Assalamualaikum & Selamat pagi semua..Alhamdulillah hari ni dapat siapkan entry di awal pagi disebabkan anak syurga aku tidur dengan nyenyaknya setelah kepenatan seharian bermain di Taman Rekreasi kt Cyrberjaya.Percutian WAHM pun bakal berakhir esok disebabkan hari jumaat ni dah start kelas untuk MBA.Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk menjadi seorang pelajar.
Okey.Insyaallah hari ni Biha nak share pasal "PERANCANG KELUARGA"..
Pernah dengar tak perancang keluarga??Bagi yang sudah berumahtangga memang biasa dengar pasal ni kan?Pengalaman Biha bila setiap kali selepas melahirkan anak (bajet macam dah berkali-kali bersalin ,padahal baru 2x bersalin..ahakkss) bila bawa baby check up kat klinik ,mesti ada satu sesi kaunseling untuk para ibu supaya menggunakan mana-mana kaedah perancang keluarga untuk menjarakkan kehamilan. Biha sudah pun review beberapa buah web & blog tentang kaedah & kesan penggunaan pil perancang kepada kesihatan.Insyaallah di sini Biha ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian tentang tajuk di atas ye :) Jika terdapat kekurangan dan tersilap info boleh terus inform Biha ye.
Sebelum tu,mari kita lihat APAKAH ITU PIL PERANCANG KELUARGA?
Pil perancang keluarga merupakan salah satu kaedah alternatif untuk mengelakkan dan menjarakkan tempoh kehamilan.
Ada dua cara yg kita boleh pilih samada KEKAL atau TIDAK KEKAL...yg tidak kekal pula boleh dibahagikan kepad dua iaitu HORMON dan BUKAN HORMON...kaedah bukan hormon sgt sesuai utk ibu yg menyusu baby...meh Biha cerita serba sedikit apa yang masih lagi melekat kat kepala ni sewaktu dibrainwash oleh officer kat Klinik dulu-dulu..hihihi
HORMON
- Pil Perancang: rasanya ramai kot yang ambil pil perancang ni...tapi bagi yang pelupa tu, sila fikir banyak kali yer samada nak guna kaedah ni atau tak...kang terskip makan, habislaaaa!! utk ibu yg fully breastfeed baby, doktor suggest ambil jenama noriday...range harga RM20-RM60 sekotak...kesan sampingan seperti naik berat badan, mual, kurang nafsu sex, moody, semua tu bergantung pada individu...
- Suntikan: siapa yang pelupa boleh la ambil suntikan...suntikan ni kena buat 3 bulan sekali...effect untuk org yg amek injection ni dia akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur...kadang-kadang berbulan tak datang haid...sekali cucuk RM30-RM80 depends pada hospital yang korang pergi
- Implan: kaedah ni siapa yang nak jarakkn anak 3 tahun ke atas boleh la *rasa mcm lama sangat la pulak* implan ni besar dia macam batang mancis, perlu ditanam & dikeluarkan...keburukan dia, kalau tiba2 kita rasa tak serasi atau nak singkatkn jarak anak, terpaksa keluarkn & burn la duit beratus2...range harga rm300-rm500...
BUKAN HORMON
- Kondom: benda ni senang sangat nak dapat kat kedai...bagi yang selesa, boleh la pakai kondom...kemungkinan mengandung hanya 2%...
- IUCD: alat yang ditanam dalam rahim...sesuai untuk sesiapa yang nak jarakkan anak 3 tahun...alat ni tak ganggu hubungan sex & tak ganggu kitaran haid...
- Diafragma: sejenis alat yang dimasukkn dlm faraj untuk tutup serviks...kalau pakai kaedah ni, kena masukkn sendiri...huhu...chances nk pregnant dlm 5%...
- Tradisional: menggunakan ubat tradisional, herba atau jamu..
- Semulajadi:
- Menyusukan Anak Sepenuhnya: ibu yang menyusukan akan lambat datang haid...(Tapi Biha masa Rayyan & Rasyad umur 8 bulan dah datang haid) ada yg sampai setahun lebih baru keluar haid...walaupon Biha fully breastfeed, tapi "miss P" datang setelah anakku berumur 8 bulan.
- Kira Kitaran Haid: melakukan hubungan di waktu selamat/kurang subur...tapi kaedah ni kita kena ada kitaran haid yang teratur baru boleh buat anggaran yang tepat...kalau kitaran haid tunggang-langgang jangan main-main ..hihi
- Kaedah Azal: air mani dipancutkn ke luar...tapi kaedah ni banyak yang gagal sebab chances nak mengandung tu tinggi
KEKAL
- Sterilisasi/Pemandulan: untuk perempuan, tiub fallopio diikat atau dipotong melalui pembedahan...bagi lelaki pulak dipanggil vasektomi iaitu vas defence lelaki dipotong dan diikat...
*****************************************
"Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.
Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus."
No comments:
Post a Comment