Wednesday, 24 July 2013

Collagen Powder Shaklee : Testimoni Pengguna

Nak tahu apa kelebihan CPS pun boleh, klik je kt sini.
 Testimoni 1


Testimoni 2


 Testimoni 3


Testimoni 4


 Testimoni 5


 Testimoni 6

Testimoni 7

Testimoni 8


Testimoni 9

Testimoni 10


Testimoni 11

Testimoni 12

OK, macam mana? teruja tak dengan hasilnya? So apa tunggu lagi, dapatkan segera stok anda sebelum tamat tempoh promosi. Melangkah tahun baru pasti dengan penampilan yang lebih egar dan semangat :)

Q&A tentang COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Ramai yang PM/SMS bertanyakan tentang collagen powder SHAKLEE. Wah hot gitu :) Ramai yang dh cuba COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni..tak percaya? Boleh lihat koleksi testimoni DI SINI



Ok balik pada tajuk, saya ringkaskan segala pertanyaan customer2 tentang COLLAGEN SHAKLEE powder ni. Semoga ianya membantu menjawab segala kemusyikalan tentang product ini. 

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
2. Apa istimewanya collagen shaklee?
3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 
4. Tahan berapa lama colalgen shaklee
5. Macam mana aturan makan colalgen shaklee
6. Berapa harga collagen shaklee
7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
11. Macam mana nk beli collagen powder

Saya akan jawab satu persatu persoalan di tas. Teruskan pembacaan ya. 

1. Apa kandungan collagen shaklee? 
Kandungan utama collagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu nsumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata, Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal, Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata, Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas, Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 

2. Apa istimewanya collagen shaklee?
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)

3. Macam mana bentuk collagen shaklee? Serbuk ke pil 
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. I kotak mengandungi 15 sacet di mana setiap sacet mengandungi 15mg. 

4. Tahan berapa lama collagen shaklee
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sacet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan). 

5. Macam mana aturan makan collagen shaklee
Sangat mudah! Hanya campurkan 1 sacet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: 
 - jus twister tropicana + collagen 
 - Milo/Serbuk Coklat Cadbury  +collagen
- any fruit juice  + collagen
Pengguna bebas nk campurkan collagen dengan mana2 minuman. Asal sedap sudah :)  

6. Berapa harga collagen shaklee
Retail price RM298. Special price boleh contact saya :) 
Jangan terkejut, kenapa ia mahal?Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan colalgen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti. 

7. Siapa sesuai amik collagen shaklee?
Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering
  • Garis halus pada leher
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Payudara dan punggung kelenturan
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
8. Macam mana rasa collagen shaklee?
Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tp rase tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 

9. Boleh tak collagen diambil bersama product lain? 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 

10. Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? 
Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah2 dan anak asyik nak menyusu. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen sealma 4 hari  berturut2 jika tiada kesan keapda bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi, no additive is added. Sekali lagi, jangan takut untuk mencuba. 

11. Macam mana nk beli collagen powder
Boleh hubungi saya pada saluran berikut: 
RAbihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: suuqulbarakah@gmail.com
COD area: Kota Bharu, PAir Mas, Rantau Panjang dan lain-lain tempat (boleh request,tp jgn la jauh sangat ..hiuhihi )

Tuesday, 23 July 2013

KECUTKAN KEWUJUDAN CYST DAN FIBROID DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum 
Enrty kali ini Biha nak Kongsikan bersama teman- teman yang pernah diserang Cyst & Fibroid. Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid. Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Sejak akhir2 ni kerap kali Biha mendengar penyakit ini dihidapi oleh rakan2 dan saudara mara. Walaupun selepas/telah menjalani rawatan/operation membuang ketumbuhan, ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

APAKAH CYST?Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka.
Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.

APAKAH PUNCA FIBROID
Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.
Intramural, yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

Fibroid 2.
Submucosal, juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3.
Subserosal, juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.credit

CADANGAN VITAMIN



Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang.

Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi saya ok :)

testimoni

Buatlah Pilhan Yang Terbaik..Pilihan Di tangan Anda

Selain produk ini ada lagi produk-produk menarik yang patut anda cuba seperti set Penyusuan, Set Kehamilan, Pakej untuk kaum adam, kaum hawa, kanak-kanak, warga tua dan yang lebih menarik saya menawarkan konsultasi percuma serta penghantaran yang tidak membebankan anda. Jika anda perlukan panduan pemakanan dan konsultasi, boleh hubungi Biha SEKARANG :)


You interested?   
Contact me Rabihah Mohammed Shaklee Independent Distributor [ID No: 906 559] :012-9495513 Mobile    
Fb: Rabihah Muhamad
Fb Fanpage: Kami Kamu & Vitamin

Kami Kamu & Vitamin: Khasiat GLA, tak Habis sebotol dah hamil

Kami Kamu & Vitamin: Khasiat GLA, tak Habis sebotol dah hamil: Indahnya kan bila buat ujian kehamilan nampak double line. Inilah salah satu khasiat GLA. Membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Dan bet...

Monday, 22 July 2013

Set D Shaklee: kulit cantik bak bidadari

Assalamualaikum…
Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas adalah masalah kulit yang umum di Malaysia.

Ada yang mengambil jalan singkat, menutup dengan segala macam bedak, foundation dan concealer, tapi hakikatnya di balik topeng bedak, faundation dan concealer kulit masih tetap bermasalah. Biasa terbaca di akhbar, bila giat sangat mencuba produk kecantikan yang baru hanya menambah duka dan masalah di muka. Kulit muka terbakar, tambah berjerawat dan menjadi semakin sensitif. Oleh itu, sangat penting selidik dulu sebelum menyapu apa di muka anda.

Atau mahu lebih selamat, rawatlah kulit muka dari dalam dan bukan menggunakan jalan singkat. Amalkan rejim kesihatan kulit yang sihat. Seperti dalam Islam, wuduk yang sempurna akan menjadikan wajah cantik berseri. Pengambilan makanan yang sihat dan penjagaan diri yang baik juga penting untuk mendapatkan kulit secantik bidadari. 

wajah berseri

berikut adalah beberapa panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri:
  • minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
  • lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin bagi memelihara kulit dan badan
  • mengamalkan pengambilan Vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen
  • Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan , mengurangkan kedutan dan bintik penuaan.
  • Vitamin B Complex juga penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri
  • Asid Lemak Omega 3 dan 6 mengawal lembapan kulit
  • Asid Amino L-Cystein memberikan kulit yang sihat, muda dan anjal
  • Pengambilan Zinc yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak
Pernah cuba belek pencuci muka anda? Atau barang penjagaan badan mahupun shampoo?? Mesti anda perasan di label ada perkataan VITAMIN C atau VITAMIN E. Betul tak?? Malah jika kita pergi ke spa pasti ada rawatan vitamin c, kolagen atau masker vitamin E.
Vitamin C dan Vitamin E adalah antioksidan yang bagus untuk kulit cantik kerana kita sering terdedah dengan persekitaran alam sekitar yang tercemar, sinaran UV yang memancar terik, asap-asap daripada kenderaan serta pencemaran udara lain.

Kenapa perlu mengambil antioksidan ini?

Penuaan kulit muka bermula daripada radikal bebas yang kerjanya merosakkan kulit. Radikal bebas ini terhasil daripada persekitaran yang kotor terutama sinaran UV. Jadinya untuk lebih mudah faham, saya umpamakan radikal bebas sebagai anasir jahat dan ANTIOKSIDAN sebagai WIRA yang bertindak memusnahkan radikal bebas. Ala-ala cam jadi perisai kulit la.

Hebatkan fungsi antioksidan. Anda boleh mendapatkannya daripada buah-buahan serta kekacang.

Cranberries, blueberries, and blackberries were ranked highest among the fruits studied. Beans, artichokes, and Russet potatoes were tops among the vegetables.
Pecans, walnuts, and hazelnuts were the winners in the nut category, and ground cloves, cinnamon, and oregano were the top three antioxidant-rich spices. [ Source : webmd.com ]

Persoalannya ialah adakah badan kita dapat menyerap semua kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah dan kekacang ini?

Menurut penyelidik Ronald Prior, PhD seorang ahli kimia dan pakar nutrisi dengan the USDA’s Arkansas Children’s Nutrition Center di Little Rock, Ark, “ Faktor major yang memainkan peranan adalah apa yang berlaku dalam proses pencernaan dan penyerapan ke dalam badan. Walaupun bahan-bahan itu mengandungi kapasiti antioksidan yang tinggi, ianya mungkin tidak dapat diserap”

Penyelidik juga mendapati cara penyediaan makanan juga akan menyebabkan kandungan antioksidan berkurangan.

Sudah pening untuk mendapatkan antioksidan yang insya Allah badan kita akan mampu serap tanpa risau kandungan antioksidan berkurang?? Kami ada penyelesaiannya.
EuphoriaSet Skincare yang merangkumi B-complex, Vitamin C dan juga 
Vitamin E.



B-complex
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vitamin C 
antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Vitamin E 
Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.

Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

ESP
diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.
Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.

GLA complex 
Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan) 
Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.**

Dan last but not least, diantara yang terbaru dan terhangat dari Shaklee, Collagen Powder. Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan 8 minggu berturut-turut akan menghasilkan wajah yang cantik, muda, anjal dan berseri.

Collagen Powder Shaklee


Set D Shaklee adalah pilihan ramai yang ingin mendapatkan kulit yang cantik, berseri, anjal dan kelihatan muda. Mungkin disebabkan harga yang mampu milik dan terbukti berkesan menjadikan Set D Shaklee begitu laris dipasaran.

Pilihlah set kecantikan dengan bijak, bukan membuta tuli. Jangan ambil jalan singkat. Dr Masrsha Gordon, Timbalan Presiden di Jabatan Dermatology Mount Sinai School of Medicice berkata "Sekiranya ada krim yang dapat memberikan kesan yang sama seperti prosedur perubatan (cepat dan berkesan), kemungkinan ia adalah DADAH, dan bukan BAHAN KECANTIKAN"

Hubungi saya bagi mendapatkan set yang paling sesuai dengan kulit anda. Insyaallah jika konsisten, hasilnya pasti MELETOPPSS!

You interested?   
Contact me Rabihah Mohammed Shaklee Independent Distributor [ID No: 906 559] :012-9495513 Mobile    
Fb: Rabihah Muhamad
Fb Fanpage: Kami Kamu & Vitamin

Tambahkan Berat Badan dengan Set Weight Gain Shaklee

"Adakah anda terlalu kurus dan ingin menambah berat badan? adakah anda telah mencuba pelbagai cara menggemukkan badan? masih tak berjaya?...


FAKTOR ANDA TAK BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN

1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

2) pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

Adakah saya telah berusaha untuk tambah berat badan sebelum ini? YA! saya telah menghabiskan ratusan ringgit dengan membeli produk- produk weight gain yang ada di pasaran tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan.


TAMBAH BERAT BADAN BERSAMA SHAKLEE


MEAL SHAKES
Jom kita skodeng, apa yang ada dalam Meal Shakes ni yang membuatkan dia BEST. Rasa dia memang awesome! Macam rasa vanila shakes gitu. Meal Shakes kaya dengan PROTEIN dimana pengambilan protein amat penting dalam proses menambah berat badan kerana ianya merupakan asas kepada pemakanan tubuh badan kita. Yup, untuk menambah berat badan, tips simplenya adalah makan makanan yang kaya dengan protein. Apabila sel kita sihat hasil daripada pengambilan protein yang berkualiti, maka badan kita lebih mudah untuk menyerap segala kebaikan zat dan vitamin.  Meal Shakes juga membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang penting. Ia mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. 

VITA-LEA
Vita-Lea pula merupakan multivitamin dengan formulasi zat besi yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA di dalam setiap tablet. Wow!! Ianya merupakan elemen penting bagi sel tubuh yang menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon. Vita-Lea merupakan supplement penting kerana ia memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu, mengelakkan pitam dan pening. 

B COMPLEX
Pengambilan vitamin B Complex juga penting bagi mereka yang ingin menambahkan berat badan. Si kurus biasanya akan berasa cepat letih dan lesu. B Complex menukarkan makanan kepada tenaga, dimana ia mambantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan. Istimewanya B Complex Shaklee ni ialah ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia juga mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Moh cepat kengkawan, sesiapa yang rasa-rasa nak dtau lebih lagi, boleh sms je saya di talian 012-9495513(Biha). Nanti kita story lebih lagi. (^_^)



jom kita tengok testimoni yang dah mencuba set 


Testimoni Set Weight Gain Shaklee, Naikkan Berat Badan , Set Weight Gain Shaklee

You interested?   
Contact me Rabihah Mohammed Shaklee Independent Distributor [ID No: 906 559] :012-9495513 Mobile    
Fb: Rabihah Muhamad
Fb Fanpage: Kami Kamu & Vitamin

Sunday, 21 July 2013

Jom Kenali Bahasa Baby Anda

Jom Kenali Bahasa Baby Anda....(Dunstan Baby Language)

Sedikit sharing buat semua mama dan ayah luar sana...saya percaya mesti mama dan ayah semua pernah terdengar baby anda semua menyebut: 

neh, owh, eh, eiarh dan heh kan? 



Bahasa Baby

Tapi tahukah anda, melalui kajian yg telah dilakukan oleh Priscilla Dunstanmengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yg sama dan bersifat universal. "Bunyi-bunyi" ini terhasil akibat tindakan refleks dan sekaligus jika diamati dan difahami dengan betul boleh membawa kepada maksud-maksud tertentu. Kajian ini juga dikenali di seluruh dunia sebagai Dunstan Baby Language. Anda boleh ke website ini untuk info yg lebih lanjut ya...

www. dunstanbaby.com 


Ok jom kita kenali bahasa baby kita ya:



Neh -- Lapar (I'm Hungry)
Terhasil dari “sucking” refleks

Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.

Heh -- Ketidakselesaan (I'm experienceing Discomfort)
Terhasil akibat refleks pada kulit.

Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.



Eiarh -- Kembung perut (I have lower gas)
Terhasil akibat tekanan abdomen perut

Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan


Owh -- Mengantuk (I'm Sleepy)

Terhasil dari refleks menguap.

Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini



Eh -- Ingin Sendawa (Need to Burp)

Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata.



Dengarlah bahasa bayi anda dan fahamilah gerak geri mereka...seungguhnya anda adalah yg paling dekat dengan mereka. Berinteraksi dan berkomunikasilah dgn baby anda:) Jangan biarkan baby menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan membawa kepada keadaan yg tidak diingini. Listen to ur baby! And everything will be simple and less complicated...Enjoy moments with ur baby yea...CHEERIOO!!