Monday, 22 July 2013

Set D Shaklee: kulit cantik bak bidadari

Assalamualaikum…
Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas adalah masalah kulit yang umum di Malaysia.

Ada yang mengambil jalan singkat, menutup dengan segala macam bedak, foundation dan concealer, tapi hakikatnya di balik topeng bedak, faundation dan concealer kulit masih tetap bermasalah. Biasa terbaca di akhbar, bila giat sangat mencuba produk kecantikan yang baru hanya menambah duka dan masalah di muka. Kulit muka terbakar, tambah berjerawat dan menjadi semakin sensitif. Oleh itu, sangat penting selidik dulu sebelum menyapu apa di muka anda.

Atau mahu lebih selamat, rawatlah kulit muka dari dalam dan bukan menggunakan jalan singkat. Amalkan rejim kesihatan kulit yang sihat. Seperti dalam Islam, wuduk yang sempurna akan menjadikan wajah cantik berseri. Pengambilan makanan yang sihat dan penjagaan diri yang baik juga penting untuk mendapatkan kulit secantik bidadari. 

wajah berseri

berikut adalah beberapa panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri:
  • minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
  • lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin bagi memelihara kulit dan badan
  • mengamalkan pengambilan Vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen
  • Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan , mengurangkan kedutan dan bintik penuaan.
  • Vitamin B Complex juga penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri
  • Asid Lemak Omega 3 dan 6 mengawal lembapan kulit
  • Asid Amino L-Cystein memberikan kulit yang sihat, muda dan anjal
  • Pengambilan Zinc yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak
Pernah cuba belek pencuci muka anda? Atau barang penjagaan badan mahupun shampoo?? Mesti anda perasan di label ada perkataan VITAMIN C atau VITAMIN E. Betul tak?? Malah jika kita pergi ke spa pasti ada rawatan vitamin c, kolagen atau masker vitamin E.
Vitamin C dan Vitamin E adalah antioksidan yang bagus untuk kulit cantik kerana kita sering terdedah dengan persekitaran alam sekitar yang tercemar, sinaran UV yang memancar terik, asap-asap daripada kenderaan serta pencemaran udara lain.

Kenapa perlu mengambil antioksidan ini?

Penuaan kulit muka bermula daripada radikal bebas yang kerjanya merosakkan kulit. Radikal bebas ini terhasil daripada persekitaran yang kotor terutama sinaran UV. Jadinya untuk lebih mudah faham, saya umpamakan radikal bebas sebagai anasir jahat dan ANTIOKSIDAN sebagai WIRA yang bertindak memusnahkan radikal bebas. Ala-ala cam jadi perisai kulit la.

Hebatkan fungsi antioksidan. Anda boleh mendapatkannya daripada buah-buahan serta kekacang.

Cranberries, blueberries, and blackberries were ranked highest among the fruits studied. Beans, artichokes, and Russet potatoes were tops among the vegetables.
Pecans, walnuts, and hazelnuts were the winners in the nut category, and ground cloves, cinnamon, and oregano were the top three antioxidant-rich spices. [ Source : webmd.com ]

Persoalannya ialah adakah badan kita dapat menyerap semua kandungan antioksidan yang terdapat di dalam buah dan kekacang ini?

Menurut penyelidik Ronald Prior, PhD seorang ahli kimia dan pakar nutrisi dengan the USDA’s Arkansas Children’s Nutrition Center di Little Rock, Ark, “ Faktor major yang memainkan peranan adalah apa yang berlaku dalam proses pencernaan dan penyerapan ke dalam badan. Walaupun bahan-bahan itu mengandungi kapasiti antioksidan yang tinggi, ianya mungkin tidak dapat diserap”

Penyelidik juga mendapati cara penyediaan makanan juga akan menyebabkan kandungan antioksidan berkurangan.

Sudah pening untuk mendapatkan antioksidan yang insya Allah badan kita akan mampu serap tanpa risau kandungan antioksidan berkurang?? Kami ada penyelesaiannya.
EuphoriaSet Skincare yang merangkumi B-complex, Vitamin C dan juga 
Vitamin E.



B-complex
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vitamin C 
antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Vitamin E 
Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.

Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

ESP
diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.
Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.

GLA complex 
Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan) 
Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.**

Dan last but not least, diantara yang terbaru dan terhangat dari Shaklee, Collagen Powder. Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan 8 minggu berturut-turut akan menghasilkan wajah yang cantik, muda, anjal dan berseri.

Collagen Powder Shaklee


Set D Shaklee adalah pilihan ramai yang ingin mendapatkan kulit yang cantik, berseri, anjal dan kelihatan muda. Mungkin disebabkan harga yang mampu milik dan terbukti berkesan menjadikan Set D Shaklee begitu laris dipasaran.

Pilihlah set kecantikan dengan bijak, bukan membuta tuli. Jangan ambil jalan singkat. Dr Masrsha Gordon, Timbalan Presiden di Jabatan Dermatology Mount Sinai School of Medicice berkata "Sekiranya ada krim yang dapat memberikan kesan yang sama seperti prosedur perubatan (cepat dan berkesan), kemungkinan ia adalah DADAH, dan bukan BAHAN KECANTIKAN"

Hubungi saya bagi mendapatkan set yang paling sesuai dengan kulit anda. Insyaallah jika konsisten, hasilnya pasti MELETOPPSS!

You interested?   
Contact me Rabihah Mohammed Shaklee Independent Distributor [ID No: 906 559] :012-9495513 Mobile    
Fb: Rabihah Muhamad
Fb Fanpage: Kami Kamu & Vitamin

No comments:

Post a Comment