Sunday, 30 March 2014

INDAHNYA BERSHAKLEE ~catatan seorang WAHM~

Assalamualaikum pembuka bicara,semoga kita semua di bawah lindungan yang Maha ESA..Alhamdulillah hampir sebulan tidak mencoret mewarna di blog kesayangan ni.. He he..akhirnya arini diizinkan Allah untuk mengupdate blog ini..

Arini dah buka sekolah bagi negeri-negeri Pantai Timur ie:Kelantan,Kedah,Terengganu Dan Johor (selatan) yg juga weekendnya juga ditukar sama seperti negeri Kelantan Kedah Dan terengganu..Alkisah sewaktu cuti sekolah yg bermula 22/3/2014-29/3/2014 ,kami satu famili Turin KL disebabkan ada urusan 'seri paduka baginda' disamping tu dah alang-alang ke sana,p jenjalan bawa anak-anak yg kecil ni..Haaa,jangan tak tau,walaupun bercuti bisnes tetap jalan..pegi COD vitamin shaklee dan kelambu khemah 'kami pembekal & pemborong kelambu khemah' jugak ye.. kt area putrajaya,serdang,Puchong ...hihihi..

Hari ketiga kt sana,my abang ipar belanja makan kt restoran ape tah namanya,dah lupa...high.mmg best,anak-anakku happy semacam jeje...bukannya diorang mkn pon..he he..sebetulnya malam tu kami bercadang nk p makan kt restoran Saba' kt Cyberjaya tu..sampai sana ramai sangat manusia 'berthobur' tunggu tempat makan,kami susah dengan anak-anak kecil dan berpaling tadah cari makan kt Dengkil. Mmg tak sah kalau ke kl x pergi pekena masakan Arab..favourite my hubby tu..

Lepas makan kt dengkil,kakak saya ajak p putrajaya,huh...apa lagi,terus kami melepak kt sana lak..sapa yang paling hepi p sana?semestinya my son..macam dunia malam tu dia yg punya..huhu..naik motor mainan tu cam dah expert..hihi...kawasan jajahan dia sangat luas,sampaikan 'mat-mat' saleh  kt tepi tu bercakap2 ngan rayyan,tp ofkos la anakku x paham...hahaha...

Sangat sangat happy bila tengok anak-anak hepi...huhu...Alhamdulillah anak-anak anugerah terindah buat kami.Pengikat & pengerat kasih sayang antara kami..saya amat bersyukur dapat besarkan anak-anak depan mata.Tumpuan hanya untuk mereka berdua.Sebelum ni,bangun pagi anak tido dah kuar p keje,balik umah petang sat je dapat main ngan diorang..tp sekarang Alhamdulillah sepenuh masa saya bersama anak-anak dan hubby tersayang. Walaupun sy 'housewife' sepenuh masa tp saya 'bergaji' seperti orang2 yang bekerja jugak..Alhamdulillah income bersama Shaklee Kali ni..

Saya buat biz ni sebab saya nk jadi bos...he he he...sebab semua saya yang tentukan dan yg paling printing masa bersama keluarga..kt sini,sapa2 yang terasa nk merasa income 3,4,5 angka bulanan.jom join saya..Alhamdulillah sekarang saya sangat hepi sebabnya hanya rm75 je saya bermula...tp skarang beranak-pinak saya pon tak sangka tp semuanya bukan mudah ye...kecekalan dan semangat untuk berjaya membuatkan saya sebegini sekarang..

Saya buat biz ni secara online je..saya follow apa yang sifu saya ajar,support group saya sangat-sangat saya sayang..he he...sebelum ni says diguide oleh diorang dan sekarang saya men guide ank-anak buah saya..Tanya mereka jika tidak percaya.Ada antara mereka yg juga dah mendapat 4 angka...he he...
------------------------
Sekadar coretan di waktu anak-anak tido.he he he..nnti saya kongsikan lagi di episod akan datang.he he..


Wednesday, 5 March 2014

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ESP SHAKLEE

Selalu dengar orang sebut ESP tapi tak sure sangat ESP tu apa? untuk apa? betul ke berkesan?

Okeylah...saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.

Kalau cukup protein pula?
Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.



KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

KEBURUKAN : ESP SHAKLEE

Kesan negative nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.


So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.

Hubungi saya untuk tindakan susulan:

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 


Sunday, 2 March 2014

SET KURUS SHAKLEE YANG EFEKTIF DAN MUDAH DIAMALKAN

Sekarang ni dah ramai yang tau kesihatan tu penting. Bukan saja nak kurus untuk cantik dan langsing, tapi sebab nak jaga kesihatan. Dapat body mantap itu bonus la kan :)

Hakikat sebenarnya kita kena tau..badan kita ni chubby bambam sebab apa. Penuh dengan lemak? banyak air? banyak toksin? Metabolisme tinggi atau rendah?

Shaklee ada menawarkan set makanan tambahan bagi tujuan untuk kurangkan berat badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.


3 konsep utama -BAKAR, BUANG, BINA


                                     1. BAKAR 
                                Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol




 

2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan


3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh


LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu.


Perhatian!
saya bawakan entri ini untuk ANDA YANG VERY2 SERIUS NAK BERDIET DENGAN PRODUK SHAKLEE! Saya tak janjikan words "TANPA PERLU BERLAPAR" or "TURUN 20KG DALAM MASA SEBULAN". Tapi apa yang dapat saya janjikan adalah..jika anda disiplin makan produk-produk ni, kawal pemakanan anda, willing to do exercise setiap hari dalam setengah jam (apa jua walaupun lompat2 pakai getah skipping :) Ikut dengan disiplin apa yang saya nasihatkan>>Insyaallah..kejayaan turun berat badan MENJADI MILIK ANDA!!



Anda haruslah terus mengikuti konsep yang betul untuk menguruskan badan… misalnya menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata. Ia bertindak dengan begitu halus dengan tubuh badan anda, dan anda haruslah menyokongnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke suuqulbarakah@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Saturday, 1 March 2014

NAIKKAN BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

Selalunya kita baca tentang set kurus, set untuk buang lemak, set kelangsingan badan dan sewaktu dengannya. Padahal ramai sangat yang mengalami masalahunderweight atau terlalu kurus. 

Bila berat kita underweight, sebenarnya akan ada masalah sampingan lain. Antaranya :
  • susah untuk hamil , bagi kaum wanita.
  • mudah diserang penyakit.
  • mudah mengalami esteoporosis/masalah tulang rapuh


Cadangan di bawah sesuai untuk orang yang ingin menambahkan berat badan atau mencapai berat badan yang ideal. Apa yang diperlukan? 
Secara basicnya memadai :  MEALSHAKE + B COMPLEX + VITALEA


Jom kita tengok apa ada dengan meal shake, vitamin B dan vitalea.

1) Meal shake 
Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap mcm milk shake kat McD. Protin amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh sebab protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke..nak kurus ke..nak cantik ke..semuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..



2) Vitalea - 
 
Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.



3) Vit B complex 
 
B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan.mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.



Antara tips yang menaikan berat badan :


1. Workout.
- dalam menaikkan berat badan, workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada di rumah atau berjogging diluar.

exercise sehari 10 minit paling kurang...takyah exercise berat..angkat botol air mineral yg 500mlm tu..isi air dlm tu.. angkat mcm angkatberat...angkat turun..pastu skipping ke..or ape2 exercise utk bina muscle Jgn mkn junk food dan ikut jadual ni selama sebulan tau.


2. Makan makanan berprotein.
Setelah anda melakukan workout,  anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. dan dengan Shaklee, protin yang sesuai utk menambah berat badan ialah Meal shakes Shaklee.


Perhatian!
Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.
Sebenarnya,ramai mereka yang kurus nak menaikkan berat badan mereka secara yang salah. Ada yang banyak makan makanan yang berlemak semata – mata mahu menambah berat badan. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.

Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian dan workout dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan..tak boleh kejap makan, kejap ikot, pastu malas dah tak ikot lg..mmg la tak jadi kan..Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke suuqulbarakah@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

Rabihah Muhamad (ID 906559)



No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya