Tuesday 4 April 2017

BUAH PINGGANG ROSAK AKIBAT AMBIL SUPLEMEN SHAKLEE?

"Eh engkau, hati-hati tau..makan suplemen bukannya elok sangat tu kang lelama nanti kena sakit buah pinggang...masa tu takda sapa dah nak nolong ko.."

Biasa dengar tak sindiran sini macam tu? Tak kisah la sesape pun yang cakap. Nampak sangat jakun.hehe..

Meh,mamabee nak story sikit ni.. mamabee sendiri pernah disinis macam ni.Kononya tak mengamalkan pemakanan sunnah. Pelik bin ajaib la kan, bukan ke menjaga kesihatan juga dituntut dalam islam.Bila badan sihat, Insyaallah takda penyebab untuk tidak beribadat kepada yang MAHA ESA kan?Melainkan diri-sendiri yang sengaja menjauhkan diri dariNya.Nauzubillah.

Ok, berbalik pada pengambilan suplemen boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang untuk long term.Apa yang korang rasa? Ada yang cakap,kalau makan suplemen dan kurang minum air masak/air putih mudah dapat masalah kidney.

Saya rasa,mesti ramai yang agak risau dan takut untuk mengambil supplement disebabkan persepsi yang kurang jelas sebegitu. Faktanya ialah, mengambil supplement tidak akan menyebabkan buah pinggang rosak JIKA diambil dengan ilmu & cara pengambilan yang betul.


Yang paling penting, PASTIKAN SUPLEMEN YANG DIAMBIL ITU MERUPAKAN PRODUK YANG BAIK,BERKUALITI SERTA DIYAKINI TAHAP KESELAMATANNYA. Lebih baik lagi jika suplemen itu adalah SUPLEMEN SEMULAJADI dan bukannya sintetik.

Cek diri anda atau orang terdekat atau orang sekeliling yang anda kenali samada mereka mempunyai simptom-simptom kidney problem.


PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG
(Sumber: FreeVitamin)

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi) : situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.


Image result for say no to supplements
BETUL KE SUPLEMEN PENYEBAB SAKIT BUAH PINGGANG?

Sebenarnya kan, ianya bergantung kepada
·        Tahap kesihatan buah pinggang setiap individu
·        Jenis suplemen yang diambil
·        Dan juga jika pengguna mempunyai sebarang penyakit yang lain.

Walaubagaimanapun, memang ada hasil kajian yang melaporkan beberapa jenis suplemen dan herba tertentu yang menyebabkan masalah buah pinggang, namun ia tetap berbalik kepada 3 aspek di atas.

Secara peribadinya, saya merasakan bahawa kualiti suplemen yang diambil juga sangat mempengaruhi tahap kesihatan si pengambilnya. Sudah tentulah suplemen semulajadi lebih mudah diserap dan digunakan oleh tubuh kita berbanding suplemen sintetik kan? Insyaallah supplemen semulajadi tidak membebankan tubuh kita untuk menghadamnya selagi ianya diambil dengan cara yang betul.

National Kidney Foundation (US) menasihatkan orang ramai yang mempunyai penyakit buah pinggang , yang sedang menjalani rawatan dialysis dan juga telah menerima buah pinggang baru supaya mengelakkan KESEMUA suplemen HERBA. Beberapa mineral tertentu seperti kalium, magnesium, kalsium, fosforus dll juga berisiko memburukkan lagi keadaan pesakit.

Kita sebagai pengguna yang bijak perlu berhati-hati dalam memilih suplemen . masalah buah pinggang mungkin terjadi jika suplemen yg diambil tercemar dengan kandungan logam berat. Contoh logam berat yang mungkin terdapat dalam suplemen dan makanan adalah cadmium. Jika diambil dalam masa panjnag, ia akan berkumpul di kidney dan merosakkan fungsinya dan juga boleh melemahkan tulang.

Penting untuk kita mencri suplemen yang benar-benar terbukti selamat. Kalau tengok kat Malaysia ni pun, sudah banyak produk yang diiklan sana sini dan buruan ramai, namun akhirnya berapa banyak yang ditarik atau diharamkan penggunaannya kerana isu keslematan kerana mempunyai bahan berbahaya. Kesian kan bila kita tertipu? Jom semua,jadilah pengguna yang bijak !!!



Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..







No comments:

Post a Comment