Sunday, 18 May 2014

TIPS & CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Assalammualaikum  & Salam Hormat.


Saya nak berkongsi beberapa Tips & Panduan makan vitamin Shaklee. Juga Tips & Panduan ini boleh dimanfaatkan oleh pengamal supplement lain juga, bukan fokus kepada vitamin Shaklee sahaja. 

Mengapa cara mengambil ini penting? 

Ada segelintir pengamal vitamin merasakan yang mereka tidak mendapat apa-apa manfaat dalam mengambil supplement. Dalam erti kata lain, mereka tidak mendapat kesan yang baik dari pengambilan vitamin atau supplement yang mereka makan. Jadi, mari kita kenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan vitamin yang diambil tidak meninggalkan apa-apa kesan baik kepada pengguna. Antaranya ialah:

1. Banyakkan pengambilan air kosong (air mineral)

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak ataupun air kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan (obesiti). Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Cadangan Biha, anda perlu sukat jumlah air yang anda minum. Sediakan botol air yang ada sukatan. Supaya senang nak kenal pasti berapa banyak air telah kita minum. Sebab ramai yang rasa dah minum air banyak. Tetapi sebenarnya tak pasti berapa jumlah air yang diminum. Jumlah air yang di perlukan tubuh juga bergantung pada aktiviti harian serta persekitaran anda. Juga anda boleh cuba untuk minum air siap-siap isi air dalam botol besar (contohnya 1.5L seperti botol coke, 100 plus dll) dan cuba untuk habiskan dalam masa 24 jam. Mudah bukan?

2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa perlu dielakkan.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Kepekatan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kita rasa pening dan seakan nak pitam. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja!

3. Pengambilan vitamin bersama ubat lain perlu dielakkan.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Pengambilan kafien dalam diet harian perlu dikurangkan.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'


No comments:

Post a Comment