Monday, 2 September 2013

Masalah Kulit Ketika Hamil Hilang Selepas Bersalin

Ibu yang hamil mungkin rasa kehairanan melihat kulitnya yang berubah mendadak ketika mengandung. Ada bermacam-macam masalah kulit ketika hamil. Walaubagaimanapun, jangan risau kerana masalah kulit ketika hamil akan hilang selepas bersalin

Pelbagai masalah kulit ketika hamil.


APAKAH MASALAH KULIT KETIKA HAMIL?
  • Topeng Kehamilan/ Chloasma
Terdapat peningkatan pigmentasi kecoklatan di keseluruhan wajah terutamanya di bahagian pipi dan dahi. Bagi mengatasinya daripada menjadi lebih teruk, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya matahari, memakai topi atau payung ketika berada di bawah sinaran matahari dan menyapu losyen pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan nilai SPF 15. Untuk makluman, pigmentasi ini akan berkurangan tiga bulan selepas kelahiran bayi. Anda juga pasti perasan dengan perubahan pada tahi lalat, jeragat sedia ada dan puting payu dara. Semua perubahan itu disebabkan oleh hormon kehamilan. Oleh itu, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk membolehkan ia kelihatan seperti lazimnya.

  • Kesan Regangan
Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung kepada warna kulit. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas selamat melahirkan kelak, kesan regangan akan beransur-ansur pudar menjadi garisan putih keperakan.

  • Linea Nigra
Terdapat garisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. Bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya. Walau bagaimanapun, ia akan perlahan-lahan pudar selepas kelahiran bayi.


  • Jerawat Dan Bintik-bintik
Diakibatkan oleh perubahan hormon kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. Untuk itu, pastikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelambap bebas minyak. Elakkan rawatan anti jerawat seperti Retin-A, Accutane dan Tetracycline (sejenis antibiotik) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Sesetengah produk membasmi jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide adalah selamat tetapi elakkan produk yang tercatat kandungan salicylic acid.


  • Spider Naevi/Spider Veins

Ada sesetengah wanita mungkin mengalami masalah salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. Ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. Perubahan kulit ini berlaku kesan peningkatan aliran darah di bahagian berkenaan. Untuk mengelakkannya, tingkatkan pengambilan Vitamin C dan hindari pendedahan melampau kepada cuaca panas mahupun sejuk. Jangan khuatir dengan perubahan sebegini kerana selepas melahirkan, ia akan beransur-ansur pudar.
  • Kegatalan Kulit
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kegatalan kulit sewaktu hamil. Semakin bayi membesar, semakin perut anda mengembang. Malah, kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan inilah yang menyebabkan kulit menjadi kering dan tegang. Elakkan kulit menjadi kering dengan kerap menyapu krim dan pelembap agar ia kekal hidrat.

  • Pruritic Urticarial Papules and Plagues (PUPP)
Bagi sesetengah wanita, kegatalan di bahagian abdomen yang dialami menjadi lebih teruk ketika di trimester ketiga. Yakinilah keadaan ini adalah biasa dalam kehamilan. Ia dikenali sebagai pruritic urticarial papules and plagues (PUPP) di mana sama sekali tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Keadaan ini akan berubah secara spontan selepas anda bersalin nanti. Walau bagaimanapun, dapatkan pandangan doktor sekiranya kegatalan menjadi lebih teruk. Sesetengah jenis ubat boleh diambil untuk melegakan simptom yang dialami.
  • Obstetric Cholestasis 

Berlaku apabila anda mengalami kegatalan kulit terutamanya di tapak tangan dan tapak kaki. Pada masa yang sama, anda akan mengalami loya, jaundis (kulit dan mata kekuningan), kehilangan selera makan dan mudah letih dan lesu. Jika hal ini berlaku, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.





ESP DAN VITA-C BUAT WAJAH DAN TUBUH BERSERI SELEPAS BERSALIN


Fungsi ESP :
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


Fungsi Vita-C
  • membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut.Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.




Sharing dari Puan Salmeza Salih

"..da lama nak share dengan kengkawan. waktu preggy muka sangat2 hodoh, berbau, leher dan ketiak hitam, selulit hitam2 di peha. alhamdulillah perut xda pecah2..konsisten makan suplemen shaklee ni, Alhamdulillah. keyakinan diri bertambah. muka jadi bersih dan glowing walaupun x pakai cuci muka. body jd mantop. memnag terbaik la shaklee..."


Klik untuk besarkan imej.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

No comments:

Post a Comment