" Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.."
Betul, tepat , padu..... 👍 tapi sehabat mana perancangan kita, hebat lagi perancangan yang Maha ESA.
Alhamdulillah, semalam 14/2 maybank mengaum dan #shaklee tak pernah miss EFT bonus pada SID nya yang layak.Alhamdulillah. Banyak ke sikit lain kira, dalam bisnes ni sifir dia sama sahaja. Usaha lebih, dia dapat lebih . Tak ada yang dok goyang kaki duit berkepuk-kepuk.
Jadi, bagaimana kita uruskan kewangan kita?
Bagi Biha ni yang bekerja dari rumah memang WAJIB uruskan sebetulnya sebab banyak komitmen bulanan yang perlu disetelkan bila hujung bulan , Alhamdulillah kami manage semuanya dengan duit bisnes yang dapat..
Bila close akaun setiap bulan, Biha sediakan sampul untuk setiap komitmen dan juga tabungan lain.
Antara tabungan yang kami buat ialah : pendidikan anak-anak (yang ni Biha direct debit je tiap bulan), travel , sedekah (kami panggil tabung subuh), hutang (misi setelkan
hutang pengajian) , tabung emergency.
Part hutang ni,Insyaallah akan cuba sedaya upaya setelkan secepat mungkin dan kami memang sediakan akaun khas.Doakan semoga kami cepat2 penuhkan tabungan ini. Hutang wajib dibayar walau tak dituntut.
Memang pengurusan kewangan amat penting, tambahan Biha ni kan kerja sendiri apa-apa kemungkinan berlaku banyak.Berwaspada sebelum berlaku benda yang tak diingini. Zaman sekarang segalanya memerlukan d.u.i.t tapi bila kita berbicara tentang duit je ,ada yang fikit bukan-bukan.. tapi itu hak masing-masing.😃Jadi korang yang nak tambah income lagi, boleh roger Biha ... kita sama-sama buat,sama-sama dapat. Better late than never 🙃
#bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018
No comments:
Post a Comment