Thursday, 5 December 2013

Tips dan Petua untuk hilangkan Selsema dan Batuk




Assalamualaikum dan aaahhhaaaaiiii~~~~




*****************************************************************



Maaf ye sejak kebekangan ni entri ala-ala mak sanggaaattt.... Just nak sharing pada ibu-ibu baru di luar sana yang mungkin tidak tahu.


Alhamdulillah Bukhary telah pulih sepenuhnya dari selsema dengan izin Allah dan pelbagai ikhtiar.


Hampir 3 bulan (on and off) kalau 2 hari sembuh sambung balik dalam 2 minggu selsema keluar. Semakin hari semakin teruk dan tidur pun susah nak lena (T_T).

Ketahuilah wahai ibu-ibu, anak bawah 2 tahun tidak elok dan tidak ada ubat selsema dan juga ubat batuk. Sama sekali tidak membantu menyembuhkan penyakit dia. Hanya ubat kahak yang membantu dia untuk keluarkan kahak dan mengurangkan batuk.


Sebenarnya banyak sangat perubatan semulajadi yang kita boleh cuba dan cuba sehingga salah satunya membantu menyelesaikan masalah anak kita. Semua ni yang Dalee kongsikan ini telah dikumpul dari pelbagai blog dan kumpulan2 seperti Kumpulan Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-Anak dan HSFFYB. Terima kasih semua (*__*)


Sepanjang Bukhary selsema dan kadang-kala batuk macam2 remedy yang Dalee cuba diantara seperti di bawah :


SEGI PERMAKANAN :


1. Elakkan makanan yang membina mucus dan banyakkan makanan yang boleh membuang mucus (kahak).

2. Berikan anak makan banyak protein especially bahagian tengah ayam.
3. Berikan anak makan sup kaki ayam dan sup tulang ayam/ayam yang telah direnih selama lebih 18 jam.  
Nota : Kumpulan permakanan adalah berdasarkan umur anak.

SEGI PETUA
 1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..info khasiat bawnag putih selebihnya boleh rujuk http://allmedmedia.com/garlic-health-benefits/
2. Petua Garlic socks : 
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
 
Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!
3. Petua bawang merah

Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 



Nota : Jangan sekali2 menggunakan bawang yang telah terdedah.  



4. Steaming and cupping






Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming. 


5. Sedut kahak dan nebulizer

Sila berjumpa dengan doktor Nadir Khan di alamat di bawah



Klinik Wangsa Sdn Bhd
No 46 Jalan 24/27A
Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tel : 03-41421614

(dekat dengan Menara kausar, belakang LHDN)

Doktor ini akan menerangkan seterang2nya masalah mukus ini. Sangat baik dan efisen. Caj dalam RM70 - RM100 setiap kali lawatan.



Segi kebersihan :

1. Pastikan ibu-ibu mop lantai rumah dengan Dettol. Lap dan bersihkan habuk2 di almari, kerusi dan bahagian lain dengan dettol. Pastikan juga ada ada penyegar Febreeze di udara. (serius ni tak tipu). InsyaAllah membantu mengurangkan kuman dan virus di rumah.



Segi kerohanian :

1. Jangan lupa dan terus berdoa dan bersedekah. InsyaAllah. Keyakinan kepada Allah perlu diletakkan di tempat yang tertinggi.


***************************************************************


Syukur internet dapat membantu Dalee mencari petua-petua dan maklumat2 tersebut. Terima kasih juga kepada mak-mak yang sudi berkongsi petua. Semoga anak2 kita sehat dan membesar sebagai Khalifah Allah yang berjaya. InsyaAllah.


 Lots of luv,
Biha

Credit to: Dalee


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

No comments:

Post a Comment