KEPENTINGAN MENGENALI JENIS VITAMIN YANG DIAMBIL
Agak-agak , kenapa kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang vitamin? Mesti kita mempunyai alasan tersendiri kan? Anda punya pendapat bagaimana? Di bawah ni, Biha just nak review tentang perbezaan antara vitamin SINTETIK , ORGANIK & SEMULAJADI. Mana pun pilihan anda, mestila anda mempunyai alasan tersendiri kan.
Sebelum tu, mari kita lihat PERBEZAAN & PERBANDINGAN jenis vitamin tersebut :
Vitamin Sintetik
Vitamin sintetik adalah vitamin buatan sahaja. Walaupun nampak sama, tapi isi kandungannya adalah komponen bahan kimia yang dihasilkan supaya menyerupai rasa dan bahan semulajadi. Ibaratnya macam makan buah-buahan tiruan.
Dari segi kandungan bahannya juga, kebanyakan vitamin sintetik menyenaraikan bahannya dengan akhiran xxxide atau xxxate yang menunjukkan nama-nama bahan kimia yang merupakan bahan tambahan dalam makanan (additif). Contohnya: Acetate dan Palmitate. Beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan ini perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil vitamin yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut kerana kita tidak tahu apakah sumber yang dijadikan bahan tambahan tersebut.
KESIMPULANNYA VITAMIN SINTETIK NI :
- Nutrien vitamin ini dihasilkan dalam PERSEKITARAN MAKMAL. Beerti bukan dari bahan semulajadi.
- Bersumberkan dari TAR ARANG BATU.
- Biasanya, ianya yang paling murah di pasaran kerana komponennya adalah BAHAN KIMIA.
- Kebanyakan makanan tambahan adalah dari jenis ini.
- Syarikat yang mementingkan keuntungan semata-mata akan menggunakan kaedah makmal ini.
- Secara kimianya, vitamin ini tergolong dalam semulajadi tetapi dari segi STRUKTUR memang jauh berbeza dengan vitamin semulajadi.
- Vitamin ini dilabelkan dengan "l".
Vitamin Organik
Dihasilkan daripada sumber organik, walaubagaimanapun, vitamin ini telah melalui proses pendedahan kepada haba yang tinggi untuk penghasilannya dan ini menyebabkan nutrien yang terkandung di dalamnya telah hilang sebahagiannya.
KESIMPULANNYA VITAMIN ORGANIK NI :
- Nutrien yang khusus dipencilkan dari sumber semulajadi, biasanya menggunakan HABA, TEKANAN TINGGI ATAU PELARUT KIMIA YANG KUAT.
- Ianya sama sekali TIDAK SAMA DENGAN VITAMIN SEMULAJADI disebabkan proses yang dilaluinya.
- Semasa pemprosesannya, ia melibatkan haba yang berlebihan dan produk PETROLEUM biasanya digunakan menyebabkan ianya kehilangan nutrien.
- Co-factor yang sepatutnya ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.
Vitamin Semulajadi
Diperolehi daripada sumber semulajadi dan penghasilannya memerlukan bekalan dari sumber semulajadi yang sangat berkualiti tanpa dimasukkan bahan tambahan makanan atau perisa tambahan. Sebab itulah, vitamin semulajadi kebanyakannya tidak mempunyai rasa yang terlalu 'enak' kerana sebolehnya ia diproses secara halus agar masih lagi mengekalkan kualiti kandungan dan rasa asalnya.
KESIMPULANNYA , VITAMIN SEMULAJADI :
- Dihasilkan dengan pemprosesan yang SEMINIMA MUNGKIN & KEPEKATAN NUTRIEN ADALAH DALAM KESEIMBANGAN YANG MENGHAMPIRI KEPADA KEADAAN IA DITEMUI DALAM ALAM SEMULAJADI.
- Kos menghasilkannya LEBIH TINGGI berbanding sintetik.
- Perlukan pelaburan yang tinggi dalam SUMBER SEMULAJADI YANG BERKUALITI.
- Kebanyakan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi kerana kos tinggi yang terpaksa ditanggung.
- Enzim TIDAK ALAMI PERUBAHAN MELAMPAU DALAM PEMPROSESAN oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
- TIDAK MENGGUNAKAN pengisi dan pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
- Penyediaan BAHAN MENTAH DARI SUMBER SEMULAJADI YANG BERKUALITI.
- IMBANGAN SEMULAJADI DIKEKALKA sebaik mungkin
- Semulajadi adalah bio-kepadatan dan disimpan dalam tisu badan LEBIH LAMA berbanding sintetik.
- Semulajadi LEBIH MUDAH ditukar oleh badan bagi menhalankan kepelbagaian fungsinya.
Haa.... itulah serba sedikit perbezaan antara ketiga-tiga jenis vitamin ini. Jadi kesimpulannya, saya sarankan ELAKKAN vitamin sintetik demi kesejahteraan kita sendiri.... ada yang senyum simpul pulak tu, apa katanya? "Alah.. tak perlu ambil vitamin lagi senang!!!!, tak perlu nak pilih-pilih, sintetik ke organik ke semulajadi ke?," Kalau ada yang fikir begitu??
Oppss, tapi sebelum tu, mengapa saya kata elakkan vitamin sintetik? Sebab:
- Ianya tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh kita kerana sistem enzim kita adalah semulajadi bukan makmal kan?
- Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita yang semulajadi ini dengan vitamin sintetik, psst.. lebih kurang sama seperti memadankan sarung tangan kanan ke tangan kiri... Biar betul beb?
- Vitamin semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik, malah 42% lebih berkesan dari sintetik.
... ada juga rakan-rakan saya yang ketakutan, bila tahu beza dan kesan vitamin-vitamin ini,
"La, selama ini, iye la aku ingat aku dah jaga betul badan aku, sayang betul badan aku, makan vitamin tiap hari.. Rupanya, Vitamin Palsu yang aku makan", "Huh! Ye ke? Ceh, membazir je selama ini.."
(Sebenarnya, saya pun dulu tergolong dalam golongan ini, TAPI sekarang, TIDAK LAGI!!! Ya!!!) Jadi, jangan berlengah lagi tukar lah dari Bukan Semulajadi kepada Semulajadi. Boleh tanya dengan saya. Boleh juga beli dengan saya.. Sharing is Caring kan?
Jadi, bagaimana dengan Vitamin SHAKLEE??? Semestinya ianya VITAMIN SEMULAJADI
Shaklee Vitamin Semulajadi
Ya, Shaklee adalah vitamin semulajadi. Ianya telah terbukti selamat dan berkesan dengan pengujian klinikal. Anda boleh memastikannya dengan melihat kandungan vitamin Shaklee yang disimpan tanpa perlukan silica gel untuk memelihara kualitinya. Sama sekali tidak perlu kerana Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi dan tidak mengandungi pewarna, pengawet atau perisa tiruan.
Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..
Shaklee ID [No: 906559]
Contact No: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
No comments:
Post a Comment