Alhamdulilallah.. Ahad, hari persekolah buat
negeri Kelantan. Jadinya weekend yang lepas semalam (Jumaat & Sabtu), kami
fully utilize the time together. Jumaat , pagi-pagi lagi tinggalkan anak-anak
yang masih nyenyak ke kelas dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi. Lepas jumaat kami
nak g “meminang” bakal adik ipar kat Kubang Kerian & malamnya janji ngan
anak-anak nak bawa diorang pergi “GIANT” kat
Tunjong yang depan RTC tu. Alhamdulillah lepas maghrib je kitorang solat
dan terus ke giant. Dari rumah ke Giant tak sampai 10 minit pun. Dekat je pun.
Mertua & Kakak ipar pun ikut sama. Kami spent about one and half hour there
sebabnya, nak balik rumah tengok pertandingan tilawah al-quran .
Masa kat giant tu,biasala kan
untuk menarik makbapak dan anak-anak ke sana ,
diorang bawa masuk mascot kat kedai DIY & Dinasour yang besar gedabak tu
pusing-pusing mall. Seperti biasa,anak-anak biha memang super excited.
Excitednya kejap je sebab bila dah berhadapan dengan mascot & binatang
terus Rasyad meraung. Kalau bab bergambar and setuh-sentuh mascot ke ape bagi
kat Rayyan la. Mesti minta umi abi snap pic dia dengan mascot tu..heheheh..
Suka sangat tengok bila anak-anak happy.
**Makbapak yang tak pernah or tak suka or cakap
tak ada masa sebab banyak kerja ke meniaga ke ,please luangkan masa seketika,
bawa anak-anak keluar, bawa mereka tengok dunia luar. Tak rugi dan tak lari
customer bila kita berbuat baik pada anak-anak. Ada yang cakap, eh saya tak ada masa nak bawa
diorang (anak-anak) jalan-jalan ,sebab saya sibuk yang amat. Saya berniaga
online, walaupun tak sempat nak update apa-apa kat blog or fb, Alhamdulillah
sales tetap jalan, order customer non-stop & saya percaya, itulah
keberkatan & itulah yang tuhan gantikan dengan masa yang dirasakan
“terbuang” bagi sesetengah orang, tapi bagi saya itula waktu bermakna dengan
anak-anak. Sesibuk mana pun kita, luangkanlah seketika untuk anak-anak syurga
kita.- self reminder **
Okay, berbalik pada aktiviti weekend kami.
Sabtu (semalam , 8 April 2017) merupakan hari lahir my beloved husband .
Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia awak ye bang.Semoga berjaya di dunia
akhirat , sakinah & mawaddah buat keluarga kecil kita ni. Pepagi lagi,
anak-anak bangun tidur dan pergi wish “happy birthday” kat abi diorang.hehehe..
senyum-senyum je bapaknya bila anak-anak peluk-cium.hehe. Husband saya ni, tak
berapa suka celebrate birthday..so, sebagai isteri yang tahu husbandnya suka
makan kek coklat, sesambil tunggu waktu maghrib pergi dapur terus buatkan kek
coklat. Bila dah masak kek tu,cepat je diorang makan..tak paling kiri-kanan
oooiiittt…hehehe…mesti best kan ?
Hah, lupa…semalam juga kami bawa anak-anak ke
Pesta Buku kat Padang Perdana, mabuk wei…banyak buku..husband saya memang
sukakan buku-buku termasuklah saya dan anak-anak.Ambil buku letak dalam bakul,
beratus juga habis beli buku semalam..hehe..tak pe, Ilmu kan.hehe..Insyaallah
Allah akan gantikan berganda-ganda lagi .
Ha, itu je aktiviti kami bersama family untuk
minggu ni. Selalunya, saya dan suami akan adakan 1 minggu, 1 resepi/masakan
seperti ajar anak-anak buat donut ke,buat mee ke buat apa-apa yang berpadanan
dengan anak-anak. Syok kan
gitu..Insyaallah moga diizinkan masa lagi untuk biha share tentang aktiviti weekend
kami sekeluarga. Insyaallah ,hujung minggu ni akan ke KL sebab Biha kena attend
konvokesyen master di UiTM , Shah Alam.