Yang #tak_sihat itulah yang sangat BEST kan?
Bukan kanak-kanak je, dewasa pun sangat suka dengan junk food ni. Dengan packaging yang lawa, colorful menarik perhatian setiap lapisan. Nak dinafikan, Biha sendiri pun agak gemar dengan bendalah tu. Kadang kalau teringin nak makan sangat, beli sorok-sorok dan bila anak ke sekolah i makan habiskan terus tapi ada juga terkantoi kalau tak sempat nak habiskan sebelum diorang balik, biha sorokkan kat mana-mana. . Tapi budak-budak ni instinct dia kuat kot, mesti geledah kat dapur terjumpa yang disorok.haha.Mungkin diorang dapat bau junkfood tu, contohnya jajan kan baunya sangat kuat.
Bagaimana Biha & suami elakkan anak-anak makan junkfood ni? Tipulah kalau cakap, anak aku 100% tak pernah telan junkfood ni. Depan kita memang la kita larang tapi kat belakang? Contoh kat sekolah ke? Kawan-kawan, sedara-mara bagi ke, mestilah diorang tergedik-gedik nak makan. Bila sampai pada warm people, kita pun jadi kaku nak cakap ak boleh makan itu, tak boleh makan ini. Dan buat masa sekarang kami cuba dari rumah terlebih dahulu larang diorang ambil makanan cenggitu. Moga lepas ni diberi kekuatan pabila berada di luar dan di tempat dan dengan orang awam juga.
Kami sememangnya tak mengizinkan diorang makan junkfood. Kalau ke kedai, tanya dulu sebelum berhenti nak beli apa? Kalau nak beli benda merapu memang kami jalan terus je kete. Bila dah besar ni, macam-macamlah ragam rayyan rasyad, akal panjang.. Dia nak je mengamuk kat kedai. Tu satu hal, tapi Rayyan dah ok sekarang, bila cakap tak boleh ok dia faham. Kalau Rasyad, subhanallah memang menguji kesabaranku yang senipis kulit bawang ni.
Tu je setakat ni yang kami mampu, ke korang buat macam mana untuk elakkan anak-anak @ diri-sendiri dari obses sangat dengan pengambilan junkfood ni? Moh le share sini, nak tahu gak 😁
No comments:
Post a Comment