Friday, 10 February 2017

CERITA DARI HATI ||| DARI MATA TURUN KE HATI |||

Assalamualaikum dan selamat pagi..apa sebenarnya "cerita dari hati | dari mata turun ke hati" ni?
Alkisah bagaimana saya terjebak dengan bisnes shaklee ni? Straight to the point, pada 9 March 2013 saya melahirkan seorang khalifah Allah yang diberi nama Muhammad Rasyad B.Muhammad. Ketika melahirkan anak soleh tu, saya belum beli apa-apa ubat/supplement untuk ibu berpantang. Google punya gugel , hati saya tergerak nak  usha set berpantang dari shaklee. Tambahan pula, kat facebook masa tu berlambak orang jual shaklee, iklan itu iklan ini...masakan saya tak teruja kan.Walhal pada masa tu dah ramai yang approach dan suggest set berpantang yang lain. Tapi saya masih berkeras hati sehinggalah sy baca tentang set berpantang shaklee.

Sebenarnya dah lama makayah saya mengamalkan supplement shaklee ni. Botol-botol shaklee yang lama masih lagi tersimpan rapi..hehe..koleksi la katakan.Sekarang mereka keep consisting minum supplement tersohor , VIVIX that is all in 1 supplement. Memang highly reccommended bagi semua lapisan umur . Okey, turn to the topic..

Lepas bersalin baru terhegeh-hegeh nk cari supplement..hehehe...bila dah rasa badan lemah lepas bersalin , saya minta husband belikan full set berpantang shaklee dengan kawan saya yang sekarang menjadi upline saya dalam shaklee ni (Alhamdulillah, beliau sekarang dah berpangkat master iaitu pangkat tertinggi dalam shaklee..tahniah Farhah a.k.a my upline). Masa tu hati masih berdegil tak nak join ahli shaklee sebab tak tau lagi samada berkesan ke tidak dengan saya. Amazingly, within 2 weeks lepas consume set berpantang dari shaklee ni..memang perubahan yang sangat ketara.Sakit-sakit badan lepas bersalin gone, susu badan makin meriah dan banyak lagi la.Tu yang selalu suggestkan pada kawan-kawan , cuba dulu shaklee ..hehehe...memang penerimaan sesuatu supplement berpantung pada badan seseorang.

Paling best masa tu, Ostematrik ..tahu tak kenapa? Ostematrik ni buatkan saya yakin nak membuang.Almaklumla seawal berpantang, yang paling digeruni untuk membuang air besar , dan saya rasa ramai yang berperasaan begitu kan? Melainkan mereka yang bersalin ikut "tingkap" atau tanpa sebarang jahitan. Ketiga-tiga anak saya bersalin dengan koyakan & jahitan. Waktu anak sulung banyak jahitan, yang kedua pun kena jahit dan nurse baiki jahitan masa bersalin anak sulong. You know la kan, bagaimana saya menahan kesakitan sewaktu proses jahitan yang agak lama tu & yang ketiga pun still ada sedikit koyakan.huh..seram wei, tambahan bila nk ke tandas. Cepat-cepat saya telan oste ni bagi elakkan sembelit yang teruk. Dari situla saya mula jatuh cinta dengan shaklee & end up register ahli shaklee on 17/4/2013 (dah nak masuk 4 tahun).

Masa tu join shaklee sebab nak beli dengan harga ahli. Bila join ahli ni dapat harga sehingga 21% jimat tau. Beli untuk makan famili sahaja, belum terfikir lagi nak buat bisnes shaklee ni.hehehe..Seingat saya, saya mula aktifkan diri bershaklee pada bulan keenam selepas sign up as a shaklee member. Waktu tu, saya share apa yang saya rasa bila consume shaklee.Dapatla juga customer dari kalangan kenalan & keluarga. Bonus pertama & kedua saya dengan shaklee ialah RMxx je. Then dari situ, saya terfikir....why not aku share lagi kebaikan shaklee dan bulan seterusnya sangkut la customer dari kalangan strangers. Memang happy tak terkata, bonus pun meningkat dari 2 angka ke RMxxx . Ok la kan, saya masih teruskan berusaha sehingga mencapai ranking first dalam shaklee iaitu SUPERVISOR dengan bonus bulan RMxxxx. Wow, sangat teruja tau..hehehe...so, saya teruskan usaha lagi dan Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berjaya ke next ranking iaitu SENIOR SUPERVISOR juga dengan bonus bulanan RMxxxx. Happy sangat-sangat tau sebab dari rumah boleh jana income  4 angka tu sesambil layan anak kat rumah. Sapa nak bagi kan banyak tu??? hehehe.. then, bila tengah bersemangat tu ... line internet kat rumah buat hal, memang sangat-sangat frust sehinggakan saya langsung tenggelam & hanyut dalam dunia sendiri. Langsung tak ada sharing tentang shaklee dan saya mula rasa tawar untuk nk share kebaikannya. Memang saya BEKU-SEBEKUNYA waktu tu..

Pada pertengahan 2014 saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian diperingkat master (PJJ) selama dua tahun. Pendaftaran tersebut pada September 2014 & Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian pada bulan Julai 2016 yang lepas with flying color. Alhamdulillah Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Throughout the years fokus saya dalam shaklee hilang, time management saya kelaut dengan nak uruskan rumahtangga & nk fokus as a student dengan task yang agak banyak dan mencabar. Sangat bersyukur dikurniakan suami & famili yang sangat memahami. Niat di hati, dah habis belajar nak fokus pada bisnes shaklee tapi Allah kurniakan kepada kami rezeki yang sangat besar. Saya disahkan mengandung anak ketiga dengan morning sickness yang sangat teruk sehingga kena admit ward. huh.. alahan anak ketiga ni juga sama seperti 2 anak sebelum ni, usia kandungan hampir memasuki 8 bulan barulah alahan tu beransur pulih. Masa alahan tu, saya memang tak boleh menatap lama skrin laptop & handphone ..itu yang menjadi kekangan untuk meneruskan sharing tentang kebaikan shaklee.

Hampir 2 tahun menyepi, memang agak kerugian...dalam tempoh berpantang pada awal Januari 2017 yang lepas, saya dah mula share tentang shaklee..Alhamdulillah dari situ memang agak seronok sharing ttg shaklee ni & customer pun makin ramai..berkat niat nak membantu orang lain & nak membantu diri sendiri juga.. hehe..zaman ekonomi yang sangat mencabar ni, dengan bisnes shaklee ni Alhamdulillah dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga. So, saya sarankan kepada surirumah terutamanya, sesambil korang main fb je..why not u share tentang kebaikan shaklee pada orang ramai .. Insyaallah akan dapat membantu diri anda juga. hehe..

Banyak lagi nak share ni, tapi saya simpan dulu ye..bagi yang berminat nak jana income dengan SHAKLEE, jom join us..Insyaallah guide A-Z dari saya dan team kami. Tak perlu risau,semua akan disediakan, korang hanya perlu share kebaikan shaklee pada orang ramai...Itu sahaja sharing dari saya untuk entry kali ni..

No comments:

Post a Comment