Tips memilih set bersalin / set pantang yang terbaik
Memilih set bersalin semasa berpantang agak memeningkan terutamanya untuk ibu muda yang mengandungkan anak sulung. Saya juga pernah melalui fasa yang sama sehingga tidak tahu mana yang terbaik dan berkesan untuk diri. Adakala kita sudah memutuskan set bersalin yang mana mahu dibeli setelah membuat kajian sendiri. Namun, feedback atau testimoni daripada pengguna lain membuatkan kita menjadi tidak pasti.
Hari ini saya ingin kongsikan beberapa tips memilih set bersalin yang terbaik dan berkesan untuk anda.
(1) Kenali keperluan diri anda
Anda perlu tahu samada mahu berpantang secara moden atau tradisional atau kombinasi kedua-duanya. Kebanyakan set bersalin di pasaran lengkap dengan pakej untuk kegunaan luaran dan dalaman. Namun begitu, tidak semua produk di dalam set bersalin itu akan digunakan.Jadi nasihat saya adalah untuk memilih produk yang perlu sahaja terutamanya untuk kegunaan luaran. Bagi anda yang ingin berpantang secara tradisional, pastikan badan anda sesuai untuk menggunakan jamu atau tidak.
(2) Mesra poket dan jimat
Harga set bersalin juga memainkan peranan dalam memilih set bersalin yang terbaik dan berkesan. Pasti anda mahukan set bersalin yang jimat. Pilih set bersalin yang boleh anda gunakan lagi selepas tempoh berpantang untuk mengelakkan pembaziran.Selain itu, pastikan set bersalin yang dipilih boleh digunakan untuk keadaan ibu bersalin secara normal mahupun pembedahan ( czer). Paling bagus boleh digunakan sebaik sahaja ibu bersalin.
(3) Mudah digunakan
Pilih set bersalin yang mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Maksudnya, mudah diuruskan oleh anda sendiri, suami mahupun mereka yang akan menjaga anda semasa berpantang. Proses penyediaan yang rumit dan mengambil masa akan membuatkan ibu berpantang menjadi stress dan berasa rimas. Untuk produk kegunaan dalaman, pilih produk yang ready made supaya anda boleh telan sahaja untuk jimatkan masa kerana anda berpantang dengan bayi kecil yang sentiasa mahukan perhatian.
(4) Selamat untuk bayi
Untuk ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi anda semasa berpantang, pastikan produk dalaman yang bakal digunakan selamat untuk bayi anda. Boleh buat survey berdasarkan testimoni pengguna samada produk tersebut menyebabkan bayi mengalami masalah cirit birit, ruam atau permasalahan. INGAT! Apa yang diambil oleh ibu menyusu akan disalurkan kepada bayi melalui penyusuan.
(5) Tidak mengganggu susu badan
Susu badan bagi ibu yang baru bersalin secara alami adalah sangat meriah. Pastikan produk yang bakal diambil tidak mengganggu pengeluaran susu badan anda.Rujuk kepada testimoni pengguna jika anda merupakan ibu baru. Sesetengah produk berasaskan jamu boleh mengganggu susu badan
(6) Produk kegunaan dalaman mendapat kelulusan daripada KKM
Penting untuk menggunakan produk dalaman yang mempunyai kelulusan KKM bagi memastikan ianya selamat untuk ibu dan juga bayi.
(7) Dapatkan testimoni
Anda boleh mencari testimoni set bersalin pilihan anda dengan carian google. Selain itu, boleh juga bertanya dengan rakan-rakan mahupun saudara mara kerana mereka mungkin telah menggunakan sendiri set bersalin yang terbaik dan berkesan.
Diharapkan tips-tips yang diberikan dapat membantu anda untuk memilih set bersalin yang terbaik dan berkesan.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
DAPATKAN SET BERPANTANG ANDA SEKARANG !!!!
SMALL STEP, RIGHT DIRECTIONS
Jadi, apa lagi yang anda ragu2? Bertukarlah sekarang kepada vitamin yang lebih selamat untuk anda, insyaaAllah..
| YOUR TRUSTED SID |
Shaklee ID [No: 906559]
Contact No: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
No comments:
Post a Comment