik. Tak salah kan?  Tapi as usual, lain orang lain pendapat. Raikan persamaan dan Hormati perbezaan.

Nak obses sangat pun tak boleh, kan ada yang "termakan" dengan status/testimoni yang overclaimed itu yang sangat tak bagus. Tapi kalau obses pun tak salah sebab baru nampak kesetiaan kita terhadap sesuatu. Dan lagipun shaklee ni dah memang terbukti dari segi scientific :

Ada 3 Sebab kenapa sid yang obses nak sebarkan kebaikan produk shaklee adalah kerana:

Shaklee – Always Safe

✅Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
✅Potensi yang dijamin -> pengesahan dari pihak ketiga
✅Keaslian dijamin -> 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani
✅100% kepuasan dijamin

Shaklee – Always Green

✅Tiada perisa tiruan
✅Tiada pemanis tiruan
✅Tiada pewarna atau lemak trans
✅Tiada suapan tersembunyi
✅Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
✅Tidak mengandungi bahan yang dilarang
✅Tidak mengandungi peluntur klorin

Shaklee – Always Work

✅USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
✅70 kajian klinikal telah diterbitkan
✅60 orang saintis Shaklee
✅50 patents

So, kalau SiD yang obses dengan Shaklee tu tak ada salahnya sebab masing-masing punya pendapat.Bila dilihat banyak yang dah shaklee lakukan ianya memang tugas sid untuk sebarkan kebaikan produk.

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

HERO BERMULA DARI ZERO TO HERO

Bila bercerita tentang sahabat seperjuangan dalam team shaklee ni Biha memang kagum dengan downline yang seorang ni. Memang dia seorang yang gigih.

Kenapa Biha cakap macam tu?  Walaupun Biha tak pernah pun bersua face to face (FTF)  dengannya, tapi disebabkan daya juangnya yang tinggi beliau tak pernah miss kelaa online/offline yang dianjurkan. Beliau tidak pernah berkata "tidak" tentang sesuatu perkara.

Alhamdulillah dipertemukan beliau yang kuat semangat itu. Kadang Biha malu gak dengan beliau, sebabnya dalam kesibukan menguruskan keluarga seorang diri beliau tetap mampu memberi komitmen pada bisnes sampingan. Calang-calang orang je yang boleh bahagikan antara waktu bekerja(hakiki),menguruskan anak-anak kecil keseorang & menguruskan bisnes.

Alhamdulillah moga Allah permudahkan urusan beliau dan melipat gandakan rezekinya itu .

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

RANCANG KEWANGAN KELUARGA

" Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.."

Betul, tepat , padu..... 👍 tapi sehabat mana perancangan kita, hebat lagi perancangan yang Maha ESA.

Alhamdulillah, semalam 14/2 maybank mengaum dan #shaklee tak pernah miss EFT bonus pada SID nya yang layak.Alhamdulillah. Banyak ke sikit lain kira, dalam bisnes ni sifir dia sama sahaja. Usaha lebih, dia dapat lebih . Tak ada yang dok goyang kaki duit berkepuk-kepuk.

Jadi, bagaimana kita uruskan kewangan kita?

Bagi Biha ni yang bekerja dari rumah memang WAJIB uruskan sebetulnya sebab banyak komitmen bulanan yang perlu disetelkan bila hujung bulan ,  Alhamdulillah kami manage semuanya dengan duit bisnes yang dapat..

Bila close akaun  setiap bulan, Biha sediakan sampul untuk setiap komitmen dan juga tabungan lain.

Antara tabungan yang kami buat ialah : pendidikan anak-anak (yang ni Biha direct debit je tiap bulan), travel , sedekah (kami panggil tabung subuh), hutang (misi setelkan
hutang pengajian) , tabung emergency.

Part hutang ni,Insyaallah akan cuba sedaya upaya setelkan secepat mungkin dan kami memang sediakan akaun khas.Doakan semoga kami cepat2 penuhkan tabungan ini. Hutang wajib dibayar walau tak dituntut.

Memang pengurusan kewangan amat penting, tambahan Biha ni kan kerja sendiri apa-apa kemungkinan berlaku banyak.Berwaspada sebelum berlaku benda yang tak diingini. Zaman sekarang segalanya memerlukan d.u.i.t tapi bila kita berbicara tentang duit je ,ada yang fikit bukan-bukan.. tapi itu hak masing-masing.😃Jadi korang yang nak tambah income lagi, boleh roger Biha ... kita sama-sama buat,sama-sama dapat. Better late than never 🙃

#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

RUMAH IDAMANKU.. RUMAHKU SYURGAKU

🏡 IDAMAN

Apa kes ni pepagi lagi tunjuk landscape rumah orang? Alkisahnya, anak-anak ni kan dah pandai menilai dan memilih. Bila tengok rumah-rumah cantik, mula la diorang dok plan itu,plan ini..panjang nak type sini, InsyallaAllah ada masa lapang boleh recap balik apa yang dua beradik tu bualkan😅

Kalau ada yang tanya,  rumah idaman Biha macam mana?Haaa,memang complicated sikit nak describe tentang rumah idaman, sebab macam-macam ada kat dalam kepala ni😉

Actually, Biha ni simple je orangnya ,so takperlu nak bergaya bagai untuk tontonan ramai, cukup sekadar kebahagiaan hakiki alam rumahtangga yang didambakan. Doakan mahligai cinta kami hingga ke syurga ye 😘

Bagi Biha, tak perlu rumah yang sangat besar, sederhana dah cukup (sebab ai ni kurang rajin nak mengemas rumah bagai😌) senang nak uruskan.

Cukup kalau rumah tu ada bilik sorang satu untuk anak-anak. Bilik tetamu, surau mini, small office home office (SOHO) & mini library untuk keluarga kecil kami ni. Biasala kan, bila dah cakap "bekerja dari rumah" mestilah banyak masa dihabiskan depan laptop/pc , dan sekarang pun tengah bekerja tapi pakai phone jela.hehe.

Tapi kan, rumah yang menjadi idaman Biha ialah rumah yang ada landscape yang cantik, mendamaikan. Dapat bayangkan,  pokok-pokok menghijau di mini garden kami menenangkan fikiran dan merehatkan otak setelah seharian bekerja keras kan, kat situ boleh buat mini party buat kami anak-beranak .. Wah syoknya membayangkan 😃 Nak kena explain lagi ke? Takpe, memang topic rumah idaman tak pernah luput dari ingatan manusia sejagat.

Moga Allah mendengar doa Biha untuk memiliki sebuah rumah idaman demi anak-anak soleh kami.. Aminnn Aminnn Ya RobbalAlamin .

#bangkitG17 #tsunami2018 #tsunamishaklee